Monday 20 May 2013

pengalaman sebagai Ketua Pusat Mengundi

Apa yang aku nak coretkan kat entry ni...  agak malas juga aku nak tulis kat entry ini. bulan ni memang aku agak sibuk.. sibuk dengan pilihanraya. bukan sebagai calon hehehe.. tetapi sebagai seorang yang telah dilantik sebaggai salah seorang petugas dalam melaksanakan perjalanan pilihnaraya... kali pertama aku di lantik sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM). Allah SWT sahaja tahu apabila aku menerima arahan tugas ini pada tahun lalu dan  hatiku berdebar-debar "bolehkah aku melakukan semua ini kerana aku tidak pernah melakukannya.. " kenapa aku yang di lantik". Namun aku berfikir  secara positif. Mungkin aku telah terpilih antara mereka yang nak sangat nak jadi KTM ni... dan aku telah dilantik sebagai KTM saluran 1. terperanjat juga aku apabila diberitahu yang saluran 1 ini adalah saluran warga emas... alamak macam mana aku nak handle makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang menggunakan bahasa ibunda, tak tahu menulis dan sebagainya. namun peraturan telah ditetapkan dan telah dijelaskan semasa kursus..hehehe

Pada hari kejadian iaitu pada hari pilihanraya. aku rasakan bukan macam pilihanraya, aku rasakan macam nak sambut hari raya seawal jam 6 pagi di saluran menggundi aku dan rakan-rakan yang lain kami hiaskan dengan poster bukan langsir baru, meja ku susun rapi kuhidangkan petak undi dan peti undi bukan kuih muih. sebelum jam 8 aku berikan kerani-kerani benda-benda yangg sepatutnya..seronoknya mereka termasuk dakwat kekal..seawal jam 8 rumahku di buka hehe. lajunya akak ni berlari 100 meter menuju saluranku. mudanya hehehe. terfikir aku ni saluran warga emas. kenapa akak ni muda sangat... pada fikiranku mungkin awet muda... apabila aku melihat kad pengenalan. hei silap" akak tempat ni saluran warga emas,  akak punya saluran saluran 2... akak semak semula ya.. kata ku..dengan mesra alam sangat.... hehehe

Selepas tu masuklah warga emas yang aku lihat macam ibu dan baap ku sendiri. seronoknya mereka semangat mereka begitu jitu untuk memilih pemimpin walaupun berkerusi roda, bertongkat dan perlu dipimpin mereka sanggup datang seawal pagi... tabik spring pakcik makcik ni,

Pukul 8.30 aku melihat keluar mak oi ramainya penggunjung saluranku ni mau hampir 40 orang walaupun mereka diberikan kerusi untuk duduk aku mengambil keputusan untuk mempercepatkan pengundian dan meminta kerani kedua  melaksanakan kerja seperti kerani satu dan kerani satu membuat calitan seperti kerani dua.. risau betul aku. aku tak mahu diperkatakan lambat sehingga mereka penat berdiri. satu demi satu masuk dan satu demi satu keluar  dan aku ucapkan terimakasih sebagai budi bahasaku..

Alhamdulillah lebih kurang jam 9.45.... kehadiran mereka semakin kurang dan semakin kurang dan aktiviti pengundian berjalan lancar sehinggalah bilik pengundian di tutup. selepas itu berlakulah pengiraan undi sehingga jam 9 malam... yang disaksikan oleh wakil-wakil calon itu sendiri. tak payahlah saya cerita tentang pengiraan undi tersebut sebab aku lebih seronok merasai perjalanan proses pengundian sebab aku suka lihat gelagat warga emas mereka cukup berhemah, bersopan dan barbudi bahasa... berbanding saluran orang muda kadang kala aku dengar bunyi bising dan marah.. tabik springlah pakcik makcik.tak sia-sia aku berdiri di pintu mengucapkan selamat datang dan  terimaksih kepada mereka. senyuman mereka membuatkan aku tidak berasa penat untuk membantu mereka masuk ke dalam. .....PENGALAMAN YANG AKU TAK AKAN LUPA KAN SEUMUR HIDUPKU ...best sangat-sangat....heheheh...

p/s: sedih  kerana  tidak semana-mana aku teringatkan mak dan abah aku ketika seorang makcik menangis kerana dia gembira dapat mengundi tahun ni kerana katanya dia tak tau lagi jika akan datang dia masih ada di muka bumi ini dan diberi kesempatan.. sedih  nya. air mata ini tertumpah...begitu juga wakil pemerhati dan ejen calon... serta kerani....air mata bertitisan...