Saturday 30 July 2011

happy Ramadan

semoga ramadan kali ini diberkati oleh Allah s.w.t dan dapat diberikan kesihatan yang baik untukku mengerjakan segala ibadatnya..Amin

Permohonan Biasiswa JPA 2011


sesapa yang berminat untuk mendapatkan dan memohon biasiswa ada  maklumat kat sini klik ja biasiswa jpa kat sini.
semoga berjaya
p/s: Buat Aziz Abidin jangan lepaskan peluang ini... kalau ikut syaratnya kamu layak memohon...

Friday 29 July 2011

selamat MenyamBut Ramadan Al-Mubarak

Garis panduan kalori makanan di sekolah diperkenal

KUALA TERENGGANU - Kementerian Pelajaran menegaskan ia tidak akan menyenaraikan 15 jenis makanan tidak sihat untuk dijual di sekolah sebagaimana diuar-uarkan hampir dua bulan lalu sebaliknya memperkenalkan garis panduan baharu jumlah kalori bagi keperluan pelajar.
Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, satu pasukan telah dibentuk oleh kementeriannya bersama Kementerian Kesihatan bagi menghasilkan garis panduan tersebut secara komprehensif.

Beliau bagaimanapun menegaskan, makanan yang telah dikenal pasti sebagai tidak sihat dan mempunyai pewarna tiruan, misalnya snek, masih dilarang untuk dijual di kantin.

"Menerusi pengenalan garis panduan baharu kalori ini, pelajar perlu memilih makanan terbaik berdasarkan garis panduan tersebut yang akan diumumkan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Konvensyen MCA Terengganu di sini semalam.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pada Isnin lalu bagaimanapun berkata, senarai 15 jenis makanan itu akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

sumber: kosmo Online

MyKad struktur baru Januari

KUALA LUMPUR 29 Julai - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan dokumen pengenalan diri (MyKad) dengan struktur baru bermula Januari nanti.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu akan dilengkapi dengan kelebihan dari sudut fizikal iaitu diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih tahan lasak.

"Selain itu, MyKad baru ini juga menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad serta menggunakan cip baru yang telah diuji kualiti ketahanan di Sirim dan makmal semikonduktor yang diiktiraf," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hishamuddin menambah, pengeluaran MyKad baru itu diyakini mampu menyelesaikan masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad terutama kualiti cip yang sering dipertikaikan kebelakangan ini.

Dengan pengeluaran MyKad baru itu juga, kata beliau, ia dapat memudahkan lagi urusan harian orang ramai menerusi kad tersebut selain dapat mengekang pemalsuan MyKad.

"Dengan kata lain, MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan," katanya.

sumber: Utusan Melayu
 
p/s:Hajat hati  nak tukar yang baru, tapi tunggu tahun depanlah selagi masih boleh diguna

Wanita banyak pilihan




PUTRAJAYA: Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010 di sini, semalam. Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Thursday 28 July 2011

Laptop hilang alahai pelajarku

Hilang kena curi! tersentak aku dari kerusi...

kasihan pelajar ku seorang ni... masalahnya aku ja yang tahu sewaktu dia berada di tingkatan 3 sehinggalah tingkatan 5 ni... kelmarin dia memanggil aku nak beritahu sesuatu. dengan wajah yang sugul dia memberitahu laptop nya hilang dan syak dicuri oleh pelajar lain...
geram + marah + sakit hati sebab laptop pelajar ku yang OKU penglihatan pun kena curi...
siasat  dan siasat pelajar yang disyaki ini telah masuk ke kawasan asrama untuk meminta bantuan dari si A(pelajar ku yang kehilangan Laptop) untuk meminjam wang. dengan luhur budi disebabkan mengenangkan jasa si  pensyaki kerana pernah memberikan wang kepada si A semasa berada di Tingkatan dua. Jadi si A bagilah pinjam dan membawa masuk ke asrama untuk mengambil duit..
Namun bukan sahaja pinjam duit laptop pun hilang... aku sedih mendengar. harap-harap laptop pelajarku ini dapat dijumpai semula... dapatlah dia memabaca nota yang aku bagi melalui komputernya hehehe...kalau bukan si pensyaki yang ambil... rakan-rakan si A yang telah terambil tolonglah pulangkan...

p/s: ada seorang  bekas anak didik  CIKGU yang suka  sangat datang ke sekolah dan asrama sebelum masuk Universiti ... macam cikgu nak siasat juga kerana kawasan asrama kawasan larangan untuk pihak luar hheheh.. boleh kan wahai  HaFiyyAn... hehehehe

Aku TerKenA PenYaKIT Selsema

sedihnya aku dijangkiti selsema dan menyebabkan aku kurang selesa dah seminggu berlalu sehingga tekak dan telinga aku lain macam ja. so kali ni aku nak bagi info tentang selsema lah pulak


SELSEMA

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit yang rendah berbanding dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun.

Gejala-gejala
Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
Bersin.
Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
Sakit kepala.
Adakalanya, demam yang ringan.
Sakit badan
Mata berair.

Komplikasi-komplikasi
Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder berlaku :-
 Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
 Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
 Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan
kanak-kanak.
Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
Jangkitan bakteria sekunder.

Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya
lelah.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.


Ingat untuk berunding dengan doktor jika
 Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C
atau demam ringan yang berpanjangan.
Berlakunya sakit dada.
Terdapat kesusahan bernafas.
Terdapat kahak berwarna kuning.

Penjagaan kendiri
Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.
Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
Berehat
Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter, selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
inhalasi (sedutan).

Elakkan
Merokok.
Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan.
Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin
mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
 Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Tabiat-tabiat yang baik
 Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan
dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
Tidur secukupnya.
Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan makanan.
Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
 Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

Pencegahan
 Amalkan gaya hidup yang sihat.
 Makan makanan yang seimbang.
Senam selalu.

kucing oh kucing

Entah kenapa semenjak bulan-bulan yang lalu aku dah minat dengan kucing... kalau kat kampung mak bapa aku memang tak suka kucing. adik aku yang bongsu lagi lah fobia, kucing nampak macam harimau.. aku mula minat apabila seekor kucing suka masuk rumah aku. nak halau kasihan, jadi aku biarkanlah... macam tamu juga nak datang, bagilah masuk kan.. kucing ni akhirnya beranak dua ekor. aku lah jaga anak-anaknya sehingga ini. nama kucing aku mak dia Momoi, anak dia miko dan mimo...
Kadang-kadang anak-anak dia ni bila membesar semakin rancak kenakalannya, habis barang kat rumah aku bersepah... nasib baik najis tak bersepah sebab ada bilik khas untuk mereka...
sekarang ni aku macam dilema ada pelajar nak ambil mak dan anak-anaknya sekali dan janji nak jaga mereka. kalau ikutkan hati aku memang nak bagi sebab kawasan rumah aku ni tak sesuai nak jaga kucing.. katanya rumahnya  luas dan senang keluar kalau dorang nak buang najis..
Pada masa yang sama aku kasihan pulak nak bagi, kenakalan mereka menyebabkan aku teringat-ingat dengan anak-anak kucing ni. Bermain tali, melompat serta tidur dengan pelbagai gaya..
Harap-harap aku berubah hati nak bagi kat pelajar ni... kerana MOMOI, MIKO dan MIMO sangat comel hahaha.

Bulan Puasa dan Fadhilat solat Terawih

Tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan datang. solat yang hanya pada setahun sekali iaitu solat terawih, jadi jangan lepaskan peluang mengerjakan solat terawih ya...\

kelebihan solat Tarawih ialah:

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
•Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
•Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
•Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

•Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
•Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
•Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
•Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
•Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
•Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
•Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
•Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
•Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
•Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
•Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
•Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
•Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
•Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
•Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
•Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
•Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
•Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
•Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
•Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
•Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
•Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
•Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
•Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
•Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
•Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
•Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

impian aku jika ada masa terluang

satu aktiviti yang paling aku minat  dan aku harap akan menjadi menjelang bulan ramadhan ni ialah aku nak MASAK hehehe. Nak masak apa.., jeng... jeng kat bawah ni resepi nya... aku ni tak lah terror nak masak tapi boleh lah... pernah aku  buat mi goreng ala perisa aku sendiri..  ramainya yang suka suki kat masakan aku ni terutama pelajar ku sendiri.kembang kempis kembang aku sendiri.. tapi  sebenarnya aku main cecampak ja bahan kat dalam  kuali tu. nasib baik tak tercampak susu dan garpu hehehe...

ni lah resepi aku nak masak


                                                           Resepi Puding Roti Berkaramel

bahan-bahan :

Karamel :

1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Cara-cara : Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air panas. Kacau segera supaya tidak berketul. Kemudian ratakan pada loyang/bekas yang besesuaian. Sejukkan seketika.

Puding :

3 keping roti sandwic (disiat-siat)
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu pekat (kalau nak manis lagi bolehlah tambah)
1 sk esen vanilla
3 biji telur (dikacau perlahan dan jangan sampai berbuih sekiranya ingin memiliki kulit yang licin dan gebu)

Cara-cara : Blend semua bahan ( kecuali telur) sehingga sebati. Kemudian disatukan dengan telur. Kacau perlahan-lahan. Kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam karamel tadi. Sediakan loyang/bekas yang agak besar dan berisi air panas. Kemudian letak loyang puding tadi di tengah-tengahnya. Bakar dengan suhu 160C selama 50 minit atau sehingga masak keperangan. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum diterbalikkan. Hidangkan sebagai pelengkap makan makan siang/malam anda.

semoga aku berjaya membuat puding ni pada bulan ramadan nanti. Insya Allah..
sumber:  terima   kasih kepada  http://dayangjack.blogspot.com/2011/03/puding-roti-berkaramel.html#ixzz1TPxZtdtT  atas share resepi ini...

Sembilan kali bedah kepala

DISEBABKAN daya penglihatan yang lemah, Foong menggunakan video magnifier bagi membesarkan saiz huruf.

SEPERTI remaja lain, Yvonne Foong gembira dapat keluar pada hujung minggu bersama kawan-kawan. Dia juga aktif dalam kumpulan koir bahkan mengikuti kelas tarian balet dan karate. Bagaimanapun, masalah bermula ketika dia berusia 13 tahun.

“Saya hilang pendengaran dan keseimbangan berjalan hinggakan saya sering terjatuh di sekolah akibat masalah itu,” cerita Foong, anak tunggal dalam keluarganya.

Tiga tahun kemudian, keadaan menjadi lebih buruk. Foong terpaksa ditemani guru atau pelajar lain untuk pulang ke rumah mak ciknya di Subang Jaya kerana kerap terjatuh apabila berjalan.

Jarang ditemui
Pemeriksaan oleh pakar neurologi mendapati Foong mengalami ketumbuhan otak. Dia juga disahkan menghidap penyakit gangguan genetik dikenali sebagai Neurofibromatosis Jenis 2 (NF2).

NF ialah sejenis gangguan genetik yang menyebabkan ketumbuhan tumor di bahagian saraf di samping mengganggu pertumbuhan tisu seperti tulang dan kulit.

Penyakit itu menyebabkan Foong hilang pendengaran, tiada keseimbangan berjalan selain masalah penglihatan.

Dilaporkan, hanya satu daripada 40,000 orang di dunia menghidap penyakit itu. Di Malaysia, cuma dua orang dikesan menghidap NF2 dan salah seorang daripadanya ialah Foong.

Pembedahan pertama bagi membuang ketumbuhan otak melibatkan perbelanjaan sebanyak RM50,000. Mujurlah kos itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan ia dijalankan di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Pembedahan kedua dilakukan di hospital yang sama, juga bagi membuang ketumbuhan otak dan di tulang belakang.

Malangnya, ketumbuhan itu muncul lagi di tempat yang sama. Foong menjalani pembedahan ketiga pada tahun 2004 di Pusat Perubatan St. Vincent, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) untuk melakukan implan pendengaran manakala pembedahan keempat bagi membuang ketumbuhan pada badan.

“Pembedahan kesembilan iaitu yang terakhir dijalankan di House Clinic, Los Angeles pada tahun 2010 bagi membuang ketumbuhan otak di kiri ventrikel lateral,” kata Foong, 23, penuntut tahun ketiga Ijazah Sarjana Muda Psikologi di AS.

Ubat
Kematian bapanya akibat masalah paru-paru pada Oktober tahun lalu iaitu sebelum dia menjalani pembedahan terakhir di AS sedikit sebanyak melemahkan semangatnya, namun Foong sedar hidup perlu diteruskan.

“Kini, saya masih mengikuti rawatan susulan di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), AS pada setiap enam bulan.

“Saya juga dipilih menyertai penyelidikan klinikal institut itu khususnya berkaitan pesakit NF2. Mereka turut memantau ketumbuhan otak saya dan menawarkan pembedahan pada bila-bila masa diperlukan,” katanya.

Foong sekarang kembali menjalani kehidupan normal selepas menderita selama 10 tahun akibat penyakit itu. Kos untuk pembedahan dan rawatan dianggarkan mencecah RM1 juta.

Dia juga perlu mengambil sejenis ubat titis berharga RM180 yang ditempah khas menerusi Internet daripada pembekal di New Zealand. Ubat itu berfungsi menyekat dan melambatkan ketumbuhan otak.

“Walaupun hilang pendengaran, saya menggunakan komputer riba jenis Toshiba dan video magnifier untuk membaca manakala papan putih untuk menulis dan berkomunikasi dengan orang di sekeliling,” kata Foong yang kerap dijemput memberi ceramah motivasi.

Dalam ceramahnya, Foong selalu menceritakan kisah susah payah dan kejayaannya menentang penyakit itu sehingga terpaksa melalui sembilan kali pembedahan yang menyakitkan.

Dia juga menjual baju T Polo menerusi blognya, www.yvonnefoong.com, bertujuan mendapatkan dana bagi membantu seorang rakannya yang juga penghidap tumor otak, Syahidah Ishak.

Baru-baru ini, penulis buku I’m Not Sick itu membantu mengumpul dana untuk mangsa tsunami di Jepun.

Selama dua jam ditemu bual Jurnal, penerima anugerah Most Outstanding Youth of the Year iaitu salah satu kategori dalam Dream Malaysia Awards 2005, ‘mendengar’ dan menjawab soalan dengan menaip menggunakan komputer.

Impian Foong kini ialah mencari seorang suami yang sudi berkongsi kasih dan melindungi dirinya.

“Sebagai perempuan, saya ingin mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki yang baik dan memiliki anak yang ramai. Itulah saat paling indah dalam hidup saya,” katanya

sumber: Kosmo Online

p/s: kepayahan hidup menjadikan manusia semakin tabah menghadapi cabaran hidup

Malaysia gagal ke pusingan ke-3

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya gagal mengekang kemaraan Singapura untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama selepas diikat 1-1 dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Pasukan Malaysia tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

sumber: kosmo online
p/s:  sedih .....namun syabas buat harimau Malaya kerana beraksi dengan penuh cemerlang...

Wednesday 27 July 2011

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) (2)

buat semua anak didik cikgu yang berjaya ke IPTA jikalau nak tau tentang bantuan kewangan  OKU boleh lah  melayarari portal KPM MOHE ini ya di sini

kisah kanak-kanak buta

Seorang kanak-kanak buta duduk di tangga sebuah bangunan dengan sebuah cawan di tangan kanannya. Dia mengangkat satu papantanda yang berkata: “Saya buta, tolong bantu.” Hanya ada beberapa syiling di cawan itu.
Seorang lelaki berjalan melalui kanak-kanak itu. Ia mengambil beberapa wang kertas dari sakunya dan memasukkannya ke dalam cawan yang dipegang kanak-kanak itu. Dia kemudian mengambil tanda, membaliknya, dan menulis beberapa kata. Dia meletakkan tanda bahagian belakang sehingga setiap orang yang berjalan oleh akan melihat kata-kata baru.
Tak lama kemudian cawan itu mula berisi. Ramai orang menderma kepada kanak-kanak buta itu. Petang itu lelaki yang telah menukar tulisan pada papantanda itu lalu lagi. Kanak-kanak itu mengenali langkah kakinya dan bertanya, “Adakah anda orang yang mengubah tanda saya pagi ini?? Apa yang anda tulis”
Lelaki itu berkata, “Aku hanya menulis kebenaran .. aku mengatakan apa yang anda katakan, tetapi berbeza dengan cara yang anak tulis”
Aku menulis: “Hari ini adalah hari yang indah tapi aku tidak dapat melihatnya.”
Kedua-dua tanda-tanda itu memberitahu orang ramai bahawa kanak-kanak itu buta. Tapi tanda pertama hanya mengatakan anak itu buta. Tanda kedua-dua orang mengatakan bahawa mereka sangat beruntung bahawa mereka tidak buta. Haruskah kita terkejut bahawa tanda kedua yang lebih berkesan?
Moral Story: Bersyukurlah untuk apa yang anda miliki .. Jadi kreatif. Jadi inovatif. Berfikir secara berbeza dan positif.
Ketika kehidupan memberikan anda 100 alasan untuk menangis, menunjukkan kehidupan yang anda mempunyai 1000 alasan untuk tersenyum. Peganglah saat ini dengan keyakinan. Siapkan masa depan tanpa rasa takut. Jaga iman dan buanglah rasa takut.
Hal yang paling indah adalah melihat seseorang tersenyum …
Dan bahkan lebih indah adalah, mengetahui bahawa anda adalah alasan di balik itu!
Nikmati hari anda dengan hati syukur.


Artikel asal di www.isuhangat.net

satu renungan bersama

Apa yang hendak saya kongsikan bersama di sini ialah kenapa Allah menjadikan sebahagian dari kita menjadi cacat? Zalimkah Allah. Allah tidak zalim kerana zalim bukanlah sifat Allah. Allah maha penyayang kepada makhluk ciptaanNYA. Sebenarnya banyak hikmah tersembunyi di sebalik kejadian tersebut.


Antaranya ialah:

1) Supaya kita berfikir bahawa kuasa mutlak atas kejadian manusia terletak di tanganNYA. Allah mampu menjadikan seseorang itu buta, pekak, bisu, cacat, gila atau sebagainya. Kita adalah golongan yang beruntung kerana tiada cacat cela tetapi amat sedikit yang bersyukur atas nikmat kurniaanNYA. Bila ditimpa bencana barulah teringat kepadaNYA.

2) Wujudnya peluang pekerjaan (punca rezeki) dengan terbinanya institusi menjaga kanak-kanak tadi. Bukan sahaja kepada penjaga tetapi meliputi ramai golongan termasuk kontraktor, pembekal dan sebagainya.

3) Memberi peluang kepada manusia yang beriman termasuk ibubapa dan penjaga mereka untuk membuat kebajikan seterusnya akan diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah swt atas kesabaran mereka.

4) Kanak-kanak tadi tiada dosa dan justeru itu mereka tergolong dari ahli syurga di akhirat nanti. Sebab itu mereka istimewa. Dijamin syurga oleh Allah.

Yang tidak dijamin syurga ialah kita semua. Pandai-pandailah kita mencari jalan untuk ke syurganya. Nabi bersabda dari 10 orang hanya 1 sahaja yang layak ke syurgaNYA manakala 9 orang ke neraka. Jadi marilah kita sama-sama berusaha kearah tersebut. Tanpa usaha manakan dapat hasilnya...

sumber:Foto media Malaysia 

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ORANG KURANG UPAYA (OKU) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)

SYARAT DAN GARIS PANDUAN UMUM

Bantuan ini merupakan keistimewaan yang diberikan kepada pelajar OKU. Oleh itu, ianya harus dibezakan dengan kemudahaan-kemudahan lain yang turut diterima oleh pelajar bukan OKU. Ini bermakna sekiranya seseorang pelajar OKU itu menerima biasiswa atau kemudahan lain yang juga turut dinikmati oleh pelajar bukan OKU, maka pelajar OKU tersebut adalah layak menerima elaun ini;

Jika sesuatu kemudahan atau biasiswa itu diterima atas dasar keistimewaan / kekurangannya, maka seseorang OKU tersebut tidak seharusnya mendapat faedah berganda. Misalnya jika seseorang pelajar OKU itu telah menerima biasiswa khas untuk melanjutkan pelajaran di IPT kerana keistimewaan / kekurangannya, elaun khas ini tidak dipanjangkan kepada beliau.

Elaun khas ini tidak mengambil kira taraf pendapatan sebagai syarat kelayakan.

SKOP PEMBIAYAAN ELAUN KHAS

Skop pembiayaan OKU adalah tertumpu kepada institusi yang terletak di bawah pengurusan dan kawalan Kementerian Pengajian Tinggi iaitu semua IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.

Skop peringkat pengajian pula adalah tertakluk kepada tafsiran pengajian tinggi (tertiary) iaitu peringkat diploma dan ke atas sahaja. Walau bagaimanapun, kursus peringkat sijil jangka panjang di politeknik dan kolej komuniti yang di bawah tanggunggjawab KPT boleh dipertimbangkan untuk elaun khas OKU ini.

Pelajar OKU yang menuntut di institusi-institusi latihan bukan bertaraf IPT yang dikawal oleh kementerian-kementerian lain dan institusi-institusi pengajian tinggi luar negara adalah di luar skop pembiayaan.


TEMPOH PEMBIAYAAN


Tempoh maksimum pengajian yang layak dibayar elaun dihadkan seperti berikut:

Sijil - 2 tahun (di Kolej Komuniti dan Politeknik sahaja)

Diploma - 3 tahun

Sarjana Muda - 4 tahun

Diploma Lepasan Ijazah - 2 tahun

Sarjana - 2 tahun

Ph.D - 4 tahun



SYARAT-SYARAT BANTUAN KEWANGAN PELAJAR OKU

Syarat-syarat kelayakan elaun khas ini adalah seperti berikut:-

Hanya pelajar OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sahaja yang diiktiraf sebagai layak menerima bantuan ini.

Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar keistimewaan / kekurangannya semasa melanjutkan pengajiannya, tidak layak menerima elaun ini. Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima elaun ini.

Pelajar tajaan (biasiswa/pinjaman) dalam perkhidmatan (sedang bekerja/cuti belajar) tidak layak menerima bantuan kewangan ini.

Kursus yang diikuti hendaklah kursus sepenuh masa sahaja yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Kursus separuh masa atau pengajian jarak jauh tidak layak menerima elaun ini.

BAYARAN ELAUN KHAS PELAJAR OKU

Kadar bayaran elaun khas pelajar OKU adalah sebanyak RM 300.00 sebulan. Walau bagaimanapun, bayaran akan dibuat sekali dalam satu semester berdasarkan kepada dokumen tuntutan lengkap yang diterima (Jumlah bayaran bergantung kepada bilangan bulan dalam semester).

Bayaran akan dikreditkan secara terus ke akaun pelajar.

Untuk tujuan pembayaran, akaun pelajar hendaklah menggunakan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atau CIMB Bank sahaja.

PERMOHONAN / TUNTUTAN

Senarai tuntutan elaun pelajar OKU beserta dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Biasiswa, KPT tidak lewat dari 30 hari pertama pada setiap semester bermula melalui Pegawai Biasiswa / Pegawai Hal Ehwal Pelajar di pusat pengajian masing-masing.

Semua tuntutan hendaklah dibuat melalui dan disahkan terlebih dahulu oleh pusat pengajian pelajar-pelajar pemohon

p/s: Khusus anak didik cikgu yang asyik bertanya tentang elaun atau bantuan kewangan OKU di IPTA, semua terjawab di sini....

Tuesday 26 July 2011

Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - BERNAMA

p/s sedar tak sedar hanya tinggal seminggu lagi nak berpuasa.. semoga Ramadan tahun ini memberi keberkatan untuk aku  lebih beriman serta beramal soleh kepada NYA.. Bulan yang aku tunggu setiap tahun kerana aku akan menziarahi masjid-masjid  yang terdapat di sekitar Ibu negeri dan pekan untuk aku solat terawih pada hari2 tertentu... tapi aku rindu dengan suara anak2 kampungku di Tawau yang sering membangunkan orang kampung untuk bangun bersahur dengan iringan gendang dan kompang. Di dearah ini aku tidak kedengaran sekali...

Friday 15 July 2011

Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat di IPTA

PUTRAJAYA: Seramai 41,267 calon ditawarkan tempat untuk mengikuti Program Ijazah Pertama bagi sesi akademik 2011/2012 di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa.
Beliau berkata, jumlah calon yang berjaya mendapat tempat ke IPTA itu adalah daripada 64,703 calon yang memohon dan daripada 53,216 calon yang layak iaitu peningkatan sebanyak 1.9 peratus berbanding sesi akademik 2010/2011 sebanyak 40,506 calon. Katanya, seperti tahun sebelumnya, bilangan pelajar perempuan mengatasi bilangan pelajar lelaki, di mana 27,001 calon perempuan iaitu 65.4 peratus berjaya mendapat tempat di IPTA, berbanding 14,266 atau 34.6 peratus pelajar lelaki. "Dari segi calon yang ditawarkan tempat mengikut kaum, seramai 29,838 daripada 39,998 calon atau 74.6 peratus adalah Bumiputera, 9,457 daripada 10,677 calon atau 88.6 peratus adalah Cina, 1,511 daripada 1,813 calon atau 83.3 peratus India dan 461 daripada 728 calon atau 63.3 peratus dari kaum-kaum lain.

"Dasar pengambilan dan pemilihan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulam untuk menentukan nilai merit seseorang calon," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr Rujhan berkata, daripada 41,267 calon yang berjaya, seramai 21, 954 (53.2 peratus) adalah calon aliran Sains dan 19,313 (46.8 peratus) adalah calon aliran Sastera.

Katanya, sebanyak 6,294 calon cemerlang ditawarkan untuk mengikuti lapan kursus kompetitif iaitu Perubatan seramai 983 calon (Melayu-581, Cina- 339, India-50 dan kaum-kaum lain-13), Pergigian sebanyak 174 calon (Melayu-91, Cina-77, India-4, kaum-kaum lain-2), Farmasi sebanyak 283 calon (Melayu-151, Cina-125, India-7), Kejuruteraan Kimia sebanyak 919 calon (Melayu-648, Cina-217, India-45, kaum-kaum lain-9).  Kejuruteraan Elektrik & Elektronik sebanyak 1,163 calon (Melayu-923, Cina- 209, India-18, kaum-kaum lain-13), Kejuruteraan Mekanikal sebanyak 1,601 calon (Melayu-1,251, Cina-311, India-20, kaum-kaum lain-19), Undang-undang sebanyak 367 calon (Melayu-221, Cina-105, India-37, kaum-kaum lain- 4) dan Perakaunan sebanyak 804 calon (Melayu-509, Cina-269, India-18, kaum-kaum lain- 8).

Sementara itu, Dr Rujhan berkata, seramai 38 Orang Asli, 49 Orang Kelainan Upaya (OKU) dan 990 atlet negeri dan negara turut ditawarkan tempat di IPTA selaras dengan hasrat kerajaan melahirkan graduan holistik yang mampu merealisasikan agenda dan wawasan negara.

Beliau berkata, 3,018 calon cemerlang yang mempunyai Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0, sudahpun ditempatkan di 20 IPTA, iaitu seramai 2,045 calon di 19 IPTA manakala bakinya di Universiti Sains Malaysia (USM) yang merupakan universiti APEX.

Dr Ruhjan berkata, calon boleh menyemak keputusan tawaran ke IPTA mulai 12 tengah hari ini dan IPTA akan mengeluarkan surat tawaran secara rasmi mulai esok (16 Julai).

Semakan boleh dibuat melalui laman web http:upu.mohe.gov.my, http://www.mohe.gov.my, http://ipt.uum.edu.my dan http://www.ipt.utm.my atau di talian hotline 03-8883 5858,Helpline 03-8883 5848 dan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS); UPU RESULT (no KP) dan SMS ke 15888.

Katanya, semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari iaitu pada atau sebelum 22 Julai.

Calon yang gagal menerima sebarang tawaran boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan melalui e-rayuan di laman web http://upu.mohe.gov.my.

Tarikh tutup permohonan e-rayuan ialah pada 24 Julai.

Dr Rujhan berkata, tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA ialah pada minggu pertama September. -

sumber: BERNAMA

Kejayaan pelajar Pendidikan Khas berjaya ke IPTA

Tahniah kepada semua pelajar pendidikan khas cikgu yang berjaya melangkah kaki ke IPTA...

1. Mohd Aziz Abidin(USM) -Sains kemasyarakatan
2. Haffiyan (UM) Penggajian Asia Timur
3. Deuffy David Sotobi(UM) pengajian Melayu (Sastera)
4. Josuelle Vincent (UM) Pengajian Melayu (Sosio Budaya)

Akhirnya keempat-empat anda mendapat tempat ke IPTA.. Ini adalah permulaan untuk anda untuk terus mencapai kejayaan cemerlang. Buktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk berjaya...Tagline yang  selalu anda gunakan semasa mengambil STPM kan..

Thursday 14 July 2011

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA BAGI LEPASAN STPM / SETARAF

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA LEPASAN STPM/SETARAF

Calon lepasan STPM / Setaraf yang memohon Kemasukan ke IPTA bagi sesi 2011/2012 boleh membuat semakan di : http://upu.mohe.gov.my/ mulai 12.00 tengahari 15 JULAI 2011 (JUMAAT)

Saturday 2 July 2011

Hal Kisah Minggu Ini

Tahun ni adalah merupakan tahun yang paling aku gembira.. sebabnya
a) aku menerima APC dan mendapat ganjaran atas kecemerlangan kerja ku
b) aku mendapat  surat anjakan gaji  kerana LULUS PTK dengan mendapat A dan kenaikan gaji aku ke P2 akan dibuat dalam bulan Oktober nanti..

Ini semua adalah rezeki... niat dan keikhlasan dalam membimbing dan mendidik pelajar khas.. serta menjadi "ayahanda" kepada pelajar-pelajar asramaku walaupun aku tau ada sebahagian mereka membenci diriku..sebab suka berleter dan membebel kot hehehe..
Namun tu tak penting bagi aku, aku berharap semoga semua ni akan menjadi pemangkin untuk aku terus berusaha menjadi guru yang terbaik serta cemerlang untuk anak didikku khususnya pelajar khas Masalah Penglihatan...
Tahun ini adalah tahun mencabar bagi ku kerana pelajar SPM seramai 7 orang kali ini menunjukkan potensi yang kurang sedikit. Pelbagai kaedah aku gunakan dan selitkan agar mereka mampu berjaya dalam SPM nanti khusunya Bahasa Malaysia... Dalam pada itu, aku memaksa mereka bukan untuk aku tetapi untuk mereka sekurang-kurang boleh mencapai tahap B+  dan seterusnya melayakkan mereka berjuang pulak ke Tingkatan Enam seperti rakan mereka yang lain yang telah berjaya..
ugutan aku setiap kali kelas bimbingan karangan aku laksanakan ialah " Mesti Braille dalam 5 helai kertas Kraf".......kalau tak sampai 5 helai buat semula sehingga berjaya dan isi karangan mesti ada contoh yang sesuai dan mengikut format yang betul... kalau tidak ada semua ini, saya tidak akan terjemah "....dalam bahasa guru pendidikan khas (pindah tulis) maksudnya tulisan braille tadi di terjemah semula dengan tulisan biasa...

Minggu ni aku sibuk sangat menyiapkan buku terjemahan untuk pelajar khas ku yang akan masuk ke tingkatan enam bawah nanti... bukan aku tak pernah buat.. aku dah buat selengkap-lengkapnya tetapi soft copy dah kena telan virus... dan buku-buku yang aku dah buat tu telah di "curi" oleh pelajar khas ku yang sedang menunggu tawaran ke IPTA kerana mereka berharap dapat menruskan pengajian dalam Bahasa Melayu nanti... Tapi  seorang anak murid ku yang telah menerima tawaran ke USM berkata yang dia tetap akan mengambil Bahasa Melayu jika di beri pilihan dalam program pilihannya Sains Kemasyarakatan..
Aku berharap aku dapat menyiapkannya sebelum  mereka mendaftar ke sekolah Isnin ni. Ini bermakna esok aku mesti siapkan dan emboss Aspek 1 dan Aspek 2 Bahasa Malaysia kertas 1 STPM.... harap-harap kerja ku selesai menjelang esuk.. hehehehe