Tuesday 31 May 2011

Skim Latihan 1Malaysia untuk siswazah menganggur dilancar esok

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak, berkata Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) yang akan dilancar beliau esok akan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, berdasarkan program itu, siswazah akan diberi latihan dan bimbingan di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Mereka yang terpilih akan dibimbing selama setahun dan selepas itu dibenarkan mencari kerja lain atau diserapkan oleh syarikat berkenaan, katanya pada jamuan tengah hari sempena Forum Tindakan Belia di sini, hari ini. "Kumpulan pertama 3,000 siswazah akan diambil secara beransur-ansur, dan ini bagi menentukan bahawa kita mempunyai bilangan siswazah menganggur yang paling minimum," kata Najib.

Skim Latihan 1Malaysia dikendalikan Kementerian Sumber Manusia. - BERNAMA

Cadangan tambah sekolah satu sesi bergantung kemampuan kewangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran berhasrat untuk memperbanyakkan sekolah satu sesi dalam usaha memperkasakan mutu pendidikan negara.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, usaha bagaimanapun tidak mudah dicapai kerana ia melibatkan pelbagai faktor seperti kemampuan kewangan. "Pertambahan penduduk menuntut lebih banyak sekolah dibina, dan semakin banyak sekolah yang dibina, bermakna lebih banyak kos yang perlu dibelanjakan. "Antaranya kos yang melibatkan pertambahan guru, pembelian peralatan dan penyediaan prasarana di sekolah," katanya dalam program "Kerusi Panas" terbitan Bernama Radio24.

Puad berkata, ketika ini, kekangan untuk melaksanakan sekolah satu sesi juga berpunca daripada kesukaran mendapatkan tanah membina sekolah baru serta bilangan sekolah yang dibina tidak mencukupi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. - BERNAMA

Monday 30 May 2011

CD interaktif untuk murid disleksia

PENYELIDIK Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Syariffanor Hisham berjaya menghasilkan cakera padat (CD) interaktif MyLexics yang dicipta khusus untuk membantu kanak-kanak disleksia berusia tiga tahun ke atas mempelajari pengetahuan asas bahasa Malaysia.

Menurut beliau, berdasarkan maklum balas daripada ibu bapa dan guru prasekolah, MyLexics juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran seperti Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan autisme.

"Keputusan penilaian penggunaan di tiga pusat Persatuan Disleksia Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dalam prestasi pembelajaran kanak-kanak disleksia setelah menggunakan CD MyLexics," katanya.

CD tersebut mengandungi dua modul iaitu Pembelajaran dan Aktiviti. Dalam modul Pembelajaran terdapat sub modul Abjad, Suku Kata dan Perkataan.

Manakala modul Aktiviti pula terdiri daripada beberapa permainan berasaskan pembelajaran yang bertujuan menggalakkan kanak-kanak tersebut untuk mencuba dan menilai kefahaman masing-masing tentang sub modul Pembelajaran.

Produk ini juga sesuai digunakan di peringkat prasekolah atau sekolah rendah khususnya untuk kelas pemulihan dan kelas pendidikan khas.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 06-3316691 atau e-mel kepada syariffanor@utem.edu.my.

sumber: Utusan Malaysia Online

Kursus bukan teknikal politeknik dipercepat

PUTRAJAYA: Tempoh pengajian kursus bukan teknikal di politeknik seluruh negara akan dipendekkan kepada dua tahun berbanding tiga tahun sekarang, bermula pengambilan tahun ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, langkah memendekkan tempoh kursus bukan teknikal itu selaras dengan pelan transformasi politeknik untuk melahirkan lebih ramai pekerja mahir tempatan. “Kursus bukan teknikal seperti perdagangan, hospitaliti dan menjahit tidak memerlukan sehingga tiga tahun, ia boleh dipendekkan sehingga dua tahun. “Langkah ini juga akan dapat mengurangkan ‘hutang’ pelajar yang terpaksa membayar kos pengajian sehingga tiga tahun,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum (MoU) antara Jabatan Pengajian Tinggi dan Mesiniaga Sdn Bhd; Ericsson Berhad; Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia serta Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) Malaysia.

MoU itu membabitkan beberapa aktiviti antaranya kerjasama program akademik, latihan industri bagi pelajar dan sangkutan pensyarah serta pembangunan kurikulum dalam bidang perdagangan dan elektronik yang juga teras kepada sistem politeknik.

Mohamed Khaled berkata, langkah itu juga dijangka dapat mencapai sasaran 1.5 juta pekerja mahir menjelang 2020 dengan 680,000 pekerja mahir atau 45 peratus pekerja yang mempunyai kelayakan peringkat diploma.

Beliau berkata, ketika ini hanya 28 peratus pekerja di negara ini terdiri daripada pekerja mahir berbanding kira-kira 40 peratus di negara maju.

“Kita mahu melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang pendidikan dan latihan teknik serta vokasional setanding dengan universiti.

“Justeru, pelan transformasi ini juga bertujuan meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan mewujudkan persepsi positif di kalangan masyarakat terhadap politeknik,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kualiti pengajian politeknik tetap berkualiti walaupun dipendekkan dan memastikan yuran pengajian terus kekal rendah iaitu kira-kira RM400 setahun.

Pada masa sama, Mohamed Khaled mahu politeknik mempertingkatkan hubungan dengan pihak industri yang akan dapat mengukuhkan lagi institusi itu sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.

“Kerjasama dengan industri sekali gus dapat membentuk dan menjamin kualiti program, akademik yang ditawarkan selain membangunkan instrumen penilaian dan kurikulum pengajian politeknik secara berterusan,” katanya.


sumber:   Berita Harian Online

Cabaran mendidik pesalah juvana

TUGAS guru bukan setakat mendidik malah turut menjadi pembimbing serta contoh atau teladan yang baik kepada anak-anak didiknya agar dapat membentuk insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Cabaran yang lebih besar tentunya kepada guru yang mendidik golongan pelajar di luar norma masyarakat seperti banduan muda atau pesalah juvana di sekolah-sekolah integriti dan Sekolah Henry Gurney.

Berbanding guru di sekolah harian biasa, ia memerlukan komitmen yang tinggi dan tidak mungkin mampu untuk dilakukan oleh semua orang.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin berkata, komitmen dan pengorbanan warga guru dalam meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan pelajar sekolah kawalan Jabatan Penjara Malaysia amat dihargai.

Menurut beliau, iltizam dan komitmen yang ditunjukkan oleh warga pendidik dalam membantu juvana atau banduan muda telah membuka satu dimensi baru bagi mengangkat martabat profesion keguruan bersesuaian dengan tema Hari Guru tahun ini iaitu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.

"Guru juga berperanan sebagai pemangkin kepada amalan pendidikan sepanjang hayat dan sekolah sebagai organisasi pendidikan," katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Jabatan Penjara Malaysia di Dewan Kelab Penjara Kajang, Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, walaupun golongan pelajar ini berada dalam proses pemulihan kerana kesalahan yang telah dilakukan, namun mereka tetap memerlukan pendidikan agar tidak ketinggalan apabila tamat menjalani hukuman kelak.

"Guru memainkan peranan penting dalam usaha memberi didikan sebaik mungkin kepada penghuni tirai besi ini dan tanpa bimbingan guru, tidak mustahil apabila bebas kelak mereka akan mengulangi kesilapan sama," jelasnya.

Beliau menyarankan guru-guru menjalankan tugas dengan gigih dan menganggap pengalaman mendidik golongan pelajar ini sebagai sesuatu yang istimewa seterusnya berusaha memantapkan lagi kemahiran demi memartabatkan profesionalisme

Saturday 28 May 2011

Pelajar cemerlang pelbagai kaum layak terima biasiswa JPA

KUALA LUMPUR: Semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa mengira bangsa layak mendapat tajaan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengikuti pengajian ijazah pertama di dalam dan di luar negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan tidak berjanji bahawa mereka yang dapat 8A+ dalam SPM ditawarkan belajar di luar negara dan ramai orang yang tidak faham perkara itu. “Ramai pelajar cemerlang ini dapat tawaran sambung belajar di dalam negara dan katalah dia dapat tawaran buat diploma oleh universiti tempatan, maka kita beri jaminan jika dia dapat kursus diploma dia boleh sambung ijazah pertama.
“Begitu juga jika pelajar cemerlang SPM ini ditawar masuk matrikulasi... apabila dia masuk universiti kita akan membiayai kos dia di universiti. Kita hanya akan biayai pelajar (SPM 8A+) dalam program ijazah pertama saja.

“Ramai bimbang jika mereka membuat diploma atau matrikulasi selepas itu tidak layak terima biasiswa, itu salah... tidak benar sama sekali,” katanya mengulas mengenai kekeliruan ramai mengenai tawaran biasiswa JPA untuk pelajar yang mendapat 8A+ dalam SPM.

Najib berkata, beliau juga sudah meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyelaraskan perkara berkaitan biasiswa itu dengan JPA, mengambil kira pandangan semua pihak termasuk MCA, MIC, Gerakan dan pihak lain.

“Sekarang ini, kita kena tengok dulu, maknanya apa kita janji (adalah) semua yang dapat 8A+ akan dapat biasiswa kerajaan, tidak kira mereka dapat tawaran di dalam atau keluar negeri,” katanya.

Kelmarin, Nazri menafikan sama sekali wujud pilih kasih dan salah guna kuasa dalam isu pemberian biasiswa. Beliau menjelaskan tidak semua pelajar cemerlang berhak memperoleh biasiswa JPA berdasarkan kursus yang mereka mohon mengikut minat masing-masing.

JPA hanya menawarkan biasiswa mengikut bidang yang dikategorikan sebagai kritikal. Antaranya bidang perubatan, pergigian, farmasi, kejuruteraan, sains dan teknologi serta sains sosial yang diperlukan dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Beri peluang anak tempatan jadi guru di pedalaman

TENOM: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Radin Malleh meminta Kementerian Pelajaran segera mengkaji semula keputusan temuduga terbuka bagi profesion perguruan melibatkan anak tempatan Nabawan dan Kemabong di pedalaman Sabah pada 7 Mei lepas.
Beliau berkata ini kerana ramai ibu bapa dan pelajar berpendapat temuduga itu tidak dilaksanakan mengikut sasaran ditetapkan.

"Objektif utama temuduga itu ialah untuk memberi peluang kepada anak tempatan di pedalaman Sabah, khususnya di Nabawan dan Kemabong, menjadi guru," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kata beliau, calon dari luar daerah itu turut diambil dan ini menafikan peluang anak tempatan menjadi guru.

Radin, yang juga naib presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), berkata beliau dimaklumkan bahawa pada mulanya kumpulan sasaran bagi pengambilan itu ialah anak tempatan dari kawasan pedalaman yang mendapat enam kredit, termasuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.

p/s: Teringat kisah guru dari guru berpengalaman katanya kalau dulu nak jadi guru, pegawai datang ke rumah cari mereka yang nak jadi guru.. tapi sekarang pelajar kena usaha untuk berjaya menjadi terbaik supaya  menjadi guru.

Monday 23 May 2011

tawaran ke politeknik tahun 2011

pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan ke politeknik dan ingin mendapatkan status permohonan sila klik http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/carian.asp

semoga berjaya....
\

Sunday 22 May 2011

Hari bahagia dua pelajar kelainan upaya

FARAHIYAH (kiri) dan Shyang Chyi menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi selepas mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Kejuruteraan Awam.

IPOH - Dua pelajar orang kelainan upaya (OKU) membuktikan kecacatan mereka bukan halangan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Farahiyah Hussin, 23 dan Chuah Shyang Chyi, 22, yang mengalami masalah pendengaran sejak kecil masing-masing menerima Sijil Kejuruteraan Awam (Pembinaan) pada Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-40 di sini semalam.

Dua bekas penuntut Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas Persekutuan, Pulau Pinang itu masing-masing meraih keputusan Purata Gred Nilai Kumulatif (PGNK) 3.83 dan 3.53.

Menurut Farahiyah, dia dan para pelajar senasib seperti Shyang Chyi sudah mula mengulang kaji sejak semester pertama untuk memastikan mereka tidak ketinggalan.

"Kami bernasib baik kerana sentiasa mendapat sokongan tenaga pengajar biarpun terpaksa mengikuti pengajian bersama pelajar normal lain," katanya dalam bahasa isyarat yang diterjemah oleh kakak ketiganya, Hamidah, 36.

Mereka ditemui selepas menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pengajian Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar pada sidang pertama Majlis Konvokesyen PUO ke-40 di Dewan Jubli Perak, PUO di sini semalam.

Shyang Chyi dari Bayan Lepas, Pulau Pinang pula kini berkhidmat sebagai pelukis pelan di sebuah syarikat pembinaan tidak jauh dari rumahnya setelah tamat pengajian akhir tahun lalu.

sumber: Kosmo Online

Saturday 21 May 2011

semakan temuduga program pengajian pendidikan 2011

Buat adik-adik yang telah menduduki ujian medsi dan ingin mengetahui sama ada berjaya untuk menghadiri temuduga seterusnya bolehlah buat semakan di sini. Semoga Berjaya

Friday 20 May 2011

Sabarlah cikgu

TPM janji usul kenaikan gred guru akan diselesaikan
BALING: Keluhan kira-kira 400,000 guru yang mendakwa tercicir daripada kenaikan gred atau pangkat bermula 1 Januari tahun depan seperti diumumkan Datuk Seri Najib Razak, Isnin lalu, sememangnya dalam perhatian Kementerian Pelajaran untuk diselesaikan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta mereka bersabar kerana beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerima aduan, SMS dan tuntutan beberapa kesatuan guru yang mahukan kerajaan memberi perhatian terhadap perkara itu. “Saya akan teruskan usaha berbincang dengan Perdana Menteri dan Ketua Pengarah JPA yang akan memutuskan cara untuk me-menuhi tuntutan berkenaan.

“Kita kena ambil kira keupayaan kerajaan kerana dalam keadaan sekarang kita nak jimat perbelanjaan, nak kurangkan defisit negara... dan kalau kita buat keputusan kena ambil kira keupayaan kerajaan menampung kos tambahan disebabkan kenaikan gaji dan elaun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Baling/Sik, di sini, semalam.

Beliau berkata, guru terbabit tidak perlu bimbang kerana kerajaan masih mempunyai masa enam bulan lagi untuk meneliti perkara itu sebelum ia berkuat kuasa Januari tahun depan.

Sebelum ini, beberapa kesatuan dalam perkhidmatan perguruan menyatakan kekecewaan mereka kerana enam tuntutan mereka tidak diberi perhatian, termasuk kenaikan gred guru besar di sekolah kurang murid (SKM).

Selain itu, mereka menuntut kerajaan mewujudkan jawatan baru gred DG40 iaitu gred tertinggi dalam Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD), selain memperluaskan gred DGA38 kepada semua guru besar dan pengelola kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) gagal dilaksanakan.

Mereka juga berharap tuntutan gred jawatan pegawai pelajaran daerah di 139 PPD membabitkan gred DG52 serta pelaksanaan nisbah seorang guru dengan tujuh murid, khususnya bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah diberi perhatian.

Muhyiddin berkata: "Kita masih ada masa enam bulan dan dalam tempoh itu kita tidak tahu apa akan berlaku... apa ada dalam fikiran Perdana Menteri pun saya tidak tahu tetapi yakin beliau tahu situasi perkhidmatan awam dan kos hidup yang tinggi.

"Bersabarlah... kerana bila Perdana Menteri umum tarikh kuat kuasa 1 Januari 2012, kita ada masa dan saya harap bila sampai Januari nanti dia (Perdana Menteri) akan tokok sikitlah."

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran diarah mengkaji insentif dan pengiktirafan kepada guru yang menjadi pengurus pasukan dan pegawai kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) bagi menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan prestasi serta pencapaian atlet dan sukan di sekolah.

Beliau berkata pengiktirafan kepada guru terbabit adalah sama seperti yang diberi kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan.

“Guru terbabit juga perlu diberi pendedahan supaya kewujudan mereka sebagai pegawai kejohanan diterima di persada antarabangsa.

"Atlet yang berjaya dan mempunyai potensi tinggi dalam bidang sukan tertentu harus dilatih secara intensif sebelum menghadapi kejohanan peringkat antarabangsa.

“Begitu juga dengan pegawai kejohanan, pendedahan harus diberi kepada mereka supaya kewujudan pegawai kejohanan ini diterima di peringkat antarabangsa seperti atlet," katanya ketika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Ke-53 2011 di Stadium Perak di sini, malam tadi.

sumber: Berita harian Online

p/s: Bersyukur dengan apa yang aku perolehi hari ini...

Thursday 19 May 2011

semakan tawarn kplspm ambilan Jun 2011

Tahniah kepada mereka yang berjaya.. semakan boleh di buat di sini..

p/s tahniah kepada Prichard kerana mendapat tawaran KPLSPM ambilan JUN 2011. semoga menjadi pendidik yang berjaya... IPGM Ilmu Khas.. tempat cikgu pernah menimba ilmu selama setahun.. Banyak kenangan terindah kat sana...

Tuesday 17 May 2011

Naik hingga DG54

 Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan. Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
\
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya.

sumber : Berita Harian Online
 
P/S: semoga ini menjadi suntikan semangat untuk semua yang bergelar pendidik untuk berusaha mendidik anak bangsa ke arah lebih cemerlang... Jika kita ikhlas mendidik, segala habuan akan datang dengan sendirinya tanpa kita sedari...ganjaran dari Allah S.w.t juga menanti kita kerana kita telah memberikan ilmu kepada anak-anak didik kita sehingga mereka menjadi manusia berguna..

Monday 16 May 2011

Berita baik untuk guru: Kaedah baru kenaikan pangkat

KUCHING 16 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kaedah baru kenaikan pangkat khusus kepada guru dengan mengkategorikan mereka mengikut empat lapisan jawatan iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Pendeta Guru.
Katanya, empat lapisan jawatan itu akan membolehkan peningkatan ke gred yang lebih tinggi berdasarkan kecemerlangan.

"Melalui konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru ini, laluan kerjaya guru dalam bidang pengajaran dan pembelajaran akan diperluaskan sehingga mencapai ke Gred 54 dalam tempoh perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta syarat-syarat lain yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan," katanya dalam rakaman video yang ditayangkan pada sambutan Hari Guru Kebangsaan, di sini hari ini.

Perdana Menteri mengumumkan, semua guru yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka mutunya seperti ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.

Katanya lagi, bagi guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, mereka masih berpeluang menikmati pergerakan gaji tahunan.

"Untuk ini, kerajaan bersetuju menambahkan lagi jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak 100 peratus dengan menambah sebanyak 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru," katanya.

Najib juga mengumumkan, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke Gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan.

Katanya, semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah Gred DG44 dinaikkan ke Gred DG48 dan ini melibatkan 6,585 jawatan.

"Seterusnya, semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster dinaikkan dari Gred DGA32 ke Gred DGA34 yang melibatkan 99 jawatan," katanya. - Utusan

sumber: Utusan Online

Sunday 15 May 2011

Selamat Hari Guru

Selamat hari guru buat semua rakan-rakan guru di mana jua berada....

Saturday 14 May 2011

Khabar gembira pada sambutan hari guru isnin ini?

KUANTAN 14 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan khabar gembira buat warga pendidik bersempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut, sebaliknya berkata: “Insya-Allah, tunggulah...”.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini hari ini, Muhyiddin berkata, cabaran baru warga pendidik kini amat mencabar dalam usaha kerajaan mencapai hasrat menjadi sebuah negara maju menjelang 2020.

"Paling utama ialah soal menyediakan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan sasaran menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata, peranan guru amat penting dalam mendidik anak bangsa bagi mewujudkan modal insan berkualiti pada masa depan.

Katanya, kerajaan juga telah menggariskan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) yang bakal menyediakan 33 juta peluang pekerjaan serta tenaga kerja terlatih dalam semua bidang.

"Terdapat 12 sektor ekonomi perlu diisi dengan tenaga manusia terlatih dan ia merupakan cabaran besar untuk disediakan dalam tempoh 10 tahun akan datang.

"Dalam konteks menjadi negara maju, kita berhadapan dengan persaingan, kecekapan pengurusan, keupayaan menjana sumber baru dan nilai tambah tinggi yang mana perkara itu berpandukan kepada penyediaan tenaga kerja terlatih,” katanya.

Beliau berkata kesemua perkara itu memerlukan tuntutan warga pendidik yang mempunyai beban tugas mencabar bagi membentuk manusia terlatih. — Bernama

sumber: Utusan

Patah rusuk dipukul senior

 KUALA LIPIS: Hanya kerana meluahkan ayat ‘tak apa lah, nanti saya buang’, seorang pelajar tingkatan tiga dibelasah sekumpulan pelajar senior hingga mengakibatkan mangsa patah tulang rusuk kanan selain mengalami kesakitan di bahagian dada dalam kejadian di asrama sebuah sekolah menengah di sini, awal pagi kelmarin.
Kata-kata itu dilafazkan mangsa, Suffi Shukairi Abdul Hakim dari Tanjung Besar, Benta, sejurus selepas diarahkan pelajar senior terbabit untuk membuang sampah, Selasa lalu dan akibatnya, mukanya ditampar, manakala dadanya pula dipukul hingga menyebabkan dia terpaksa dibawa ke Hospital Kuala Lipis (HKL) oleh gurunya apabila mengadu demam dan sakit dada pada keesokan harinya.

Mangsa diberikan sijil cuti sakit oleh HKL dan hanya berehat di bilik asramanya sepanjang Rabu lalu tetapi nasib malangnya ternyata belum berkesudahan apabila kira-kira jam 12.45 tengah malam, Suffi Shukairi dipanggil kumpulan pelajar senior terbabit yang bertanya mengapa dia tidak hadir ke sekolah sekali gus dituduh sengaja ponteng.

“Saya dipanggil seorang pelajar senior untuk ke bilik asrama mereka dan disoal mengapa tidak hadir ke sekolah pada Rabu lalu.

“Saya memaklumkan mendapat cuti sakit, namun mereka mempersoalkan mengenainya.

“Mereka turut mengungkit mengenai kejadian pada malam Selasa lalu dan berterusan menuduh saya kurang ajar,” katanya.


sumber: my metro

Thursday 12 May 2011

Lebih 5,000 calon hadir temu duga guru

SANDAKAN  - Seramai 5,520 orang telah menghadiri temu duga terbuka proses pengambilan guru pedalaman di tujuh pusat di seluruh negeri ini yang dijalankan selama dua hari bermula semalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kementeriannya amat komited untuk memenuhi kuota masing-masing 30 peratus guru bagi Sabah dan Sarawak, bakinya 40 peratus lagi bagi Semenanjung Malaysia.

"Pendekatan kementerian ialah bagi memastikan penempatan guru-guru di kawasan pedalaman mesti dipilih daripada kalangan penduduk tempatan," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gum-Gum di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris dan pegawai kanan kementerian berkenaan.

Tambah Mohd. Puad, jumlah kehadiran itu amat memberangsangkan, malah terdapat juga pelajar cemerlang yang mendapat keputusan 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut memohon.

Katanya, dalam temu duga itu, kementerian telah melonggarkan sedikit syarat minimum iaitu mana-mana calon yang hanya mendapat keputusan enam lulus dengan kepujian boleh diterima dengan syarat mereka lulus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

"Apa yang penting mereka merupakan anak tempatan dan berasal daripada keluarga miskin. Melalui proses ini, calon tidak lagi perlu membuat permohonan melalui Internet memandangkan kawasan pedalaman tidak mempunyai akses kepada kemudahan itu.

"Dengan adanya temu duga terbuka ini, calon-calon berkenaan hanya perlu membawa sijil mereka untuk hadir temuduga," katanya.

Hari ini, Mohd. Puad menyaksikan sendiri proses temu duga di SMK Telupid yang dihadiri oleh 850 calon. Antara pusat lain ialah di SMK Kudat 2, Semporna, Pulau Banggi dan Nabawan.


sumber: Utusan

Raih PhD selepas 40 bulan berulang alik

SHAH ALAM — Berulang-alik dari Bandar Muadzam Shah, di Pahang ke kampus UiTM Shah Alam, di sini selama hampir 40 bulan untuk menghadiri kuliah merupakan pengalaman yang cukup mencabar bagi pasangan suami isteri.

Cabaran ini berbaloi ditempuhi. Hari ini Dr. Mohd. Ariff Kasim, 35, dan Dr. Siti Rosmaini Mohd. Hanafi, 35, menerima PhD Perakaunan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada istiadat konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-74 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini.

Dan menjelang September, pasangan ini yang belum mempunyai cahaya mata, bakal berhijrah ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk memulakan tugas baru sebagai penolong profesor di Universiti Sains dan Teknologi Ajman.

Pasangan ini yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bandar Muadzam Shah, membuktikan komitmen dan ikatan perkahwinan tidak menghalang mereka menuntut ilmu setinggi dan sejauh mana yang mereka mahu.

Mohd. Ariff berkata, mereka sebenarnya merupakan teman sekelas sejak peringkat diploma, kemudian ijazah sarjana muda, ijazah sarjana sehingga sama-sama membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD tiga setengah tahun lepas. — Bernama

sumber: Kosmo Online

p/s : Semangat belajar yang tinggi..

Bersara 60 tahun

KUALA TERENGGANU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekali lagi menggesa kerajaan melanjutkan umur persaraan pekerja dalam perkhidmatan awam daripada 58 kepada 60 tahun.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata cadangan itu wajar ditimbang semula oleh kerajaan kerana beliau yakin golongan ini mampu menyumbangkan perkhidmatan dengan lebih efisyen bersandarkan pengalaman yang mereka miliki.

"Seperti negara maju yang lain, umur persaraan penjawat awam mereka antara 60 hingga 62 tahun dan kita hanya sembilan tahun lagi hendak mencapai sasaran negara maju pada tahun 2020. Jadi wajarlah kerajaan mempertimbangkan perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JPJ negeri, Abdul Rahman Emang Anyie.

Bagaimanapun, katanya ia bergantung kepada kesihatan pekerja berkenaan iaitu mestilah mempunyai penglihatan, pendengaran, pemikiran serta fizikal yang baik untuk dipertimbangkan dilanjutkan umur persaraan mereka. - Bernama

sumber: My metro

Sunday 8 May 2011

NUTP cadang tugas rekod BMI pelajar dilakukan jururawat

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan Kementerian Kesihatan mengendalikan masalah obesiti di kalangan pelajar dengan menghantar jururawat secara berkala ke sekolah untuk merekod indeks jisim badan (BMI) pelajar.
Presidennya, Hashim Adnan berkata tugas merekod BMI seharusnya diserah kepada jururawat kerana mereka lebih berpengetahuan dalam bidang kesihatan. "Kami mencadangkan agar jururawat dibenar datang ke sekolah secara berkala supaya mereka sendiri yang menerangkan mengenai kesihatan kepada pelajar serta merekodkan BMI," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco ke-9 di Hotel Vistana di sini hari ini. Turut hadir ialah Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Hashim berkata, sekiranya tugas merekod BMI pelajar sekolah dilakukan oleh jururawat, ia dapat meringankan beban guru.

Sementara itu, Lok berkata NUTP tidak bersetuju jika ada sekolah terutama yang mengamalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menambah waktu pembelajaran dari 46 waktu kepada 52 waktu seminggu (1,380 minit).

"Jika waktu pembelajaran ditambah, ia dibimbangi memberi masalah kepada pelajar kerana kurangnya masa berehat di rumah dan masa untuk bermain kerana terpaksa berada lebih lama di sekolah," katanya.

Lok berharap pihak sekolah tidak menambah waktu tanpa kebenaran pihak tertentu agar pelajar dapat melalui proses pembesaran yang sihat, kreatif, boleh berfikir dan inovatif.

Mengenai sistem penilaian pelajar, beliau berkata pihaknya menerima rungutan guru yang terpaksa menyediakan borang penilaian pelajar secara manual kerana program di dalam komputer khusus untuk menilai pelajar belum siap.

"Guru terpaksa menyediakan 18 helai borang penilaian bagi setiap subjek kerana program itu belum siap. Ini telah mengganggu tugas guru dan membebankan mereka kerana terpaksa melakukan perkara itu pula," katanya.

Lok berharap Kementerian Pelajaran khususnya Lembaga Peperiksaan Malaysia mempercepatkan proses pemantapan ICT untuk digunakan guru di sekolah bagi memudahkan mereka membuat penilaian terhadap pelajar. - BERNAMA

sumber: Berita harian

Saturday 7 May 2011

berakhir sudah.....Tahniah dan Syabas...

semalam bila tak buka blog ni, rasa rindu dan kepingin nak menulis di sini ruangan catatanku... maklum sahaja aku terlalu sibuk dengan aktiviti yang dilaksanakan pada hari ini.. banyak perkara aku kena buat dari A sehingga ke B.. nak buat terbaik supaya tidak nampak kepincangan.. dalam pada itu, semakin jelas dan nyata bahawa apabila kita melakukan kerja dengan ikhlas, semua kerja akan menjadi... Alhamdulillah, segala-galanya berjalan dengan baik dan lancar... aktiviti yang aku dan rakan-rakan lain rancang telah selamat melabuhkan tirainya pada hari memasuki peringkat Akhir.. Dalam entry aku yang lepas ada aku menceritakan tentang aktiviti perogram yang akan aku buat seperti ala-ala AF dari peringkat ujibakat, suku akhir dan separuh akhir dan seterusnya peringkat akhir.. berlaku penyingkiran dan ada undi  tetapi bukan undi sms hanya undi kupon..
Hari ini terserlah sudah bahawa jika diberi peluang, pelajar mempunyai bakat untuk ditonjolkan...pelajar yang mempunyai bakat ini sememangnya berani melakukan apa sahaja untuk menjadi seorang terbaik.. malah apa yang saya perhatikan pelajar yang berbakat ini bukan sahaja berbakat tetapi ada yang cemerlang dalam akademik...
Tahniah kepada Nurasyikin, Kumpulan Beat Boxer( Datu Kamarul dan Hakimi) serta Nurul Sabrina.. sememangnya ada berbakat dan berani... bukan anda sahaja semua yang masuk ke peringkat akhir juga berbakat..
selesai sudah tugas saya dalam melaksanakan tanggungjawab ini, buat rakan-rakan yang telah membantu dalam menjayakan program ini terimakasih banyak-banyak.. tanpa anda mungkin aktiviti ini tidak berjalan dengan lancarnya.. Buat pelajar-pelajar cikgu yang banyak membantu terima kasih banyak-banyak terutama pelajar asrama cikgu " Ayahanda" ucapkan terimakasih.. ...

Thursday 5 May 2011

Status permohonan kemasukan IPTA esok lepasan SPM

KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf Sesi Akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari esok (6 Mei).
Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata semakan boleh dibuat dengan menghubungi talian Hotline 03-88835858, Helpline 03-88835848 dan talian am 03-88835801/5802.

Menurutnya calon-calon juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http://www.jpt.utm.my dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.

Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei ini.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengajian Tinggi bersetuju melaksanakan “dasar tawaran terbuka”, yang akan membolehkan ramai calon cemerlang SPM 2010 menerima lebih daripada satu tawaran.

"Pemohon yang berjaya perlu membuat keputusan yang bijak dan tepat serta mendaftar ke program yang dipilih mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan.

Bagi pemohon yang tidak berjaya ke IPTA tetapi menerima tawaran ke institusi lain, mereka dinasihatkan mendaftar ke program berkaitan kerana tawaran tempat ke IPTA adalah terhad,” katanya.

Kementerian itu turut menggalakkan mereka yang gagal mendapat tawaran ke IPTA untuk menimbang tawaran belajar ke Tingkatan 6, serta Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) seperti Diploma di Politeknik, sijil-sijil di Kolej Komuniti dan ILKA lain, bagi mengikuti Kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) yang juga menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada pelajar lepasan SPM.

Menurutnya hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA boleh mengemukakan rayuan melalui Aplikasi e-Rayuan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan, melalui Laman Web Rasmi Kemasukan ke IPTA di http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-Rayuan ialah pada 16 Mei dan keputusan rayuan akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun.

Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal. - Bernama

Wednesday 4 May 2011

300,000 OKU masih tidak daftar JKM

IPOH 3 Mei - Dianggarkan terdapat dua peratus atau seramai 600,000 penduduk negara ini terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) tetapi hanya sekitar 300,000 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Hadzir Md. Zain berkata, punca utama ialah kerana ibu bapa merasa malu mempunyai anak OKU dan tidak mengetahui kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan istimewa itu.

''Setakat ini, hanya lebih kurang 300,000 penduduk negara berdaftar dengan JKM tetapi kita anggarkan terdapat separuh lagi yang belum berdaftar.

''Oleh itu, kita minta ibu bapa supaya tidak merasa malu untuk mendaftarkan anak-anak mereka dengan JKM bagi membolehkan mereka mendapat kemudahan yang disediakan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan kepada Kanak-kanak di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Kempen anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) itu dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Hadzir, salah satu program yang disediakan oleh JKM kepada OKU adalah program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) melalui sebanyak 428 pusat PDK di seluruh negara.

Katanya, di pusat pemulihan harian itu, keluarga bersama tenaga pengajar memberi latihan kepada anak mereka dan setiap kanak-kanak berkenaan menerima elaun bulanan sebanyak RM150.

''Kanak-kanak OKU perlu dibawa ke pusat untuk pemulihan kerana intervensi peringkat awal boleh meningkatkan keupayaan apabila remaja dan banyak kes menunjukkan mereka berjaya pulih.

''Kita hendak golongan OKU boleh uruskan diri sendiri kerana jika terlantar, usaha ibu bapa mencari pendapatan akan terjejas," katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya meletakkan sasaran untuk mewujudkan tambahan 20 pusat PDK pada setiap tahun supaya lebih ramai anggota masyarakat mendapat manfaat daripadanya.

sumber: Utusan

Elak risiko anak cacat kekal

IPOH 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibu bapa perlu memahami punca kepada risiko yang boleh menyebabkan berlaku kecacatan dalam kalangan anak-anak.

Menurutnya, pemahaman awal terhadap punca itu akan membolehkan tindakan pencegahan dilakukan segera, sekali gus dapat mengelak sebarang risiko kecacatan kepada anak-anak.

Beliau menarik perhatian, ada ketikanya, tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelak kepada berlakunya risiko kecacatan itu sangat mudah.

''Sebagai contoh, jika suhu badan anak kita tinggi kerana demam, terapi untuk menurunkan suhu badan tersebut sangat mudah iaitu dengan hanya meletakkan seketul ais di kepala.

''Tetapi jika kita tidak sedar dan tidak ada pengetahuan, ia boleh memberi kesan buruk kerana demam panas pada tahap tinggi boleh menyebabkan kecacatan sepanjang hayat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semai Bakti, Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kepada Kanak-Kanak anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib berkata, keupayaan serta keperluan ibu bapa untuk menguasai ilmu mencegah kecacatan awal sangat penting demi perkembangan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau memuji langkah Bakti menerbitkan Buku Manual Panduan Pencegahan Kecacatan Kanak-Kanak dan berharap sektor swasta dapat bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerbitkan lebih banyak buku manual seumpama itu.

Sementara itu, Najib memberitahu, sejak Program Semai Bakti dilancarkan pada 2005, seramai 14,000 kanak-kanak istimewa telah menerima latihan di 428 pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK) dan hampir 4,500 lagi menerima latihan daripada petugas PDK di rumah masing-masing.

''Di sebalik kejayaan pusat PDK ini, saya percaya terdapat lagi kanak-kanak istimewa yang belum diketengahkan oleh ibu bapa, mungkin disebabkan perasan malu atau mengambil sikap berserah.

''Sewajarnya perasaan sedemikian tidak harus wujud kerana berdasarkan pendapat pakar perubatan, kanak-kanak kelainan upaya ini berpotensi diberikan latihan, didikan dan bimbingan bagi membolehkan mereka menjadi individu produktif dan berupaya menyumbang kepada masyarakat dan negara," katanya.

sumber: Utusan Melayu

Monday 2 May 2011

kelebihan antara tingkatan enam, matrikulasi dan diploma

Ehsan SPPK: Sekadar info bersama

Susahnya pelajar untuk membuat keputusan apabila mendapat 3 tempat ini sekali gus. Bagaimana kita hendak membantu mereka memilih sendiri haluan yang tepat..

Saya pun ada masalah ni bila orang tanya, tapi biasanya saya tanya semula kemampuan pelajar, adakah dia mampu untuk pergi ke mana-mana stage tersebut, buat pro dan kontra bagi ketiga-tiga pilihan tersebut dan kemudian datang untuk bincang semula, keputusannya dari mereka dengan sedikit panduan daripada kita, tunjukkan kesan pemilihan mana-mana tempat kepada pelajar tersebut dengan jelas ...

Thanks cikgu fazlie...biasanya saya pun tengok achievement pelajar tu..kalau memang power dan laju..bettter beri cadangan pilih matrikulasi setahun...kalau agak sedang-sedang, pilih le Form 6 atau diploma..cuma kadang-kadang parents yg excited channelkan anak dia..kita cadangkan je..tidak buat keputusan..

Guru Kaunseling perlu memberi maklumat yang jelas kepada pelajar pro dan kontra setiap keputusan yang mereka pilih. Minat, kemampuan kewangan, jurusan pilihan akan membantu pemilihan pelajar. Tingkatan 6... peluang untuk menjejakkan kaki ke u lebih banyak terbuka kerana dasar kerajaan yang memberi peluang kepada pelajar STPM. Cuma pelajar perlu benar-benar menumpukan perhatian kepada pelajaran disebabkan banyak sukatan yang perlu dibuat persediaan. Walaupun bunyinya ada 4 mata pelajaran tapi setiap mata pelajaran ada 2 atau 3 kertas. Dalam setiap kertas pula ada banyak bahagian dan setiap bahagian ada banyak topik. Semangat yang tinggi, kesabaran serta teknik belajar yang sistematik perlu ada pada pelajar STPM. Strategi memilih mata pelajaran sewaktu 6 rendah penting kerana ia akan menentukan peluang untuk ke kursus pilihan kerana setiap kursus ada syarat-syarat kemasukan tersendiri. Sebab itu memilih subjek ting 6 penting kerana biasanya setiap kursus di u minima memerlukan gred yang baik dlm 2 mata pelajaran sementara 2 mata pelajaran lain akan menyokong 'pointer'. Perlu jelaskan kepada pelajar strategi memilih mata pelajaran. Sistem penggal yang masih diamalkan oleh sekolah akan membebankan pelajar untuk membuat persediaan di peperiksaan STPM.

Diploma pula selalunya jalan untuk mencari pekerjaan dengan cepat kerana setelah tamat selalunya lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk sambung ke Ijazah amat tipis dan sekiranya bercita-cita utk sambung belajar ijazah perlu dapat 3 'pointer' ke atas.

Matrikulasi pula ada 2 sama ada matrikulasi KPM atau matrikulasi universiti-universiti. Perlu jelaskan perbezaan kedua-dua matrikulasi itu dan yang penting kaedah pemilihan kursus ijazah di kedua-dua matrikulasi tersebut.

Apabila pelajar telah mendapat penjelasan maklumat yang perlu dengan jelas akan membuka ruang pelajar untuk membuat keputusan....

Melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 boleh dianggap sebagai peluang kedua bagi pelajar untuk menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya menggapai segulung ijazah. Banyak pengalaman telah membuktikan bahawa pelajar yang kurang cemerlang sewaktu SPM mampu untuk menebus kekecewaan tersebut dengan pencapaian SPM dan seterusnya ke universiti. Tidak mustahil utk berjaya di tingkatan 6 asalkan kena dengan strateginya.

Pembelajaran semasa di tingkatan 6 memang lebih susah jika dibandingkan dengan politeknik atau diploma. Walaupun begitu sekiranya anda memasuki tingkatan 6, peluang anda untuk memasuki universiti tempatan adalah lebih cerah iaitu 65% berbanding dengan lepasan politeknik atau diploma.

Insyaallah....sekiranya pelajar inginkan panduan cemerlang di tingkatan 6 boleh melayari web ubk projek penajaan swasta www.ubksmkrantau.ekaunseling.net

Kelebihan Tingkatan 6
Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;

* Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
* Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok la tuu.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
* Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek laaa.
* Sastera pun susah, sains pun susah. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, entahlah… tapi kualiti sijil STPM nie bertaraf diploma di jabatan kerajaan sekarang nie. Maksudnya boleh cuba mintak jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan spa.gov.my… layari laman web ni, Semua jawatan diploma boleh cuba ambil.

Taraf Sijil STPM
* Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge, UK, power tuuuuuu… Taraf A-Level ni sangat tinggi tau, diploma pun belum bertaraf A-Level lagi tau, STPM dah ada daaa.
* Berdasarkan pengalaman taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level… setaraf tu… yang diambil oleh kebanyakan budak omputih luar negara untuk masuk universiti.
* Di luar negara STPM digelar Senior Cambridge, SPM - Junior Cambrige.. kekadang High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.
* STPM ni sebenarnya peperiksaan University Cambridge kemudian diadakan di IPTA kita. Aku ni bekas pelajar STPM 2005 – dapat 5 prinsipal tuuu… cayalah…pointer pun ok dapat apply kerja kat kerajaan.
* Lagi satu STPM ni laku jugak kat luar negara boleh cari makan dan lanjutkan pelajaran terkenal seluruh dunia. Kelayakan STPM ni bertaraf dunia tau…

Kelayakan Bekerja Dengan Kerajaan
Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan
1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU
3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU
4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Senang cerita dapat 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain tu 3 atau 4 subjek pun mestilah gred C. Itu paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan.

Kelebihan Ambil 5 Subjek
Kelebihan ambil 5 subjek ni boleh beri banyak pilihan untuk pilihan bidang di universiti nanti, di samping boleh backup pointer contohnya budak dapat 5 principal C tak sama dengan budak dapat 4 principal C. Pointer budak 5 principal lebih tinggi berbanding budak dapat 4 principal.
Pointer lebih tinggi lebih senang masuk universiti atau minta kerja dengan kerajaan yang mensyaratkan pointer STPM 3.00 dan ke atas. Contohnya 5 principal B iaitu 3.00 darab 5 = 15.00/4 = 3.75 (CGPA), budak dapat 4 principal B iaitu 3.00 darab 4 = 12.00/4 = 3.00 (CGPA). Cuba lihat jauh betul perbezaan pointer nyakan. Tapi bebanlah sikit ambil 5 subjek ni, antara 3.75 - 3.00 = 0.75 jauh tuu…

Penggantian Subjek
Untuk menjelaskan lagi tentang STPM nih, bagi kemasukan ke IPTA atau kerja, berdasarkan penggantian subjek;
ok macam nie…
Katakan orang tu ada SPM dan ada STPM dalam masa yang sama, katakan subjek ekonomi di peringkat SPM dia tak dapat kredit (kepujian), tapi dia dapat prinsipal (lulus penuh) dalam subjek ekonomi diperingkat STPM.
Waktu nak apply atau masuk u nanti, katakan ada kursus syaratkan mesti dapat kredit dalam subjek ekonomi pada peringkat SPM tapi dia tak kredit. Oleh itu bolehlah digunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM tadi untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi diperingkat SPM tadi.
Maksudnya apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yg sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau cover nilai subjek yang sama diperingkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.
Kiranya orang prinsipal subjek yang sama diperingkat STPM dikira dapat kredit (kepujian) juga bagi subjek yang sama di peringkat SPM pula.
Sebenarnya dapat lulus sebahagian (subsid) bagi subjek yang sama di peringkat STPM sudah memadai atau dikira dapat taraf kepujian (kredit) bagi subjek yang sama diperingkat SPM pula. Syaratnya hanya subjek yang sama ada pada 2 peringkat iaitu SPM dan STPM.
Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh cover subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tak boleh subjek yang sama di peringkat SPM ganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi dari taraf SPM.



Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.
A-Level (Advanced Level); STPM, tahap lanjutan, di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.
O-Level (Ordinary Level); SPM. tahap biasa, di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran Di Tingkatan 6
Belajar kat form six ni macam belajar budak universiti, tak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ni ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun kait dengan sastera , sastera pun kait dengan sains.
Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, strategi berjaya, masa depan, sedikit kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insyaAllah pasti berjaya kelak.
Selaraslah dengan kerajaan nak jadikan atau jenamakan semula form six ni seperti yang diceritakan di suratkhabar dan artikel pendidikan. Zaman dulu form six nilah satu-satunya jalan untuk ke universiti tak ada yang lain. Ramai tak dapat form six zaman dulu.
Ianya peringkat pra-u, meliputi kebanyakan subjek tahun pertama di universiti bagi kursus ijazah, peringkat pendidikan lepas menengah tinggi (STPM) dan program persediaan ke universiti dari segi mental dan pemikiran, cara belajar.
Zaman dulu STPM ni buat majlis kalau anak dapat masuk dan berjaya di form six ni. Sebab nak dapat satu prinsipal tu memang cukup susah.Masuk form six ni memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu ada dari awal pembelajaran lagi. Jangan memain, STPM peperiksaan top 5 tersusah di dunia tau tapi banyak kelebihannya.

Gred STPM
Ini gred STPM bagi yang saja nak tau,
Ini semua nilai gred lulus penuh atau prinsipal
A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Ini pulak bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid
C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sukatan Pelajaran
Form six ni kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.
Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu form six yang pakar dalam bidangnya.
Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara tersebut. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.
Sebelum terlupa untuk mendapatkan sijil STPM haruslah sekurangnya dapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

**sumber e-putra**


Memandangkan sekarang dasar tawaran terbuka (double offer) digunakan, maka calon lepasan SPM yang layak mungkin akan menerima dua tawaran iaitu sama ada untuk mengikuti program Matrikulasi di KPM atau mengikuti Program Pengajian Asasi/Diploma di IPTA. Mereka yang mendapat dua tawaran ini pasti ada yang telah yakin mana yang harus dipilih tetapi tidak kurang yang merasa keliru atau tidak pasti.

Matrikulasi KPM
Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.
Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA
Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.
Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.
Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA
Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.
Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.
Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda
Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.
Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.
Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.
Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.
Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manaka program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.
Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.
Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Sementara itu bagi mereka yang tidak berjaya ke matrikulasi atau asasi maupun diploma jangan gusar kerana anda masih boleh memasuki universiti mengikuti program peringkat ijazah. Laluan anda adalah dengan masuk ke tingkatan 6 dan ambil STPM.
Walau apa pun pilihan anda pastikan anda melaluinya dengan terancang dan berusaha untuk mencapai yang terbaik demi masa depan yang cemerlang. Pastikan anda tidak mengulangi kesilapan dan kelemahan semasa SPM dahulu. Pada peringkat ini sepatutnya anda telah mengenai diri anda sendiri dan tahu apakah minat, kemampuan dan kekuatan masing-masing.


sumber:   All Island Pre University Student Representatives Council Facebook

p/s: semoga pelajar-pelajar dapat membuat pilihan yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran..

Sunday 1 May 2011

semakan ke Tingkatan enam bawah 2011

Buat adik-adik yang sedang menunggu kemasukan ke tingkatan enam bawah, semakan boleh dibuat mulai hari ini.. Anda boleh semak dan klik di sini