Friday, 21 December 2012
Tahniah buat anak didikku pelajar pendidikan khas
Tahniah buat anak-anak pendidikan khas cikgu kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Tahniah juga di ucapkan kepada Nordiah Marikan kerana mendapat keputusan 6A.. dan paling aku gembira tahun ini sekali lagi keputusan matapelajaran geografi yang aku ajar sekali lagi dalam sepanjang aku mengajar mencapai 100% lulus... Alhmadulillah. Semoga tahun depan pelajar khas ku yang mengambil PMR tahun ini juga akan mendapat kelulusan 100%.. Insya Allah...
Monday, 10 December 2012
terima kasih wahai anak muridku
Terimakasih anak-anak muridku khususnya pelajar pendidikan khas tingkatan 5 dan tingkatan enam... semalam aku di minta untuk datang ke bandar kota kinabalu dan berjumpa dengan mereka di Centre Point.. selepas berjumpa dengan mereka .. mereka mengajak aku ke suatu tempat dan aku menurut sahaja kemahuan mereka. setibanya di suatu tempat yang dituju tiba-tiba mereka memberitahu mereka dah tempah satu bilik untuk saya di sebuah hotel. aduh terharunya... anak-anak murid memberikan penghargaan yang aku tak akan lupakan seumur hidupku. walaupun hotel ni tidaklah semewah 5 atau 4 bintang tetapi penghargaan mereka amat aku hargai kerana ketulusan mereka... Pada mulanya aku hendk memberikan bilik tersebut kepada pelajar yang lain sahaja namun memikirkan mereka telah memberikan penghargaan untuk ku jadi aku menerimanya seadanya.
TERIMAKASIH HEDZELYN, HARZIAH, SHIDA, DAN MAILIN.. CIKGU TAK AKAN LUPAKAN SEMUANYA...
Terima kasih Mohjd Hafiz kerana menerima pelawaan cikgu untuk tidur di bilik tersebut memandang kan bilik yang ditempah adalah twin bed...
p/s: Doa cikgu semoga kalian mencapai keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM...
TERIMAKASIH HEDZELYN, HARZIAH, SHIDA, DAN MAILIN.. CIKGU TAK AKAN LUPAKAN SEMUANYA...
Terima kasih Mohjd Hafiz kerana menerima pelawaan cikgu untuk tidur di bilik tersebut memandang kan bilik yang ditempah adalah twin bed...
p/s: Doa cikgu semoga kalian mencapai keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM...
Subscribe to:
Posts (Atom)