Friday 29 April 2011

668,170 murid sertai Doktor Muda 2010

KOTA KINABALU — Sejumlah 1,255 sekolah rendah di negara ini mengambil bahagian dalam Program Doktor Muda tahun lepas, membabitkan kira-kira 668,170 murid, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.
Beliau berkata, program itu dijadikan aktiviti kokurikulum pada 2006 bagi menanam amalan penjagaan kesihatan yang baik di kalangan anggota kelab dan rakan mereka. — Bernama

Pelajar Darul Quran mula pengajian 14 Mei

KUALA LUMPUR — Seramai 250 pelajar akan memulakan pengajian Program Diploma Tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sesi 2011/2012 pada 14 Mei ini.
Mereka adalah calon-calon yang berjaya dalam proses temuduga yang dijalankan pada 18 hingga 21 April lepas, daripada 850 calon yang telah memohon untuk mengikuti program itu.

Pengarah Darul Quran Jakim, Paimuzi Yahya berkata calon-calon yang gagal dalam temuduga itu pula boleh memohon melanjutkan pengajian yang sama ke beberapa institusi pengajian tahfiz yang turut menjalankan kerjasama dengan Darul Quran dengan kurikulum yang sama. Antaranya ialah Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Maahad Tahfiz Masjid Saidina Ali, Melaka, Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Pulau Pinang dan Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Kangar Perlis.

Yang lain ialah Maahad Tahfiz Majlis Agama Islam Kelantan, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Perak (INTIM), Institut Tahfiz Al-Quran Terengganu, Institut Pengajian Islam Terengganu (INSPI), Maahad Tahfiz Al-Qurqan Wal Qiraat Sabah dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS).

sumber; Bernama

Mona’ rasuk murid, guru

KUCHING: Wanita misteri bernama ‘Mona’ dipercayai punca tercetus suasana gempar apabila lebih 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Jalan Astana, di sini, serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam.
Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu.

Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar.

Malah, seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, gangguan pertama menimpa seorang ibu hamil yang menunggu anaknya di kantin sekolah berkenaan apabila dia pengsan secara tiba-tiba.

sumber  ; my metro

Thursday 28 April 2011

Cikgu denda ala along

JOHOR BAHRU: Seorang guru Matematik sebuah sekolah menengah di bandar raya ini, didakwa mengambil tindakan ala along terhadap pelajarnya yang gagal menyiapkan tugasan apabila bukan saja mengutip wang denda RM1, malah mengenakan kadar bunga harian dua kali ganda jika mereka lewat membuat bayaran.
Seorang ibu pelajar dikenali sebagai Sofiah, berusia 40-an berkata, dia dan suami terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab guru wanita terbabit selepas perbuatan itu didedahkan anak perempuan mereka yang belajar dalam tingkatan dua sekolah itu.

“Guru berusia lingkungan 30-an itu mengenakan denda berbentuk bayaran wang terhadap pelajar yang gagal memberikan jawapan betul bagi soalan dikemukakan mahupun tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Tindakan itu menimbulkan masalah kepada pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah hingga ada yang terpaksa meminjam daripada rakan semata-mata untuk melunaskan denda itu,” katanya, semalam.

Menurutnya, rakan anaknya turut didenda RM1 baru-baru ini, dan guru terbabit turut mengenakan denda tambahan berjumlah RM2 jika pelajar gagal membuat bayaran pada hari sama.

Sofiah berkata, sebarang tindakan atau hukuman dilaksanakan guru selain pengurusan sekolah perlu mengikut kaedah dan garis panduan ditetapkan Kementerian Pelajaran.

“Jabatan Pelajaran Johor mahupun pengurusan sekolah perlu menyiasat perkara itu bagi mengelakkan ia berterusan.

“Niat saya bukan untuk menjatuhkan imej guru berkenaan, namun guru itu perlu lebih dedikasi memandangkan tindakannya itu tidak mungkin mampu mendisiplinkan pelajar atau mendidik mereka,” katanya. Pengetua sekolah berkenaan yang dihubungi enggan mengulas berkaitan isu itu, sebaliknya memaklumkan mahu menyiasatnya terlebih dulu.

sumber: maryvictoria@hmetro.com.my
p/s: Pelbagai cara dan inisiatif guru untuk melakukan yang terbaik dalam mencemerlangkan akademik pelajar. Guru yang baik adalah pengajaran yang berkesan.. Denda sebagai pengajaran berguna yang bukan menyakitkan boleh difikirkan yang penting tidak memudaratkan pelajar.. 

Semakan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

seperti sedia maklum hari ini adalah merupakan hari yan di tunggu-tunggu bagi mereka yang telah memohon program matrikulasi. baggi yang belum buat semakan bolehlah buat semakan di sini,..
Tahniah buat yang berjaya dan jangan putus asa bagi yang kurang berjaya. Banyak lagi peluang yang menunggu anda.

Tuesday 26 April 2011

15 jenis makanan larangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menyenaraikan 15 jenis makanan dan minuman yang dilarang untuk dijual di kantin sekolah bagi menjamin kesihatan murid selain mengelakkan berlakunya masalah obesiti di kalangan mereka.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, antara makanan termasuk dalam kategori itu adalah mee segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan ringan yang berperisa dan mempunyai pewarna tiruan serta makanan yang diproses seperti daging burger, sosej dan nuget.

“Pada Mei nanti, kita akan berkongsi garis panduan ini dengan orang ramai dan mengedarkan kepada pengusaha kantin selepas mendapat pengesahan kerana ia masih di peringkat cadangan oleh kementerian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Pertama Persatuan Pegawai Sains Kementerian Kesihatan (Asomh).

Bagaimanapun, kementeri katanya tidak menafikan selepas mengeluarkan larangan jualan makanan ini, kemungkinan pengusaha kantin akan membantah, tetapi apa yang perlu diberi penekanan adalah kesihatan kanak-kanak berbanding keuntungan yang dikaut.

Beliau berkata, senarai yang dilarang itu hanya tertumpu kepada jualan di kantin sekolah dan tidak meliputi jualan oleh penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah.

Namun katanya, garis panduan kepada penjaja makanan ringan di luar pagar sekolah juga akan dicadangkan dalam masa terdekat.

Menurut Rosnah, jenis minuman yang dilarang pula adalah minuman yang mengandungi alkohol, teh dan kopi, minuman berkarbonat, minuman yang mempunyai bahan pewarna serta minuman berperisa kecuali susu berperisa.

“Walaupun isu nasi lemak hangat diperkatakan, namun di dalam garis panduan yang bakal dilancarkan bulan depan, nasi lemak termasuk dalam 60 menu makanan yang boleh diambil, namun perlu disediakan dengan cara yang lebih sihat seperti mengurangkan santan dalam nasi dan minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis,” katanya.

Lima lagi yang dilarang adalah makanan ringan yang berupa mainan, semua makanan yang disertakan dengan permainan, makanan jeruk, makanan dan minuman yang melepasi tarikh luput serta semua jenis makanan dan minuman yang melanggar Peraturan Makanan 1985.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian, Rosnah turut menyatakan untuk menuju ke arah menjayakan inovasi baru dan melahirkan paten yang canggih berkaitan perubatan dan kesihatan, insentif sebanyak RM15,500 akan diberikan kepada penyelidik sains yang berjaya menghasilkan paten dan akan dibayar royalti sebanyak 80 peratus.

sumber: My Metro

Keputusan program matrikulasi KPM Khamis ini

KUALA LUMPUR: Keputusan kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) boleh disemak mulai Khamis ini.
Kementerian berkenaan dalam kenyataan hari ini berkata semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang membuat permohonan pada 10 Julai hingga 10 Okt tahun lepas boleh membuat semakan itu menerusi laman web KPM di alamat www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor angka giliran SPM dan nombor kad pengenalan.

Mereka juga boleh menyemak keputusan menerusi khidmat SMS dengan menaip perkataan MOE MAT (jarak) nombor kad pengenalan dan dihantar ke 15888.

Selain itu, keputusan kemasukan ke matrikulasi itu juga boleh disemak dengan menghubungi talian bantuan bahagian matrikulasi di nombor 03-8884 4083 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. - Bernama

Sunday 24 April 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 6 BAWAH 2011

Adalah dimaklumkan bahawa tawaran kemasukan dan surat tawaran ke Tingkatan Enam Bawah boleh dicetak secara on-line mulai 2 Mei 2011 (Isnin) melalui alamat laman web 
http://apps.moe.gov.my/sst6/semakant62011   dan calon juga boleh  menyemak keputusan tawaran melalui perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip seperti berikut : “T.6Nombor Kad Pengenalan” atau“T.6Angka Giliran” dan hantar ke talian 15888.
2. Sehubungan dengan itu, pelajar yang berjaya diminta melaporkan diri mulai 9 Mei 2011 (Isnin) di sekolah yang ditawarkan

sumber: KPM  Malaysia

Saturday 23 April 2011

semakan temuduga kemasukan ke USM 2011

semakan temuduga kemasukan ke USM 2011 boleh buat melalui laman web USM..
anda boleh juga klik di sini. Semoga berjaya

Friday 22 April 2011

300 sekolah naik taraf sekolah kluster menjelang 2015

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran Malaysia mensasarkan sebanyak 300 Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) menjelang 2015, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud.
Beliau berkata, sehingga kini 124 sekolah dinaikkan taraf kepada SKK termasuk 30 sekolah hari ini, manakala 26 sekolah lagi mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) sebelum ini.

Katanya, 16 SKK dinaikkan taraf sebagai SBT kohort 1 pada 2010 sementara 10 SKK lagi sebagai SBT kohort 2 pada Februari lalu. "Saya berharap warga SKK menjadi 'role model' dan pembimbing kepada sekolah lain yang berhampiran dan seterusnya menjadi contoh dan 'show case' di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," katanya ketika mengumumkan 30 sekolah yang dinaikkan taraf SKK pada majlis Pengiktirafan SKK Fasa 4 di sini, hari ini.

Johor mendahului senarai SKK dengan empat sekolah; Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan masing-masing tiga sekolah; Melaka, Sabah, Kuala Lumpur dan Pahang masing-masing dua sekolah; manakala Pulau Pinang, Kedah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan, Kedah dan Terengganu masing-masing satu sekolah.

Beliau berkata, kejayaan beberapa sekolah perlu dicontohi seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail Johor Baharu yang berjaya mendapat satu pingat emas dan satu pingat gangsa untuk "2nd Apec Future Scientist Conference" di Thailand.

Katanya, Sekolah Menengah Sains (SMS) Selangor, SMS Hulu Selangor dan Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah pula memenangi satu pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa di Akademi Sains Korea di Busan bagi Program "Student's Camp for Gifted in Science".

"Begitu juga SMK Ave Maria Convent Ipoh berjaya mendapat pingat Perak dalam pertandingan pancaragam "Singapore International Band 2010" dan Sekolah Sukan Bukit Jalil mendapat tempat pertama dalam pertandingan hoki "International Hockey Tournament" yang diadakan di Perth, Australia," katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini, SKK menjayakan sebanyak 17 program pengantarabangsaan, termasuk SMK Victoria, Kuala Lumpur yang berjaya mendapat tempat pertama bagi pertandingan Poster Sains (Inovasi) di "10th ACA (Independent) Life Sciences Symposium 2011" yang diadakan di Singapura bulan lalu. - BERNAMA

Pelajar OKU dibelasah senior kerana enggan serah 20 sen

TELUK INTAN: Seorang pelajar berusia 14 tahun cedera selepas dibelasah seorang pelajar senior selepas mangsa enggan menyerahkan wang syiling 20 sen di sebuah sekolah di Bagan Datoh, di sini dua hari lalu.
Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala. "Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain," katanya di sini hari ini.

Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.

Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.

Agashdin kesal dengan kejadian itu dan berharap pihak sekolah dapat mengambil tindakan terhadap pelajar senior terbabit. - BERNAMA

Tiket percuma MAS kepada pelajar, guru cemerlang

JERANTUT 22 April - Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) menawarkan tiket penerbangan percuma ke destinasi terpilih di Asia Tenggara sebagai insentif kepada pelajar dan guru yang berjaya meningkatkan pencapaian sekolah menerusi projek Pintar MAS.
Pengerusi MAS, Tan Sri Dr. Mohd. Munir Abd. Majid berkata, melalui insentif itu, ia mampu memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian akademik di samping mengukuhkan jati diri. -

sumber: Utusan

p/s: Satu intensif yang baik untuk guru serta pelajar dalam meletakkan kecemerlangan sebagai satu intipati dalam bidang akademik... Semoga ramai guru dan pelajar dapat tiket percuma. leh bawa pelajar melancong...

Thursday 21 April 2011

semakan Ujian Medsi 2011

semakan Ujian Medsi boleh dibuat mulai 22. 04. 2011..  jika nak tau anda berjaya tau tidakn bolehlah klik kat sini ya. Semoga berjaya...

Tuesday 19 April 2011

kejutan dan harapan .....

Hari ini adalah merupakan hari ulang tahun kelahiranku.. sebelum-belum ini banyak perkara yang aku lalui apabila menyambut ulangtahun kelahiranku... yang ke berapa ya? sendiri mau ingatlah. hahahaa..
kalau tahun lalu gimik yang dibuat oleh pelajar pendidikan khas ku ialah mereka meminta aku datang ke kelas pada prep malam dengan alasan yang mereka berikan seorang pelajar khas ku sakit dan hampir pengsan. Aku yang baru lepas solat Isyak terkejut dibuat dengan bergegas dan langkah seribu. Aku menarik nafas panjang apabila melihat pelajar yang dinyatakan sememangnya sihat. Gerak hati saya mesti nak kejutkan aku sesuatu  dan ternyata benar. Dengan petikan gitar dan alunan suara mendendangkan Happy Birthday untuk aku. Sebak rasanya kerana anak murid mengingati ulang tahun kelahiranku dan aku terharu apabila sedikit jamuan diadakan di kelas tersebut dan aku makan sambil tak terkata-kata kerana terkejut..

Dan hari ini aku menerima panggilan hangit oleh ex student  pendidikan khasku yang ke semuanya berada di Penang.. Mulanya aku tak kenal suara dan terputus dan nombor yang tertera tidak aku kenali. Kali kedua aku cuba angkat dan gimik yang mereka lakukan ialah menyanyikan lagu "ulang tahun kelahiran untuk ku" aduh terharu ni.. Terimakasih ya wahai Aziz, Cornell, Faizal, Harziah dan Hedzleyn. Cikgu doakan kamu semua berjaya melangkah ke IPTA.

sebenarnya pada awal pagi lagi pelajar pendidikan khasku yang perempuan telah pun menyanyikan lagu 'hari jadi' di khalayak pelajar lain. Respon aku agak terkejut tapi aku gembira dan mengucapkan terimakasih kerana ingatan tersebut.

Buat anak didik cikgu yang telah mengucapkan ulangtahun kelahiran untuk cikgu.. terimakasih banyak-banyak ya. Cikgu akan ingat anda semua sebagai anak didik cikgu yang paling ceria dan  nakal. hehehe
Harapan cikgu di hari ulang tahun ini ialah semoga cikgu dilimpahkan dengan kesihatan yang sihat untuk cikgu terus berbakti kepada anda semua kerana cikgu mahu anda semua berjaya sekurang-kurangnya menjejaki IPTA. Insyaa Allah..



(Buat ex student cikgu serta anak didik cikgu yang masih di sini, cikgu hadiahkan lagu ini sebagai tanda  ucapan terimakasih )

Guru dituduh edar 371 gram ganja

 KUALA TERENGGANU: Guru bahasa Inggeris di sekolah agama di Ladang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mengedar dadah di rumahnya di Jalan Hiliran, awal April lalu.
Abdul Karim Mohammad, 40, dituduh mengedar dadah jenis ganja seberat 371 gram di rumahnya di Jalan Hiliran pada 6 April lalu kira-kira jam 1 pagi. Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Pendakwaan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah, Mohd Rusli Ahmad dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud dan tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Tertuduh berpakaian lokap warna oren sempat bersalam dan mencium isterinya yang duduk di barisan depan di galeri awam ketika dibawa keluar daripada kandang tertuduh, sambil isterinya memberikan kata semangat kepadanya.

Mohd Rusli menetapkan 31 Mei untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Akhbar awal bulan ini melaporkan, guru sekolah agama di Ladang ditahan selepas polis menemui ketulan mampat ganja seberat 371 gram ketika serbuan di rumahnya di Jalan Hiliran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata siasatan awal polis mendapati suspek adalah penagih dan ujian air kencing mendapati bapa tiga anak itu positif ganja dan polis tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan pelajar sekolah sebagai sasarannya untuk menjual dadah berkenaan.

sumber: Berita Harian Online

Monday 18 April 2011

Kementerian rangka peluang kerja 4,800 golongan kurang upaya

RAWANG: Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang merangka program khusus untuk mempersiapkan golongan yang diberi bantuan kebajikan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam (gambar) berkata, program itu sebagai usaha kerajaan memberi peluang kepada kira-kira 4,800 orang golongan terbabit mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

“Mereka yang mendapat bantuan kebajikan akan diberi latihan dan ditempatkan di sektor pekerjaan yang sesuai. Kita tidak mahu rakyat (golongan ini) bergantung kepada bantuan kebajikan saja.

“Contohnya, warga emas yang mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM100 sebulan dan golongan lain yang mendapat RM200...jadi kita lihat melalui program ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka berdikari dan mendapatkan pendapatan lebih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penempatan Pekerjaan di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Mohd Jefrey Joakim.

Dr Subramaniam berkata, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dalam memberi latihan kemahiran kepada banduan kesalahan ringan sebagai persiapan berdikari selepas keluar dari penjara. - Bernama

sumber: My Metro

kenapa mahu jadi guru pendidikan khas???

Ramai orang bertanya kenapa aku ingin  menjadi guru pendidikan khas masalah penglihatan.. sedangkan bidang pendidikan adalah menyeluruh. Kenapa aku tidak mencuba menjadi guru Matemtik, guru Bahasa Inggeris.. Ada sebab kenapa aku ingin menjadi guru pendidikan khas...
sebahagian pelajar pendidikan khasku..yang disayangi selalu...

a) Bidang pendidikan khas ini adalah satu bidang yang mencabar, mereka yang berani, kental dan ikhlas sahaja boleh berada dalam bidang pendidikan khas ini. Kalau masalah penglihatan, kita akan melihat guru khas ini akan memimpin pelajar ke sana sini jika mengiring pelajar ke sesuatu tempat khususnya tempat yang baru.. Jarang guru biasa akan memimpin tangan mereka  terutama pelajar-pelajar biasa. Inilah satu keunikan dan akhirnya kita merasa kita sentiasa dekat dengan pelajar khas ini.

b) Kalau ada majlis tertentu, kita akan melihat guru khas akan menolong pelajar khas mereka mengambilkan makanan dan minuman dan duduk makan bersama dengan mereka dan jarang guru khas ini membiarkan mereka mengambilkan makanan dan mereka akan duduk semeja sambil berbual- bual dan ini akan menunjukkan  sifat yang amat erat di kalangan guru khas dan pelajar itu sendiri

c) Dengan mengajar pendidikan khas masalah penglihatan kita akan dapat kelebihan dari guru biasa iaitu kita boleh menulis membaca tulisan braille. Guru khas tidak menggunakan jari untuk menyentuh titik-titik braille tetapi membaca menggunakan mata.

d) Pelajar Pendidikan Khas Masalah penglihatan ini mempunyai daya ingatan yang kuat, pancaindera rangsangan jari yang sensitif dan pendengaran yang kuat. Kelebihan yang ada pada mereka menjadikan mereka seorang yang cekal untuk berjaya dalam bidang akademik. Ramai yang cemerlang setiap tahun dalam bidang pendidikan sehingga mengatasi pelajar biasa di aliran perdana.

e)  Dengan mendidik pelajar khas ini kita sentiasa ingat kepada Allah SWT  tentang kekuasaan-NYA dan menginsafi tentang diri kita dan kita haruslah bersyukur kerana  ada hikmah disebaliknya mereka menjadi kurang upaya. Adakalanya kerana kemalangan, tiba-tiba menjadi buta dan sebagainya. Dan bersuykur pada-NYA kita masih boleh melihat dan mengamati persekitaran yang indah berbanding mereka, namun mereka tetap tabah menghadapi apa yang berlaku..


f) Mendidik Pelajar khas ini memberikan kita satu teladan hidup betapa mereka tabah  dalam menghadapi kemungkinan yang tidak diduga. Ini kerana dalam sekelip mata, ada yang menjadi OKU secara tiba-tiba dan mereka berjaya menghadapinya.Bukan semua yang menjadi OKU ini cacat sejak lahir. Jadi bagi kita yang sememangnya belum tahu apa yang berlaku di hadapan kelak, sentiasalah mensyukuri akan diri kita yang sempurna .

g) dan akhir sekali kenapa aku ingin menjadi guru pendidikan khas
      



Inilah sumber inspirasiku untuk menjadi guru pendidikan Khas iaitu adikku sendiri yang OKU ketika berusia 12 tahun. Kerana dia, aku menjadi guru khas, kerana aku ingin membantu pelajar-pelajar khas berjaya mencapai kecemerlangan dalam bidang pendidikan sehingga ke Menara Gading.
  

Sunday 17 April 2011

BMI pelajar dicatat dalam kad laporan prestasi

PETALING JAYA 17 April — Dalam usaha mengurangkan masalah berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan rakyat negara ini, kerajaan kini mewajibkan setiap indeks jisim badan (BMI) pelajar direkod dalam kad laporan prestasi oleh guru mereka untuk perhatian ibu bapa.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti.

"Dengan langkah itu, jika ada yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, ibu bapa boleh mendapatkan nasihat daripada klinik kesihatan berdekatan bagi membantu anak-anak mereka mendapatkan kembali berat badan yang ideal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) dan melancarkan kad ahli PPKK 2010-2013 di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, berkuatkuasa serta merta penjualan makanan yang tidak sihat seperti yang mengandungi gula dan garam berlebihan serta minuman ringan tidak lagi dibenarkan di kantin-kantin sekolah.

Langkah itu yang dipersetujui dalam satu mesyuarat jawatankuasa dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 4 April lepas adalah permulaan untuk memperkenalkan gaya hidup yang lebih sihat di peringkat awal berikutan Malaysia berada pada kedudukan keenam di Asia sebagai negara yang mempunyai orang dewasa obesiti yang tinggi. — Bernama

sumber: Utusan Online

Saturday 16 April 2011

cara mudah belajar kod braille asas

kanak-kanak belajar menulis tulisan Braille



p/s: Teringat pertama kali menggunakan mesin braille, perkara utama untuk belajar ialah memasukkan kertas ke dalam mesin braille. kelakar sangat, sebab bukan mudah nak bagi masuk bagi pertama kali mencubanya. Namun usaha tangga kejayaan, berjaya juga untuk kali ke tiga.Dan paling kelakar ialah belajar kod braille ABC kat universiti, aktiviti kuliah iaitu membraille kadang kala bila nak cepat siap aku masukkan 2 kertas dan tidak diketahui oleh Pensyarahku. Dan paling best bila ada kuiz siap letak nota bawa meja sebab tak ingat.. tapi dalam masa tak sampai 3 minggu aku boleh belajar dan menulis asas braille iaitu kod braille ABC....

HELEN KELLER- sumber inspirasi golongan OKU cacat penglihatan

Kurang membaca penyumbang kepada keciciran pelajar

BATU PAHAT 15 April - Budaya membaca yang rendah di kalangan pelajar selain kegagalan menguasai kemahiran menulis, membaca dan mengira (3M) dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada masalah keciciran pelajar yang agak membimbangkan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, analisis kementerian mendapati secara purata keciciran murid di peringkat sekolah rendah iaitu mereka yang keluar dari sistem persekolahan di bawah kementerian dari 2006 hingga 2010 adalah sekitar 0.3 peratus bagi murid lelaki dan 0.2 peratus bagi murid perempuan.

"Di peringkat sekolah menengah pula, masalah keciciran adalah sekitar 4.5 peratus bagi pelajar lelaki dan 2.9 peratus pelajar perempuan.

"Saya hanya mengumumkan peratusan sahaja kerana jika diumumkan bilangannya, ia mewakili jumlah yang agak besar," katanya pada majlis penyerahan sumbangan bahan bacaan Utusan Publications & Distributors (UP&D) untuk sekolah-sekolah di daerah ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang hari ini.

Pada majlis itu, UP&D menyumbangkan bahan-bahan bacaan bernilai RM25,000 kepada sembilan sekolah yang terlibat dengan banjir pada awal tahun ini dan sekolah pedalaman di daerah ini.

Sumbangan disampaikan Mohd. Puad kepada guru besar SMK Senggarang, SMK Tunku Mahmood Iskandar, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Lapis, SK Seri Ladang, SK Rengit, SK Merlong, SK Seri Rejo Sari, SK Seri Perpat dan SK Senggarang.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad; Pengarah Eksekutif UP&D, Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ja'affar Hashim dan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat, Shafie Md. Shariff.

Mohd. Puad berkata, kegagalan pelajar menguasai aspek asas pembelajaran dan kemahiran 3M turut menjadi punca mereka hilang minat untuk belajar malah lebih memburukkan keadaan apabila kegagalan itu dibawa ke sekolah menengah menyebabkan sebahagian besar pelajar berhenti sekolah.

"Bagi mengatasi masalah kegagalan pelajar menguasai 3M, kementerian telah memperkenalkan program Literasi dan Numerasi (Linus) sejak awal tahun lalu yang berperanan bukan sahaja bagi mengukuhkan tahap celik huruf pelajar, malah ia mampu mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah menguasai kemahiran 3M," katanya.

sumber: Utusan Online

p/s: Sememangnya tidak dapat dinafikan ada sebahagian pelajar yang langsung tidak boleh membaca apabila menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah. Puncanya ialah kurang membaca kerana faktor tidak minat membaca. Oleh itu, galakkan mereka membaca sejak di peringkat rendah lagi..

Friday 15 April 2011

Sebahagian pelajar Khas ku yang cemerlang dalam bidang akademik

Rindu dengan pelajarku yang telah meninggalkan alam persekolahan namun tidak pernah putus kerana hubungan yang erat dan kukuh menyatukan aku sebagai guru khas dan pelajar yang pernah aku didik.Sehingga kini aku masih berhubung dan mereka juga berhubung dengan ku. Ada sebahagian tidak dapat aku uploadkan gambar kerana tidak ada simpanan.  Inilah wajah-wajah anak didik ku yang telah berdikari  diluar bersama kelompok masayarakt. Ada yang telah berjaya menjejak kaki ke menara gading, ada yang dah bekerjaya  menjadi usahawan.dan ada juga  yang sedang menanti jawapan ke IPTA atau IPG. Cikgu dokan semoga berjaya. Maaf kenapa cikgu uplaodkan gambar anda di sini  adalah sebagai tatapan  dan sebagai pendorong kamu untuk terus berjaya dan berjaya di tempat lain pula.



HARZIAH BT KHALID SPM 2010 6A

AISYATUL ADAWIYAH
SPM 6A
STPM 3.45
BIDANG EKONOMI-UNIVERSITI MALAYA


HAFFIYAN DAN AZIZ ABIDIN
SPM 6A
STPM 2010
3.00 DAN 3.58



PRICHRAD NELSON SPM 2010  3A
JOSEULLE STPM 2010 2.92



JARINAH DAN ROLLEN MARAKIM
STPM 2009

DEUFFY DAVID SOTOBI STPM 2010 3.08

Sharing is Caring-Untuk adik2 yang akan temuduga KPLSPM (Pendidikan Khas Masalah Penglihatan)

Buat adik2 yang akan menghadiri temuduga pendidikan khas masalah Penglihatan KPLSPM di sini saya share maklumat yang saya perolehi dan berdasarkan pengalaman saya sebagai guru Pendidikan Khas Masalah penglihatan. Kemungkinan anda  akan di tanya berkaitan dengan pendidikan Masalah penglihatan. Semoga ini akan membantu anda  untuk sentiasa yakin dalam menjawab soalan yang dikemukakan.

Maksud pendidikan Khas

HALLAHAN DAN KAUFFMAN(2006)
PENDIDIKAN KHAS DIDEFINISIKAN SEBAGAI SATU BENTUK PENDIDIKAN YANG DISEDIAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS.

GARGIULO (2003)
PENDIDIKAN KHAS MERUPAKAN PROGRAM PENGAJARAN KHUSUS YANG DIREKA BENTUK BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR LUAR BIASA. IA MUNGKIN MEMERLUKAN PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN,PERALATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN KHUSUS.

FRIEND(2005):
PENDIDIKAN KHAS ADALAH PENGAJARAN YANG DIREKA BENTUK KHUSUS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN KANAK-KANAK YANG KURANG UPAYA . PENGAJARAN INI MUNGKIN DIKELOLAKAN DALAM BILIK DARJAH, DIRUMAH , DI HOSPITAL ATAU INSTITUSI LAIN.

MANSOR (2005):
PROGRM PENDIDIKAN KHAS DI MAAYSIA MERUPAKAN SATU USAHA YANG BERTERUSAN UNTK MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN OPTIMA SESEORANG SEBAGAI SEORANG YANG BERKEMAHIRAN, BERHALUAN,BERUPAYA, BERIMAN, BERDIKARI, MAMPU MERANCANG DAN MENGURUSKAN KEHIDUPAN SERTA MENYEDARI POTENSI DIRI SENDIRI SEBAGAI SEORANG INDIVIDU DAN AHLI MASYARAKAT YANG SEIMBANG DAN PRODUKTIF SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
"Falsafah Pendidikan Khas mempunyai matlamat yang sama dengan Falsafah Pendidikan Biasa yang meliputi semua aspek pendidikan. Ia menyediakan perkembangan optima kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran, berdikari, berhaluan, boleh merancang, mengurus kehidupan sendiri, boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat."

Huraian Falsafah Pendidikan Khas
• Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas
• Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain.
• Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat.
• Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all).
• Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling.
• Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluan-keperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad, intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming).
• Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk.
• Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara.
• Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara.
• Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka.
• Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu.
• Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP).
• Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain.
• Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary.
• Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan.
• Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja.
• Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri.
• Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan.
• Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM.
• Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM.
• Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional).
• Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia.
• Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK.
• Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.


Sejarah Pendidikan Khas Pendidikan Masalah Penglihatan
1926 Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931 SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948 Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1963 Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan
1977 Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh
1984 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel
Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran
Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan,
Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan braille

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan

Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan denagn keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.

Murid-murid di program ini juga mengikuti pelajaran yang sama seperti diikuti oleh murid normal. Yang berbeza adalah kaedahnya, di mana murid-murid ini didedahkan kepada penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz tulisannya bagi yang rabun manakala bagi yang buta mereka akan diajar menggunakan Braille. Program ini juga disediakan dalam dua jenis iaitu sekolah khas dan di sekolah biasa (bagi program integrasi)

Kanak-kanak ini memerlukan kurikulum khas yang khusus dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan ketidakupayaan mereka. Masa mereka di sekolah adalah masa yang amat berharga yang perlu digunakan sepenuhnya untuk meminimumkan kesan kecacatan terhadap keupayaan mereka.

1. Sekolah Pendidikan khas yang terdapat di Sabah
a) Sekolah Rendah Pendidikan khas Tuaran Sabah (Pra sekolah – Tahun 6)
-Pendidikan khas penuh. Hanya pelajar pendidikan khas sahaja.
b) SMK Badin Tuaran Sabah ( Tingkatan 1 – Pra Universiti )
-Integrasi-pelajar belajar bersama dengan pelajar biasa di kelas biasa.

2. Jenis kecacatan pelajar
a) Totally Blind – Buta sepenuhnya
b) Penglihatan Terhad/Low vision/Rabun

3. Kaedah pengajaran
Buta sepenuhnya
a) Menggunakan mesin Braille sebagai alat menulis dan membaca
b) Menggunakan gambar rajah timbul dalam aktiviti bergambar seperti peta
Rabun
a) Large Print-Lembaran kerja di bersarkan saiz tulisan
b) Menggunakan kanta
c) Menggunakan CCTV-TV yang boleh membantu pelajar membaca buku.

4. Alatan –alatan dalam membantu aktiviti P&p pelajar khas masalah penglihatan
a) Mesin Braille
b) Mesin Thermofom untuk membina gambar rajah timbul
c) Mesin Embosser-untuk mencetak titik timbul dalam penterjemahan seperti buku
Sebagai contoh buku yang telah siap di edit/ taip pindah akan di emboss untuk menjadi buku Braille.
d) CCTV –untuk membantu pelajar rabun membaca
e) Gambar rajah timbul- Gambar rajah yang diubah suai untuk pelajar dapat menyentuh dan merasai sesuatu bentuk

5. Pelajar khas masalah penglihatan belajar mengikut sukatan pelajaran sama dengan aliran perdana, kurikulum yang sama. Cuma yang membezakan ialah pendekatan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru.Soalan –soalan dalam peperiksaan yang dimodikasikan untuk kesesuaian pelajar.

6. Penggunaan Komputer di kalangan pelajar
Pelajar dapat menggunakan Komputer kerana adanya perisian Jaws iaitu perisian bersuara yang membantu pelajar mengendalikan komputer.

7. Orientasi dan Mobiliti
Satu aktiviti yang membantu para pelajar pendidikan khas masalah penglihatan berdikari dan melakukan aktiviti seharian secara berdikari.Contoh cara menggunakan tongkat yang betul dan cara memimpin pelajar khas.

Kalau di tanya bagaimana hendak mengajar pelajar khas cacat penglihatan (Secara Ringkas Ja)
Contoh Geografi Tajuk Peta Malaysia
1. Jelaskan tentang Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
2. Berikan pelajar gambar rajah timbul kedudukan peta Malaysia. Pelajar akan menyentuh gambar rajah tersebut. Kalau rabun gambar peta akan diperbesarkan
3. Lembaran kerja dalam tulisan Braille dan Large print. (untuk pelajar rabun)


Peralatan pelajar MASALAH PENGLIHATAN:

* Kanta - alat manual untuk membesarkan tulisan atau gambar
* Thermoform - alat untuk menyalin tulisan/teks Braille@gambar rajah timbul
* CCTV- alat pembersar tulisan @ gambar (digital)
* Embosser - alat untuk menukar tulisan/teks dari Microsoft Word ke tulisan Braille
* Cubaritham - alat pengiraan timbul untuk Matematik
* Mesin Braille (Brailler) - Alat untuk membraille bagi orang buta
* Brailion- Kertas plastik yang digunakan untuk menghasilkan gambar rajah timbul.


p/s: Semoga berjaya  dalam temuduga KPLSPM ambilan JUN 2011  buat  Prichard Nelson. Cikgu doakan semoga cita-cita kamu untuk menjadi seorang guru akan tercapai.. Buat sehabis baik ya..

Thursday 14 April 2011

Contoh Soalan Insak Temuduga KPLSPM

Untuk mereka yang telah berjaya untuk dipanggil temuduga KPLSPM. Tahniah di ucapkan. Buatlah sehabis baik. Boleh klik sini untuk contoh soalan INSAK. Semoga dapat membantu dalam menjawab soalan insak tersebu

Bayaran pasport terhad ke Brunei diturunkan kepada RM50

LIMBANG 14 April – Kadar bayaran Pasport Terhad ke Brunei (PTB) bagi penduduk Sarawak dan Sabah akan dikurangkan kepada RM50 daripada RM150 berkuatkuasa 1 Mei ini, demikian diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Pada masa yang sama, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa semua warga kerja Jabatan Imigresen akan menikmati pasport secara percuma.

Berucap merasmikan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tedungan bernilai RM37.5 juta, beliau berkata bahawa mulai 1 Ogos tahun ini Malaysia dan Brunei akan melaksanakan projek perintis Frequent Travellers Facility (FTF) yang akan dilaksanakan di Sungai Tujoh di Miri, Tedungan dan Pandaruan di Limbang yang akan memberi manfaat kepada mereka yang sering berulang-alik antara kedua-dua negara.

"Apabila dilaksanakan, kemudahan ini akan hanya memerlukan endorsement cop (pengesahan) sekali bagi setiap tempoh 30 hari kemasukan berbanding kini, endorsement cop perlu dibuat setiap kali melalui pintu masuk dan keluar.

"Ini bermakna bukan sahaja proses keluar masuk akan dapat disegerakan, malah akan menjimatkan ruang muka surat di pasport yang perlu dicop, dan rakyat kedua-dua buah negara yang kerap keluar masuk tidak perlu untuk kerap menukar pasport mereka kerana kehabisan ruangan sebagaimana kini,” katanya.

Najib berkata kemudahan pasport percuma kepada 10,400 pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen seluruh negara adalah sebagai menghargai tugas yang mereka jalankan dengan cemerlang.

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif yang akan diberikan oleh kerajaan sebagai pengiktirafan dan penghargaan terhadap kecemerlangan Jabatan Imigresen,” katanya.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, pembinaan kompleks ICQS Tedungan bermula pada 2006 dan siap pada 2009.

"Pada tahun 2010 seramai 2,097,796 orang telah melalui kompleks ini,” katanya.

Kompleks itu merupakan projek Kementerian Dalam Negeri yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan untuk negeri Sarawak, kata Hishammuddin.

Selain kompleks ICQS Tedungan, terdapat tiga lagi kompleks yang serupa telah siap dibina dalam RMK-9 di Sarawak iaitu Kompleks ICQS Pandaruan di Limbang dan ICQS Sungai Tujoh di Miri serta ICQS Biawak di Lundu.

Hishammuddin berkata, bahawa dalam Rancangan Malaysia Ke-10 bagi Fasa 1 iaitu tahun 2011 hingga 2012, kerajaan telah menyediakan peruntukan RM59.6 juta melibatkan pelaksanaan 11 projek di bawah Kementerian Dalam Negeri untuk Sarawak

sumber: Utusan Online
 

Wednesday 13 April 2011

Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi 2011/2012

Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan pada 28 April 2011. Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh memuat turun perkara berikut mulai 28 April 2011 sahaja


1. Surat Tawaran
2. Panduan Pendaftaran Pelajar
3. Borang Perjanjian Pelajar
4. Dokumen Peribadi Pelajar

Dokumen yang dicetak daripada laman web ini sebelum 28 April 2011 adalah tidak sah.

Sumber: Bahagian Matrikulasi KPM

RM5.6j urus 25 pusat kemajuan oku di Sarawak

KUALA LUMPUR — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan RM5.6 juta bagi menguruskan 25 Pusat Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Sarawak.
Peruntukan itu adalah sebagai pelaburan sosial daripada kerajaan kepada masyarakat yang akan mendatangkan pulangan tinggi termasuk kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) selaras dengan konsep “kebajikan produktif” yang menjadi matlamat kerajaan, kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, program Pemerkasaan Ekonomi juga diberi penekanan sewajarnya di PDK dengan memberi tumpuan kepada OKU, remaja serta keluarga OKU untuk melibatkan mereka dalam aktiviti ekonomi dan penjanaan pendapatan.

Sehingga Mac lepas, terdapat 428 PDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 18,943 OKU dan peluang pekerjaan kepada 2,142 petugas PDK.

PDK diwujudkan oleh kementerian berkenaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyediakan kemudahan, pemulihan dan pembangunan kepada golongan OKU serta rasa tanggungjawab keluarga dan masyarakat setempat dalam mendidik anak-anak OKU melalui program yang dijalankan di PDK. — Bernama
sumber: Kosmo Online

Rayuan untuk mereka yang tidak mendapat panggilan temuduga KPLSPM ambilan Jun 2011

Setelah menanti sepanjang hari akhirnya pada lebih kurang pukul 10.30 malam 12 April 2011 barulah semakan panggilan temuduga KPLSPM ambilan Jun 2011 telah dibuka. Mereka yang ada membuat permohonan kursus perguruan lepasan SPM ini bolehlah membuat semakan samada mereka terpilih untuk menghadiri temuduga. Semakan Panggilan Temuduga KPLSPMSemakan boleh dibuat di Aplikasi Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM Jun 2011Tempoh semakan adalah dari 12 April sehingga 29 April 2011 TemudugaProses temuduga dijadualkan akan berlangsung dari 18 April sehingga 29 April 2011 Lokasi temuduga adalah seperti yang tertera di keputusan semakan temuduga. Ujian INSAKCalon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Rayuan Setakat ini tiada maklumat mengenai proses rayuan untuk mereka yang tidak mendapat panggilan temuduga. Maklumat Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan KPLSPM ini, sila hubungi:BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA (u.p : Unit Pengambilan dan Penempatan Pelajar) Telefon : 03 8884 1260/ 1254/ 1253/ 1371/ 1235 URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah Telefon : 088 236804 URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak Telefon : 082 258045

Sumber : Semakan Panggilan Temuduga KPLSPM 2011- eputra

Tuesday 12 April 2011

Semakan Panggilan Temu Duga KPLSPM Ambilan Jun 2011

Buat adik-adik yang telah memohon KPLSPM ambilan Jun 2011, semakan temuduga boleh dibuat pada hari ini. boleh link  di sini.

Monday 11 April 2011

Kementerian rangka peluang kerja 4,800 golongan kurang upaya

RAWANG: Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang merangka program khusus untuk mempersiapkan golongan yang diberi bantuan kebajikan termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU) berdikari dan mempunyai pendapatan sendiri.
Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam (gambar) berkata, program itu sebagai usaha kerajaan memberi peluang kepada kira-kira 4,800 orang golongan terbabit mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

“Mereka yang mendapat bantuan kebajikan akan diberi latihan dan ditempatkan di sektor pekerjaan yang sesuai. Kita tidak mahu rakyat (golongan ini) bergantung kepada bantuan kebajikan saja.

“Contohnya, warga emas yang mendapat bantuan kebajikan sebanyak RM100 sebulan dan golongan lain yang mendapat RM200...jadi kita lihat melalui program ini sekurang-kurangnya dapat membantu mereka berdikari dan mendapatkan pendapatan lebih,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Penempatan Pekerjaan di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Mohd Jefrey Joakim.

Dr Subramaniam berkata, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan dalam memberi latihan kemahiran kepada banduan kesalahan ringan sebagai persiapan berdikari selepas keluar dari penjara. - Bernama

sumber:  My metro

Saturday 9 April 2011

IBUBAPA SANJUNG KEIKHLASAN GURU

Tuaran, 08 April : Ibubapa amat menyanjung keikhlasan dan komitmen guru yang tidak berbelah-bahagi dalam membangunkan modal insan, kata Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Badin, Tuan Haji Norzain Haji Tawi semasa menyampaikan ucaptama dalam Majlis Anugerah Gemilang Kinabalu, di Dataran SMK Badin, Tuaran kelmarin.

Tanpa mengira penat lelah dan masa guru-guru sanggup bersusah-payah malah sanggup pula mengeluarkan wang ringgit sendiri semata-mata untuk memastikan kejayaan anak murid yang merupakan aset negara yang tidak ternilai pada masa hadapan. Ini terbukti dengan perlaksanaan beberapa program seperti Perkampungan PMR,SPM dan STPM yang telah membuahkan hasil yang membanggakan, kata Norzain lagi.

“Selaku wakil kepada ibubapa, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima-kasih atas keikhlasan dan komitmen guru-guru yang tidak berbelah-bahagi dalam menyampaikan ilmu serta didikan yang sempurna kepada anak-anak kami”, tegas Haji Norzain.

Sambil mengucapkan tahniah kepada tiga orang penerima anugerah dari Unit Pendidikan Khas Masalah Penglihatan,Norzain turut mencabar pelajar-pelajar lain supaya membuktikan kemampuan sebenar mereka kerana dalam era globalisasi tiada apa yang mustahil untuk dicapai.

Beliau turut menyeru para ibubapa supaya tidak bersikap emosional jika mendapati anak-anak mereka dikenakan tindakan disiplin kerana itu merupakan suatu proses pendidikan yang perlu dilalui oleh pelajar yang tersasar dari landasan yang diharapkan. Beliau menegaskan bahawa tindakan disiplin merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar membentuk nilai-nilai positif dalam diri.

Terdahulu dalam majlis yang sama Pengetua SMK Badin Puan Lim Lai Hong menyatakan bahawa Majlis Anugerah Gemilang Kinabalu dilaksanakan semata-mata untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar SMK Badin dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM bagi tahu 2010 disamping menghargai sumbangan yang dicurahkan oleh guru-guru dan anggota sokongan sekolah.

Lim turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih atas sumbangan PIBG, guru-guru serta anggota sokongan sekolah atas dedikasi mereka sehingga pelajar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

“Anugerah yang disampaikan kepada pelajar merupakan bukti kemenjadian sahsiah dalam kalangan pelajar SMK Badin dan pencapaian cemerlang itu datangnya dari persefahaman yang jitu antara guru-guru dan ibubapa yang diterjemahkan oleh pelajar dalam bentuk pencapaian cemerlang dalam peperiksaan” kata Lim Lai Hong.

Seramai 26 orang pelajar menerima anugerah mengikut kategori masing-masing.Adik Hizrahtul Edora Mokhtar mendahalui senarai penerima anugerah kategori PMR dengan pencapaian 8A dalam PMR 2010. Diikuti oleh adik Dzulfadlie Wasli (7A 1B), dan Mohd. Nashrul Ibrahim (6A,2B). Penerima lain Abi Zarin Habibullah, Norfatin Nabila, Yani Athirah Saidur, Mohd. Nasrul Hamdan, Fernilah Eviannie Aldrin, Rondy Azhar dan Anastasia Rasiah.

Dalam kategori SPM aliran sains adik Nur Ain Fatteni Rusli mendahului penerima anugerah dengan pencapaian 6A, 2B diikuti oleh Medin Mantedan, Fionalisa Evelin, Nur Rohazirah Roslan dan Siti Amalina Ibrahim. Aliran sastera diunguli oleh Hazirah Khalid Yunus yang merupakan pelajar penddikan khas dengan pencpaian 6A,1B,1C. Adik Rehan Ramlan 6A,1B, 1C dan Andrew Ronald Eden 5A,1B,1C.

Kategori STPM turut menampilkan penguasaan pelajar pendidikan khas masalah penglihatan apabila adik Mohd Aziz Abidin menggondol anugerah utama dengan pencapaian 3.58 CGPA. Diikuti oleh adik Eliza Mohd. Said 3.50 CGPA. Penerima lain Nuraida Kadir, Mohd. Radzwan Madjaim, Janecarr Yado, Deyffy David, Noraidah Amir dan Hafiyan Lali (pendidikan khas).

Oleh: Hanafiah Zulkifli
Sumber : Harian Express, 09 April 2011

p/s: Tahniah buat semua pelajar SMK Badin Tuaran dan juga pelajar Pendidikan Khas ...

Friday 8 April 2011

permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah 2011

Permohonan Biasiswa kerajaan Negeri sabah 2011 telah di buka. kepada mereka yang berminat boleh memohon dan klik  sini. Semoga berjaya

20 belasah pelajar

KUALA TERENGGANU: Biadab apabila sekumpulan 20 pelajar dari sekolah di Marang bertindak seperti mafia kerana sanggup menempuh perjalanan sejauh dua kilometer untuk menceroboh sekolah agama lainsemata-mata bagi membelasah pelajar sekolah berkenaan, pagi semalam.
Mangsa, Wan Nur Azri Wan Mohammad, 17, dari Kampung Bukit Surau Haji Daud, Marang, cedera di muka, dahi dan belakang badan akibat dibelasah kumpulan pelajar terbabit.

Ibu mangsa, Zalina Mamat, 45, yang ditemui di pekarangan Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, kecewa dengan tindakan ganas kumpulan pelajar itu.

“Saya menerima panggilan telefon daripada anak meminta saya dan suami datang ke sekolah segera sebelum talian putus kira-kira jam 11.15 pagi tadi (semalam).

“Saya menghubungi semula nombor berkenaan dan rakannya menjawab panggilan itu memberitahu anak saya dipukul sekumpulan pelajar,” katanya.

Tanpa berlengah dia yang bekerja di sebuah jabatan kerajaan bergegas ke sekolah berkenaan dan setibanya di sekolah, rakan anaknya memberitahu guru sudah membawa anaknya ke HSNZ untuk rawatan.

Menurutnya, menerusi perbualan dengan rakan anaknya yang menyaksikan kejadian itu, seorang daripada kumpulan pelajar yang menceroboh masuk itu datang ke kelas dan memanggil anaknya sebelum berjabat tangan tetapi kemudian mengheretnya keluar dari kelas.

“Melihat keadaan agak pelik kerana kumpulan pelajar terbabit menarik anak saya, rakannya yang lain turut mengikut ke mana dia dibawa mereka.

“Selepas melihat anak saya dibelasah, rakannya memaklumkan kepada guru dan tindakan pantas mereka mengelak keadaan menjadi lebih buruk,” katanya.

Bapa mangsa, Wan Mohammad Wan Yusof, 47, berkata dia tidak tahu punca yang menyebabkan anak kedua daripada empat beradik yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini dibelasah kumpulan pelajar berkenaan.

Menurutnya, laporan polis sudah dibuat kira-kira jam 1 petang semalam di Balai Polis Bukit Payong Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan masih menjalankan siasatan.

Menurutnya, berikutan kecederaan dialami mangsa, polis menunggu masa sesuai untuk mengambil keterangannya.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, ketika dihubungi berkata pihak sekolah sudah membuat laporan polis mengenai kejadian membabitkan pelajar tingkatan lima sebuah sekolah agama di Marang itu.

Menurutnya, pihaknya memandang serius kejadian pelajar menceroboh sekolah lain dan memukul pelajar di sekolah berkenaan.

“Tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan kejadian itu selesai,” katanya.

sumber: My Metro online

Thursday 7 April 2011

RM1.1 bilion pinjaman PTPTN belum dibayar

PUTRAJAYA 7 April - Seramai 214,790 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) belum membuat pembayaran balik kepada perbadanan itu yang membabitkan jumlah hutang sebanyak RM1.1 bilion, sejak tahun 1997 hingga 28 Februari lalu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bilangan itu ialah daripada jumlah keseluruhan peminjam iaitu seramai 887,995 orang yang sepatutnya membuat pembayaran balik bagi tempoh tersebut. - Bernama

sumber: Utusan Online

Guru wanita patah hidung ditumbuk pelajar

KANGAR 7 April - Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Bukit Ketri dekat sini patah hidungnya apabila ditumbuk oleh seorang pelajar lelaki sekolah itu hari ini.

Jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis berkata kejadian itu berlaku apabila seorang pelajar tingkatan dua dikatakan menumbuk muka guru berkenaan, Mariati Mat Ail, 37, semasa beliau cuba meleraikan pergaduhan sekumpulan pelajar di hadapan sebuah kelas.

Kejadian berlaku pada pukul 12.40 tengah hari semasa waktu pertukaran kelas dan ketika melalui koridor sekolah, guru itu ternampak pergaduhan tersebut dan cuba meleraikannya, katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) hari ini. - Bernama
 
sumber: Utusan Online

Wednesday 6 April 2011

Anak didik saya : Harziah Bt Khalid


Visually impaired candidates score strings of As

“I will probably go to SMK St John in Kuala Lumpur and apply for a local university after that,” he said.
He was registered under the special students category for the examination.

“I took nine subjects and though I did target As, I did not expect to get any A+,” he said.

Harnizah Khalid Yunos, who is also partially blind, said she was very happy with her six As even though other people may not consider this to be a great result.


“I met my target; so I am very grateful. My school SMK Badin in Tuaran is in a very rural area where we only have the basic necessities,” she said.

“Furthermore, most of my schoolmates are normal students so for me, this is a great achievement,” the plucky lass from Sabah said.

She said although her mother was uneducated, the cleaning lady had always stressed the importance of education to her.


“She wants to hold a small thanksgiving kenduri when I get back,” she said.

Harnizah, who hopes to become a teacher one day, is praying for a generous soul to donate a laptop to her.

“I am now learning to use the computer for the first time in my life and I hope that someone can help me,” she said.

The two 20-year-olds are currently undergoing an IT course at the St Nicholas Home in Penang.

The home’s IT trainer Amir Teh said there were 22 SPM special students who received their re-sults by phone yesterday.


Narayana: I hope to pursue an accountancy programme

“The students are here to learn how to use a computer to prepare them for their tertiary education later,” he said.

Those keen on helping Harziah can call the home at 04-2265911.

The other special students who performed well were Eugenia Cheah Lyngene from SMK Convent Pulau Tikus, S. Narayana Samy from SMK Haji Zainal Abidin and Regina Hoo from SMK (P) St George.

St George principal Shariffah Afifah Syed Abbas said she was very proud of Regina, who obtained seven As despite being partially blind.

Narayana, who got five As and three Bs, said he was keen on pursuing his studies in accountancy.

Tuesday 5 April 2011

Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi

KANGAR – Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau dekat sini sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf di atas perbuatannya baru-baru ini.
Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.

Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

“Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

“Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik,” katanya.

sumber: kosmo online
P/S: Pentingnya untuk kita mengawal emosi apabila berlaku perkara seperti tersebut. Jangan terus bertindak melulu mengikut perasaan.

Kanak-kanak spastik perlu RM8 juta

KUALA LUMPUR – Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan memerlukan RM8 juta lagi bagi mengisi tabung pembinaan bangunan persatuan itu, kata presidennya Datuk Dr Lam Peng Chong.
Dr Peng Chong berkata setakat ini, persatuan itu berjaya mengumpul dana berjumlah RM10 juta dan beliau yakin masyarakat penyayang di negara ini, penyokongnya serta kerajaan akan tampil menghulurkan bantuan bagi mengatasi sebarang kekurangan.

"Kami berhasrat memastikan persatuan ini terus kekal,” katanya yang menambah bahawa bangunan baru itu akan membantu mengatasi pertambahan jumlah kemasukan kanak-kanak spastik untuk mendapatkan pendidikan serta pemulihan dalam persatuan tersebut.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam selepas upacara peletakan batu asas Bangunan Sultan Idris Shah yang baru.

Penaung persatuan itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. - Bernama

sumber: kosmo online

Monday 4 April 2011

Si kecil buta

MERSING 3 April – Usianya baru menginjak empat tahun, namun malangnya si kecil ini buta sejak dilahirkan.


Aliyah Izzati Yusri, anak bongsu daripada dua beradik yang dilahirkan pada 29 April 2007 di Hospital Batu Bahat ini disahkan buta mata kiri manakala mata kanan hanya mampu melihat sebanyak 20 peratus.

Ibunya, Nor Azurah Abdul Rahman, 29, memberitahu, kerana kecacatan itu, Aliyah Izzati tidak dapat menjalani kehidupan normal serta seceria rakan sebayanya.

“Hati ibu mana yang tidak sedih, namun itulah hakikat yang harus saya telan,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Sungai Mengkuang, Endau dekat sini, baru-baru ini.

Lebih merisaukan keluarganya, Aliyah Izzati juga alah terhadap cahaya lampu atau matahari kerana ia boleh menyakitkan matanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga baru berpindah ke kawasan tersebut untuk mengikut suaminya Yusri Yunus, 30, yang ditugaskan di situ sejak Januari lalu.

Nor Azurah berkata, anak sulungnya, Alisya Husna, 5, yang dilahirkan normal kini turut bersekolah di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) kampung berkenaan.

Dalam pada itu, Yusri memberitahu, Aliyah Izzati tidak pernah mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

“Saya hanya kasihankan dia, risaukan keadaannya untuk menghadapi masa depan,” katanya yang bekerja mengambil upah membina rumah manakala isterinya bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makan untuk menambah pendapatan keluarga.

sumber:  Utusan Malaysia Online

p/s: Jangan mudah berputus asa. kerajaan banyak mendirikan sekolah pendidikan khas di peringkat Pra Sekolah Pendidikan Khas.. Kanak-kanak ini perlu ditempatkan ke kelas pendidikan khas. Di sana dia akan di ajar untuk mempelajari segalanya dari aspek akademik dan kehidupan seharian.. Insyaa Allah satu hari nanti dia akan berjaya mengubah nasib kedua ibu bapanya..

Empat asrama desa di kawasan pedalaman

PENSIANGAN 3 April - Pembinaan empat asrama desa di daerah Nabawan di sini yang dijangka siap hujung bulan ini akan membantu mengurangkan isu pelajar tidak hadir ke sekolah kerana tinggal jauh di pedalaman.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sebelum ini masalah tersebut berlaku kerana ada di kalangan pelajar terpaksa berjalan selama enam jam, menaiki perahu dan terpaksa menumpang tidur di rumah kawan yang berdekatan dengan sekolah bagi menuntut ilmu.

''Pembinaan empat buah asrama desa yang menggunakan fiber komposit di daerah Nabawan ini mengikut jadual ditetapkan, ekoran itu masalah keciciran atau tidak dapat bersekolah lima hari seminggu akan dapat diatasi.

''Selain daripada projek itu, pembinaan empat unit rumah guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tinanduk juga sudah siap 95 peratus," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke lima sekolah di Nabawan iaitu SK Kuala Salung, SK Tinanduk, SK Kuala Pensiangan, SK Sibangali dan SK Saliliran.



Hadir sama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad berkata, projek di lima buah sekolah tersebut yang menelan belanja RM4.9 juta merupakan komitmen kementerian dalam memberi tahap pendidikan lebih baik kepada masyarakat luar bandar.

Selain itu, katanya, ia juga merupakan kesungguhan kerajaan dalam menyediakan tempat penginapan lebih baik kepada guru yang berkhidmat di pendalaman.

Dalam pada itu, Mohd. Puad berkata, projek pembinaan makmal komputer di negeri ini yang sebelum ini berhadapan pelbagai masalah sudah ditangani apabila 94 tender sebut harga telah dikeluarkan, manakala 157 lagi akan dilakukan pada 15 April ini

sumber: Utusan Malaysia Online

Pendidikan sejarah bukan indoktrinasi

Persepsi pendidikan sejarah di sekolah sebagai satu proses indoktrinasi oleh 'golongan yang menang' atau untuk mempromosikan tokoh tertentu adalah salah dan berniat jahat.

Sejarah sebenarnya untuk memahami kompleksiti dalam sesebuah masyarakat atau negara. Melalui sejarah, kita boleh mengambil iktibar dan teladan daripada sesuatu peristiwa.

Banyak nilai murni yang boleh dipelajari seperti nilai kemanusiaan sejagat, semangat setia kawan, mengelak konflik dan pergaduhan atau konfrontasi.

Di samping itu, pelajar juga boleh memahami kedinamikan dalam perhubungan dan penyatuan antara kelompok.

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), fakta serta asal-usul sesuatu peristiwa akan diterangkan dengan hasrat pelajar akan saling mengenali, hormat-menghormati dan bertoleransi dalam menyelesaikan sesuatu perselisihan faham.

Malah, peranan serta sumbangan kelompok minoriti turut diajar dan sekali gus menafikan bahawa pendidikan Sejarah sebagai satu alat propaganda.

Pendekatan baharu dalam P&P juga tidak lagi memfokus kepada hafalan fakta, sebaliknya menjurus kepada nilai atau sumbangan yang diperoleh daripada sesuatu peristiwa itu.

Begitu juga dalam aspek kisah seseorang tokoh. Bukan peribadi tokoh yang ditonjolkan, tetapi wawasan, keupayaan dan kebolehannya. Sifat dan sikap positif tokoh itu yang perlu dicontohi.

Pelajar juga didedahkan dengan perhubungan diplomatik dan dasar yang melibatkan negara kita dengan negara lain. Hal ini penting agar pelajar memahami manfaat yang diperoleh hasil hubungan erat antara Malaysia dan negara lain.

Pada masa sama, ia juga bagi mengelakkan rakyat kita daripada membuat perkara yang boleh menjejaskan hubungan tersebut.

Justeru, langkah mewajibkan pelajar lulus Sejarah dalam SPM mulai 2013 amat tepat dan menepati aspirasi gagasan 1Malaysia.

Langkah ini pasti akan melonjak pencapaian pelajar dalam subjek itu dan paling utama mereka akan mengamalkan etika hidup yang selaras dengan Perlembagaan negara.

Tambahan pula, ada institusi pengajian tinggi (IPT) yang mula mengenakan pra-syarat wajib lulus Sejarah untuk mengikuti sebarang kursus kelolaannya.

Berdasarkan statistik, prestasi akademik pelajar terbukti semakin baik jika ia diwajibkan lulus seperti subjek Bahasa Melayu yang merekodkan pencapaian lulus melebihi 90 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu, subjek Sejarah pada 2010, hanya mencatat 76.4 peratus lulus di bandar dan 75.4 peratus lulus di luar bandar.

Sumber: Oleh AZMY MOHAMED pendidikan@utusan.com.my

semakan Ujian Munsyi 2011

Buat adik-adik yang telah memohon untuk memasuki USM bagi sesi 2011/2012 bolehlah buat semakan untuk ujian Munsyi anda.
sila klik di sini. Semoga berjaya..

Sunday 3 April 2011

Murid dipukul guru meninggal

ALOR SETAR: Murid yang dikatakan dipukul seorang guru di asrama sebuah sekolah agama rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini. Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lalu. Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang tadi. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga Penyelia Asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

sumber: My metro

Lebih 200,000 tempat ditawar

KUALA LUMPUR 2 April – Lebih 200,000 tempat ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT)
Awam dan swasta kepada para penuntut bagi kemasukan sesi akademik 2011/ 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu adalah untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta mereka yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Beliau memberitahu, 100,500 tempat adalah bagi pengambilan penuntut dalam bidang teknikal, latihan dan kemahiran di 27 buah politeknik serta 323 Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) pada tahun ini.

“Dengan adanya tawaran melanjutkan pengajian sama ada ke IPT mahupun institut latihan dan teknikal, ia dapat memberi pilihan kepada penuntut untuk mengikuti kursus-kursus yang diminati sekali gus mampu menampung keperluan negara dari segi tenaga kerja mahir.

“Pastinya kerajaan akan meneruskan komitmen menyediakan pendidikan yang berkualiti di institusi pendidikan dan latihan di negara ini. Bagi kerajaan ini merupakan satu usaha berterusan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berucap semasa menutup Karnival Pengajian Tinggi Negara ‘Jom Masuk U’ Kali Ketujuh di The Mines dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; timbalannya, Datuk Saifuddin Abdullah; Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Rujhan Mustafa dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 menyaksikan sambutan luar biasa pengunjung yang mencecah 300,000 orang sejak ia dianjurkan 14 Januari lalu di 10 lokasi terpilih seluruh negara.

Muhyiddin berkata, buat masa ini lebih 580,000 mahasiswa mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD di semua IPT awam dan swasta.

Beliau berkata, sememangnya matlamat kerajaan menyediakan pendidikan berkualiti kerana ia merupakan landasan bagi melahirkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi sejajar dengan aspirasi negara untuk meningkatkan daya saing melalui peningkatan kualiti modal insan.

Beliau turut menyentuh kejayaan negara melaksanakan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan bagi meningkatkan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan.

“Alhamdulillah, hasil pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di bawah NKRA pendidikan, kita telah berjaya meningkatkan kemasukan ke prasekolah kepada 72.4 peratus manakala 85 peratus murid sekolah rendah celik huruf.

“Sebanyak 91 peratus pula menguasai numerasi (celik angka), 43 buah sekolah telah mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi manakala 586 atau 7.6 peratus guru besar menerima ganjaran di bawah Bai’ah atau new deal untuk pemimpin sekolah,” katanya lagi.


SUMBER: Utusan Online

Saturday 2 April 2011

Lebihan guru Sains, Matematik

TANJUNG MALIM: Seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara. Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat. “Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa,” katanya.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana.

Katanya, ia sejajar Dasar 60:40 2010 iaitu 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus Sastera pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Beliau berkata, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020 kerana ia adalah pemangkin kepada pembangunan sains dan teknologi.

“Kerajaan wajar mengoptimumkan lebihan itu supaya jurang pendidikan pelajar bandar dengan luar bandar dirapatkan. Saya terkejut kerana andaian umum selama ini menyatakan kedua-dua opsyen berkenaan menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar,” katanya.

Seorang pelajar Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Rafiz Raymond, 20, berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai lebihan guru bagi subjek berkenaan.
“Saya terkejut dengan perkembangan itu kerana selama ini kami mendapat maklumat subjek Sains dan Matematik adalah mata pelajaran kritikal yang memerlukan lebih tenaga pengajar,” katanya.

Pelajar Pendidikan Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Raindy Andurah, 19, pula berkata beliau memilih matematik sebagai kursus pilihan kerana sepanjang pengetahuannya subjek itu memerlukan lebih ramai guru.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan.

Sehubungan itu, katanya UPSI sudah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya kepada Sejarah atau Kemahiran Hidup yang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar.

“Mungkin pada masa depan mata pelajaran Kemahiran Hidup dipertingkatkan sukatannya dan mempunyai pendidikan reka bentuk kontemporari,” katanya.

sumber: Berita Harian Online
 

Harga barang keperluan di Sabah lebih murah

KOTA KINABALU: Tanggapan kononnya harga barangan lebih mahal di Sabah berbanding Semenanjung didapati tidak tepat, malah kajian mendapati harga kebanyakan barangan keperluan di negeri ini khususnya di sini lebih murah berbanding ibu negara. Penolong Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Fredoline Gilbert, berkata perkara itu disahkan menerusi kajian perbandingan harga di bandar raya ini dan Cheras, Kuala Lumpur pada 15 Mac lalu. Dalam kajian itu, katanya, KPDNKK membuat tinjauan harga terhadap 240 barangan keperluan pengguna termasuk makanan segar, makanan dalam tin, produk tenusu dan barangan keperluan harian seperti sabun serta minyak masak di kedua-dua kawasan untuk perbandingan.
“Hasilnya, 169 barang lebih murah di sini berbanding Cheras, 11 barang dijual pada harga sama dan hanya 62 barang dijual lebih mahal di Kota Kinabalu berbanding di ibu negara,” katanya pada majlis taklimat dan dialog mengenai isu itu yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK, Mahani Tan Abdullah, di sini semalam.

Fredoline berkata, barangan seperti ikan dalam tin, susu pekat manis dan susu manis cair serta sabun antara produk keperluan harian pengguna yang lebih murah di bandar raya ini berbanding Cheras.

“Selama ini, penduduk Sabah beranggapan harga barangan ini lebih mahal kerana ia dibawa dari Semenanjung. Kos pengangkutan dijadikan faktor utama kenaikan harga tetapi sebenarnya peniaga terutama pengusaha pasar raya mengambil kira banyak lagi aspek lain bagi menentukan harga.

“Ia termasuk gaji pekerja, kadar utiliti dan sewa bangunan. Mungkin kos aspek ini lebih murah di Kota Kinabalu berbanding Cheras, maka pengusaha pasar raya di sini mampu menjual barangan yang dibawa dari Semenanjung lebih murah berbanding di tempat barangan itu dikeluarkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, tanggapan masyarakat Semenanjung mengenai harga makanan laut yang dikatakan lebih murah di negeri ini juga meleset dengan sebahagian hasil laut dijual lebih murah di Cheras berbanding di Pasar Besar Kota Kinabalu berdasarkan tinjauan pada 15 Mac lalu.

Beliau memberi contoh bawal hitam dijual RM16 sekilogram di Cheras sedangkan di Pasar Besar Kota Kinabalu ia dijual RM20 sekilogram, tetapi banyak lagi barangan segar lain dijual lebih murah di sini seperti daging kerbau import, kepak ayam dan telur ayam, malah ayam bulat dijual RM8.70 sekilogram di Cheras berbanding RM8.50 di sini.

“Tanggapan peningkatan harga barangan di Kota Kinabalu tahun ini berbanding tahun lalu juga kurang tepat kerana kajian antara 29 Mac tahun lalu dan 29 Mac tahun ini mendapati tiada perubahan harga 169 barangan, manakala harga 24 barangan didapati turun,” katanya.

Kajian perbandingan harga membabitkan 276 barangan itu, katanya, mendapati hanya 83 barangan ada kenaikan harga tetapi kebanyakannya adalah barangan tidak dihasilkan di negeri ini seperti bawang merah dan rempah yang diimport.


sumber: Berita harian online