Friday 30 September 2011

Pekerja muda tak pandai urus wang

ekerja muda tak pandai urus wang
Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad
amifaiz@bharian.com.my
 

Ghairah tukar cara hidup punca boros berbelanja


KUALA LUMPUR: Kajian menunjukkan 77 peratus pekerja muda berumur antara 18 hingga 40 tahun mengakui tidak mampu menguruskan urusan kewangan peribadi sekali gus dikhuatiri boleh menyebabkan pertambahan jumlah golongan muda yang muflis di negara ini.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason, berkata pendidikan kewangan seharusnya ditekankan dalam diri golongan berkenaan bagi mengelak mereka berhadapan dengan masalah hutang serius di samping kurang kemampuan merangka pelan perbelanjaan bulanan yang efektif.
Golongan muda pada awal pekerjaan selalunya merancang membeli kereta tanpa memikirkan hutang yang ditanggung berserta faedah dalam jangka masa panjang, ditambah pula kos untuk petrol, tol, serta penyelenggaraan, ini adalah salah satu contoh paling dominan yang membelenggu golongan ini. -Datuk Marimuthu Nadason,Presiden FOMCA
“Statistik yang dikeluarkan oleh Pusat penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) ini jika tidak dibendung bakal mengundang masalah berangkai lain seperti tiada tabungan masa depan untuk kecemasan, penyalahgunaan kad kredit serta perbelanjaan melebihi pendapatan.

“Golongan muda pada awal pekerjaan selalunya merancang membeli kereta tanpa memikirkan hutang yang ditanggung berserta faedah dalam jangka masa panjang, ditambah pula kos untuk petrol, tol, serta penyelenggaraan, ini adalah salah satu contoh paling dominan yang membelenggu golongan ini,” katanya kepada pemberita di Perpustakaan Negara, di sini, semalam.

Sehubungan itu, FOMCA melancarkan Bulan Kewangan Berhemat dan Persidangan Perkhidmatan Kewangan dan Pengguna yang dilaksanakan setiap tahun dengan objektifnya memberi penekanan serta galakan kepada pengguna mengemukakan pelbagai isu dan aduan terhadap sektor perbankan.

“Semua pengguna hendaklah mempunyai pengetahuan dalam berurusan dengan pihak perbankan terutama bagi mengelakkan mereka terjebak dalam kekeliruan berkenaan produk kewangan serta perkhidmatan sesetengah bank yang kadang kala menindas golongan pengguna secara terang-terangan,” katanya.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahya, berkata golongan muda yang bekerja seharusnya tidak terlalu ghairah menukar cara hidup walaupun pendapatan bulanan adalah tinggi dan mula memperuntukkan 10 peratus daripada gaji bulanan untuk di simpan khususnya semasa kecemasan.

“Kalau kita menyimpan sehari RM5 sekalipun tidak mengapa kerana dalam jangka masa 25 tahun hasilnya pasti berganda, jangan terlalu memandang kepada berapa banyak wang perlu disimpan bulanan tetapi sikap menyimpan itu wajib berterusan,” katanya yang turut merasmikan program sehari itu.

Sumber: Berita Harian Online

polis lebih stres berbanding guru

olis lebih stres berbanding guru
Oleh Mohd Nasaruddin Parzi dan Muhd Amirul Faiz Ahmad

2011/09/27

pix_gal0
Kerap bertugas luar waktu pejabat punca ramai anggota alami tekanan

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomba.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini.

Walaupun tidak dinafikan masih ada jenayah kecil berlaku di negara ini, keseluruhannya masih terkawal, mungkin disebabkan banyak rondaan polis di kebanyakan lokasi, termasuk yang menjadi tumpuan penjenayah, katanya yang pernah menginap dua tahun di Detroid, Amerika Syarikat, iaitu bandar yang mempunyai kadar jenayah tertinggi di negara itu.
SUMBER: Berita Harian Online
P/S: Tidak pasti semua kerja mengundang stress.. cara sahaja yang berbeza..

Dua pelajar buta penerima biasiswa Yayasan Hong Leong

Dua pelajar buta penerima biasiswa Yayasan Hong Leong

 KUALA LUMPUR 30 Sept. - Dua pelajar buta adalah antara penerima biasiswa Yayasan Hong Leong di sini hari ini.

Mereka ialah Mohd. Aziz Abidin yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Alfa Nur Aini Erman Efendi yang sedang belajar di Universiti Malaya dalam bidang Antropologi dan Sosiologi.
"Saya teruja dengan pemberian biasiswa ini dan akan belajar bersungguh-sungguh kerana selepas ini saya mahu menjadi guru atau melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana,” kata Mohd. Aziz selepas menerima biasiswa tersebut.
Alfa Nur Aini berkata, biasiswa berkenaan sememang ditunggu-tunggunya. - Bernama

Sumber: Utusan Online
p/s: Tahniah kepada bekas pelajar saya yang berjaya mendapat biasiswa  ini. Semoga ianya dimanfaatkan sepenuhnya sepanjang 3 tahun di USM kelak

Tiada garis panduan pelajar lemah dilarang duduki peperiksaan

Tiada garis panduan pelajar lemah dilarang duduki peperiksaan

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang garis panduan atau arahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk melarang pelajar yang dianggap lemah daripada menduduki peperiksaan bagi mengelak prestasi sekolah terjejas. Timbalan Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, menjadi tanggungjawab semua warga pendidik di setiap sekolah untuk memastikan pelajar dapat mencapai keputusan yang terbaik.
Beliau berkata pihak yang melarang pelajar daripada menduduki peperiksaan tidak akan terlepas daripada tindakan kerana kementerian akan menjalankan siasatan secara terperinci.
"Jangan cari helah, pelajar itu pelajar ini tidak boleh ambil peperiksaan, kerana siasatan kita merangkumi temubual dengan mangsa atau pelajar tersebut dan apabila dijalankan secara rapi, akhirnya akan terbongkar dan kita akan perolehi rumusannya,” katanya. - Bernama

Saturday 24 September 2011

seorang lagi anak didikku yang minat menyanyi dan sering di panggil untuk membuat persembahan..

maaf jangan pusingkan kepala anda untuk menonton video ini. Ini kerana video ini dirakam sebegitu oleh pelajar khas saya sendiri...
bekas anak didikku yang masih  giat membuat persembahan walaupun dah meninggalkan alam persekolahan.  Inilah kelebihan yang ada pada dirinya... semoga ada berminat untuk merakamkan lagu untuknya...

Bonus ikut kemampuan: Najib

 

 TANJUNG TUALANG: Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.
Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi. Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.

Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.

Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.

Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.

Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.

Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif,

sumber: Berita harian Online

p/s: Bersyukur dengan apa yang diperolehi pada hari ini

Satelit AS jatuh ke bumi

mi

GAMBAR UARS yang sempat dirakamkan di ruang udara Belanda pada 18 Jun 2010.


WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.
Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.
Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.

GAMBAR satelit UARS yang dikeluarkan oleh NASA selepas ia jatuh ke bumi kelmarin. - AFP


Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).
Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.
NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.
NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu.


sumber:kosmo online


Wednesday 21 September 2011

Jenayah pelajar sekolah membimbangkan

TEMERLOH — Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di negara ini dilihat masih membimbangkan sekalipun berlaku penurunan kes berbanding tahun sebelum ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 741 kes dicatat bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah.

"Dari Januari hingga Jun 2010, sebanyak 761 kes melibatkan pelajar sekolah dalam jenayah kekerasan dan harta benda dan kes itu menurun 2.6 peratus (741 kes) bagi tempoh yang sama tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, hari ini.
Beliau berkata, bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda yang dilakukan remaja yang tidak bersekolah pula ialah sebanyak 1,142 kes dilapor bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 dan ia meningkat kepada 1,420 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Lam Thye berkata, semua pihak terutama ibu bapa perlu memainkan peranan bersama-sama menangani masalah itu. — Bernama

mindaku mahu menulis

Lamanya aku tak menulis kat entry ni. Agak sibuk juga aku selepas hari raya. Banyak aktiviti yang kena buat. Buka sekolah, selepas hari raya hari keluarga pendidikan khas, pas tu Jamuan hari raya Asrama. selepas tu mesyuarat KSSR buku teks KAIMAL di Kuala Lumpur. punyalah aku sibuk.. sampai pening kepala dibuatnya.
Balik ja dari KL, kerja dah menanti translate jawapan pelajar yang berjela-jela panjangnya.. dah tanggungjawab aku malam aku sampai, malam itu juga aku ke bilik guru ambil jawapan pelajar nak translate dengan sasaran kerja siap dalam tempoh sehari.
Alhamdulillah siap juga akhirnya, belum habis lagi tu datang lagi soalan percubaan SPM sejarah dan BM.. dah lah tu soalan BM nak kena buat serentak esuknya, aku punyalah gelabah nasib baik dah siap emboss dapatalh dijalankan serentak selaras. hari ini kerja aku nak menyiapakan terjemahan jawapan. Macam-macam jawapan yang diberikan. No komen nanti minggu depan kena komen lah pelajar ku ni.. banyak betul kesalahan berulang. Bukan tak pernah di ajar. Mungkin lupa.akhirnya tak sampai 24 jam kerja aku siap esuk nak bagi cikggu Miriani untuk key in markah mereka.


Dalam kesibukan aku minggu ni ada dua perkara penting yang aku buat. perkara paling penting aku seolah2 menggantikan tempat PK pendidikan khas sebab dia tak da pergi mesyuarat Buku Teks. segala-galanya di bahu aku terpikul.Satu bebanan bila aku di minta membuat surat...pening aku dibuatnya mengalahkan urusan rasmi kerajaan, minggu ni juga aku cuba membantu bekas pelajar ku untuk rayuan ke IPTA. kasihan sungguh aku kat dia, mana tidaknya apa silapnya sehingga dia tak dapat berjaya ke IPTA sedangkan dia mendapat keputusan yang baik sedang ada yang mendapat keputusan yang teruk pun boleh berjaya ke IPTA. Mustahilkan jadi aku memberanikan diri untuk meminta bantuan dan sokongan dengan Menteri Pengajian Tinggi melalui Emel.
Alhamdullilah ada rspon daripada Encik Sarfarizal (kalau aku tak silaplah) pegawai dari Pejabat Menteri pengajian Tinggi. Terimakasih banyak ya encik. Semoga pelajar saya ini akan berjaya Insyaa Allah..


Dan minggu ini aku berharap segala tugasan yang aku laksanakan dapat ku lakukan dengan baik.

Tuesday 6 September 2011

USM tingkat kemudahan OKU

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) membelanjakan lebih RM2 juta sejak lima tahun lepas bagi menambah baik kemudahan untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang menuntut di universiti itu.

Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, semua bangunan baru terutama pusat pengajian di USM telah dilengkapi kemudahan untuk pelajar OKU.

"USM mahu menjadi sebuah universiti yang mesra OKU dan antara kemudahan yang disediakan ialah laluan khas, peralatan khas untuk pembelajaran, bantuan kerusi roda dan kenderaan khas untuk membawa pelajar OKU ke pusat pengajian ,” katanya kepada pada sidang akhbar Sambutan Pelajar Baru USM Sidang Akademik 2011/2012 di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 3,883 orang termasuk pelajar antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh, Turki, Arab Saudi dan China dijadual mendaftar diri bagi pengajian ijazah pertama di USM tahun ini.

Sementara itu, seorang pelajar cacat penglihatan Mohamad Aziz Abidin, 21, berkata, beliau teruja dapat menjadi pelajar USM selepas seorang rakan senasib dengannya menceritakan universiti itu menyediakan kemudahan untuk golongan seperti mereka.

"Rakan saya yang turut cacat penglihatan menyambung pelajaran di USM sejak tahun lepas dan dia selalu bercerita tentang kemudahan untuk golongan OKU di universiti ini,” katanya.

Mohamad Aziz berkata, sebagai anak sulung, beliau bercita-cita memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan mendapat pekerjaan yang baik bagi membantu keluarga. - Bernama