Friday, 21 December 2012
Tahniah buat anak didikku pelajar pendidikan khas
Tahniah buat anak-anak pendidikan khas cikgu kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Tahniah juga di ucapkan kepada Nordiah Marikan kerana mendapat keputusan 6A.. dan paling aku gembira tahun ini sekali lagi keputusan matapelajaran geografi yang aku ajar sekali lagi dalam sepanjang aku mengajar mencapai 100% lulus... Alhmadulillah. Semoga tahun depan pelajar khas ku yang mengambil PMR tahun ini juga akan mendapat kelulusan 100%.. Insya Allah...
Monday, 10 December 2012
terima kasih wahai anak muridku
Terimakasih anak-anak muridku khususnya pelajar pendidikan khas tingkatan 5 dan tingkatan enam... semalam aku di minta untuk datang ke bandar kota kinabalu dan berjumpa dengan mereka di Centre Point.. selepas berjumpa dengan mereka .. mereka mengajak aku ke suatu tempat dan aku menurut sahaja kemahuan mereka. setibanya di suatu tempat yang dituju tiba-tiba mereka memberitahu mereka dah tempah satu bilik untuk saya di sebuah hotel. aduh terharunya... anak-anak murid memberikan penghargaan yang aku tak akan lupakan seumur hidupku. walaupun hotel ni tidaklah semewah 5 atau 4 bintang tetapi penghargaan mereka amat aku hargai kerana ketulusan mereka... Pada mulanya aku hendk memberikan bilik tersebut kepada pelajar yang lain sahaja namun memikirkan mereka telah memberikan penghargaan untuk ku jadi aku menerimanya seadanya.
TERIMAKASIH HEDZELYN, HARZIAH, SHIDA, DAN MAILIN.. CIKGU TAK AKAN LUPAKAN SEMUANYA...
Terima kasih Mohjd Hafiz kerana menerima pelawaan cikgu untuk tidur di bilik tersebut memandang kan bilik yang ditempah adalah twin bed...
p/s: Doa cikgu semoga kalian mencapai keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM...

Saturday, 24 November 2012
Muhasabah diri seketika......
Jika ini yang terbaek buatku berilah aku peluang
Jika ini bukan yang terbaek untuk ku berikanlah aku kekuatan
kerana aku insan yang lemah
aku tidak bisa bersendirian menghadapinya
dugaan dan cabaran
ujian dari mu ya Allah
tabahkan hatiku untuk melalui ujianmu ya Allah
sujudku padaMU hingga ke akhir garisan
ampunilah segala dosaku
lindungilah aku dari segala kejahatan
kau tempatku meminta
kau tempat ku menumpang kebahagian
aku hambamu yang sering alpa
aku hambamu yang lalai dengan duniamu
Ampuni aku ya Allah
Lindungilah aku, keluargaku
dari ancaman kesesatan hidup
dari segala dosa yang menerjah kehidupan
sesungguhnya engkau maha pengampun
maha pengasih dan maha penyayang....

Friday, 23 November 2012
Video Klip paling aku suka tengok.. Hayati bersama
aku suka tengok video ni... kadang-kdang hatiku tersentuh.. pernah aku buat video ini sebagai satu set Induksi dalam pengajaran bahasa.. aku jadi serba salah sebab pelajar ku dah menitiskan air mata. alamak kasihannya.. tersentuh juga hati mereka... Maafkan cikgu. sekadar untuk muhasabah diri dan renungan untuk diri cikgu dan anda semua...
p/s: Kasih Ibu hingga ke Syurga. terima kasih mak keranamu aku menjadi Insan sempurna.. keranamu aku mengenal erti kepayahan hidup...
Kurang sihat ....
Semalaman tidak dapat tidur mungkin kerana terlalu letih menunggu rakan di lapangan terbang semalam sehingga jam 12 Tengah malam dan menghantarnya pulang ke rumah sehingga jam 1... Langsung aku tidak dapat tidur lagi... selepas subuh terasa badan macam tidak berapa selesa. Ya Allah.. ujian mu untuk menguji ku supaya redha dengan apa yang kau berikan... Aku seperti berada di dalam mimpi... rasa macam langkahku amat berat untuk aku paksa.. Tetapi aku masih ingat kata ibu ku kalau kita sakit jangan tunjuk rasa sakit kalau tak kita akan rasa sakit sentiasa... aku ingat pesanan ini ketika aku belajar di Universiti bila aku sakit Al Quran penemanku.. aku akan membaca selepas solat. itulah kekuatan untuk diriku... Semoga sakit yang aku alami hari ini adalah ujian dariMU untuk aku muhasabah diri seketika dari dosa-dosa terdahulu....
Alhamdullilah... Tahniah
Alhamdulillah.. akhirnya yang dinantikan telah tiba... berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya berjaya juga. Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa dan haraapan kami...
Tahniah di ucap buat anak saudara tersayang sebab mendapat peluang sebegini. semoga inilah jalan yang diredhaNya...
Doa dan harapan agar terus menjadi kebanggaan keluarga pada satu hari nanti. kejayaan hari ini adalah titik mula untuk melangkah kecemerlangan esuk hari. moga terus berjaya di dunia dan akhirat...
p/s Sesungguhnya Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik,merencana dengan terbaik,berusaha yang terbaik serta bersyukur dan sabar...

Thursday, 22 November 2012
Aku Hamba mu penuh keinsafan
Di saat yang sepi ini
ku duduk seorang diri
memohon keampunan dari ilahi
bak lautan bergelombang
siang malam pagi juga petang
mengharapkan ketenangan
dari tuhan yang esa
betapa rimbunnya dosaku
semua terlakar di lembah usiaku
salah dan silap di masa lalu
kini ku sesali
ku tak layak ke syurgamu
namun tak sanggup ke nerakamu
\ku tunduk sujud merendah diri
kembali padamu
ku tetap setia
pada mu oh tuhanku
akan ku patuhi segala
suruhanmu
akan ku jauhi
segala laranganmu
itulah tanda cinta
cinta ilahi
lagu: Keinsafan diri (Fursan)
Ikhlaskan hati ku Ya Allah....
Ya Allah, jadikanlah aku org yg ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.. Membuat kebaikan tanpa berharap apa-apa balasan kecuali redhaMu.. Jadikanlah jua aku hambaMu yg sabar.. Sabar dalam menerima apa sahaja pemberianMu.. Jika ia pemberian yg baik, aku mensyukurinya.. Jika ia memberi rasa sakit n pedih padaku, Kau damaikanlah aku dgn segala ketentuanMu.. Amin ya rabb.. Amin ya rabb.
Tuesday, 20 November 2012
Jaga periksa
Hari ini dan hari esok merupakan hari yang paling mencabar aku menjaga exam STPM. Biasanya pelajar biasa hanya mengambil masa 3 jam untuk peperiksaan tetapi pelajar khas mempunyai tambahan masa selama 1 jam menjadi 4 jam setiap peperiksaan.. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.. dan akan siap setelah aktiviti bungkus membungkus kertas jawapan skurang-kurangnya jam 1 siap dan seterusnya bersambung semula jam 2 petang sehingga 6 petang ( sehingga waktu mahgrib) dan berakhir sehingga 6.30 petang untuk aktiviti bungkus membungkus...
Setiap tahun ramai yang menolak untuk menjadi pengawas peperiksaan STPM untuk pelajar khas. kadang-kdang terdengar di telinga ni bayaran atau claim sama ja tapi nak jaga sehingga 4 jam tak berbaloi. kadang kala aku tersenyum ja... ada niat sebaliknya pulak... Tapi bagi aku setiap tahun sememangnya namaku lah yang naik untuk menjaga peperiksaan STPM mahupun SPM sebab tidak ada yang mahu ...
Soal bayaran tu bukan kayu pengukur tetapi tugas kita sebagai guru pengawas... kalau bukan kita siapa lagi nak lagi pengawas peperiksaan untuk mereka...

Sunday, 18 November 2012
Selamat berjuang....
Selamat menghadapi peperiksaan STPM buat anak-anak cikgu tersayang ... Mohd Hafiz, Harziah Khalid, Hedzelyn, Cornell dan Raimah. Moga kejayaan menjadi milik anda... buat terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.. Hanya dengan pelajaran yang vcemerlang menjadikan kita seorang insan yang dihormati oleh masyarakat lain..
Saturday, 17 November 2012
Kerana aku juga kakitangan awam
Manusia hanya memikirkan darjat dan pangkat.. Dalam dunia pekerjaan pun penuh dengan birokrasi... hari tu aku ke satu Jabatan yang aku tidak mahu sebut namanya... agak lama juga aku dilayan setelah beberapa lama menunggu dan duduk di hadapan.. staff yang ada di sana pun menunjukkan kesibukan yang entah aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat sehingga tidak melayan orang... akhirnya aku dilayan dan aku menerangkan tujuan aku datang ke sini dengan pelajarku untuk meminta sokongan dan bila dia bertanya dengan aku di mana tinggal dan berkerja di mana..(perlulah nak tanya soalan macam tu) aku pun terus memberitahu perkara sebenar dan aku juga kakitangan awam sepeti anda...
Akhirnya...nampak sangat baru mereka melayan aku dengan sebaiknya.. banyak benda yang aku tak perlu tahu pun jadi tahu... dan aku rasa macam terlebih mesra pun ada.. dan paling kelakar memohon maaf sebab entah kenapa.. aku pun tak tau mungkin mereka yang terasa disebabkan sikap mereka sendiri..
Sebagai penjawat awam jangan mengamalkan sikap birokrasi dalam kerja kita.. laksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa amalkan kerja itu adalah satu ibadah...Insya Allah apa yang kita lakukan akan diberkatiNya....
kereta impianku satu hari nanti
Semalam jalan-jalan di Suria Sabah dengan anak saudaraku... Terlihat aku kereta impianku lantas ku bertanya kan tentang kereta tersebut.. seronoknya bukan kepalang kalau aku tukarkan kereta ku sekarang dengan kereta ini... Insya Allah aku ingin memlikinya,, tapi bukan tahun ini.. hehehe..
Jika ada rezeki kereta ini akan aku miliki. tapi aku bersyukur dengan kereta ku sekarang kerananya aku boleh bergerak ke sana sini hehehe
kereta ku sekarang
kereta impianku yang aku ingin miliki
Jika ada rezeki kereta ini akan aku miliki. tapi aku bersyukur dengan kereta ku sekarang kerananya aku boleh bergerak ke sana sini hehehe
kereta ku sekarang
kereta impianku yang aku ingin miliki
Friday, 16 November 2012
Pelajar asramaku.....
kenangan bersama pelajar asrama Tahun 2012
selamat bercuti... Bagi yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM.. Semoga maju jaya...
Saturday, 27 October 2012
Festival Nasyid Pendidikan Khas Kebangsaan 2012 Kali Pertama
Inilah kumpulan nasyid yang telah kami bimbing dan mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan, Alhamdulillah percubaabn pertama ku dalam menulis lirik dan lagu telah membuah hasil dan memikat hati juri untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik iaitu lagu pertama yang bertajuk Satu Ummah Satu Perpaduan.. Terimakasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu...
Thursday, 18 October 2012
Alhamdulillah
Assalamualaikum w.t.b...
Lamanya tak menjenguk blog. Kesibukan masa menyebabkan aku kurang menulis di blog ni... Minggu ni adalah merupakan minggu paling manis dalam hidup ku dan rakan-rakan seperjuangan pendidikan khas. Setelah bertungkus lumus berhempas pula memerah otak menghabiskan sisa-sisa kepenatan akhirnya pasukan nasyid yang kami pimpin dan latih telah mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan. gembira bukan kepalang..Mengharapkan Johan tapi mendapat naib johan pun syukur alhamdulillah.. Paling manis buat diriku ialah apabila aku di nobatkan sebagai pencipta lagu terbaik. Alhamdulillah rezeki dari Allah. aku tak pernah terfikir untuk menang sekadar menulis dan mengubah lagu melalui ciptaan sendiri tanpa asas muzik... Bagi aku lagu tu hanya sederhana ja berbanding negeri-negeri lain yang ada note muzik lagi, Apalah pada aku sekadar meluahkan muzik melalui bibir dan mulut dan kemudian rakam dan seterusnya meminta pelajar mainkan dengan kompang...Tapi inilah dikatakan keikhlasan dalam bekerja. Bukannya riak tapi bagi ku kerja ini adalah ibadat dan ku lakukan untuk anak-anak muridku sendiri. Kemenangan ini ku hadiahkan bersama buat anak murid ku Hafiz dan Ajim yang membantuku dalam mengubah, merakam dan menyanyi lagu ni sehingga menjadi lagu terbaik...

Wednesday, 5 September 2012
Nak tulis apa????
Lamanya tak menulis dalam blog ni.. Rasa simpati pulak dengan blog yang aku dah lama tak update. Alasan sibuk mestilah ada. Sibuk dengan pelbagai aktiviti tugas dan sebagainya. Minggu ni aku berada kat Hotel De Palma Ampang untuk mesyuarat pemantapan Buku Teks... Lamanya kat sini dari 3hb sehingga 8hb. Kali ni tak nak tukar tiket nak jadi orang yang baik-baik dan akan berada sehingga habis mesyuarat mengikut surat panggilan. Rakan yang lain pun sedemikian juga.Semoga mesyuarat kali ni berjalan dengan baik dan lancar..Semalam aku berasa gembira kerana anak muridku yang suka menyanyi mendapat tempat pertama dalam pertandingan nyanyian peringkat negeri untuk pelajar pendidikan khas. Tahniah aku ucapkan.. nanti aku update gambarnya sekembalinya aku ke sekolah nanti. Suaranya memang merdu dan siapa mendengarnya mesti meremang bulu di buat nya. hehehe...Terimakasih kepada cg Jarinah kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar ini...Sesungguhnya kelebihan yang ada pada pelajar pendidikan khas ini tidak boleh dipendam begitu sahaja, perlu ada cara untuk menonjolkan diri mereka semua pihak di luar memandang mereka sebagai satu kelebihan di sebalik kekurangan yang ada..Semoga selepas ini lebih banyak anak muridku berjaya bukan sahaja dalam akademik tetapi juga penglibatan luar yang membanggakan diri mereka.
Tuesday, 17 July 2012
Bawa telefon,ipad ke sekolah
PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran
sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang
akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon
bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya
bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat
komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.
''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.
''iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba," katanya.
Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.
''Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.
''Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet," katanya.

sumber: Utusan
Lihat anak bulan Khamis
KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 30 tempat di seluruh negara ditetapkan bagi tujuan itu.
Antara tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama
-- My Metro
Tahniah buat pelajar Pendidikan Khas
Tahniah di ucapkan buat satu-satunya pelajar STPM pendidikan khas tahun lalu yang berjaya mendapat di IPTA iaitu di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains sukan. Teruskan perjuangan anda di UMS kelak dan semoga berjaya. Buktikan kekurangan anda bukan penghalang...
Tahniah Abner...
guru lulusan program pensiswazahan guru
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi
berkata, urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program
pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Penangguhan selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu
daripada sebab ramai guru yang tidak mahu mengikuti program
pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan agar perkara ini
diselesaikan secepat mungkin.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Saturday, 23 June 2012
Naik taraf gred
7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41
BATU PAHAT 23 Jun - Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.
Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.
"Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.
"Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab 'dia' akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS," katanya.
sumber: Utusan Online
Tidak perlu bayar balik pinjaman
Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik
JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.
"Sebanyak 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta,” katanya.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. – BERNAMA
Pejawat awam cuti tanpa rekod tunai umrah
CUEPACS cadang cuti tanpa rekod untuk penjawat awam tunai umrah
LANGKAWI 23 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah.
"Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA
P/S: kalau diluluskan alhamdulillah.. boleh lah ambil pakej bukan cuti sekolah...
Usah abai nasib OKU
Usah abai nasib OKU
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digesa bertindak lebih proaktif dan relevan bagi memastikan nasib golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini lebih terjamin.“Ini termasuk mewujudkan dasar pendidikan khas kepada mereka menerusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) dan pusat latihan vokasional.
“Namun kita kesal dengan SPA kerana apabila golongan ini (orang buta) membuat permohonan, mereka tidak menerima jawapan positif agensi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan penubuhan Sekretariat Istimewa di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Solaris Dutamas di sini, semalam. Menurut Muhd Khairun, kegagalan SPA berbuat demikian menyumbang kepada masalah mendapatkan pekerjaan bagi orang buta hingga merempat dan meminta-minta.
“Kerajaan sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU, namun sasaran kecil masih gagal dicapai.
“Begitu juga dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menetapkan mandatori bagi setiap pembangunan dilaksanakan adalah mesra OKU, namun kita kecewa kerana mereka seolah-olah mengambil tanggungjawab secara selektif.
“Kita boleh lihat wujud pelaksanaan dasar terpilih apabila hanya kawasan tertentu seperti Brickfields dilengkapi longkang bertutup sedangkan banyak tempat lain tidak ada, sekali gus mendedahkan golongan ini kepada kemalangan,” katanya.
Atas sebab itu, Muhd Khairun berkata, beliau menggesa KPKT melaksanakan polisi akta secara menyeluruh dan holistik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan OKU.
sumber: my metro
Saturday, 9 June 2012
kembali ke sekolah
Esuk dah hari Ahad. lusa hari Isnin... bermula lah kehidupan sebagai guru semula untuk semester kedua. Semester kedua ini paling sibuk ialah memastikan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan melalui nya dengan tenang dan dapat mencapai keputusan cemerlang dan sebagai guru kena berusaha lebih memastikan anak-anak didik mencapai keputusan cemerlang. Banyaklah aktiviti, program, kelas, kelas tambahan akan berlaku di semester ini dan akan kelihatan muka pelajar dan guru menjadi layu, penat dan penuh tanda tanya hahaha... Yang penting folio bagi pendidikan khas siap dan dihantar untuk semakan...
Cuti sekolah kali ini... aku tak ke mana-mana. .. duduk di rumah menghabiskan masa menonton rancangan TV dan menyiapkan bahan, buku pelajar yang hendak di edit dan di emboss apabila buka sekolah kelak dapat diberikan kepada pelajar. apa pun selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.. Buat diri ku selamat bertugas... hehehe

Friday, 25 May 2012
Thursday, 24 May 2012
makan-makan with my students sempena hari guru
Saturday, 19 May 2012
Guru naik gred/pangkat
Lebih 24,000 guru ijazah dan diploma akan dipertimbang kenaikan pangkat - Muhyiddin May 16, 2012
KUALA KANGSAR, 16 Mei — Seramai 24,053 guru yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, mulai 1 Jun hingga 31 Dis ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata kumpulan itu merangkumi seramai 8,222 guru lepasan Ijazah dan 15,831 lepasan Diploma.
"Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap merasmikan majlis sambutan Hari Guru ke-41 di sini, hari ini.
Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk menambah baik Skim Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan minimum kenaikan pangkat secara 'time-based' berasaskan kecemerlangan dikekalkan sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac lepas.
Katanya melalui skim itu, bagi guru lepasan Ijazah gred DG41, hanya lapan tahun diperlukan untuk kenaikan ke gred DG44, lapan tahun untuk gred DG44 ke DG48, enam tahun untuk gred DG48 ke DG52 dan hanya tiga tahun untuk gred DG52 ke DG54.
Muhyiddin berkata bagi guru lepasan Diploma gred DGA29, hanya lapan tahun diperlukan untuk naik ke gred DGA32, lapan tahun untuk gred DGA32 ke DGA34 dan hanya lima tahun untuk gred DGA34 ke DGA38.
Beliau berkata lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, seramai 390 guru telah dinaikkan ke gred DG54, DG52 (676), DG48 (3,938) dan DG44 (19,805).
Katanya bagi guru bukan siswazah pula, seramai 399 orang dinaikkan ke gred DGA38, DGA34 (2,639) dan DGA32 (9,519).
Beliau berkata proses kenaikan pangkat Pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan Penolong Kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh kementerian.
"Setakat ini seramai 854 Pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 dan 4,270 Penolong kanan dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48," katanya.
Muhyiddin berkata kenaikan pangkat itu melibatkan Pengetua dan Penolong Kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Dis 2011 dan yang memangku jawatan sebelum atau 31 Dis 2010. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat ialah 1 Jan 2012. Katanya seramai 430 baki penyandang jawatan Pengetua gred DG48 ke gred DG52 dan seramai 2,655 baki penyandang jawatan Penolong Kanan Gred DG44 ke Gred DG48 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah calon-calon memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
"Bagi melaksanakan urusan kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kerajaan telah memperuntukkan RM934 juta, iaitu satu jumlah yang membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan yang berpersonaliti unggul," katanya.
Selain itu, Muhyiddin berkata kementerian komited mencapai sasaran 60 peratus guru siswazah di sekolah rendah dan 90 peratus guru siswazah di sekolah menengah menjelang tahun 2015.
Katanya sehingga kini program pensiswazahan guru berjalan lancar dengan 69.6 peratus daripada 66,124 guru yang disasarkan telah menerima tawaran mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi. — Bernama
p/s...Allhamdulillah.. akhirnya saya tersenarai dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri iaitu urusan kenaikan pangkat di atas.. Insyaa Allah selepas ini kena berusaha lagi dan gigih untuk berkerja demi untuk anak-anak didik pendidikan khas..

Baiki Brailler
Hari ini bermula jam 7.00 pagi hingga jam 12.00 seorang-seorang duduk membaiki brailler pelajar. Nampak kerosakan agak sedikit tetapi bila di buka dan diperbaiki macam-macam perkara pulak yang rosak.. hehehe. alhamdulillah dengan kepakaran yang ada sedikit ilmu dapatlah membaiki 7 buah brailler yang rosaknya dalam kategori minor ja.. Tapi yang major minta maaf lah ya anak didik cikgu kena masuk wad icu dulu (stor) insyaa Allah bulan 6 selepas cuti sekolah cikgu nak buat kursus dan panggil yang paling pakar untuk membaiki brailler anda.. untuk itu, jagalah brailler anda yang ada di tangan anda supaya elok ya... penat cikgu nak buka skru skri brailler anda hehehe....
Sunday, 13 May 2012
Bina Gambar rajah
Hari Sabtu dan Ahad berhempas pulas menyiapkan gambar rajah soalan geografi. Alhamdullilah segalanya dah siap tingggal nak di thermoformkan. semoga gambar rajah ini membantu pelajar ku menjawab soalan geografi hari selasa ini...
Saturday, 5 May 2012
Lamanya tak menjenguk blog ni... maklumlah sibuk sangat dalam bulan lalu.. Tadi dah berakhir dah tugas saya sebagai penyelaras pertandingan paluan kompang dan formasi peringkat daerah. Alhamdullilah, sekolah saya menjadi johan dan terus ke peringkat zon/bahagian.seminggu sebelum tu memang agak letih sebab memikirkan perjalanan aktiviti ini yang julung kali diadakan di daearah ini. Alhamdullilah komitmen yang dilakukan oleh rakan-rakan guru akhirnya telah berjaya melakukan tugasan yang terbaik. Selepas ini memikirkan untuk latihan nasyid peringkat negeri pendidikan khas pula dan seterusnya paluan kompang peringkat bahagian. semoga ianya akan berjalan dengan lancar ..
Sunday, 25 March 2012
Keputusan SPM Pelajar Khas saya
Alhamdulillah keputusan SPM 2011 yang baru sahaja keluar cukup menggembira bagi saya. Tahun ini seramai 7 orang pelajar telah menduduki peperiksaan tersebut. Tiga calon buta dan empat calon rabun. Bagi matapelajaran yang aku ajar iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah masih lagi kekal dengan pencapaian 100%.Yang paling menggembirakan aku ialah pencapaian sejarah 3 orang mendapat keputusan cemerlang A dan selainnya kepujian. Bahasa Melayu pula seorang mendapat A, 3 orang mendapat B, dan 2 mendapat C dan seorang lulus sahaja. Sedih juga apabila mendapat tahu seorang pelajar saya hanya mendapat lulus sahaja, walhal saya mengharapkan kepadanya sasaran utama sekurang-kurangnya mendapat kepujian apabila melihat setiap keputusan peperiksaan sekolah yang kurang memberangsang.
Tahun ini pencapaian terbaik pelajar saya ialah 6A, 1C dan 1D. Tahniah diucapkan....
Inilah sebahagian pelajar khas ku yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011. tahinah diucapkan
Tahun ini pencapaian terbaik pelajar saya ialah 6A, 1C dan 1D. Tahniah diucapkan....
Inilah sebahagian pelajar khas ku yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2011. tahinah diucapkan
Wednesday, 7 March 2012
Guru ganti' SMKA Durian Guling pelajar terbaik STPM Terengganu
MARANG 7 Mac - Suasana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Durian Guling yang sepi ekoran kebanyakan pelajar sedang menduduki peperiksaan bertukar riuh-rendah dengan sorakan dan ucapan tahniah hari ini.
Suasana itu dapat dilihat apabila pelajar sekolah itu mengetahui salah seorang 'cikgu' di sekolah tersebut diumum pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 peringkat negeri.
Abdul Rahim Abdullah, 20, yang juga merupakan guru ganti mata pelajaran Bahasa Arab sejak sebulan lalu merupakan salah seorang daripada 83 calon sekolah itu yang menduduki peperiksaan berkenaan.
-- utusan malaysia-
...
Hasrat masuk IPT ditebus Remyzal
KUANTAN 7 Mac - Hasrat Remyzal Errie Zulkafli, 20, untuk menebus kekecewaannya kerana tidak dapat menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi (IPT) selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 mungkin akan tercapai.
Ini kerana, dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 yang diumumkan hari ini, dia antara pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abu Bakar di sini yang mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan itu.
Anak muda berasal dari Perkampungan Sungai Isap itu mendapat empat prinsipal iaitu 3A, IB dalam empat mata pelajaran aliran sastera yang diambilnya iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan.
-- utusan malaysia--
Kecewa keputusan SPM dorong Nur' Ain cemerlang STPM
IPOH 7 Mac - Kecewa hanya memperoleh 1A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendorong anak seorang pembantu perubatan di sini berusaha keras sehingga muncul salah seorang pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 di negeri ini.
Malah, wajah sugul ayahnya, Yusseri Ibrahim, 47, dan air mata ibu, Khatijah Ahmad, 41, yang mengalir semasa keputusan SPM itu disampaikan dianggap sebagai satu 'tamparan' paling hebat buat Nur' Ain, 20, sekali gus menguatkan azam untuk berusaha bersungguh- sungguh sehingga mendapat 4A pada STPM.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Chulan di sini itu mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dengan memperoleh A bagi keempat-empat subjek yang diambil iaitu Pengajian Am, Bahasa Melayu, Kesusasteraan Melayu dan Sejarah.
-- utusan melayu-
...
Saya kena usaha lebih’
SELAYANG: “Saya amat bersyukur kerana berjaya membuktikan insan cacat penglihatan seperti saya ini juga mampu berjaya dan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti insan normal lain,” kata pelajar istimewa cemerlang kategori buta bagi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Malik (B), Alor Setar, Kedah, Anis Nabilah Wahab.
Anis Nabilah, 20, yang menghadapi masalah cacat penglihatan sejak dilahirkan berjaya memperoleh keputusan 1A, 1A- dan 2B sekali gus membolehkannya menjadi pelajar cemerlang dengan menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000, sijil penghargaan dan sebuah plak.
Menurutnya, dorongan daripada ibu bapa menjadi semangat utama baginya untuk berjaya dan amat berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak memberikan bantuan untuknya belajar tanpa melihat kepada kekurangan dimilikinya.
Katanya, walaupun menghadapi sedikit masalah dalam mata pelajaran Pengajian Am kerana membabitkan pengiraan namun tidak mematahkan semangatnya yang memang berminat untuk mengambil STPM berbanding melanjutkan pengajian ke peringkat diploma.
“Saya terpaksa melebihkan waktu untuk belajar kerana saya bukan seperti insan lain. Tetapi saya yakin kekurangan yang dimiliki ini pasti ada hikmahnya dan kini baru saya tahu sesiapa saja boleh berjaya sekiranya mempunyai kemahuan.
“Selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak memohon untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) sebaliknya memilih untuk menduduki peperiksaan STPM dan tidak kisah walaupun ada mengatakan STPM susah.
“Tinggal di asrama sekolah menyebabkan saya mempunyai banyak masa untuk mengulangkaji dan selepas ini saya akan cuba mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah agar masa depan lebih terjamin,” katanya.
--berita harian--

92.19% calon STPM lulus penuh
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 0.31 peratus berbanding tahun 2010 yang mencatatkan seramai 46,795 calon mendapat keputusan sama.
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, seramai 2,579 calon mencapai keputusan lulus penuh untuk lima mata pelajaran manakala 20,638 calon pula lulus penuh empat mata pelajaran.
Katanya, calon lulus penuh empat mata pelajaran menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.22 peratus berbanding tahun 2010.
"Biarpun terdapat sedikit penurunan dari segi calon lulus penuh, ia adalah penurunan biasa memandangkan peratusan itu terlalu sedikit dan bukannya merosot teruk.
-utusan-
Pelajar OKU cemerlang STPM
KUALA LUMPUR - Kecacatan tidak menghalang pelajar orang kelainan upaya (OKU) mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011.
Itulah yang dibuktikan oleh tiga pelajar OKU, Anis Nabilah Wahab, Eric Su Chii Mou dan Yeow Ting Fong yang masing-masing mengalami masalah kecacatan penglihatan, rabun dan spastik.
Bagi Anis Nabilah, 19, yang memperoleh 2A dan 2B, keyakinan terhadap keupayaan diri untuk menggenggam kejayaan menjadi prinsip hidupnya walaupun dilahirkan buta sejak lahir.
"Saya percaya kejayaan pasti datang jika seseorang itu percaya pada kemampuan diri dan yakin bahawa Allah sentiasa ada untuk membantu jika usaha berterusan dilakukan," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM 2011 oleh Majlis Peperiksaan Malaysia di sini semalam.
Sementara itu, Ting Fong, 19, pula melahirkan rasa gembira kerana tidak menyangka memperoleh keputusan 4A.
-- kosmo online-
Tuesday, 6 March 2012
450,000 guru tunggu KUP dilaksana
Presidennya, Hashim Adnan berkata, NUTP menyokong penuh skim perkhidmatan itu kerana ia membabitkan kira-kira 450,000 guru yang melalui proses kenaikan pangkat berdasarkan cukup tempoh perkhidmatan (time base).
Katanya, sekiranya kenaikan pangkat berdasarkan ‘time base’ itu dapat dilaksanakan sudah pasti mutu kerja guru dapat ditingkatkan dengan jayanya.
“‘Time base’ ialah cukup tempoh masa perkhidmatan apabila guru mendapat kenaikan pangkat, sebagai contoh di bawah sistem baru ini guru siswazah gred DG44 yang berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG48 berbanding tempoh masa 10 tahun sebelum ini.
“Bagi guru bukan siswazah gred DG29 yang turut berkhidmat lapan tahun akan naik pangkat untuk jawatan gred DG32, jika sebelum ini seorang guru itu terpaksa menunggu 10 tahun untuk naik pangkat, kini hanya lapan tahun saja mereka dapat kenaikan pangkat,” katanya di sini, semalam.
Katanya, NUTP berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaannya seiring dengan pengumuman semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi.
“Guru sering bertanya kepada kami mengenai KUP ini selepas diumumkan kerajaan tahun lalu kerana lebih 100,000 guru di negara ini masih tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat.
“NUTP yakin Perdana Menteri turut menyampaikan berita baik kepada warga pendidik di negara ini ketika pengumuman keputusan semakan semula SBPA nanti,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng berkata, kesatuan itu turut mengirim telegram kepada Perdana Menteri, kelmarin merayu menjaga kebajikan guru di negara ini.
Ustaz mengaku salah sebab kematian pelajar
HANIF (kiri) diserbu jurugambar ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Alor Setar selepas mengaku bersalah, semalam.
Hanif Mohd Ali, 28, yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat pengakuan salah itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab.
Terdahulu, Hanif yang berjubah putih dan berkopiah ketika membuat permohonan kepada mahkamah untuk meringankan hukuman ke atasnya, turut menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan yang menyebabkan kematian kanak-kanak berusia tujuh tahun itu.
“Saya mohon maaf kepada semua pihak terhadap tindakan saya dan merayu mahkamah meringankan hukuman kerana masih mempunyai keluarga yang uzur termasuk hutang pengajian dan bukannya hutang peribadi.
“Saya juga berharap pihak mahkamah dapat menghukum saya selayaknya dan apa yang berlaku adalah di luar jangkaan saya. Berilah saya peluang untuk memperbaiki diri dan bertaubat,” katanya.
Sementara itu, pihak pendakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh kerana menyebabkan kematian mangsa, selain menyifatkan tertuduh sudah menyalahgunakan kuasanya sebagai warden asrama.
Mengikut pertuduhan, Hanif didakwa kerana menyebabkan kematian Saiful Syazani di Sekolah Rendah Agama Al Furqan, Jejawi, Perlis.
--my metro--
Hanif dituduh melakukan kesalahan itu di bilik warden asrama putera sekolah terbabit antara jam 6 petang hingga 12 tengah malam pada 31 Mac 2011.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin dan Nadia Hanim Mohd Tajuddin, manakala tertuduh diwakili Ariff Azami Hussien, Azizul Shariman Mat Yusoff, Zulmi Sabri dan Mohd Fikri Abdul Rahman.
semakan Online keputusan STPM 2011
Hari Ini keputusan STPM akan dikeluarkan. Tentunya debaran terasa kepada semua pelajar STPM 2011 untuk mengetahui keputusan mereka. semoga berjaya diucapkan
Ingin tahu keputusan STPM 2011 secara online bolehlah klik di sini stpm 2011
P/s:: Buat pelajar pendidikan Khas, cikgu doakan semoga mendapat keputusan cemerlang.
Ingin tahu keputusan STPM 2011 secara online bolehlah klik di sini stpm 2011
P/s:: Buat pelajar pendidikan Khas, cikgu doakan semoga mendapat keputusan cemerlang.
Monday, 5 March 2012
Anak lebam teruk akibat dibuli
|
SEREMBAN – Seorang ibu mendakwa anak sulungnya yang merupakan murid tahun satu sebuah sekolah kebangsaan di sini mengalami lebam teruk di seluruh tubuh dipercayai menjadi mangsa buli tiga pelajar senior yang meminta wang daripada mangsa.
Suzianawati Mohamad, 33, berkata, Faqrul Hakimi Mohd. Kamarulzaman, 7, mengalami lebam-lebam di muka, badan, paha dan betis dipercayai dipukul dengan objek keras dalam kejadian Jumaat lalu.
Akibatnya, kata beliau, anaknya itu kini trauma sehingga sukar untuk menerangkan kepadanya mengenai kejadian sebenar yang berlaku.
“Saya menyedari anak saya dibelasah dan dibuli ketika menjemputnya dari sebuah rumah anak yatim di Taman England dekat sini pada kira-kira pukul 7.30 petang, Jumaat lalu.
“Saya terkejut apabila melihat kecederaan yang dialami Faqrul Hakimi dan dia memberitahu, dia telah dipukul ketika berada di sekolah.
“Bagaimanapun, dia gagal memberitahu dengan jelas bagaimana peristiwa itu boleh berlaku mungkin kerana trauma akibat dipukul dengan teruk,’’ katanya di sini semalam.
-kosmo--
Sunday, 4 March 2012
Wujud badan khas pantau disiplin pelajar
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail berkata, skop kerja badan pemantau itu diharap tidak terhad di sekolah sahaja tetapi turut memantau pergerakan pelajar di luar sekolah.
"Badan pemantau yang akan diwujudkan oleh sekolah itu perlu juga menjadi 'mata-mata' di luar sekolah bagi memastikan pelajar tidak terlibat dalam gejala sosial dan aktiviti tidak bermoral," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran baru-baru ini.
-- utusan-
Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan
KUALA LUMPUR: Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi.
Ini menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka. Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan. Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd, Sam Haggag berkata terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan.
"Ini menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan.
"Pengambilan adalah satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja. Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami.
"Kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif.
"Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia," tegasnya.
Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka. - BERNAMA
Ini menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
"Ini menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan.
"Pengambilan adalah satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja. Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami.
"Kurang penguasaan dalam bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya.
Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank, Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif.
"Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka. Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia," tegasnya.
Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka. - BERNAMA
Saturday, 3 March 2012
Lelaki cacat penglihatan kena samun
Menurut sumber, mangsa berusia 42 tahun pada mulanya didatangi seorang wanita yang mendakwa mahu menyampaikan wang BR1M kepadanya.
“Sejurus mangsa memberitahu dia tidak mahu wang terbabit, wanita itu keluar daripada rumah mangsa dan memanggil enam lelaki.
“Tiba-tiba kumpulan lelaki itu yang bersenjatakan parang menyerbu masuk ke rumah sebelum mengikat mangsa dan ibunya,” katanya.
Menurutnya, penjenayah kemudian menggeledah rumah mangsa dan mengambil wang tunai RM1,200 serta barang kemas sebelum melarikan diri.
-my metro--
Teruk dirotan selepas ejek rakan
MELAKA - Seorang bapa mendakwa anaknya yang belajar di sebuah sekolah agama swasta sejak hampir dua bulan lalu dirotan sehingga lebam semata-mata kerana kesalahan mengejek kawan-kawannya.
Abdul Rahim Abdul Wahid, 37, mendakwa, Amir Azamuddin, 14, disebat dengan rotan sebesar ibu jari pada pukul 7.30 pagi Khamis lalu oleh seorang guru Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rashidin, Alor Gajah sebanyak 10 kali di belakang, bahu kiri dan kedua-dua betis sehingga lebam-lebam dan luka.
"Saya tidak kisah anak saya dirotan tetapi biarlah hukuman itu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dan bukan ikut emosi sampai cedera," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Rambai di sini semalam.
Katanya, Amir Azamuddin memberitahu, kejadian mengejek kawan-kawannya itu berlaku di asrama mereka di Taman Seri Bayu, Alor Gajah pada malam Rabu lalu sebelum seorang rakannya mengadu perkara berkenaan kepada guru terbabit keesokan harinya.
"Sebaik menerima aduan, guru itu yang juga seorang ustaz berjumpa anak saya dan tiga lagi rakannya sebelum merotan mereka," ujarnya.
Hukuman itu dijalankan di madrasah tersebut yang terletak bersebelahan taman berkenaan.
Menurut Abdul Rahim, anaknya dirotan sebanyak sepuluh kali sedangkan rakan-rakannya sebanyak empat atau lima sebatan sahaja.
-- kosmo--
Aku sebagai warden asrama
Tahun ini sudah hampir 4 tahun aku menjadi warden di sekolah ini... tetapi kalau di kira-kira berdasarkan aku menjadi warden di sekolah lama mau juga hampir 6-7 tahun aku bergelar cikgu@warden..bila menjadi warden tanggungjawab punyalah berat.... menjaga pelajar macam menjaga anak sendiri... tidur pun tidak mencukupi. tapi semua itu sudah tugas yang perlu dibebani... sepanjang aku menjadi warden pelbagai cabaran yang aku lalui antaranya apabila pelajar kena "rasuk". aku ni manalah tahu kalau kena rasuk macam ni. Kadang kala mahu juga aku buat kajian tindakan kenapa pelajar boleh dirasuk sama ada dibuat buat atau memang terjadi. Allah Maha Mengetahui.. Cara yang aku lakukan ialah membaca surah-surah pilihan dan membaca surah yassin.. Jika belum sembuh terpaksalah panggil ustaz...
Cabaran seterusnya bila asrama tidak ada air paip. Sengsara betul. sehinggakan kerana terlalu kasihan tangki kat belakang rumah terpaksa dibuka untuk menampung segala bagai keperluan harian pelajar jika ketiadaan air. Namun tahun ini Alhamdulillah ketiadaan air bukan sudah menjadi masalah yang besar..pelajar mandi dengan puasnya dan air melimpah-limpah...
Aku juga pernah berdepan dengan ibu bapa yang tidak faham dengan tugas warden., Ada yang menganggap warden ini berkerja sepenuh masa menjaga anak mereka. Tidak mengapalah jika itu andaian mereka. Ini kerana pernah berlaku apabila anak mereka sakit demam dan selaku warden dan guru yang mempunyaim komitmen sebagai pendidik di sekolah tidak sempat menghantar pelajar tersebut ke Hospital walhal tahap kesakitan pelajar tersebut bolehlah dikatakan ringan sahaja. Namun ibu bapa tidak faham dan terus marah kerana andaian mereka kami warden ini tidak menjaga anak mereka.
Dalam kes seperti bukan kecemasan seperti demam ringan inisitaif yang aku lakukan ialah lebih suka menghantar pelajar pada sebelah malam ke unit kecemasan.. Ini kerana bimbang jika keluar menghantar pelajar pengajaran ku akan terganggu dan terpaksa diganti.tetapi jika berlaku kecemasan seperti pengsan, demam keterlaluan dan selaku warden memang tidak akan membiarkan pelajar ni terus berada di bilik, paling cepat terus ke hospital dan menghubungi ibu bapa mereka dan tidak hairanlah staff kat hospital tersebut sudah kenal dengan diriku dan ada yang mesra kerana sering melihat aku membawa pelajar ke hospital.
Semua itu adalah cabaran sebagai warden.. Tugas ku sebagai warden di sekolah ini menjaga tiga kelompok yang berbeza iaitu pelajar pendidikan khas bermasalah penglihatan, pelajar biasa dan juga pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang menjadi penghuni di asrama ini tetapi mereka masih boleh menguruskan diri masing-masing. Tanggungjawab sebagai warden ini memang berat kadang kala bila aku berada di luar kawasan asrama, fikiran ku terbayang-bayang pelajar asrama ku sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini dan ini menyebabkan aku jarang keluar untuk waktu yang terlalu lama kerana perasaan bimbang masih ada dalam diriku terutama terhadap pelajar pendidikan khas itu sendiri.
Inilah sebahagian anak-anak asramaku pada tahun ini. semoga menjadi pelajar yang baik dan berdisiplin dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan...semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka ini supaya menjadi pelajar yang cemerlang. Amin..

Friday, 2 March 2012
Salji turun di Masjid Al-Aqsa
|
BAITULMUQADDIS - Masjid Al-Aqsa dan sebahagian besar Israel serta wilayah-wilayah di Palestin semalam dilitupi salji buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.
Salji lebih tebal dilaporkan turun di rantau Galilee, utara Israel dan kawasan Hebron Tebing Barat.
Stesen radio Israel melaporkan bahawa sekolah-sekolah di kawasan yang paling teruk terjejas disebabkan salji telah ditutup manakala perkhidmatan bas antara bandar juga dibatalkan.
Timbunan salji setebal lebih tiga meter dicatatkan di puncak Gunung Hermon di kawasan Bukit Golan yang dikuasai Israel sejak salji turun pada Rabu lepas.
Fenomena tersebut adalah yang pertama kali berlaku sejak salji tebal turun di bandar ini pada musim sejuk 2008. - AFP
-kosmo-
Thursday, 1 March 2012
Keputusan STPM diumumkan Rabu depan
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2011 akan diumumkan Rabu depan.
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai jam 12 tengah hari, manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada tarikh yang sama pada jam 12 tengah hari di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Tahun lalu 50,602 calon menduduki peperiksaan STPM. Daripada jumlah itu, 46,817 orang adalah calon sekolah kerajaan, 1,266 calon sekolah swasta dan 2,519 calon persendirian. - BERNAMA
-- semoga pelajarku satu-satunya calon pendidikan khas yang mengambil STPM tahun lalu mendapat keputusan cemerlang dan dapat menjejakkan langkah ke menara gading seperti rakan-rakannya yang lain...
Wednesday, 29 February 2012
kajian tindakan - Geografi -
Kajian Tindakan........ tahun ni semua guru kat sekolah saya diwajibkan untuk melaksanakan kajian tindakan... perit juga saya nak memikirkan apakah kajian tindakan yang hendak saya laksanakan.... memikirkan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dengan melihat perkembangan setiap kemahiran serta sub topik yang diajar. Saya memilih mata pelajaran geografi sebagai kajian tindakan..Kalau geografi ini memang banyak kajian tindakan yang boleh saya buat. kalau melihat dari sudut pelajar itu sendiri sebagai pelajar pendidikan khas masalah penglihatan khususnya yang totally blind... perkara paling rumit yang saya rasakan ialah tajuk kemahiran geografi 'menafsir peta".
Memang agak rumit bagi mereka yang menhadapi masalah penglihatan khususnya yang totally blind... sebabnya
i. peta yang sedia ada diubah dalam bentuk gambar rajah supaya mereka dapat mengecam menggunakan sentuhan jari jemari. bayangkanlah sebuah peta topo kalau yang padat kandungannya. gambar rajah tersebut pun akan menjadi padat dan ruang pengecaman mereka agak terbatas kerana terlalu sempit dan akhirnya mereka memberi jawapan yang salah..kalau soalan PMR. saya lebih menekan kan pelajar ini meninggalkan soalan 1- 6 dan jawab terlebih dahulu soalan yang lain. Ini kerana peta topo apabila ditafsirkan oleh mereka boleh mengambil masa yang panjang dan akhirnya soalan yang seterusnya yang lebih mudah akan menyebabkan mereka rugi kerana tidak menjawab.
ii. satu lagi masalah ialah mengira panjang bagi sungai atau jalan raya yang berliku-liku. Dalam hal ini pendekatan yang saya ambil ialah menjadikan jalan raya tersebut lurus., kalau tidak pun saya terpaksa mengukur sendiri dan memberikan skala peta contohnya kalau skala 1cm mewakili 2km jadi panjang sungai ialah 5cm.. so pandailah pelajar ini memikirkannya..
iii. satu lagi masalah yang rumit ialah penggiraan bearing sudut... berpusing-pusing jangka sudut tersebut kalau mereka nak mencari bearing sudut. pendekatan saya ambil ialah membantu mereka menetapkan kedudukan jangka sudut tersebut dan memberikan mereka menjangkakan bearing sudutan berdasarkan sudut sama ada 90, 180, 270 atau 360... dan mereka akan menganggar pada pilihan jawapan yang hampir.
-- Apa pun masalahnya saya sentiasa berusaha membantu pelajar saya ni untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar subjek ini setiap tahun pelajar saya mendapat 100% lulus walaupun tidak mendapat A tetapi ada juga yang pernah mendapat B satu pencapaian yang agak baik. Hanya pada tahun 2009 sahaja hanya seorang sahaja yang mendapat E dengan peratus 98.7%. Tahun lalu pelajar saya juga kesemuanya lulus dengan 100%.. ...

Cikgu ‘kung fu’ guru besar
GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.
“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.
Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.
“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.
Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
-- my metro-
Saturday, 25 February 2012
Peluang kerja kepada wanita
Syarikat Penerbangan Komuniti yang juga anak syarikat penerbangan Malaysia (MAS), Firefly, menganjurkan sesi interaktif bagi mempromosikan peluang pekerjaan dalam penerbangan kepada golongan wanita sempena hari wanita antarabangsa.
Dengan bertemakan ‘Menyambungkan gadis, inspirasi masa hadapan’, majlis itu dihadiri pelajar wanita dari Kolej Pengurusan Penerbangan, Bangi dan Kolej Pendidikan Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Sesi interaktif itu memperlihatkan kumpulan pekerja wanita Firefly, khususnya juruterbang dan jurutera, menceritakan latar belakang pendidikan bagi mendorong pelajar ke arah kerjaya dalam dunia penerbangan.
Ketua Pegawai Operasi Jarak Dekat MAS dan Firefly, Ignatius Ong berkata, tujuan Firefly menjalankan sesi tersebut bagi mendorong pelajar tempatan terlibat di dalam kerjaya penerbangan.
“Menjadi juruterbang adalah kerjaya paling diminati. Bagaimanapun, objektif utama kami adalah menyedarkan pelajar tentang kerjaya lain dalam industri penerbangan.
“Dengan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang penerbangan ini,” katanya, di Kompleks MAS A, Bangunan Penerbangan Simulasi, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.
-- sinar harian--
Orang Asli menang kereta Mercedes
SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.
Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta.
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.
-- sinar harian--
SPR Diminta Buka Kaunter Daftar Pengundi Di Kampus
MELAKA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memandang berat isu 3.7 juta rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi telah mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua kampus universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga meminta SPR menggunakan kenderaan bergerak ke kawasan kilang sebagai kaunter pendaftaran.
"SPR perlu memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tersebut didaftarkan sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum berlangsung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa Melaka di sini malam tadi.
Ibrahim berkata, beliau memandang serius masalah berkenaan dan telah mengarahkan semua ketua wira dan wira Perkasa di peringkat negeri dan daerah di seluruh Semenanjung Malaysia mengambil tindakan membantu anak muda yang telah berusia 21 tahun berdaftar sebagai pemilih.
Beliau juga menyarankan rakyat khususnya golongan muda supaya tidak memberikan sokongan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Masalahnya anak muda ini tidak kenal siapa Anwar sebenarnya dan kebetulan mereka terdedah dengan media baru yang hanya memaparkan kehebatan beliau sehingga terpengaruh dengan lakonan dan sandiwaranya," kata Ibrahim.
--mstar online--

Sikap Panas Baran Pemandu Punca Kemalangan
PETALING JAYA: Rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan sikap panas baran dan memandu secara berbaya di jalan raya.
Bukan itu sahaja, pemandu yang tidak berpuas hati akan menyatakan rasa marah mereka di laman web sosial dan ada antara mereka yang menulisnyadi Twitter dengan tujuan memalukan pemandu yang dianggap ‘tidak berhemah’ ini.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ketua Unit Faktor Kemanusiaan dan Kos Kemalangan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),
Karen Goonting, berkata sikap panas baran ketika memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan satu hingga dua kali ganda.
Beliau berkata pemanduan secara agresif sangat membimbangkan kerana ia berlaku setiap hari dan hampir ‘semua orang berhadapan dengan masalah yang sama masa tertentu.’ Tambahnya, terdapat perbezaan antara keganasan jalan raya dan pemanduan secara berbaya. Hal ini kerana, keganasan jalan raya menyebabkan kecederaan ke atas pengguna lain atau menyerang seseorang yang mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan malah yang paling ditakuti ada yang boleh menyebabkan kematian.
”Keganasan jalan raya lebih membimbangkan dan menakutkan ia tidak sama seperti seperti pemanduan agresif. Ia melibatkan tindakan seperti memandu laju, mengekori, melanggar lampu merah serta melanggar peraturan jalan raya yang lain,” katanya. Statistik polis pada tahun 2010 menunjukkan sikap pemanduan pemandu lelaki lebih agresif berbanding wanita. Sebanyak 203,436 kesalahan melibatkan pemanduan agresif
69,556 kes melibatkan pemandu wanita.
Statistik menunjukkan daripada 1.3 juta kesalahan yang dilakukan, melibatkan 870,472 pemandu lelaki sementara 293,505 pemandu wanita.
Memandu terlalu hampir dicatatkan sebagai punca utama kemalangan pada tahun 2010, dengan 150, 682 kes, diikuti membuat pusingan u berbahaya (65,131), memandu laju (39,526), dan memotong secara berbahaya (22,668).

Jalan Bolivia paling bahaya di dunia
CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.
Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit.
Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP
Subscribe to:
Posts (Atom)