Thursday 24 May 2012

makan-makan with my students sempena hari guru


Makan-makan bersama pelajar Pendidikan Khas. terima kasih atas ingatan tulus ikhlas sempena hari guru. Ini lah hadiah paling berharga buat cikgu iaitu meraikannya bersama dengan anda semua. 




Saturday 19 May 2012

Guru naik gred/pangkat

 Lebih 24,000 guru ijazah dan diploma akan dipertimbang kenaikan pangkat - Muhyiddin   May 16, 2012

KUALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.
"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.
Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.
Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.
Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).
Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).
Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.
"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.
Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012. Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama

p/s...Allhamdulillah.. akhirnya saya tersenarai dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri iaitu urusan kenaikan pangkat di atas..  Insyaa Allah selepas ini kena berusaha lagi dan gigih untuk berkerja demi untuk anak-anak didik pendidikan khas..

Baiki Brailler

Hari ini bermula jam 7.00 pagi hingga jam 12.00 seorang-seorang duduk membaiki brailler pelajar. Nampak kerosakan agak sedikit tetapi bila di buka dan diperbaiki macam-macam  perkara pulak yang rosak.. hehehe. alhamdulillah dengan kepakaran yang ada sedikit ilmu dapatlah membaiki 7 buah brailler yang rosaknya dalam kategori minor ja.. Tapi yang major minta maaf lah ya anak didik cikgu kena masuk wad icu dulu (stor) insyaa Allah  bulan 6 selepas cuti sekolah cikgu nak buat kursus dan panggil yang paling pakar untuk membaiki brailler anda.. untuk itu, jagalah brailler anda yang ada di tangan anda  supaya elok ya... penat cikgu nak buka skru skri brailler anda hehehe....


Sunday 13 May 2012

Bina Gambar rajah

Hari  Sabtu dan Ahad berhempas pulas menyiapkan gambar rajah soalan geografi. Alhamdullilah segalanya dah siap tingggal nak di thermoformkan. semoga gambar rajah ini membantu pelajar ku menjawab soalan geografi hari selasa ini...




Saturday 5 May 2012

Lamanya tak menjenguk blog ni... maklumlah sibuk sangat dalam bulan lalu.. Tadi dah berakhir dah tugas saya sebagai penyelaras pertandingan paluan kompang dan formasi peringkat daerah. Alhamdullilah, sekolah saya menjadi johan dan terus ke peringkat zon/bahagian.seminggu sebelum tu memang agak letih sebab memikirkan perjalanan aktiviti ini yang julung kali diadakan di daearah ini. Alhamdullilah komitmen yang dilakukan oleh rakan-rakan guru akhirnya telah berjaya melakukan tugasan yang terbaik. Selepas ini memikirkan untuk latihan nasyid peringkat negeri pendidikan khas pula dan seterusnya paluan kompang peringkat bahagian. semoga ianya akan berjalan dengan lancar ..