Tuesday 29 January 2013

Stress di tempat kerja


Tips Mengatasi Stress Di Tempat Kerja

Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat
kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka
sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?
Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam
waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan.

Sebuah artikel yang mengatakan bahawa :
 Lebih dari 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja
mengatakan bahawa mereka mengalami stress di tempat kerja.
 Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi di samping masalah sakit belakang.
 Dari hasil survey juga dikatakan bahawa lebih dari ¼ pekerja tidak hadir selama 2 minggu (akumulasi)
dalam setahun  kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh
stress.

Beberapa hal utama yang dapat menyebabkan stress di tempat
kerja :
 Keadaan kerja yang selalu berada di bawah tekanan.
 Ketidakjelasan tugas yang diberikan.
 Permintaan barang yang sangat tinggi.
 Kurangnya perencanaan kerja.
 Adanya ancaman di kalangan karyawan.
 Teriakan dan makian para pelanggan.
 Teman kerja yang selalu mengganggu.
 Ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya.
Hal-hal ini dapat menimbulkan gangguan kesihatan fizikal dan mental seperti : gelisah, gugup, tidak dapat
fokus untuk waktu yang lama dan keletihan yang berkepanjangan.

Berikut adalah 9 tips mengatasi stress di tempat kerja :
1) Rancang dengan baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab
terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga
jangka
2) Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat-ingat kembali
adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.
3) Ikutlah membangun  suasana kerja yang menyenangkan,  seperti dengan bersikap terbuka dan
berkomunikasi dengan rakan sekerja.
4) Pastikan anda memahami terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.
5) Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN
MELAKUKAN APAPUN. Ambil nafas dalam-dalam.
6) Miliki sikap toleransi kepada rakan sekerja. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki peribadi yang unik,
sebagai contoh : beberapa orang justeru berprestasi lebih baik di bawah tekanan sementara sebagian yang
lain memerlukan waktu lebih banyak untuk menyelesaikan pekerjaannya.
7) Delegasikan sebahagian tanggung jawab anda kepada anak buah anda.
8) Pertahankan semangat  berpasukan anda, misalnya dengan melakukan perayaan-perayaan kecil,
berolahraga atau berekreasi bersama.
9) Sediakan lingkungan kerja yang baikn baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga  jangka pendek

sumber: http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/tips/stress_ditempat_kerja.pdf

P/s:  Buat tatapan anak muridku pendidikan khas.. cikgu dah tolong carikan artikel berkaitan stress di tempat kerja... boleh intai-intai kat sini ya hehehe...

Thursday 24 January 2013

Entry ponteng sekolah pelajar asrama

Rasa kelakar pun  ada. rasa pelik pun ada... apasal pulak entry aku tulis tentang ponteng asrama paling banyak view.....mungkin mereka nak menyelidik kenapa pelajar asrama ponteng sekolah dan kelas. aku saja nak buat entry sebab pelajar pendidikan khas ku seramai 5 orang  akan menghadapi ujian karangan berformat iaitu laporan.. Tajuk dia tentang punca pelajar asrama ponteng sekolah.. dah terlanjur laporan penuh tersebut aku buat.. aku post kat blog aku sebagai simpanan dan tatapan sebab ada juga pelajar pendidikan khas ku ini menjadi follower blog aku... nampaknya ramai pulak yang menjenguk...terimakasih banyak-banyak ...aku tidak kisah sangat sebabnya aku lebih suka orang stang menjenguk blog aku ....mungkin sebagai panduan mereka  , mungkin sebagai tatapan untuk orang lain baca. bagi aku "sharing is caring"... hehehe. semoga entry tentang ponteng itu menjadi panduan anda semua dalam membuat karangan. Namun begitu entry laporan itu  hanya sebagai panduan sahaja dan jika ada kesilapan yang berlaku minta maaf... hehehe


Buat Lagu lagi???????

cikgu arman kena buat lagu..
aduhai bagai nak pengsan aku di buatnya apabila ustazah bagitau minta aku buat lagu
aku ni bukan komposer terkenal nak buat lagu...
nak buat lagu pun aku tak tau..
disebabkan tahun lalu aku dah menang lagu nasyid peringkat kebangsaan
aku di minta untuk cipta atau kompos lagu..
tanggungjawab besar ni.
Tahun lalu aku nak cerita macam mana aku buat lagu sehingga menang..
sedang aku memandu pasanglah lagu nasyid....
sedang online tengoklah youtube lagu nasyid.
aku ambillah perkataan-perkataan  yang unik yang Islamik
pas tu aku gubahkan menjadi sebuah lirik..
lagu belum lagi..
banyak kali juga aku buang kertas tulis sana sini, taip kat komputer tak menjadi-jadi...
nak jadikan cerita..
aku tertonton sebuah cerita movie tentang kehidupan manusia..
adalah kata-kata yang menarik kat disitu.. aku pun ambil bukan ciplak tau sebab
aku tukar ayatnya ... hahaha... (ampunkan aku kalau aku bersalah hehehe)
pas tu tetiba jadilah sebuah lirik yang tak seberapa kalau aku tengok...
pas tu aku tak dapat  tidur semalaman sebab berfikir macam mana nak buat lagu..
fikir punya fikir aku minta tolong pelajar khas ku hafiz dan ajim untuk nyanyi sama-sama dengan aku..
(terasa macam penyanyi)  aku buatlah miming... miming sana sini.. tetiba macam masuk pulak suruh pulak main kompang masuk juga... tapi aku masih tak sedap hati lirik tu macam biasa-biasa  ja aku tengok hahaha..
nak jadikan cerita seminggu juga aku jadi komposer..dan akhirnya siap.. aku serahkan kepada pelajar ku mendengar dendangan lagu yang aku kompos secara miming... nah senang pulak dorang ikut... dan akhirnya lagu itu dibawa untuk bertanding...
selepas itu masa pertandingan aku buat tak kisah ja apabila diberitau ada pertandingan lagu dan lirik...
selesai pertandingan aku rasa lega sebab tanggungjawab dah selesai..
malam itu masa kau sedang lena nak dibuai mimpi sebab esuk baru diumumkan pemenang.. aku dikejutkan dengan bunyi telefon. member aku ustaz masa belajar kat UKM..
terus dia ucap tahniah ni denganku sebab menang lagu terbaik.. mau pengsan aku mata yang kuyu terbuka luas pulak.. mimpi kah aku ni. lagu dan lirik  "kartun" tu boleh menang
tapi nak dikatakan dah rezeki dan kalau kita ikhlas lakukan sesuatu tentu ada ganjaran disebaliknya... tidak mengharap apa-apa kemenangan pun..  dan aku pun menerima hadiah sijil penghargaan dan trofi kemenangan.. seronok sangat.. hehehe.



                                                 gambar aku ambil sijil dan trofi hehehe

kat bawah ini lah aku link kan video lagu pertama yang aku cipta dan menang tahun lalu... lagu pertama tau.. hehehe...






Wednesday 23 January 2013

Punca pelajar asrama suka ponteng kelas dan sekolah

Hari ini ada pelajar ku  tanya kat aku kenapa pelajar asrama boleh ponteng kelas atau sekolah walhal tinggal di asrama... tujuan mereka bertanya sebab nak buat karangan berformat pada hari jumaat ni.. bagi aku banyak alasan dan punca kenapa mereka ni boleh ponteng kelas atau malas. sepanjang aku menjadi warden  ini lah punca-punca yang aku nampak lagi terang lagi bersuluh

1. sikap malas. malas nak  ke sekolah.. mood malas mereka menyebabkan mereka ni malas nak sekolah. 
alasan mereka berikan ialah  sakit.... demam.... sakit perut.... baju dan seluar basah... kena curi.... kasut hilang dan sebagainya... penyelesaian kami lakukan mesti berjumpa dengan guru kelas atau guru bertugas sebelum balik ke asrama.

2. tidak minat dengan subjek  yang di ajar dan tidak minat guru yang mengajar mungkin pengajaran guru bosan, mungkin subjek tu susuah memeningkan kepala mereka .. mungkin juga subjek tu terlalu senang bagi mereka dan guru mengulang-ulang ajar ... zaman aku dulu pun pernah ponteng kelas  masa tingkatan 5 sebab aku tak minat dengan seorang guru ni.. subjek tu perdagangan ,,,, boring sangat ... sehingga kan aku dan rakan-rakanku yang lain ponteng masuk ke library kalau dia masuk.tapi entah kenapa mungkin rezeki dari Allah dapat juga A1 perdagangan hahaha...masa STPM pula paling aku tak  suka  ialah subjek  sastera sebab guru yang mengajar ni pengetua punyalah bosan... dah lah ajar macam kena perintah berkurung waktu rehat mesti tak boleh  keluar.. berliur tengok rakan kelas sebelah pergi kantin ....paling aku tak akan lupakan bila kita orang pergi mengintai pengetua sama ada dia ada atau tak ada.. kalau tak ada kami satu kelas bersorak gembira., kalau dia ada sunyi sepi kerana boring ...tapi mungkin rezeki dari Allah juga sastera STPM lulus juga ... hehehe (rindu dengan kenangan  manis kat sekolah di SMK TawaU )

3. Seterusnya... suka ikut kawan... kalau kawan ponteng dia pun ponteng... kalau kawan sakit dia pun sakit... ni pengaruh rakan sebayalah ni... rakan sebaya ni kalau bawa kebaikan ndak apa juga ni bawa ke jalan yang tidak benar. si kawan ni pun percaya juga akhirnya malas dan ponteng sekolah...jangan percaya dengan kawan 100% pergi tengok tu cerita tv3 sekarang " setia sehingga hujung nyawa" cerita pasal kawan yang baik rupanya jahat juga tu hehehe...

4.punca seterusnya ... mengantuk... jadi tempat nak melepak di asrama sebab ada tilam katil dan bantal. wah sesedap rasa kan nak balik asrama maklumlah dekat sangat... jadi bolehlah balik tidur sekejap.. walhal sehingga ponteng sekolah dan kelas jadinya..dulu aku pun suka mengantuk tapi bila aku minum air mengantuk ku kurang.. agaknya badan kurang air menjadikan kita mengantuk, tapi sebenarnya oksigen kurang berada di otak kita jadi kita akan merasa mengantuk.mungkin.....

5. tak sabar nak pulang jadi mood pulang kampung pun dah membuak-buak di dada.. rindulah katakan dengan kg halaman. jadi pontenglah kelas alasan konon nak kemas barang takut tak sempatlah... macam2 lah alasan.. hehehe dulu masa aku kat universiti kalu nak balik kg.. tak sabar juga  nak pulang...sanggup ni tidur di lapangan terbang  sebab tak sabar nak pulang walaupun flight keesokan hari nya..nasib baik ramai kawan kawan yang jenis tak sabar nak pulang juga sanggup tidur kat lapangan terbang hehehe... tapi bila dah bosan kat kampung tak sabar pula nak balik universiti.. rindu pula dengan rakan2 kat sana... hahaha

heheheh.inilah punca dan sebab kenapa pelajar asrama suka ponteng kelas dan sekolah. Alhamdulillah setakat ni pelajar asramaku tidak pernah lagi berbuat demikian berbanding sebelum ini. kalau sakit memang mereka sakit...kalau demam memang sah demam... 

salam maulidurrasul

                                                               salam maulidurrasul,......

Tuesday 22 January 2013

Rindu serindunya...

Rinduku pada mereka ini...sebab sudah lama aku tidak pulang ke Tawau...bila lah ada peluang untuk aku balik Tawau...


anak saudaraku dengan adikku paling bongsu  (baju kurung hijau)


anak saudaraku
semoga kakak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM seperti dalam PMR...
Bob dan acap agaknya dah besar kamu kan....
tiada dalam gambar si adik (dore) 
senadainya  ada anak saudara lelaki yang besar tentu best  boleh bersembang  dan bermanja.. hehehe...


tApI aku tetap RiNDu dengan mereka sebabnya .......

-- rindu nak menyakat mereka.. hehehe..
-- rindu nak gaduh dengan mereka
-- rindu nak bawa jalan-jalan dengan mereka
-- rindu nak marah sebab kenakalan mereka
-- rindu nak membebel sebab kedegilan mereka hehehe




Bila demam melanda ...

Sudah dua minggu aku berulang alik ke hospital kerana membawa pelajar yang demam...nak kata letih semua itu tanggungjawab aku sebagai warden. sepeti slogan "murid diutamakan"....demam yang melanda pelajar asrama ini berlarutan sehingga ke hari ini... nasihat aku yang sering aku katakan ialah minum banyak air dan jaga kesihatan... ada beberapa kali aku terpaksa menghantar pelajar jam 11 malam. sehingga aku terlena di bangku hospital kerana mengantuk... semua ini adalah kerja. kerja itu satu ibadah yang peru dipikul sebagai amanah..bagi aku biarlah diri penat tetapi aku rasa puas hati kerana dapat membawa pelajar ke hospital dan tidaklah aku risau jika berlaku apa-apa.. Bagi aku soal demam aku tidak perlu risau kerana aku hanya menghantar pelajar yang sakit ke hospital atau klinik yang berdekatan. yang paling akau risau ialah bila ada pelajar yang  kena sampuk atau histeria... bukan apa.. aku belum cukup ilmu di dada untuk mengubat semua itu. apa yang tahu membaca surah yassin...
Berbalik cerita soal sakit tadi ada cerita manis ketika aku menghantar pelajar ku ke asrama.. mungkin aku ni ditakdirkan tidak suka ke hospital akhirnya hari-hari aku ke hospital... sehinggakan staff kat hospital tersebut mengenali diriku... apa tidaknya setiap kali pelajar sakit aku lah berurusan hantar mereka ke hospital...bagi aku asrama dan hospital tidak boleh dipisahkan dalam diriku sebagai warden... semoga pelajar asramaku sentiasa sihat walafiat...

Punca ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama


Laporan tentang Punca  Masalah Ponteng Sekolah
dalam  Kalangan  Pelajar Asrama

1.0   Pendahuluan

Masalah ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius. Media massa juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pihak guru dan ibu bapa berasa sesuatu tindakan tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala ini semakin berleluasa sehingga ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng  didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. Umumnya masalah ponteng ini sering dikaitkan dengan pelajar sekolah yang berulang alik dari rumah sahaja, namun bergitu pada hari ini masalah ponteng ini juga melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah. Baru-baru ini, saya telah diminta untuk membuat laporan bagi mengenalpasti kesan dan langkah mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama. Berikut adalah laporan tersebut.

2.0   Senarai  Ahli Jawatankuasa

Pengerusi:                  Rabiatul Adawiyah Muhamad
Setiausaha:                 Mailin Mopinpin
Bendahari:                  Nifail Nausar
Ahli Jawatankuasa:
1)      Nizam Saimin
2)      Fara Chua Ai Fong

3.0   Punca Masalah Ponteng dalam Kalangan  Pelajar Asrama

3.1   Diri Sendiri

Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar dari aspek diri adalah punca penting yang menentukan kemampuan diri sendiri.  Kebanyakan pelanggaran disiplin pelajar berpunca dari faktor diri sendiri iaitu faktor dalaman. Faktor dalaman seperti sikap, minat, motivasi  dan keyakinan diri pelajar itu sendiri merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ponteng sekolah.Sikap negatif pelajar terhadap persekolahan banyak mewujudkan masalah ponteng kerana mereka tidak sedar akan kepentingan pendidikan. Bagi mereka, sekolah itu merupakan satu bebanan kepada mereka. 

3.2   Rakan Sebaya

Pada peringkat remaja, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan sebaya menyebabkan pelajar sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Di asrama juga kecenderungan  tidak berhati-hati memilih rakan sebaya mengakibatkan pelajar mudah terikut-ikut dengan corak kehidupan yang negatif. Contohnya jika rakan sebaya sering ponteng sekolah pelajar akan terikut-ikut dengan gaya kehidupan tersebut. Pelbagai alasan yang akan diberikan kepada warden untuk mengelakkan diri dari  hadir ke  sekolah seperti masalah kesihatan, pakaian basah, pakaian sekolah dicuri dan sebagainya.  Umumnya pada peringkat umur remaja  adalah  satu peringkat membentuk identiti  sendiri seperti  tingkah  laku, memilih rakan sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan tertekan dan cenderung untuk melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah.  Ada juga rakan sebaya yang mempunyai sikap dan motivasi yang positif terhadap mutu pelajarannya serta menilai salah laku disiplin sebagai negatif dan  dapat membantu anggota rakan yang lain untuk sama- sama berjaya dalam segala lapangan yang diceburi. Justeru itu,  terpulang kepada pelajar asrama itu sendiri untuk memilih rakan sebaya  yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri .

3.3   Sikap Ibu Bapa

Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah sikap ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka di asrama. Keadaan ini menyebabkan mereka memberontak dan melakukan masalah disiplin seperti ponteng sekolah. Kebanyakan ibu bapa menghabiskan masa yang banyak mencari kekayaan dan mengejar status sehinggakan tiada masa untuk melawat anak mereka di asrama. Peranan Ibu bapa diserahkan terus kepada warden di asrama. Ini menyebabkan pelajar tersebut merasakan diri mereka terpinggir seperti ayam kehilangan ibu. Kesannya mereka  akan melanggar disiplin seperti ponteng sekolah seolah-olah memberontak dengan sikap ibu bapa mereka yang kurang memberi perhatian terhadap diri mereka.

3.4   Sikap Guru  dan Pengajaran  dalam Kelas

Sikap guru merupakan faktor yang penting dalam masalah ponteng sekolah. Adakalanya guru tidak menghormati peranan pelajar di sekolah. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira had umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati seseorang, maka sudah tentu kita akan dihormati. Ini merupakan proses interkasi sosial yang biasa dalam sesebuah masyarakat. Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri, maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya membalas dendam ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku “devian” dan seterusnya mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Selain itu, pengajaran guru di dalam kelas yang membosankan menyebabkan  pelajar sering ponteng sekolah. Pengajaran guru di dalam kelas perlulah menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik  perlu diambil kira untuk menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah.
 .

4.0  Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku dalam kalangan pelajar asrama. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membenteras gejala ini sehingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng ini akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk lagi jika tidak di  bendung. Kerjasama dari pihak sekolah serta pengurusan asrama seperti warden dan penyelia asrama dalam membantu menangani  masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama kerana mereka merupakan generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa depan.




            Laporan di sediakan oleh,                                                          22 Januari 2013
Mailin mopinpin
………………………………………….
(MALIN MOPINPIN)
Setiausaha Unit Asrama
SMK Badin Tuaran
Sabah

 P/S Akhirnya siap satu contoh karangan berformat untuk pelajar pendidikan khasku. Semoga contoh karangan berformat ini dapat membantu mereka dalam menghadapi ujian pada hari jumaat ini.. 

        

Sunday 13 January 2013

keletihan yang melampau .....

Hari ini ku lalui hari-hari dengan keletihan.... namun semua yang aku lakukan adalah berbaloi dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya... dari jam 8 pagi aku keluar rumah sehinggalah jam 7.30 malam barulah aku berada di rumah.. persinggahan rehat ku hanya di Masjid untuk melakukan solat.. tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas. hari ini apa yang aku lakukan adalah keikhlasan hati ku sendiri... aku gembira walaupun sebenarnya aku terlalu penat tetapi aku akui biarlah pengorbanan  yang aku lakukan ini adalah untuk kebahagian orang lain... kerana aku akan gembira sekiranya melihat mereka bahagia......

keletihan ku hari ini adalah berbaloi apabila segala urusanku yang  telah aku rancang dari A hingga Z telah dilaksanakan dengan sebaiknya dan Allah SWT memudahkan segala urusan yang aku lakukan... dan setibanya aku di rumah barulah aku sedar hari ini aku bertugas sebagai warden mingguan dan selesai mengerjakan solat Isyak aku bergegas ke dewan makan untuk menjaga pelajar-pelajar asrama untuk prep malam... bilalahh aku nak melelapkan mata untuk berehat seketika... tidak mengapa.... bisik hati... " tugas perlu dilakukan dengan keikhlasan  jangan ada rasa menyesal atau pun mengeluh dalam melakukan apa juga perkara" ... Insyaa Allah...