Thursday 31 March 2011

Sistem wakaf biaya siswa

PETALING JAYA: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bakal membangunkan sistem wakaf untuk membantu membiayai pengajian pelajar daripada keluarga miskin di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata menerusi pendekatan itu individu boleh mewakafkan harta benda mereka kepada KPT atau institusi pengajian tinggi (IPT) yang memanfaatkan kumpulan sasar. Katanya, ketika ini sistem berkenaan diamalkan masyarakat Islam untuk tujuan beribadat dan ia dikesan sesuai diguna pakai untuk membantu keluarga berpendapatan rendah yang sukar membiayai pengajian anak mereka. Beliau berkata, pelaksanaan sistem itu kelak bukan bermakna Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak sesuai, sebaliknya ia mengambil kira ketidakmampuan pelajar daripada keluarga miskin membayar balik pinjaman.

“Kementerian sedang membuat kajian penggunaan sistem wakaf untuk digunakan dalam bidang pendidikan bukan saja untuk pelajar Islam, malah meliputi bukan Islam,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Biasiswa 1Malaysia Binary University College, di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Dr Rujhan Mustafa; Penasihat Binary University College, Tan Sri Adzmi Wahab dan Pengerusi Eksekutif kolej universiti itu, Datuk Joseph Adaikalam.

Kolej universiti itu menawarkan biasiswa RM15 juta kepada 1,300 pelajar berbilang kaum dalam bentuk biasiswa penuh atau separuh penuh untuk sesi pengajian 2011 hingga 2013.

Mohamed Khaled berkata, ada IPTS sudah mengamalkan konsep wakaf dicadangkan itu, antaranya Albukhary International University yang memberi peluang kepada pelajar miskin menyambung pengajian secara percuma.

Kementeriannya turut menggalakkan IPTS menyediakan biasiswa seperti Binary University College untuk mencari pelajar berkualiti, tetapi gagal melanjutkan pelajaran akibat masalah ekonomi.

Beliau berkata, selain biasiswa dan konsep wakaf, IPTS juga hendaklah memikirkan pendekatan lain untuk membantu pelajar daripada keluarga terbabit untuk melanjutkan pengajian.

“KPT juga pada peringkat akhir penyediaan kertas kerja untuk menjalinkan kerjasama antara IPT di negara ini dengan China,” katanya.

sumber: Berita harian Online

RM1.2 juta bantu pelajar masuk IPT

KOTA KINABALU 30 Mac - Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi membayar pinjaman pendahuluan Mara kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) pada tahun ini.

Pengarah Mara negeri, Kamaruzdzaman Md. Ali berkata, peruntukan berkenaan akan diberikan kepada pelajar yang mendapat tajaan Mara bagi melanjutkan pelajaran di IPT.

"Mereka yang layak akan menerima pendahuluan sebanyak RM1,500 bagi meringankan beban khususnya semasa pendaftaran di IPT terbabit.

"Setakat Mac ini sahaja kita telah membelanjakan RM130,500 bagi membayar pinjaman pendahuluan Mara kepada 87 orang pelajar di negeri ini," katanya ketika ditemui pada karnival pendidikan Mara di pusat beli-belah Suria Sabah, di sini hari ini.

Sebanyak 70 IPT menyertai karnival selama dua hari itu bermula semalam.

Menurut Kamaruzdzaman, peruntukan tersebut merupakan salah satu usaha Mara bagi membantu meringankan beban pelajar khususnya golongan kurang berkemampuan di negeri ini.

Jelasnya, bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman pelajaran itu merupakan salah satu daripada aktiviti utama Mara di bawah sektor pendidikan.

Beliau memberitahu, pada tahun lalu Mara turut memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi pinjaman pendahuluan pelajaran Mara.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak RM1.14 juta telah dibelanjakan melibatkan 762 orang pelajar.

Sementara itu Kamaruzdzaman berkata, berdasarkan sambutan awal pihaknya menjangkakan lebih 3,000 orang akan menghadiri karnival tahunan ini.

"Melalui karnival ini orang ramai termasuk ibu bapa, lepasan sekolah dan pelajar sekolah akan mendapat maklumat yang lengkap untuk melanjutkan pelajaran.

sumber: utusan malaysia Online

Wednesday 30 March 2011

CUEPACS kemuka lima tuntutan kepada JPA

IPOH: CUEPACS akan memgemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk penghapusan gred 1 hingga 16 skim perkhidmatan, isu kenaikan pangkat dan pertukaran serta cuti termasuk kakitangan wanita yang bersalin melalui pembedahan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata perkara itu akan dikemukakan pada pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS bersama Ketua Pengarah JPA pada 4 April ini, berhubung pelaksanaan Sistem Penialian Kompetensi bagi menggantikan PTK.

sumber: Berita Harian Online

RM73.68 juta untuk naik taraf 1,563 sekolah di Sarawak: TPM

KUCHING: Kerajaan Pusat hari ini mengumumkan peruntukan RM73.68 juta untuk 1,563 sekolah di Sarawak bagi bantuan membaik pulih dan menaik taraf sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah kebangsaan (SK).
Pengagihan peruntukan itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang media selepas menghadiri taklimat tertutup jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) Sarawak, di sini. Katanya, pecahan agihan bantuan itu membabitkan RM25.68 juta untuk sekolah mubaligh; SJKC (RM20 juta) dan SK (RM28 juta). "Buat permulaan, geran RM50,000 bagi setiap sekolah akan disalurkan dalam masa terdekat," katanya.


sumber: Berita harian Online

Had usia pemohon PPG diluluskan

JABATAN Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan permohonan Kementerian Pelajaran meningkatkan had umur pemohon Program Pensiswazahan Guru (PPG) daripada 45 tahun kepada 47 tahun untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.

Sebelum ini, syarat pemohon PPG adalah berusia tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac tahun ini, selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan dan tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan tajaan Kementerian Pelajaran. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata pihaknya sudah menerima surat daripada JPA yang ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah mengenai kelulusan permohonan itu. Katanya, guru berusia 46 dan 47 tahun mulai mengikuti pengajian pada sesi pengambilan khas September ini di dua universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

“Alhamdulillah permohonan kita untuk melanjutkan had usia pemohon PPG diluluskan yang membantu merealisasikan sasaran melahirkan 60,000 guru siswazah,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kementerian Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) menerusi peruntukan RM1.4 bilion bagi PPG untuk mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah.

Guru yang mengikuti PPG diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan.

Pendidik terbabit akan mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut pendidikan guru di seluruh negara mulai bulan ini dalam pelbagai jurusan meliputi tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.

Mengenai sasaran pengambilan 40,000 guru untuk mengikuti program pensiswazahan mulai bulan ini, Mohd Ghazali berkata, ketika ini seramai 31,000 guru sudah mendaftar dan jumlah itu dijangka meningkat selepas proses rayuan dan kemasukan sesi khas September 2011.

Katanya, sekiranya jumlah itu gagal dicapai, sasaran 60,000 masih boleh direalisasikan dengan meningkatkan jumlah pengambilan pendidik bagi sesi pengambilan tahun depan.

“Ramai guru yang membuat rayuan supaya diterima mengikuti program PPG dan ada yang dipertimbangkan selepas mengambil kira kelayakan dan kelewatan memperoleh maklumat mengenainya akibat lokasi sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Mengenai permohonan perpindahan pusat pembelajaran akibat berpindah ke sekolah lain dan faktor jarak kediaman dari institusi yang ditawarkan, Mohd Ghazali berkata perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat, baru-baru ini untuk tindakan lanjut.


sumber: berita harian online

p/s: Syabas kepada guru-guru yang dah berusia atas 40 tahun tetapi semangat juang untuk mengambil ijazah pertama amat membara..

Hard Rock Cafe terbesar di Malaysia bakal dibuka di Melaka

MELAKA 30 Mac – Restoran dan pusat hiburan terkemuka, Hard Rock Cafe memilih negeri ini untuk membuka premis ketiganya di negara ini September tahun depan.

Berkeluasan kira-kira 20,000 kaki persegi, premis tersebut menjadi Hard Rock Cafe terbesar di negara ini apabila turut menyediakan tempat letak kereta bertingkat.

Ia dijangka memulakan pembinaan dua bulan lagi oleh syarikat Sovereign Creations Sdn. Bhd.

Pengerusi Hard Rock Cafe Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir berkata, restoran terbaru itu akan mempunyai 180 kerusi berbanding Kuala Lumpur 200 kerusi dan Pulau Pinang 130.

"Hard Rock Cafe Malacca akan dibina di Jonker Street kerana ia merupakan antara tempat tumpuan pelancong terkenal di negeri ini,’’ katanya pada sidang akhbar selepas majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Sovereign Creations Sdn. Bhd. dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini hari ini. - Utusan

sumber: Utusan online

Tuesday 29 March 2011

Guru sandaran tidak ditambah, serap jadi guru sandaran terlatih

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk tidak menambah bilangan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi memastikan GSTT sedia ada dapat diserap menjadi guru sandaran terlatih (GST) terlebih dahulu selepas latihan ikhtisas diberikan kepada mereka.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata semua GSTT yang telah berkhidmat lebih dua tahun dan berusia tidak melebihi 35 tahun akan diberikan latihan tersebut dan berpeluang diserap menjadi GST. "Bagi sedikit masa kepada kementerian untuk membuat perkara ini. Jangan ada orang kata kita tidak mengambil GSTT. Kita kena tengok kenapa kita tidak ambil GSTT. "Kalau kita masukkan sahaja (GSTT) dan hantar ke latihan ikhtisas perkara ini tidak akan selesai. Kita mahu habiskan dulu apa yang ada dan masukkan dalam sistem," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan menarik balik surat penamatan perkhidmatan GSTT dan mahu menyerap mereka menjadi GST.

Wee berkata, pada masa Kementerian Pelajaran sedang meneliti dan mengenal pasti setiap data dan statistik mengenai GSTT yang ada di seluruh negara sebelum latihan tersebut dapat diberikan kepada mereka.

sumber: Berita Harian Online

Pemandu wanita berbahaya?

KUALA LUMPUR 28 Mac – Sidang Dewan Rakyat hari ini ‘hangat’ apabila Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mendakwa pemanduan golongan wanita di negara ini kebanyakannya amat berbahaya sekali gus boleh mengundang kemalangan.
Dakwa beliau, apabila golongan wanita memandu kereta, mereka tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan ia menyebabkan pemandu lain terdedah dengan risiko kemalangan.

Malah, ujarnya, pemandu wanita terbabit akan berasa marah selain ada yang sanggup mengeluarkan tangan mereka menunjukkan pelbagai isyarat sekiranya pemandu lain membunyikan hon.

‘‘Saya terpanggil membicarakan soal-soal sebegini kerana pada saya kemalangan boleh berlaku disebabkan kecuaian orang lain. Maka kita di jalan raya tidak juga selamat daripada pemandu-pemandu yang cuai terutama pemandu wanita.

‘‘Dia relaks, dia tidak peduli kiri kanan. Kita hon, dia marah ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 di Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan itu membangkitkan kemarahan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang serta-merta meminta Bung Moktar menarik balik kenyataan itu kerana tuduhan tersebut bersifat umum.

‘‘Minta tarik balik Yang Berhormat (YB) terutama perkara berkaitan pemandu wanita kerana ia terlalu umum,” katanya.

Bung Moktar ketika mempertahankan kenyataannya itu dengan tegas berkata, beliau ikhlas menegur kerana ia melibatkan soal keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

‘‘Saya tidak berhujah berdasarkan emosi dan itu juga tidak bermakna saya tidak menghormati wanita. Saya tetap menghormati mereka.

‘‘Namun perkara ini perlu diambil perhatian lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pemandu wanita yang baru lulus daripada ujian memandu,” katanya.

Nancy Syukri (BN-Batang Sadong) ketika mencelah berkata, kecenderungan pemandu-pemandu wanita yang baru lulus memandu secara perlahan adalah kerana mereka amat berhati-hati.

p/s: Pada saya kedua-dua gender sama ada lelaki dan perempuan sama-sama  cuai semasa di jalan raya.. kadang kala yang perempuan pun memandu laju manakala lelaki pula memandu perlahan. Yang paling sakit hati tidak tahu mana lorong laju dan perlahan.. sakit lah hati bila berada si belakang,bila tengok  rupa-rupanya  lelaki  sedang bergayut telefon bimbit...

Monday 28 March 2011

Kuok Foundation Scholarship 2011 – Malaysia & Singapore Public Universities


Buat lepasan SPM dan STPM yang ingin memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran bolehlah memohona Kuok Foundation Scholarship 2011

keteranagn lanjut sila klik di bawah ini
http://www.kuokfoundation.com/study_under_latest.html

kalau mahu download borang permohonan klik lah kat sini
http://www.kuokfoundation.com/pdf/KF_UGMS.pdf

BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH


Bagi lepasa SPM dan STPM dari neegri sabah yang berminat  hendak melanjutkan pelajaran dan ingin memohon biasiswa kerajaan negeri Sabah. Bolehlah membuat permohonan apabila iklan permohonan telah dibuka..
Sila klik di sini untuk mendapat keterangan lebih lanjut .
http://www.biasiswa.sabah.gov.my/PermohonanBiasiswa.asp

Tidak perlu lapor polis jika hilang MyKad

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

sumber: Kosmo Online

Gempa kuat landa Honshu

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud berlaku berhampiran pantai timur Honshu di Jepun pada 6.24 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Pusat gempa itu terletak 370 kilometer ke timur laut Tokyo dan 4,337 kilometer ke timur laut Kudat, Sabah. Honshu telah dilanda beberapa gempa bumi kuat bulan ini. - BERNAMA

1,688 kekosongan bagi latihan separa perubatan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA) menawarkan Latihan Separa Perubatan bertaraf Diploma dan Sijil secara percuma dengan jaminan penempatan pekerjaan tetap untuk diisi 1,688 orang.

Menurut kenyataan SPA hari ini, ia membabitkan 13 jenis latihan dengan latihan bertaraf diploma akan dijalankan selama tiga tahun manakala sijil selama dua tahun setengah. Had umur untuk calon memohon Latihan Separa Perubatan itu ialah tidak kurang dari 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan bagi calon lantikan terus manakala bagi Pegawai Sedang Berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) pula hendaklah berumur kurang dari 51 tahun. Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo, dalam kenyataan itu berkata pelatih yang menamatkan latihan akan dilantik secara tetap dan diberi penempatan di hospital atau klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara.

"Oleh yang demikian, calon tidak perlu risau untuk mencari pekerjaan setelah menamatkan latihan. Selain belajar secara percuma, pelatih juga akan diberikan biasiswa bulanan," katanya.

Keterangan lanjut dan borang permohonan boleh didapati dengan melayari Portal SPA di www.spa.gov.my. Tarikh akhir permohonan ialah 1 April 2011. - BERNAMA

Penduduk Sabah tidak perlu bimbang ancaman radiasi

KOTA KINABALU: Penduduk Sabah tidak perlu bimbang mengenai risiko diancam radiasi akibat kerosakan rektor nuklear Jepun di Fukushima, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Beliau berkata, alat yang digunakan untuk mengesan paras radiasi di Kudat dan Kota Marudu, yang dikatakan dicemari radiasi, mencatat bacaan negatif. "Kami ada enam alat pengawas radiasi alam sekitar - semua bacaan tidak menunjukkan wujud sesuatu yang luar biasa," katanya kepada pemberita di sini sejurus kembali daripada lawatan ke dua daerah itu. Beliau berkata ujian radiasi itu dijalankan oleh kementerian berkenaan dan badan berkaitan lain, termasuk Agensi Nuklear Malaysia dan Kementerian Kesihatan.

Ongkili juga menyatakan semua penumpang dari Jepun dikenakan pemeriksaan wajib di pintu masuk lapangan terbang di negeri ini.

Beliau berkata, kontena yang mengisi barangan import dari Jepun juga dikenakan pemeriksaan ketat dan semua makanan yang diimport dari negara itu akan dipastikan bebas daripada pencemaran radiasi.

"Kami akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini dua hari sekali," katanya. - BERNAMA


p/s: Syukur Alhamdulillah

Pasca SPM: Pilih kursus secara bijak, ikut minat

Ketika ini, ibu bapa dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sibuk membuat 'kerja rumah' untuk memilih kursus dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menepati impian masing-masing sama ada di dalam atau di luar negara. Sama ada IPT awam atau swasta bergantung kepada keputusan SPM, kesesuaian kursus dan kemampuan kewangan.

Bagi 9,239 calon yang mendapat keputusan gred cemerlang (A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran, tentunya tidak berdepan masalah untuk memilih kursus idaman di universiti pilihan hati masing-masing. Mereka ada keistimewaan dan kebebasan kerana menepati syarat kelayakan yang ditetapkan tetapi jangan rambang mata. Buat pilihan mengikut minat dan cita-cita. Jangan ikut kawan takut merana badan.

Luaskan skop dan buat kajian teliti. Usah bataskan pilihan kepada kerjaya 'popular' seperti doktor, jurutera dan peguam sahaja. Pertimbangkan juga opsyen untuk menceburi bidang yang niche tetapi berpotensi serta menjanjikan pulangan lumayan seperti industri maritim, aeroangkasa dan aviation. Kursus ini ditawarkan oleh IPT tempatan.

Paling utama, pastikan kursus yang ingin dipohon khususnya yang ditawarkan oleh IPT swasta diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan menerima akreditasi oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Sila rujuk laman sesawang rasmi untuk rujukan lanjut atau layari http://www.mohe.gov.my/.

Perlu diingat bahawa bagi kursus kedoktoran dan kejuruteraan, ia perlu diiktiraf oleh pertubuhan profesional yang berkaitan. Begitu juga untuk kursus yang ditawarkan oleh universiti luar negara.

Kepada yang berhasrat ingin belajar di luar negara, sila pertimbangkan faktor keselamatan kerana ketika ini banyak negara yang sedang dilanda krisis. Negara-negara di Asia Barat seperti Mesir, Bahrain dan Yaman sedang berlaku pergolakan politik.

Manakala Jepun pula berdepan ancaman radiasi nuklear yang berada pada paras bahaya dan mencemari air serta makanan akibat bencana tsunami.

Sila ikuti perkembangan terkini dan dapatkan maklumat yang sahih daripada Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-88835000.

Dalam pada itu, peluang masih ada untuk yang kurang cemerlang dalam SPM. Sertai bidang kemahiran sama ada di politeknik atau di institusi latihan kemahiran.

Contohnya , Institut Latihan Perindustrian (ILP) di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

Pelajar yang tamat latihan akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1, 2, 3, 4 dan 5. Mereka yang mendapat sijil berkenaan biasanya bekerja di sektor industri dan menerima gaji setanding dengan graduan lepasan universiti.

Pada masa sama, semak tawaran biasiswa dan pembiayaan pendidikan di akhbar untuk membantu mengurangkan tanggungan kewangan ibu bapa.

sumber: Utusan Online
p/s: Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan anda

Sunday 27 March 2011

200,000 ghaib elak bayar hutang PTPTN

KUALA KRAU - Seramai 200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) gagal dihubungi berhubung pembayaran balik pinjaman.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran termasuk media bagi mengingatkan peminjam namun masih ramai yang gagal berbuat demikian.

"Saya memohon kepada ibu bapa atau penjaga kepada peminjam terbabit menasihati anak-anak mereka yang menerima pinjaman tersebut supaya menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 di sini semalam.

Menurut Ismail, sasaran kutipan hutang pinjaman itu ialah sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas tetapi jumlah yang berjaya dikutip hanya RM2 bilion atau sebanyak 48 peratus sahaja.

Dalam pada itu beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM6 bilion sebagai pinjaman kepada 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini.

Jelas Ismail, para pelajar perlu membuat permohonan melalui dalam talian dan akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian September ini.


sumber: Kosmo online

Dua pelajar OKU cemerlang

JOHOR BAHRU: Kecacatan fizikal yang dialami sejak dilahirkan tidak menjadi penghalang kepada dua pelajar kurang upaya untuk muncul pelajar cemerlang sempena Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di Skudai di sini, semalam. Pelajar berkenaan, Ruzimi Mohammed, 26, dan Nik Mohd Firdaus Nik Zainal Abidin, 27, yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan tidak pernah merasakan kekurangan yang ada sebagai kelemahan untuk menempuh cabaran kehidupan.

Sebaliknya, Ruzimi yang mengalami kecacatan di bahagian kaki dan tangan, cekal menimba ilmu di peringkat program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat sejak tiga tahun lalu biarpun hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda.

Berkat usaha gigih itu, dia yang juga anak bongsu daripada 10 beradik berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.94 sekali gus merangkul Anugerah Pelajar Terbaik Program Sarjana Keusahawanan Teknologi Maklumat.

Ruzimi berkata, pada awalnya dia berasa keliru apabila ahli keluarga kurang bersetuju dengan cadangannya untuk menyambung pengajian di universiti itu berikutan bimbang keselamatan dan keadaan kesihatannya.

“Bagaimanapun, demi mengejar cita-cita untuk memperoleh sarjana dan muncul sebagai usahawan, saya berjaya memujuk mereka dan belajar berdikari ketika melanjutkan pengajian di sini.

“Bagi individu seperti saya, kejayaan itu bukan sesuatu perkara yang mudah, namun dengan usaha gigih dan doa ibu bapa, ia bukanlah sesuatu yang mustahil.

“Saya bersyukur kerana berpeluang menimba pengalaman sebagai usahawan sambilan dengan mengusahakan gerai menjual pelbagai jenis peralatan menulis di kawasan kampus universiti ini di mana pada setiap hari saya akan mengulang kaji pelajaran mulai jam 8 malam sehingga awal pagi,” katanya.

Sementara itu, bagi graduan program Sarjana Sains Komputer, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat, Mohd Firdaus, hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan tinggal berjauhan dengan sanak saudara tidak semudah yang disangka.

“Saya sentiasa berpegang kepada nasihat keluarga dan melipatgandakan usaha untuk berjaya. Alhamdulillah saya yang bergantung kepada kerusi roda banyak dibantu oleh rakan dan keluarga angkat di Johor.

“Saya bersyukur dengan kejayaan ini dan insya-Allah jika berpeluang saya akan sambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan,” katanya yang memperoleh CGPA 3.62.

sumber: My metro
p/s: Tahniah diucapkan..sesungguhnya kekurangan bukan penghalang untuk mereka berjaya.

Friday 25 March 2011

Pendaftaran calon persendirian SPM dan SPMU 2011

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pendaftaran menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) bagi calon persendirian akan dibuka mulai 1 Mac sehingga 31 Mac ini. Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kenyataan di sini, hari ini berkata, borang pendaftaran bagi calon persendirian boleh diperolehi di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang terdekat.
Semua bakal calon persendirian dinasihati mendaftar awal kerana pendaftaran lewat tidak akan dilayan, kata kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Lembaga Peperiksaan Malaysia di www.moe.gov.my/lpm. - Bernama

p/s: buat pelajar-pelajar yang  tidak berpuas hati dengan keputusan SPM anda bolehlah mendaftar sebagai calon ulangan atau persendirian.. Jangan rasa kecewa  an berputus asa dengan keputusan anda.. masih ada ruang untuk memperbaikinya..

Thursday 24 March 2011

Bayi ditinggalkan abang disangkakan mangsa buang

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang budak lelaki meninggalkan adik perempuannya berusia tiga bulan di tingkat bawah rumah mereka di Flat Taman Larkin Perdana di sini untuk bermain, menimbulkan kekecohan penduduk yang menyangkakan bayi itu merupakan bayi dibuang.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Zainuddin Yaacob berkata, kejadian berlaku 12 tengah hari apabila bayi itu ditemui dalam sebuah beg galas oleh seorang peniaga.

"Melihat keadaan bayi itu yang hampir dihurung semut, peniaga terbabit terus menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Zainuddin berkata, siasatan polis mendapati bayi berkenaan sebenarnya ditinggalkan secara tidak sengaja oleh abangnya yang berumur enam tahun kerana dia pergi bermain dengan kawan-kawannya.

Beliau berkata, bayi itu dijaga oleh abangnya selepas ibu mereka keluar mencari kerja manakala nenek mereka pergi ke sebuah klinik. - Bernama

p/s: Dalam usia 6 tahun, kanak-kanak ini telah diberikan tanggungjawab menjaga adiknya yang berusia 3 bulan.. tanpa pengawasan orang yang lebih dewasa.. terfikir saya sejenak seandainya malang tidak berbau berlaku di dalam rumah, apa kah terjadi kepada kanak-kanak tersebut dan bayi yang dijaganya..
Moral of the story, walau ke mana pun kita sebagai ibu bapa jangan jadikan anak-anak kita dijaga oleh mereka yang belum cukup mengerti untuk menjaga bayi..

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH

Buat pelajar-pelajar yang ingin  memasuki tingkatan enam bawah bagi tahun ini, di sini ada syarat-syarat kelayakan kemasukan ke tingkatan enam bawah bagi tahun 2010.. Saya rasa syarat ini masih digunakan untuk tahun  2011. jadi adik-adik yang ada bertanya layakkah dengan keputusan mereka terima semalam untuk memasuki tingkatan enam bolehlah  lihat kelayakan tersebut.


SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KE TINGKATAN ENAM BAWAH 2010
DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Murid-murid dari sekolah kerajaan yang layak ditawarkan masuk ke Tingkatan Enam Bawah 2010 hendaklah memenuhi tiga-tiga syarat berikut:

1. Memperoleh kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM 2009.

2. (A) Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN, calon mesti memperolehi TIGA kepujian dan jumlah mata gred tidak melebihi 8 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik. Tiap-tiap satunya hendaklah daripada kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Bahasa Melayu

II Bahasa Inggeris

III Kesusasteraan Melayu / Kesusasteraan Inggeris

IV Sejarah

V Geografi / Pendidikan Seni Visual

VI Pendidikan Islam / Pendidikan Moral VII Matematik / Matematik Tambahan VIII Sains / Sains Tambahan / Applied Science

IX Salah Satu Mata Pelajaran Teknik / Vokasional / Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

X Tasawwur Islam / Pendidikan Al Quran Dan Al Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

XI Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Cina / Bahasa Tami

XII Sains Pertanian / Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Ekonomi Asas / Ekonomi Rumah Tangga / Pengetahuan Sains Sukan

Calon-calon yang memperolehi jumlah mata gred 9 hingga 12 unit bagi TIGA mata pelajaran terbaik daripada TIGA kumpulan yang berlainan seperti tercatat dalam 2(A), layak ditawarkan ke Tingkatan Enam Bawah dengan syarat terdapat kekosongan tempat di negeri berkenaan.

ATAU

(B) Untuk kemasukan ke jurusan SAINS, calon mesti memperoleh sekurang- kurangnya TIGA kepujian dengan jumlah mata gred yang tidak melebihi 18 unit. Tiap-tiap satunya hendaklah dalam kumpulan yang berlainan dari kumpulan-kumpulan berikut:

KUMPULAN MATA PELAJARAN

I Matematik / Matematik Tambahan

II Fizik

III Kimia

IV Biologi

V Lukisan Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Amp; Elektronik / Rekacipta / Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Pengajian Agroteknologi / Pengurusan Makanan / Pengajian Pakaian.

3. Bagi kedua-dua jurusan, umur calon mestilah tidak melebihi 20 tahun dan tidak kurang daripada 17 tahun pada 1 Januari 2010

sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Wednesday 23 March 2011

Suami isteri pilu ambil keputusan SPM anak

JASIN 23 Mac - Bercucuran air mata pasangan Noraihan Sharif dan Rafidah Aziz di kala melihat kegembiraan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraikan kejayaan bersama ibu bapa masing-masing hari ini.
Walaupun di tangan mereka tertera slip keputusan 6A 3B milik anak kesayangan, Mohamad Zulhaili namun ia tidak membawa apa-apa makna kerana dia tiada lagi di dunia.
Pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar itu tidak sempat menikmati kejayaan cemerlangnya dalam SPM apabila menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah akibat jangkitan kuman pada 15 Februari lalu.
Allahyarham Mohamad Zulhaili yang ketika itu mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Ovai Papar mengalami demam selepas mandi di sebuah kolam di kem berkenaan.
"Walaupun cita-cita anak saya untuk menjadi juruterbang tidak tercapai, tetapi saya amat bangga kerana atas usaha gigihnya dia memperoleh keputusan yang cemerlang," ujarnya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.
Noraihan, 49, dan Rafidah, 43, amat merasai kehilangan anaknya itu kerana dia seorang yang taat dan menghormati ibu bapa.
"Saya menitiskan air mata sebaik sahaja memasuki pekarangan sekolah ini. Tidak tahan saya melihat pelajar lain dan ibu bapa masing-masing gembira dengan keputusan SPM anak mereka," ujarnya.
Mereka berdua bagaimanapun tetap bangga dengan keputusan yang dicatat Allahyarham anaknya yang merupakan hasil penat lelahnya belajar selama ini.
Kedatangan mereka ke sekolah itu juga bagi berjumpa dengan guru-guru dan kawan-kawan Mohamad Zulhaili bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka terhadap remaja itu selama ini.

sumber: Utusan Melayu

cemerlang walaupun cacat penglihatan

KUANTAN 23 Mac - Walaupun cacat penglihatan sejak berusia sembilan tahun, ia tidak menghalang Muhammad Ammar Ibrahim Astar, 19, untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.

Anak keempat daripada 11 beradik yang bercita-cita menjadi pensyarah dalam bidang Ekonomi Islam itu, mendapat keputusan 7A, 2B dalam peperiksaan tersebut.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini itu merupakan pelajar cemerlang peringkat negeri bagi kategori calon istimewa (cacat penglihatan).
Muhammad Ammar Ibrahim ketika ditemui gembira dengan kejayaan tersebut dan amat bersyukur kerana memperoleh keputusan cemerlang itu.
"Saya amat berterima kasih kepada guru dan rakan-rakan yang banyak membantu dalam pembelajaran dan ibu bapa saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga boleh mencapai tahap begini," katanya.
Anak peneroka Felda Jengka 24, Maran itu merupakan antara pelajar cemerlang SPM yang diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Pahang, Datuk Mazlan Mohammad, di sini hari ini.
Muhammad Ammar Ibrahim berkata, kekurangannya menjadikan dia seorang yang begitu tabah dalam menghadapi pelbagai kesukaran ketika belajar.
"Memang agak susah untuk belajar kerana kebanyakan buku teks masih tidak menggunakan tulisan Braille namun dengan bantuan guru-guru dan rakan-rakan sekolah, saya dapat belajar dengan mudah," katanya.
Sementara itu, ibunya, Wan Mahani Asri, 42, berkata, dia gembira dengan pencapaian anaknya itu walaupun keadaan anaknya tidak seperti pelajar yang lain.
"Saya bangga dengan Muhammad Ammar kerana dia tidak pernah menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya sebagai alasan malah saya tidak pernah menggangap dia ada kekurangan," ujarnya.
Bapa pelajar terbabit, Astar Ali, 47, turut mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar anaknya sehingga berjaya dalam SPM.
"Kami sekeluarga sentiasa memberikan dorongan kepadanya supaya berjaya dalam kehidupan dan menjadi manusia berguna," ujarnya

sumber: Utusan Melayu

319 calon khas berjaya

PUTRAJAYA: Seramai 319 orang daripada 629 calon berkeperluan khas yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 berjaya mendapat sijil, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Katanya, seramai tujuh orang calon berkeperluan khas iaitu tiga calon rabun, dua calon buta, seorang calon pekak dan seorang calon lain-lain kecacatan mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

“Ini menunjukkan calon berkeperluan khas juga mendapat peluang sama seperti calon lain untuk menduduki peperiksaan dan seterusnya mendapat pengiktirafan bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Abd Ghafar berkata, kemudahan disediakan seperti kertas soalan braille untuk calon buta, kertas soalan moderasi untuk calon pekak dan kertas soalan cetakan besar untuk calon rabun.

SPM Sabah 2010

 Fiona Fong Pui Wun dari SMK Lok Yuk, Likas, Sabah yang diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM Sabah 2010 dengan 11 A+.
Fiona mengambil 11 subjek dan mendapat A + iaitu cemerlang tertinggi dalam kesemua 11 subjek diambilnya termasuk subjek tambahan, bahasa Cina.
Fiona yang bercita cita menjadi pakar nutrisi berkata beliau bijak membahagikan masa setiap hari bukan sahaja untuk mengulang kaji pelajaran, malahan untuk rekreasi.
"kena bijak membahagikan masalah, saya ada membahagikan masa utk belajar, utk aktiviti kokum sebab saya pun banyak aktif dlm kokum & saya juga membahagikan masa utk berseronoklah, tak belajar semata mata" katanya ketika ditemui media di majlis pengumuman keputusan SPM Sabah 2010 di sekolah menengah Sains Sabah Bukit Padang Kota Kinabalu pagi tadi, Rabu 23 Mac 2010.
Sementara itu pengarah pelajaran Sabah, Dr Muhiddin Yusin berkata keputusan SPM di Sabah juga menunjukkan peningkatan signifikan dan juga yang terbaik dalam tempoh empat tahun.
Bilangan calon mendapat A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 152 orang berbanding 95 pelajar pada 2009.
Manakala bilangan pelajar lulus semua mata pelajaran meningkat kepada 49.89 peratus berbanding 43.93 peratus tahun 2009.
Dr Muhiddin berkata seramai 41,021 calon d Sabah telah menduduki SPM 2010 di 321 pusat peperiksaan dan melibatkan 2,287 petugas peperiksaan termasuk penyelia, ketua pengawas dan pengawas peperiksaan pada 23 November 2010 hingga 20 Disember 2010.
Keseluruhannya pencapaian SPM di Sabah pada 2010 amat memberangsangkan apabila 31, 135 atau 94.87 % daripada 33,383 calon sekolah menengah kebangsaan berjaya mendapat sijil SPM iaitu memenuhi syarat sekurang kurangnya lulus subjek Bahasa Melayu.
Ini satu peningkatan sebanyak 0.41% berbanding pencapaian 2009 dan juga mengatasi pencapaian kebangsaan (92.54 %).
Daripada jumlah itu, 2,468 calon berjaya mendapat sekurang kurangnya gred C bagi semua subjek diambil berbanding 1,946 pelajar pada tahun sebelumnya.

Berikut senarai 15 pelajar terbaik SPM Sabah 2010. Untuk rekod A+ ialah cemerlang tertinggi, A cemerlang tinggi dan A- cemerlang. Jika dilihat komposisi pelajar cemerlang ini terdiri pelbagai kaum termasuk bumiputra, cina dan juga india.

Lebih tepat 2 pelajar India dari SMK Sung Siew Sandakan dan SMK Ken Hwa Keningau antara pelajar cemerlang SPM 2010. 9 lagi pelajar cemerlang itu dari kaum Cina dan 4 bumiputra Sabah.

SMK Lok Yuk Likas dan SMK Sung Siew Sandakan mempunyai 3 pelajar terbaik daripada senarai 15 itu, SM Sains Sabah Bukit Padang 2 pelajar terbaik dan SM La Salle Tanjung Aru juga 2 pelajar terbaik yang tersenarai.
Ada juga pelajar terbaik itu dari sekolah pedalaman antaranya Tarshandiny A/P Ramamoorthy dari SMK Ken Hwa Keningau.

1. FIONA FONG PUI WUN / SMK LOK YUK LIKAS KK 11 A+
2. ARJUNAN A/L SELVAMANI / SMK SUNG SIEW SANDAKAN 10A+
3. JOYCELYN JOHN LAINSIN / SMK ST FRANCIS XAVIER KENINGAU 9A+ 1A 1A-
4. YEE YII CHING / SMK AGASEH LAHAD DATU / 9A+ 1A 1A-
5. ABIGAIL MOH SZE HUI / SMK ALL SAINTS KOTA KINABALU / 9A+ 1A
6. TARSHANDINY A/P RAMAMOORTHY / SMK KEN HWA KENINGAU / 9A+ 1A
7. LOO CHUN CHENG / SMK LOK YUK LIKAS / 9A+ 1A
8. AZIZAN BIN MAIDOL / SEK MEN SAINS KK / 9A+
9. AZEAN ERMAWATY BINTI HAZWAN / 9A+
10. LO TZE ZIN / SMK SUNG SIEW SANDAKAN / 8A+ 3A
11. NG YEN YEN / SM TINGGI KOTA KINABALU / 8A+ 3A
12. EUGINIE TRACY WONG / SMK LOK YUK LIKAS / 8A+ 2A 1A-
13. LENG JIAN WEI / SMK SUNG SIEW SANDAKAN / 8A+ 1A 1A-
14. SEAN FERDINAND NG YEW KIT / SMK LA SALLE TG ARU KK / 8A+ 2A-
15. RUBINSTEIN SIPAIN / SMK LA SALLE TANJUNG ARU KK / 8A+ 2A-

Dari kalangan 23 sekolah terbaik di Sabah yang mencatat kelulusan 100 peratus, sebahagian adalah sekolah pedalaman.
Ia termasuk SMK Kemburongoh Ranau, SMK Agama Ranau, SMK Terusan Sugut Beluran, SMK Sikuati Kudat dan Sekolah Menengah ST Anthony Tenom.

SENARAI 23 SEKOLAH MENCATAT PERATUSAN 100 PERATUS LULUS SPM 2010 DI SABAH
1. SM SAINS KK
2. SM SAINS LAHAD DATU
3. SMK AGAMA INANAM KOTA KINABALU
4. SMK AGAMA KOTA KINABALU
5. SMK AGAMA SANDAKAN
6. SMK AGAMA TUN SAKARAN SEMPORNA
7. SM TEKNIK KUDAT
8. SMKA TUN DATU MUSTAPHA PAPAR
9. SMK KEMBURONGOH RANAU
10. SMK AGAMA LIMAUAN KIMANIS, PAPAR
11. SM UGAMA ISLAMIAH TAWAU
12. SM TEKNIK LIKAS
13. SMK PEREMPUAN SANDAKAN
14. SMK AGAMA TUN SAID KOTA BELUD
15. SMK AGAMA RANAU (MOHAMAD ALI)
16. SM TEKNIK LAHAD DATU
17. SM VOKASIONAL BEAUFORT
18. SM ST JAMES TENGHILAN TAMPARULI
19. SMK TENGHILAN
20. SMK TERUSAN SUGUT BELURAN
21. SM ST ANTHONY TENOM
22. SMK SIKUATI 2 KUDAT
23. SM ST JOHN BEAUFORT

Keputusan SPM 2010: Pelajar Cina dapat A Tasawwur Islam

KUALA TERENGGANU 23 Mac - Seorang pelajar berbangsa Cina mencatatkan sejarah tersendiri apabila memperoleh A bagi mata pelajaran Tasawwur Islam dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang keputusannya diumumkan hari ini.
Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam.

"Mata pelajaran Tasawwur Islam saya ambil kerana minat dan ingin tahu mengenai agama Islam,” kata anak sulung daripada tiga beradik ketika ditemui pemberita di sekolahnya di sini hari ini.

Katanya, beliau berminat mengikuti mata pelajaran tasawwur sejak di tingkatan empat lagi dan dia banyak dibantu oleh rakan-rakan Melayu yang mengikuti mata pelajaran itu.

Yujing dari Kampung Gong Badak berkata, beliau membaca buku teks mata pelajaran tasawwur dan cuba memahaminya dengan mendalam. - Bernama

Sumber: Utusan Melayu online

Pelajar hidap ketumbuhan otak dapat 10A dalam SPM

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian. Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010. Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974. Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya.
Anak muda itu yang lebih senang disapa Jason, memberitahu pemberita di sini beliau disahkan menghidap ketumbuhan otak pada usia 16 tahun dan langsung tidak menyangka penyakit itu mampu merubah kehidupan beliau untuk selama-lamanya.
Jason berkata, beliau mula merasa sakit leher ketika di tingkatan dua, namun bapanya berkata ia berpunca daripada kegemarannya bermain komputer.
"Bila naik tingkatan tiga keadaan menjadi lebih teruk apabila saya mula muntah-muntah. Namun apabila saya mengadu pada bapa, dia kata mungkin saya salah makan...dari situ saya rasa diri saya biasa-biasa saja. "Di tingkatan empat, bila saya bangun tidur di suatu pagi penglihatan jadi sempit dan saya mula tak boleh agak dimensi...tapi tak cakap dengan ibu bapa lagi sehinggalah saya demam dan ibu bawa saya ke klinik. Saya lihat cermin dan saya hanya nampak hidung saya sebelah kanan saja," katanya.
Apabila membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Subang Jaya, anak bongsu daripada dua beradik itu disahkan menghidap ketumbuhan otak dan doktor memberinya dua pilihan: mata atau nyawa.
"Saya pilih mata sebab saya nak hidup lagi dan kemudian menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia...saya jadi buta sepenuhnya," katanya.
Bosan duduk di rumah, tiga bulan selepas itu, Jason membuat keputusan untuk belajar semula dan mendaftarkan diri untuk belajar "braille" di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) selama setahun sebelum masuk ke sekolah.
Memandangkan dirinya seorang yang ramah, Jason tidak mempunyai masalah membiasakan diri dengan rakan-rakan dan persekitaran yang baru. Pada ujian percubaan SPM, beliau memperoleh 9A dan 1B.
Tidak meninggi diri, Jason berkata, beliau mula membuat persediaan menghadapi SPM pada bulan Jun dan mengakui tempoh itu sudah agak lambat.
"Sudahlah saya perlu menggunakan braille, tapi saya percaya dengan konsep belajar dengan bijak maka saya rasa boleh berjaya," katanya.
Ditanya apa perancangannya selepas ini, anak muda itu terdiam sejenak.
"Jujurnya saya belum tahu tapi saya berharap agar kerajaan dapat memberi bantuan kepada saya dan rakan-rakan lain yang mendapat keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran.
"Saya nak belajar dalam bidang pendidikan. Saya nak jadi guru...sebab saya percaya apa-apa pun mula daripada asas. Guru ajar dari peringkat bawah, boleh bentuk murid. Dapat keputusan baik pun sebab banyak dapat dorongan daripada guru.
"Sekurang-kurangnya boleh bantu kumpulan yang sama cacat penglihatan seperti saya.
"Pesan saya kepada rakan-rakan senasib di luar sana, jangan putus asa, belajar dengan bijak, ujian percubaan paling penting, baca buku...rangka nota dan cuba jawab soalan." -
 BERNAMA
P/s : Tahniah juga kepada pelajarku juga pelajar Harziah khalid pendidikan khas masalah penglihatan  kerana mendapat keputusan cemerlang 6A dan Prichard Patrick mendapat 3A.

Tuesday 22 March 2011

SPM 2010: 368,559 dapat sijil, 9,239 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Pencapaian keseluruhan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperolehi sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya. Daripada jumlah itu, sebanyak 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia berjaya mendapat keputusan gred cemerlang berbanding 7,987 pada 2009. Keputusan itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, sebentar tadi.

sumber: Berita harian Online
p/s: Tahniah buat semua pelajar SPM 2010

Usah cepat buat andaian guru bermasalah

BARANGKALI, imej sistem pendidikan negara kian tercalar apabila pelbagai insiden memalukan dan memualkan sering terpampang di media massa. Dulu salah laku pelajar menjadi tajuk berita, kini guru pula seolah-olah mengambil tempat dengan kesalahan dan perlakuan tidak masuk akal. Lebih memalukan apabila golongan dihormati dan disanjung itu terbabit pula dengan perbuatan mencemarkan maruah.
Pastinya senario itu mengundang kemusykilan masyarakat, apakah yang sedang melanda institusi pendidikan negara hari ini hingga golongan guru hilang pertimbangan?
Adakah perlakuan itu disebabkan tekanan kerja yang semakin bertambah hingga mereka 'terlanjur' perbuatan? Apakah mereka sememangnya 'gatal' dan mengambil kesempatan atau masyarakat hanya memperbesar-besarkan hal kecil yang boleh ditangani tanpa pembabitan orang luar?
Kaunselor pakar, perunding dan pakar motivasi, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Haslee Sharil Abdullah, berkata jangan terburu-buru membuat andaian kepada guru bermasalah tanpa menimbangkan kemungkinan dan faktor hingga tercetusnya insiden.
Menurutnya, sikap masyarakat yang mudah mengambil tindakan dan melemparkan pandangan negatif hanya memburukkan keadaan selain menimbulkan ketegangan hingga menjejaskan maruah atau masa depan guru terbabit.
"Belum tentu mereka bersalah biarpun tindakan sudah diambil. Inilah sikap buruk masyarakat kita yang mudah sangat meletakkan kesalahan tanpa usul periksa sekali gus mencalarkan nama baik sekolah, pelajar serta peribadi individu.
"Tindakan terburu-buru tidak profesional dalam menangani masalah malah menjadikannya sebagai tindakan pasif bagi individu lain. Justeru sebelum mengambil keputusan, penilaian menyeluruh perlu dilakukan supaya pihak lain tidak teraniaya," katanya.
Sejak akhir-akhir ini, media massa melaporkan masalah perlakuan guru yang dianggap bermasalah dan tidak sesuai dengan norma masyarakat hingga mencetuskan kebimbangan semua pihak.
Antaranya perlakuan guru yang suka menyentuh fizikal pelajar berlainan gender dengan menggunakan 'hukuman' sebagai alasan menghalalkan perbuatan. Ada juga menyentuh dengan alasan kasih sayang biarpun tidak perlu.
Beliau berkata bagi mengelakkan kekeliruan, sama ada pelajar atau guru perlu tahu menggunakan hak masing-masing bukan menyalahgunakannya bagi tujuan tertentu.
"Selalunya insiden berlaku kerana pelajar berasakan hak peribadi dicabuli sementara guru beranggapan itu hak mereka untuk mendisiplinkan pelajar. Bila wujud kekeliruan, sudah tentu tercetusnya masalah.
"Sewajarnya kedua-dua pihak tahu batas-batas boleh digunakan bagi mengelakkan kontroversi. Sudah termaktub hanya atas sebab tertentu saja seseorang itu boleh disentuh, contohnya atas tujuan perubatan atau rawatan oleh mereka yang bertauliah seperti doktor.
"Jika semua pihak jelas mengenainya, sudah pasti tidak timbul isu begini. Sangat malang apabila guru dan pelajar terpaksa bertelingkah atau 'berperang' hanya kerana perkara boleh dielakkan," katanya.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan ada guru suka mengambil kesempatan namun menganggapnya ia hanya kes terpencil.
Guru terbabit katanya perlu mendapatkan rawatan psikologi bagi mengesan masalah supaya tidak bertambah kronik.
"Tidak dinafikan, ada guru suka menyentuh pelajar dan ini memang salah. Guru ini sebenarnya mungkin mengalami masalah emosi namun tidak mampu dikesan dengan mata kasar dan tekanan itu diterjemahkan dengan perlakuan.
"Guru berkenaan tidak rasa bersalah namun pelajar pula menjadi mangsa. Jika ini berlaku, pihak sekolah perlu mengambil tindakan tertentu supaya keadaan tidak bertambah melarat.
"Namun sebaiknya, biarlah hanya mereka yang terbabit saja mengetahui perkara ini supaya tidak memalukan mana - mana pihak. Yang dikesali apabila guru bermasalah, ia seperti diheboh-hebohkan hingga menjadi isu nasional sekali gus menyukarkan usaha sekolah menanganinya," katanya.
Ditanya mengenai kaedah terbaik, beliau berkata sama ada guru, pelajar mahupun sekolah perlu menjadi erat dan saling menyayangi selain semua pihak perlu merendahkan ego masing -masing.
Menurutnya, pertikaian yang berlaku hari ini disebabkan tiadanya elemen positif seperti kasih sayang, menghormati dan menghargai di kalangan warga sekolah hingga mencetuskan situasi 'hanya kau-aku'.
"Apabila elemen positif tidak dimasukkan dalam perhubungan, sudah tentu mereka semakin renggang. Guru hanya menjalankan tanggungjawabnya mengajar, pelajar pula menerima sementara sekolah asyik berkira mengenai pencapaian kecemerlangan hingga terlupa keperluan kasih sayang.
"Ini menjadikan setiap golongan hanya tertumpu pada komuniti tertentu saja sedangkan sekolah boleh diibaratkan sebagai keluarga besar yang boleh berkongsi susah senang. Jalinan kemesraan dan kasih sayang perlu disemai mengikut batas ditetapkan," katanya.
"Pelajar juga perlu tahu status dan pandai menjaga diri. Jika betul guru bersalah dan perlu diambil tindakan, lakukanlah mengikut pertimbangan akal bukan emosi semata-mata. Semua pihak ada hak yang perlu dipertahankan," katanya.

sumber: My metro
p/s: Tidak ada seorang guru pun yang mahu melihat anak muridnya tidak berjaya. Guru yang baik sentiasa mendoakan anak muridnya berjaya dan tidak mudah berputus asa sehingga mencapai kejayaan. Namun  ada juga ibu bapa menganggap yang guru lebih mementingkan diri sendiri dan mencari nama  kerana melihat anak mereka terlalu penat dengan aktiviti kerja rumah dan kelas tambahan yang dilakukan. Pada saya, biarlah apa juga ibu bapa katakan, yang penting saya kita  mendidik anak mereka menjadi seorang manusia yang berjaya kerana tanggungjawab dan amanah  dan sentiasa mengambil berat kerana saya pasti ibu bapa orang paling gembira apabila anak mereka cemerlang.

Keputusan SPM 2010 akan diumumkan esok

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini (esok) di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini. Menurut satu kenyataan semalam, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi hari yang sama.
Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.
Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama.­— Bernama

P/S: mesti semua tak lena tidur menunggu keputusan SPM esok. Buat pelajar cikgu, cikgu doakan kalian semua berjaya dan mendapat keputusan cemerlang.

Generasi baru perguruan

Graduan sulung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang kini telah mula berkhidmat sebagai pendidik diharap dapat membawa perubahan serta menjadi sebahagian daripada pemacu kepada kegemilangan pendidikan di negara ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, kemenjadian guru keluaran sulung yang dilahirkan oleh Institut Pendidikan Guru (IPG) ini akan menjadi penanda aras untuk dinilai oleh masyarakat dalam memberikan kepercayaan mereka terhadap tugas yang akan dilaksanakan oleh para graduan.
"Gunakanlah pemikiran kritis dan kreatif yang diperoleh semasa pembelajaran di bilik kuliah atau semasa menimba pengalaman dalam pelbagai aktiviti luar kampus seperti praktikum dan pengalaman berasaskan sekolah untuk dicurahkan kepada anak didik masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Keempat Majlis Konvokesyen PISMP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, baru-baru ini.
PISMP yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran (KPM) pada 2007 itu melibatkan seramai 1,987 pelajar yang ditempatkan di 27 buah IPG seluruh negara dan kumpulan pertama ini telah berjaya menamatkan pengajian mereka pada November 2010.
Kesemua graduan ini telah pun ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara bermula pada 7 Februari lalu.
Menurut Abdul Ghafar, pendidik dan pendidikan amat perlu serta relevan sepanjang masa kerana ia elemen utama untuk membina dan membentuk kemanusiaan.
"Guru seperti para graduan hari ini perlu mempertingkat dan melengkapkan diri dengan kemahiran asas sebagai pendidik seperti memahami konsep pengetahuan kandungan pedagogi.
"Semua guru hendaklah sentiasa siap siaga dengan ilmu, kemahiran serta seni pengajaran dan juga pengetahuan kandungan serta perlu mencari, meneliti dan membuat penyelidikan agar ilmu pengetahuan dapat dipertingkatkan jika terdapat kekurangan," katanya.
Beliau memberitahu, konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi seseorang guru amat penting bagi mencari, mengkaji dan menyelidik ilmu dan kemahiran pengajaran bagi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka.
"Para guru perlu peka bahawa kemahiran mendidik sentiasa berubah dan bertambah serta disesuaikan dengan perubahan semasa dan persekitaran.
"Jika usaha tidak dibuat untuk bergerak serentak dengan perkembangan ilmu, maka para guru akan ketinggalan dalam banyak hal terutamanya dalam aspek pembangunan manusia.
"Oleh itu, diharap agar semua guru yang telah lulus pengajian di IPG tidak merasakan mereka telah mempunyai ilmu yang cukup sebaliknya terus meneroka ilmu dan pengalaman bagi memastikan diri sentiasa kemas kini dengan perkembangan serta teknik menyampaikan ilmu," jelasnyanya.
Terangnya lagi, cabaran guru pada masa kini lebih berat berbanding dahulu di mana guru hanya mengajar tulis baca bagi mengatasi masalah buta huruf.
"Masyarakat kini memerlukan guru yang lebih berkualiti tinggi dari sudut keilmuan dan sahsiah, beriltizam dan mempunyai kesedaran untuk membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
"Saya amat yakin bahawa guru mempunyai keupayaan untuk membentuk personaliti kukuh di kalangan muridnya ditambah dengan bentuk latihan persediaan yang diterima sebelum menyertai PISMP ini," ujarnya.
Hal ini, jelasnya, dibuktikan oleh inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian murid sekolah kebangsaan tahun lalu.

sumber: Berita Harian Online

p/s: Tahniah kepada guru baru yang baru mengajar .. semoga menjadi guru yang cemerlang.. bukan mudah menjadi guru.. Bidang latihan mengajar atau Praktikum  tidak sama  sekali apabila kita berada dalam ruang sebenar bidang perguruan di sekolah yang ditempatkan. Macam-macam perkara yang berlaku. Tetapi kita sebagai guru kena belajar segala itu untuk menjadi guru yang berjaya...

30,000 guru ikuti program pengsiswazahan

KOTA BHARU 13 Mac - Seramai 30,000 guru mendaftar di beberapa institusi pengajian tinggi di seluruh negara bermula hari ini bagi mengikuti program khas Sarjana Muda Pengajaran iaitu program pengsiswazahan guru yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, program tersebut diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015.
Katanya, ia merupakan pelan jangka panjang kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) membabitkan perbelanjaan mencecah RM1.4 bilion.
"Ini adalah program untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan sektor perguruan di mana guru-guru ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun di institusi masing-masing dalam bidang sarjana.
"Buat masa ini, seramai 89 peratus guru sekolah menengah sudah mempunyai ijazah, manakala 28 peratus di sekolah rendah, tetapi menjelang 2015, kita mahu jumlah itu meningkat kepada masing-masing 90 dan 60 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Pendaftaran Sarjana Muda Pengajaran Ambilan 2011, Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di Maktab Sultan Ismail di sini, hari ini.
Hadir sama, Naib Presiden Kanan OUM, Profesor Dr. Mansor Fadzil.
Mohd. Ghazali berkata, seramai kira-kira 30,000 guru lagi akan menyertai program tersebut pada tahun depan dengan kos termasuk yuran pembelajaran ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Katanya, sistem pembelajaran akan dibuat secara pendidikan jarak jauh (PJJ) untuk memastikan guru terlibat dapat memberi tumpuan seratus peratus kepada tugas hakiki mereka di sekolah.
"Langkah ini adalah platform terbaik untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa depan, kerana hanya guru berkualiti dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.
"Selain itu, kebajikan guru-guru juga diambil kira di mana selepas memiliki ijazah, gaji mereka akan dinaikkan secara automatik mengikut tahap pendidikan masing-masing," jelasnya.
Sementara itu, OUM mengambil seramai 5,685 guru ke program tersebut di 20 cawangannya di seluruh negara.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti program tersebut selama empat tahun membabitkan 12 semester yang akan berakhir pada Disember 2014.
Universiti itu menawarkan sebanyak 11 bidang pengajian iaitu pra sekolah, pendidikan Islam, bahasa Melayu, bahasa Cina, kemahiran hidup, matematik, muzik, pendidikan jasmani, pendidikan khas, pendidikan seni visual dan sains.
Sumber: Utusan Melayu

Penangan pisang goreng Sabah

KOTA KINABALU 21 Mac – Kalau Kelantan terkenal dengan budu, Melaka dengan kelazatan cencaluknya dan Terengganu dengan kesedapan keropok lekor, Sabah turut mempunyai makanan kegemaran iaitu pisang goreng Sabah.
Mungkin makanan yang menjadi antara trademark negeri itu agak biasa tetapi hakikatnya kelazatannya tidak dapat ditandingi di tempat lain.
Ini terbukti apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri memuji kelazatan pisang goreng Sabah ketika singgah di kedai makan Dah Hin Kak Tini di Lintasan Deasoka, baru-baru ini.
“Pisang goreng Sabah memang sedap,” kata-kata Perdana Menteri itu tidak mungkin dapat dilupakan oleh pemilik kedai makan berkenaan, Usop Pardi.
Tinjauan Utusan Malaysia di kedai makan berhampiran bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu itu mendapati pisang goreng berkenaan memang betul-betul seperti ‘pisang goreng panas’ apabila orang ramai terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkannya.
Pengusaha pisang goreng di kedai makan itu, Atan Ahmad, 60, berkata, dia mula menjual pisang goreng di Kedai Dah Hin Kak Tini sejak tahun 90-an lagi.
“Sebenarnya saya telah mula berniaga pisang goreng sejak 1979 di Tanjung Aru sebelum berpindah ke sini setelah dijemput oleh rakan saya, Usop yang berniaga di kedai makan ini.
“Alhamdulillah di sini sangat laris dan setiap hari pisang goreng saya akan habis dijual,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Kata Atan, pada masa ini pisang goreng itu dijual dengan harga yang murah iaitu RM1 bagi lapan keping.
Menurutnya, setiap hari dia memerlukan 25 kilogram tepung gandum dan sekotak tepung beras untuk menyediakan adunan tepung istimewa pisang gorengnya.
“Selain itu bagi menjalankan perniagaan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 5 petang saya menempah pisang Sabah sebanyak RM150 setiap hari.
“Itu tidak termasuk bahan lain seperti telor, minyak dan tepung tambahan lain,” katanya yang setiap hari dibantu oleh isteri dan anaknya.
Ditanya mengenai rahsia kelazatan pisang gorengnya, Atan berkata, keistimewaan pisang goreng yang dihasilkannya ialah ia rapuh dan tidak berminyak.
Beliau memberitahu, selain resipi tersendiri pelbagai faktor perlu diambil kira dalam menghasilkan pisang goreng yang sedap.
Antaranya, Atan berkata, pemilihan pisang yang masak, cara menggoreng dan juga campuran bahan-bahan dengan secukup rasa.
Tambahnya, dalam menghasilkan pisang goreng tempoh memasak harus diambil kira bagi memastikan kesedapan goreng pisang berkenaan.
“Ada orang yang datang melihat sendiri bahan yang saya guna dan apabila dicuba di rumah, mereka mengatakan tidak sesedap seperti yang saya jual.
“Mungkin pengalaman saya selama ini membuatkan saya mampu membuat sukatan yang betul setiap kali menyediakan goreng pisang hingga membuatkannya sedap,” katanya.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan, Usop berkata, kunjungan Perdana Menteri amat bermakna sekali apatah lagi pemimpin nombor satu negara itu turut menjamah makanan dan minuman di kedainya.
Selain pisang goreng, katanya, tarikan lain di kedai makan berkenaan ialah soto, nasi campur dan pelbagai aneka masakan lagi.
“Saya tahu rakan lama saya ini memang mempunyai resipi pisang goreng yang sedap jadi saya membawanya ke kedai saya.
“Pisang goreng ini memang laris apatah lagi setelah Perdana Menteri merasai sendiri. Kini pisang goreng ini dipanggil oleh orang ramai dengan nama pisang goreng PM,” katanya.
Tambahnya, antara orang terkenal yang turut membeli pisang goreng berkenaan termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri.

Sumber: Utusan Melayu
 
p/s: saya pernah merasa dan memang sedap dan kurang berminyak berbanding gerai yang menjual goreng pisang yang lain rapuh tapi berminyak..

Monday 21 March 2011

semak keputusan SPM 2010 melalui sms

Seperti yang ramai pelajar lepasan SPM 2010 sedia maklum, tarikh pengumuman keputusan SPM 2010 ialah pada hari Rabu ini, 23 Mac 2011.

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di Putrajaya.
Buat kali pertama juga, semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) juga diperkenalkan bagi memudahkan pelajar SPM 2010 menyemak keputusan masing-masing.
Cara Menyemak Keputusan SPM 2010 Melalui SMS
Anda boleh menyemak keputusan peperiksaan SPM 2010 melalui SMS dengan menaip SPM SEMAK dan hantar ke 15888. Setiap semakan dicaj RM 0.35. Semakan bermula jam 10.00 pagi (23 Mac 2011) hingga 11.59 malam (30 Mac 2011) atau mungkin juga ditamatkan pada hari yang sama.

p/s: semoga pelajar-pelajar ku berjaya dengan keputusan cemerlang...

cuti oh cuti


rindunya aku menulis kat entry ni. kali ini aku nak bercerita tentang destinasi percutian ku pada kali ini.. Kali ini aku berkesempatan bercuti di Bali.. Pulau Bali yang dikatakan Pulau yang penuh pelbagai kebudayaan dan keunikannya tersendiri.Percutian aku kali ini bermula 16 sehingga 19 Mac. memang seronoklah sebab aku dan kawan-kawan menggunakan pakej murah dan berbaloi.Kami menggunakan penerbangan Mas untuk ke Bali..
 Hari pertama , kami sampai di bali di sambut dengan penuh kemesraan dengan kalungan bunga ..dan selepas check in  di hotel kami di bawa ke Agung Bali dan makan malam di Jimbara. Puas hatilah dengan makanan di sana dengan suasana romantik. Namun begitu aku rasa seafood kat sabah lagi enak-enak.. selepas makan malam bali ke hotel dan tidur...





Hari kedua banyak tempat yang kami lawat.. dari kaki bukit ke gunung dan dari gunung ke kuil... perjalanan yang menyeronokkan. tetapi sebelum itu kami menyaksikan  persembahan yang agak unik yang aku sendiri pun tak faham tapi menghiburkan juga. Hari ketiga membeli belah di tanah lot dan ke kuil yang terkenal di
Bali iaitu uluwata..  Hari keempat berangkat ke Kuala Lumpur dan seterusnya ke kota kinabalu...
dan hari ini sudah  kembali  kehidupanku sebagai pendidik  dan lupakan seketika keseronokan percutian di Bali tersebut...



Guru perlu sokong satu sama lain

Oleh Mohd Rifaat Abd Hamid
rencana@hmetro.com.my

ISUNYA remeh namun sikap segelintir guru subjek teras yang memandang rendah terhadap guru subjek pilihan sangat dikesali.
Meskipun kedua-duanya berperanan sama penting, sikap suka bertanding atau membeza-bezakan antara satu sama lain mampu mencetuskan konflik dan mewujudkan pertelingkahan.
APA SUDAH JADI...perlu kreatif untuk menarik minat pelajar belajar, kalau tidak senario seperti ini pasti berlaku.
TUNJUK KEMAHIRAN...subjek pilihan alternatif bagi membantu pelajar mengenali bakat diri sendiri.
KOMITMEN...guru subjek teras perlu menunjukkan komitmen tinggi bagi memastikan kecemerlangan pelajar namun itu bukan alasan untuk mendabik dada sekali gus mengeruhkan perhubungan.
BINCANG...sekiranya timbul konflik, jalan perbincangan adalah landasan terbaik bagi menjernihkan kekalutan.
Apatah lagi jika masing-masing cuba mengangkat diri sendiri seolah-olah yang terbaik hingga menjadikan pelajar mangsa keadaan dan tersepit membuat pertimbangan.
Walaupun masih belum ketara, fenomena ibarat api dalam sekam ini perlu dicantas awal supaya tidak ‘meletup’ hingga mampu menjejaskan kredibiliti warga pendidik sekali gus mencalar integriti perguruan.
Persoalannya, mengapa situasi remeh ini perlu berlaku sedangkan sekolah seharusnya menjadi institusi bersih, bebas daripada konflik dan emosi, manakala guru hanya perlu fokus terhadap pembangunan ilmu serta kejayaan pelajar.
Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, cawangan Kedah, Anuar Husin, berkata sikap suka memperlihatkan kepentingan dan keutamaan menjadi faktor kewujudan pertelingkahan meskipun semua guru berperanan sama penting dalam proses penjanaan ilmu.
Menurutnya, situasi bertambah buruk apabila ibu bapa terlebih memberi perhatian dan penghargaan kepada guru subjek teras hingga guru subjek pilihan seolah-olah guru terpinggir.
“Apabila hanya segelintir guru saja mendapat pujian, sudah tentu perasaan kurang senang wujud di kalangan guru lain. Lebih runcing jika ibu bapa hanya nampak sumbangan satu pihak yang lebih mendominasi.
“Senario ini tidak normal jika ingin menjadikan sekolah sebagai medan ilmu kerana pertembungan ketidakpuasan hati akan menimbulkan protes dan rasa persaingan tidak sihat. Masing-masing ingin membuktikan dialah yang terbaik.
“Sedangkan sumbangan semua guru sama dan perlu menyokong antara satu sama lain tanpa iri hati. Ini sekolah yang mendokong falsafah pendidikan negara, bukan medan ‘pertarungan’ untuk keluar sebagai wira,” katanya.
Tanggapan hanya subjek teras penting dalam mekanisme pendidikan negara perlu diubah kerana kini subjek pilihan turut menentukan kelayakan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.
Ia juga alternatif membantu pelajar mengenali potensi diri dan mencungkil bakat dalam bidang tertentu yang boleh membantu pemilihan kerjaya masa depan.
Beliau berkata penentuan sama ada subjek teras atau pilihan yang membantu melonjakkan prestasi pelajar adalah subjektif kerana setiap individu berbeza.
“Ada pelajar boleh cemerlang dalam akademik, ada pula sebaliknya, justeru bagaimana mungkin jika ada menyatakan hanya guru tertentu saja boleh menjana kecemerlangan pelajar?
“Subjek teras atau pilihan diwujudkan bertujuan mengimbangi keperluan pelajar supaya tahu dan mengenali potensi masing-masing. Jika guru bertelagah atau dilanda perasaan iri hati, bagaimana nasib pelajar ini yang memerlukan bimbingan?
“Sebenarnya rasa kepentingan subjek itu tidak penting kerana pengakhirannya hanya menjurus pada satu matlamat saja iaitu kecemerlangan dan kejayaan pelajar,” katanya.
Pelajar katanya akan silih berganti namun guru masih perlu menjalankan tugas hingga akhir hayat.
“Simboliknya, sama ada guru subjek teras atau tidak, mereka hanya perlu melaksanakan tugas dengan baik. Mengapa mesti ada perbalahan atau kekecohan kerana isunya sangat remeh dan memalukan.
“Guru, ibu bapa, sekolah atau masyarakat sendiri seharusnya menilai dan meletakkan matlamat bagaimana mahu menjadikan pelajar itu berjaya dalam semua bidang, bukan menjadikan mereka tersepit di tengah kemelut perbandingan,” katanya.
Meskipun mengakui kepentingan masyarakat hari ini lebih menjurus kepada akademik, beliau berkata pilihan lain juga perlu diseimbangkan.
“Bukan semua pelajar mampu berdepan tekanan atau mampu merealisasikan kecemerlangan menerusi pencapaian akademik. Subjek pilihan boleh menjadi alternatif bagi membantu meredakan tekanan.
“Malangnya masyarakat tidak faham dan tetap mahukan kecemerlangan akademik, guru pula dihambat masalah persaingan. Dihantui situasi ini, bolehkah pelajar berjaya?
“Kepentingan bukan membuat penilaian pada guru namun menjaga kebajikan pelajar selain menjadikan sekolah bebas daripada konflik,” katanya.
Pada masa sama, masyarakat terutama ibu bapa perlu mengubah mentaliti dan bersama memberi sokongan padu kepada guru tanpa perlu membuat penilaian peribadi.
Ibu bapa, katanya, perlu akur semua guru berperanan dalam melonjakkan frekuensi pelajar dan tiada mahu melihat kegagalan.
Guru pula mengetepikan perasaan cemburu atau ego dan bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab.
“Masyarakat tidak perlu memberi label tertentu kepada guru sebaliknya perlu anggap diri mereka sumber kejayaan anak. Manakala guru tidak perlu mendabik dada sebaliknya menunjukkan integriti tinggi dan profesional.
“Dengan cara ini mereka lebih dihormati. Jadikan sekolah tempat harmoni bukan meraih populariti,” katanya.
Guru muzik di SM Asma (SAS), Kedah, Khairil Fauzi Ali, berpendapat subjek pilihan juga penting bagi menceriakan pelajar sewaktu proses pembelajaran.
“Subjek pilihan boleh menjadi penawar dan boleh menjadi mekanisme meredakan tekanan. Saya berpendapat, jika pelajar seronok datang ke sekolah, masalah ponteng tidak akan berlaku.
“Di negara barat, mereka menggunakan cara ini untuk membina kemahiran diri juga sebagai persediaan menjalani kehidupan, tidak salah kalau mencontohinya,” katanya.
Sebaliknya, guru subjek teras di sebuah sekolah di Alor Star, Azahar Hashim, berkata tidak salah ibu bapa memberi sedikit kelebihan kepada guru subjek itu kerana mereka lebih tertekan.
“Kami sentiasa tertekan kerana sering dipantau pengetua mengenai pencapaian pelajar, kebanyakan ibu bapa juga lebih mementingkan akademik.
“Tidak salah, kami memperoleh lebih penghargaan daripada ibu bapa sebagai membalas usaha memastikan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.



p/s: Apa yang paling penting semua guru tidak kira guru teras atau pilihan sentiasa berganding bahu dalam membantu dan berusaha memberi kejayaan kepada pelajar..

Sumber: my metro online

Monday 14 March 2011

Malaysia bebas pencemaran radiokatif dari Jepun

 KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai alat pengesan pencemaran radioaktif di udara, jika kehadiran bahan itu dari loji nuklear Daiichi Fukushima yang kebocoran akibat gempa bumi di Jepun Jumaat lalu dikesan, amaran akan dikeluarkan serta-merta kepada rakyat kita. Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahidan Radiman, berkata agak mustahil kesan pencemaran radiasi di negara itu boleh merebak pada jarak yang jauh.
Katanya, faktor cuaca di negara ini yang mempunyai taburan hujan sepanjang tahun menyukarkan pencemaran itu merebak ke Malaysia.
Beliau yang mengulas mengenai kebimbangan rakyat berikutan akan turut merebak ke negara ini berkata, jika tanda amaran kehadiran bahan radioaktif sudah dikeluarkan, orang ramai akan diminta berada di rumah dan tidak dibenarkan keluar bagi tempoh masa tertentu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan penyebaran SMS khabar angin daripada pihak tertentu yang meminta penduduk negara ini berkurung dalam rumah atau memakai baju hujan bagi mengelakkan hujan asid yang kononnya boleh membakar kulit, menggugurkan rambut dan menyebabkan kanser.

Chong Wei juara lagi

CHONG Wei tewaskan Lin Dan 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit. Jinak Lin Dan dalam final Seluruh England

BADI 'kerap tumbang kepada Lin Dan di pentas besar' berjaya ditamatkan jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei apabila gah mempertahankan mahkota kejuaraan berprestij Seluruh England, awal pagi tadi. Dalam saingan yang diibaratkan ‘pertembungan final impian’ di Arena Tertutup Birmingham, Chong Wei yang turun selaku pilihan pertama membuktikan kehandalan dengan menundukkan musuh tradisinya itu 21-17, 21-17 dalam tempoh 51 minit. Kejayaan itu jelas rangsangan dan tonik terbaik kepada Chong Wei selepas sebelum ini tumpas 15 daripada 22 pertemuan kepada pemain tembok besar China itu termasuk terbaru di final kejohanan paling bernilai Terbuka Korea, Januari lalu.

Ia juga menambah koleksi kejuaraan di kabinet pemain kelahiran Pulau Pinang itu musim ini sesudah muncul juara dalam kejohanan Siri Super Final di Taiwan dan Terbuka Malaysia, Januari lalu.

Lin Dan yang masih segar dengan kemenangan di Terbuka Jerman minggu lalu harus kecewa kerana impiannya untuk melakar sejarah menjadi pemain era baru pertama untuk memenangi kejohanan tertua itu lima kali berkecai.

Begitupun, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong membuatkan peminat marah dan kecewa apabila mensia-siakan peluang keemasan memenangi acara beregu lelaki apabila tumpas kepada pilihan pertama, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21, 21-18, 21-18.

Beregu emas menang 21-15 set pertama tapi gagal mengekalkan fokus sama dan tunduk dalam set kedua 18-21 untuk diheret ke set penentuan.

Sumber: Berita Harian Online
p/s: Tahniah Lee  Chong Wei. Rakyat Malaysia sudah tentu bangga dengan anda..

Sunday 13 March 2011

Tarikh keputusan SPM 2010

Tarikh sebenar keputusan SPM 2010 adalah pada 23 Mac 2011 bersamaan hari rabu. Calon-calon diminta mengambil keputusan di sekolah masing-masing. Semoga  semua berjaya. Sekian.
Maklumat ini disahkan oleh akhbar New Straits Time.

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.
Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times. Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide. There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.

Saturday 12 March 2011

Bidang perguruan semakin di minati



Kenapa ramai sangat minat nak jadi guru? Kalau dahulu bidang perguruan ini macam orang tak nampak ja. Buatlah permohonan kalau nak masuk universiti letak pilihan pertama. Terus dapat ni. ndak da medsi dan temuduga lagi tapi masih boleh jadi guru yang berjaya setelah keluar.
Kalau dahulu juga ibu bapa tidak mengharapkan anak-anak mereka menjadi guru. "Tak payahlah apply guru . apply bidang lain lagi bagus.. keluar nanti boleh kerja jadi pegawai".
Ini kerana orang dulu tak nampak guru sebagai pegawai seperti pegawai-pegawai di jabatan kerajaan. Walhal kalau ikutkan guru pun pegawai juga kalau dg41 tu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah lagi.
Zaman aku dan adik ku yang lain, apply ja pilihan pertama sebagai perguruan terus dapat. kadang-kadang kena telefon lagi suruh ambil bidang ni.  Masuk universiti ada juga yang bukan pilihan pendidikan merayu nak keluar sebab tak minat. Alasan yang diberikan ialah "aku tak pilih pun pendidikan suka hati ja mereka bagi aku pendidikan".  Itu  cerita dahulu.
Sekarang punyalah susah nak masuk bidang perguruan sama ada IPG atau di IPTA. Walau cemerlang manapun tak menjamin tempat untuk masuk ambil bidang perguruan. Malah yang rendah pun boleh diterima masuk hanya disebabkan ada dua aspek yang mereka ukur iaitu medsi dan juga temuduga. Kalau hari ini di mana juga pelajar apabila di tanya tentang apa mereka nak pilih dalam pilihan ke IPTA. Rata-rata ambil pendidikan. Zaman dah berubah kalau dulu ibu bapa pandang anak mereka apabila masuk universiti seluruh kampung akan bangga anak siapa berjaya tu? Tetapi sekarang bila anak mereka masuk Universiti. soalan yang akan keluar bidang apa mereka ambil kalau bukan pendidikan baik tak payah menganggur lah sampai bila-bila tak dapat kerja.
Persepsi masyarkat sekarang semakin berubah disebabkan ramai anak-anak kampung tidak mendapat kerja apabila graduat dari universiti. Akhirnya bila habis SPM atau STPM ibu bapa lebih menggalakkan anak-anak mereka menceburi bidang kerjaya..
Dan sekarang ini fenomena terbaru apabila bidang pendidikan di IPTA ada yang berkonsepkan pasaran terbuka. Pasaran terbuka cari sendiri kerja kat sekolah-sekolah swasta atau bidang kerja lain dan kerajaan tidak menjamin penempatan. semakin susah dah nampaknya. Kalau dulu habis ja belum pun sempat nak konvo datang dah surat posting suruh pergi mengajar, kalau tak tindakan tatatertib di kenakan.
Satu perkara lagi, ada graduan yang dah berhempas pulas 4 tahun belajar akhirnya tidak mendapat penempatan kerana gagal temuduga.Ada yang hampir 2 atau 3 tahun baru lulus dan dapat mengajar.
Apa yang boleh dikatakan  di sini,  IPTA sekarang semua bidang pun sama  belum tentu menjaminkan kerja apabila graduat kelak tidak kiralah dia dalam bidang pendidikan, sains sosial atau kemanusiaan serta bahasa,
sebab tidak semua bidang menjamin penempatan untuk terus bekerja apabila keluar kelak.

Lima dakwa ditampar guru

Lima dakwa ditampar guru

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED iskandar@hmetro.com.my

 PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.
Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.
“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.
“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei.
Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.

Sumber: My metro online

Murid 11 tahun lebih bijak daripada Einstein

CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam.

Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ.  Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160.

"Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij.

Selain meminati mata pelajaran sains dan membuat eksperimen, Cowie juga suka berlakon, menari dan bermain alat muzik.

Ibunya, Alison, memberitahu, anaknya itu mempunyai kemampuan membaca sejak kecil dan pernah memenangi anugerah sains di sekolah.

Ibu bapanya kurang pasti daripada mana Cowie mewarisi kepintarannya itu. Purata IQ manusia ialah 100.

Ekoran keputusan tersebut, Cowie mengalahkan kepintaran Napoleon Bonaparte yang mendapat skor 145, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton (140), penyanyi terkenal, Madonna (140) dan pengarah filem, Quentin Tarantino (160). -

Sumber: Kosmo Online

Di beri pangkat sarjan jika ada diploma

Diberi pangkat Sarjan jika ada diploma - KPN

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya kelulusan diploma akan ditawarkan pangkat Sarjan jika menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di masa depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ia merupakan skim baru untuk PDRM menarik minat anggota masyarakat terutama golongan muda menyertai pasukan tersebut.

"Ini salah satu skim baru yang akan kita perkenalkan iaitu kelulusan minimum untuk masuk dalam perkhidmatan polis bagi pangkat Sarjan ialah diploma.

"Menerusi skim baru ini juga, kenaikan pangkat juga akan lebih cepat. Kita mempermudahkan, umpamanya Konstabel untuk naik ke pangkat Koperal, Insya-Allah dalam masa lima tahun. Kalau dulu ada sampai 10 tahun, 15 tahun ada yang pencen pun masih Konstabel lagi.

"Begitu juga pangkat-pangkat lain. Kita nak ubah (skimnya),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. - Bernama

p/s: Kepada mereka yang masih mengganggur khususnya graduan diploma inilah masanya, ceburilah bidang kepolisan terus naik pangkat sarjan....

Friday 11 March 2011

kena saman lah pulak

Aku kena saman oleh Pakcik Polis. Al kisahnya aku menghantar adikku serta anak buahku balik ke Tawau melalui KK terminal dua (Air Asia).Mungkin nasib aku hari ini, selalunya tidak pula kena saman aku parking kereta di kawasan yang tidak sepatutnya. Selepas buat check in, masa nak boarding lama lagi, jadi adik ku nak belanja makan KFC lah pula. Aku tidak menjangkakan juga pakcik polis ini rajin pula hari ini nak tengok-tengok kereta yang parking tak tentu tempat. Jadi aku biarkan lah. Makan sambil bercerita. Tiba-tiba aku ternampak dari atas KFC tempat aku makan, pakcik polis tu sedang menulis kertas kat atas kereta orang lain. Wah aku pun dengan pantas kilat nak mengalihkan keretalah konon supaya tak kena saman. sampai ja kat situ. Aku nampak seorang lagi pakcik polis sedang menulis nombor kenderaan ku, walaupun aku cuba membuat open lock kat kereta tetapi leka juga dia menulis (suka menulis pakcik ni agaknya hehehe).

Jadi al kisahnya terima saja lah dan sedihnya aku, inilah pertama kali aku kena saman selama aku memegang lesen memandu hampir berbelas tahun. wah lamakan. Pecah dah rekod aku menjadi pemandu tanpa rekod saman. hahaha.

Dan selepas aku dari KKIA terminal 2 tu, aku bergegas ke Balai Polis Bandaraya dan cuba menyelesaikan bayaran saman. Chewah maklumlah pemandu berhemah kalau kena saman mesti bayar terus. Malangnya belum ada rekod dan aku bertanya jumlah bayaran yang perlu aku bayar. Selamat duit poket tak lah banyak dan tak sampai beratus. Namun selepas ini aku kena berhati-hatilah kalau nak parking tempat, nanti kena saman kali kedua pula.

p/s: Semasa aku baru mendapat lesan memandu, Ayah pernah berpesan pandu secara berhemah, kalau tak kenalah saman dan jangan mengomel jika kena saman sebab siapa yang salah diri juga yang salahkan hehehe..Aku faham tugas anggota polis kerana ayah aku juga merupakan bekas anggota polis yang telah pencen. Tapi jika aku mempersoalkan kredibiliti tentang polis, mesti ayah akan memeprtahankan diri anggota polis. Tapi bila ayah mempersoalkan kredibiliti dan sikap seorang guru yang ada masalah di media massa, aku dan adik-adikku akan mempertahankannya sambil tersenyum ....

gambar-gambar gempa bumi dan tsunami di Jepun

Gempa bumi terburuk dalam sejarah Jepun

TOKYO: Gempa bumi 8.9 magnitud yang melanda Jepun semalam adalah yang terburuk dalam sejarah negara itu, dan ketujuh secara keseluruhan.
Data Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) menunjukkan, gempa terkuat - 9.5 magnitud - berlaku pada 5 Mei 1960 di Chile.

Bencana itu mengorbankan lebih 1,600 orang dan dua juta lagi kehilangan tempat tinggal.

Berikut adalah data USGS:

> 9.2 magnitud: Alaska, AS pada 29 Mac 1967 - Gempa dan tsunami membunuh 128 orang dan memusnahkan bandar terbesar Alaska, Anchorage.

> 9.1 magnitud: Indonesia, pada 26 Disember 2004 - gempa di dalam laut menyebabkan tsunami yang melanda bandar pinggir pantai di sekitar Lautan Hindi, membunuh lebih 220,000 orang.

> 9.0 magnitud: Russia, pada 4 November 1952 - gempa bumi di luar pantai Semenanjung Kamchatka menyebabkan tsunami di Lautan Pasifik.

> 9.0 magnitud: Peru, pada 13 Ogos 1868 - Pelabuhan Arica (kini menjadi sebahagian daripada Chile) dilanda gempa yang dapat dirasakan sehingga 1,400 kilometer dari situ.

> 9.0 magnitud: Amerika Utara, pada 26 Januari 1700 - Gegaran memberi kesan kepada 1,000 kilometer kawasan pantai dan mencetuskan tsunami di sekitar Lautan Pasifik dan memusnahkan perkampungan pinggir laut di Jepun.

> 8.9 magnitud: Jepun, pada 11 Mac 2011 - Gempa bumi di dasar laut menyebabkan tsunami setinggi 10 meter. - AFP

Tsunami langkah berjaga-jaga



Makluman dari MOSTI...


Gempabumi skala Richter 8.8 di Jepun akan menyebabkan kenaikan aras laut dan ombak besar yg akan dijangka melanda pantai Sabah dan Labuan jam 6 petang dan seterusnya. Mohon tidak berada di kawasan pantai sebagai tindakan berjaga-jaga.


P/S: berhati-hati kepada mereka yang berada di tepi pantai

Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud

TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk.

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.

Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.

Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.

Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.

Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. - Agensi

sumber: My metro

P/S: Tsunami berlaku lagi.

cuti sekolah bermula

Hari ini cuti sekolah sudah bermula. Seronoknya tidak terkira pelajar-pelajar khususnya pelajar asramaku mahu pulang. Terutama dah 2 bulan tak jumpa keluarga dan jauh dari kampung khususnya yang tinggal di Pantai Timur Sabah dan Sarawak. Wah seronok bukan kepalang. Ada yang cakap lagi macam tak da mood lah nak sekolah lah cikgu hari ini sebab  pulang malam ni... riang betul mereka. Tetapi pesananku hanya satu, cuti  cuti juga tetapi belajar jangan lupa. Satu persatu akan meninggalkan kawasan asrama.Namun begitu yang dekat  hanya dapat pulang esok.Hari ini dan esok terminal bas serta lapangan terbang akan dibanjiri wajah-wajah anak-anak pelajar yang memakai baju sekolah untuk pulang ke kampung halaman. Malam ini pun aku akan menghantar anak muridku ke terminal bas untuk balik ke Tawau.

Seminggu ini akan sunyi sepilah suasana asrama dengan ketiadaan pelajar. Kalau tidak hiruk pikuk dibuatnya. Bila sunyi rasa seram dan menakutkan ada juga hehehe. Tetapi aku masih terus berada di rumah warden ini kerana aktiviti yang melibatkan asrama pada minggu cuti nanti. Buat semua pelajar yang akan pulang ke kampung selamat bercuti, lepaslah rindu anda dengan ibu bapa dan rasailah kerinduan  masakan ibu anda semua hehehe. maklumlah makanan kat asrama ada pelajar kata tak sedap.Selera masing-masing. Dulu aku pun  macam begitu. Masakan ibu juga yang aku ingat. 

SELAMAT BECUTI.. jangan lupa kembali ke asrama pada 20hb MAC 2011.

p/s: Masa aku belajar kat Universiti seminggu nak pulang Sabah. rasa macam sebelah kaki  dah berada di rumah. seronok tak terhingga sehingga sanggup ni  dengan kawan-kawan tidur kat lapangan terbang  walaupun penerbangan pada awal pagi. hehehe..

Thursday 10 March 2011

Tiga pelajar samseng

Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.

Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.

“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

“Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.

sumber: My metro