Wednesday 5 September 2012

Nak tulis apa????

Lamanya tak menulis dalam blog ni.. Rasa simpati pulak dengan blog yang aku dah lama tak update. Alasan sibuk mestilah ada. Sibuk dengan pelbagai aktiviti tugas dan sebagainya. Minggu ni aku berada kat Hotel De Palma Ampang untuk mesyuarat pemantapan Buku Teks... Lamanya kat sini dari 3hb sehingga 8hb. Kali ni tak nak tukar tiket nak jadi orang yang baik-baik dan akan berada sehingga habis mesyuarat mengikut surat panggilan. Rakan yang lain pun sedemikian juga.Semoga mesyuarat kali ni berjalan dengan baik dan lancar..Semalam aku berasa gembira kerana anak muridku yang suka menyanyi mendapat tempat pertama dalam pertandingan nyanyian peringkat negeri untuk pelajar pendidikan khas. Tahniah aku ucapkan.. nanti aku update gambarnya sekembalinya aku ke sekolah nanti. Suaranya memang merdu dan siapa mendengarnya mesti meremang bulu di buat nya. hehehe...Terimakasih kepada cg Jarinah kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar ini...Sesungguhnya kelebihan yang ada pada pelajar pendidikan khas ini tidak boleh dipendam begitu sahaja, perlu ada cara untuk menonjolkan diri mereka semua pihak di luar memandang mereka sebagai satu kelebihan di sebalik kekurangan yang ada..Semoga selepas ini lebih banyak anak muridku berjaya bukan sahaja dalam akademik tetapi juga penglibatan luar yang membanggakan diri mereka.