Tuesday 23 April 2013

semakan ke tingkatan enam 2013

Semakan ke tingkatan Enam 2013 boleh buat mulai hari ini klik   semakan tingkatan enam..
Pilihlah mana yang terbaik untuk melanjutkan pelajaran...
semoga berjaya...kalau tidak berjaya bolehlah buat buat rayuan jika berminat..

Biasiswa kerajaan negeri Sabah

Buat anak didik cikgu yang ingin memohon Biasiswa kerajaan Negeri Sabah. Bolehlah membuat permohonan secara online. semoga berjaya..

klik kat sini    Biasiswa kerajaan Negeri Sabah

semakan tempat mengundi 2013

Tidak lama kita sebagai rakyat Malaysia akan keluar mengundi. mengundi  satu kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Undi adalah rahsia tapi pilihlah dengan bijaksana  bukan untuk kita tetapi untuk anak-anak dan cucu cicit kita kelak..kalau nak semak tempat mengundi boleh klik kat sini sahaja..
semoga menjadi pengundi yang bijak pada 5.05.2013

p/s. Undi pos 30hb..tak sabar nak keluar mengundi...

Saturday 20 April 2013

ulang tahun kelahiranku






Alhamdullilah bertambah sudah usiaku pada 19.April 2013 yang lalu. ucapan tulus ikhlas dari sahabat-sahabat ku, saudara maraku serta anak-anak muridku sepanjangg hari ku terima. terima kasih banyak-banyak kerana meningatkan ku tentang usiaku hari itu bertmabah sudah.. Semoga dengan bertambahnya usiaku amalan ku terhadap NYA juga semakin bertambah. Moga aku diberikan kesihatan yang baik. baik untuk aku melakukan ibadah dan memohon keampunan ke atasNYA InsyaAllah....

Wednesday 17 April 2013

Bila ibu bapa datang ke sekolah

sebenarnya bukan mudah untuk menjadi seorang warden, pelbagai bebanan yang diberikan kepada kita. kalau ibu bapa hanya mungkin menjaga anak mereka dalam 5 orang, namun sebagai warden terpaksa menjaga dalam lebih 150 orang murid yang pelbagi kerenah. Ini kerana mereka yang masuk ke asrama ini adalah mereka yang pelbagai sikap yang boleh membuat kita ketawa, suka, marah dan geram...
Mustahil bagi seorang warden akan senyum melihat karenah anak murid di bawahnya yang melakukan kesalahan disiplin. Ibu bapa pun akan marah jika anak mereka melakukan sesuatu.
baru-baru ini seorang murid asramaku telah melakukan kesalahan iaitu ponteng kelas sewaktu P&P berlaku. ketika di tanya konon berlaku pertukaran kelas dan mereka tidak jumpa rakan-rakan mereka dan surat menyusul dari pihak HEM sekolah meminta saya sebagai warden menggantikan ibu bapa mereka untuk datang berjumpa.
Ada sedikit kesilapan berlaku apabila surat yang diberikan terus kepada murid dan tidak melalui saya dan akhirnya maklumat tersebut tidak sampai di tangan saya sehinggalah saya di maklumkan sendiri pada anggapan pihak tersebut saya tidak ambil kisah. sebagai seorang warden apabila hal ini berlaku langkah yang perlua saya mabil ialah menghubungi ibu bapa pelajar untuk datang ke sekolah dan berbincang mengenai masalah disiplin anak mereka,
setelah datang ke sekolah berlakulah adegan sedih. Ungkit -mengungkit mengenangkan kisah silam , cerita tentang kepayahan, kesusahan hidup untuk membolehkan si anak tadi sedar betapa pengorbanan ibu bapa itu penting. Si ibu menangis kerana sikap anak mereka dan akhirnya si anak pun bercucuran air mata dan meminta ampun... Inilah kisah kehidupan apabila saya memanggil ibu bapa dan menceritakan kisah masalah disiplin anak mereka. pasti berlaku cerita yang memilukan untuk menyedarkan si anak..tetapi adakah tangisan si anak menyedarkan betapa susahnya ibu bapa mereka...???

p/s: sedih melihat sebahagian murid asramaku yang langsung tidak menghargai pengorbanan ibu bapa walhal ibu bapa mereka bukannya orang yang senang hanya sebagai petani namun mereka tidak pernah menganggap pelajaran itu penting bagi mereka untuk mengubah nasib diri dan keluarga mereka walaupun telah diberi nasihat dan motivasi.

Tuesday 16 April 2013

Biasiswa peneraju tunas potensi

Sebenarnya saya sendiri sedang mencari apakah bantuan atau biasiswa yang boleh saya pohon untuk dua orang pelajar yang saya kenal. seorang ini anak didik saya namun cacat penglihatan dan seorang ini saya kenal kerana keluarganya yang baik dengan saya. kedua-dua nya mempunyai cerita berbeza dan cemerlang dalam peperiksaan dan niat di hati ingin membantu mereka dalam apa juga cara untuk mendapatkan biasiswa dalam melanjutkan pelajaran.

Pelajar 1
Pelajar ini adalah anak didik saya yang merupakan pelajar cacat penglihatan, mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 3A1C dalam STPM baru-baru ini.Saya berusaha untuk membantu pelajar disebabkan dia merupakan seorang pelajar yang gigih belajar. Bayangkan tanpa seorang guru dia memberanikan diri mengambil subjek pengajian perniagaan dan dia mendapat A. Saya amat terharu ketika pelajar ini mendapat musibah iaitu rumah nya terbakar. Apa yang dapat diselamatkannya ialah laptop pemberian dari satu organisasi ketika mendapat keputusan cemerlang SPM. Bahan buku braille serta mesin braille hangus terbakar namun semangatnya yang kuat membolehkan dia berjaya. Tinggal bersama dengan ibunya yang hanya bekerja sebagai penjaga tandas di taman awam. Ibu juga merupakan ibu tunggal kerana bapanya telah meninggalkan mereka dan apabila saya melayari internet dan terjumpa dengan permohonan ini saya tidak melengahkan masa untuk membantu pelajar ini membuat permohonan ini. In Sha Allah pelajar ini akan dipanggil temuduga pada awal bulan Mei. semoga berjaya


Pelajar 2
Pelajar ini saya kenal kerana keluarga yang telah mengganggap saya sebagai ahli keluarga mereka. kehidupan sebagai anak yatim dan ibu seorang yang kurang mampu tetapi berjaya memberikan didikan sempurna buat anak-anak ini. bermula dari yang sulung sehinggalah yang kedua ini mendapat keputusan cemerlang dalam SPM iaitu 6A.. mungkin tidak lah secemerlang 9a. tapi bagi saya dengan kekurangan yang ada, rumah yang serba kekurangan dan ibu hanya mendapat bantuan kebajikan tapi mampu berjaya dengan keputusan cemerlang berbanding mereka yang mewah dan duduk rumah yang sempurna. Kebetulan permohonan ini dibuat bersama pelajar saya, saya pun membantu membuat permohonan ini  agar dia dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading dengan adanya biasiswa., saya percaya tanpa biasiswa mungkin dia tidak mahu melanjutkan pelajaran sebab kesusahan hidup kerana ibu masih menyara 6 orang adik beradik yang lain masih sekolah.Kalau di pihak saya pun, sekiranya saya mendapat keputusan cemerlang, soal melanjutkan pelajaran saya fikirkan di belakang kerana saya ingin mencari peluang kerja sebaiknya dengan berbekalkan SPM untuk membantu mengggantikan ibu saya menyara keluarga. Alhamdullilah anak yang sulung sedang mengikuti kursus  perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 tahun. sekurang-kurangnya apabila sudah habis belajar dapatlah dia membantu ibu dan adik-adiknya yang lain.

P/S semoga kedua-duanya berjaya mendapat tawaran biasiswa ini dan dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Sunday 14 April 2013

Jangan suka berbohong


Hati dan perasaan seorang ibu, bapa atau guru amat sakit, pedih dan memeritkan  bila dibohongi oleh anak sendiri atau pelajarnya. Hanya Allah SWT yang mengetahui alangkah seksanya hati dan perasaan bila dilayan begitu. Apatah lagi dibohongi oleh seorang anak atau pelajar yang dikasihi dan diberi harapan menggunung untuk mencapai kecemerlangan.
Perasaan sedih, kecewa, kesal, geram, tertekan bercampur  baur bila dibohongi. Berasa hinanya diri ini bila diperlakukan dengan demikian rupa. Sanggup seorang anak berbohong kepada ibu atau bapanya hanya semata-mata ingin menutup kesalahannya. Padahal mereka akan diberi kemaafan sekiranya mengakui kesilapan itu asalkan sanggup berterus terang. Mereka lupa bahawa jasa dan pengorbanan orang tua kepadanya tidak pernah dituntut agar dibalas. Memadailah dengan bercakap benar dan berterus terang.
 Seorang ibu, bapa atau guru berasa amat terhina bila anak atau pelajarnya cuba berbohong untuk melepaskan diri. Yang salah, tetap salah. Jangan sekali-kali berbohong. Bila pembohongan terbongkar, hancur luluh hati mereka….pada ketika itu hanya Allah SWT yang tahu perasaan mereka.
Berkata benarlah walaupun pahit. Belajarlah untuk memohon maaf bila telah melakukan kesalahan. Jangan sekali-kali menipu untuk melepaskan diri. Pembohongan yang pertama menyebabkan anda terpaksa melakukan berderet-deret pembohongan. Itulah salah satu perangkap syaitan yang ramai manusia terperangkap.
wahai pelajarku...
berterus teranglah bila anda melakukan sesuatu yang salah. jangan sampai bila rahsia anda terbongkar, baru menyesal. penyesalan ketika itu tidak berguna lagi walau anda memberi seribu alasan. jangan sesekali menyakiti hati orang yang mencurahkan ilmu kepada anda nanti akan hilang keberkatan.


Ingat, pembohong dan penipu tiada tempat di sisi Rasulullah saw di akhirat kerana Baginda saw tidak mengakui golongan ini sebagai umatnya.
 Ya Allah…beratnya ujianMu ini kepadaku yang amat lemah dan hina ini. Ya Allah tabahkanlah hatiku, kuatkanlah imanku, pimpinlah aku ke jalan yang Engkau redai dan selamatkanlah aku daripada melakukan tindakan yang membawa kepada kemurkaanMu.
WALLAHU TA’ALA A’LAM

Bila diri di bohongi

pernah kah anda dibohongi oleh seseorang? rasa kecewakan apabila orang berbohong terhadap anda. apatah lagi  orang membohongi anda orang  yang rapat dan kenal dengan anda. Apakah tindakan anda? kenapa mereka mudah membuat pembohongan?

ada sebab mereka mahu berbohong..
1. takut rahsia mereka terbongkar
2. takut kena marah
3. bimbangg kita tidak mahu mendengar pandangan dan pendapat mereka,.
4. untuk selamatkan diri mereka

kenapa orang dibohongi mudah di bohong?
1. sebab mungkin dia mudah kasihan
2. sebab mungkin dia mudah percaya
3. sebab dia tidak pernah berbohong terhadap orang lain

Bila berbohong akhirnya kita akan dapat tahu perkara yang diceritakan semata-mata bohong..  punyalah kecewa. sampai berfikir kenapa dia sanggup berbohong dengan kita.

Bagi saya orang yang berbohong ni senang nak tahu dari percakapannya, riaknya dan sikapnya terhadap kita. Tetapi bagi aku kalau orang yang kita selama ini kita percaya dan berbohong dengan kita. aku tetapkan memaafkannya cuma aku terpaksa berhati-hati  terhadapnya dan akhirnya aku sedikit-sikit menjauhkan diri darinya kerana aku tidak mudah mempercayainya lagi.

p/s: .Lebih baik berterus terang kerana kalau suka berbohong kita akan rasa kecewa apabila orang yang kita bohong tahu perkara sebenar dan orang yang tahu itu akan rasa kecewa selama-lamanya.

Bila diri tidak dihargai





kasihan kan kalau tengok tajuk entry ini.. sesiapa pun pernah merasai bila diri tidak dihargai. Ada benda yang kita buat untuk seseorang tidak pernah dihargai langsung. ada yang kita buat untuk kepentingan bersama langsung tak di ambil peduli. sukar dikatakan dengan lafaz kata. Tapi bagi saya benda ini terlalu remeh.. tidak kisahlah tidak dihargai kerana apa yang di lakukan adalah keikhlasan hati yang tulus. Biarlah orang tidak pandang kita apa yang kita lakukan namun hati ini seronok dan gembira,, memang perit juga hati kerana apa yang kita korbankan tidak pernah dihargai...betul tidak? tapi buat apalah pening kepala nak fikirkan semua itu.. biarlah tidak dihargai kerana diri kita bukan minta di hargai pun selamanya.

p/s: Tidak ambil peduli jika diri tidak dihargai...kerana Allah SWT sentiasa di sisi melihat apa yang kita lakukan..

semakan Tingkatan ENam 2013

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sumber: KPM Malaysia

Sunday 7 April 2013

Pesanan untuk semua


Kalau dengan kekasih, punya lembut berbicara.
Kalau bercakap dalam HP tu, punyalah baik hati, lembut sangat.
Kalau depan mata, jalan punya ayu, sopan sangat.
Wanita melayu terakhir.....

"Awak dah makan?"

"Tak sihat ke sayang? Dah makan ubat?"
"Jom keluar petang ni sayang...."
"Awak cantik pakai baju tadi tu.."
"Awaklah kekasih pujaan hati saya.."

Cuba dengan ibubapa,

cakap meninggi suara, melenting.
Sikit kena marah, tarik muka..buat muka masam.
Tutup pintu bilik kuat-kuat.
Suruh tolong sikit, 
"Kejap lagi mak.."
"Ala, mak amiklah sendiri.."

Depan kekasih, baik sangat.

Depan ibu bapa, jahat sangat.
Pandai berpura-pura,
pandai bermain kata.
Inilah kita.

(Haslinda Alias)


P/s Ada benarnya. Hargailah mereka .. sayangilah mereka