Esuk dah bermula persekolahan..mood nak kerja dah nak bermula.. melihat kerja yang masih belum dapat diselesaikan, aduhai takutnya rasa hati..2 minggu cuti banyak benda yang dilalui maklumlah hari raya.. meriahlah katakan balik sarawak balik tawau dan akhirnya kerja yang hendak di ssiapkan sebelum buka sekolah tak siap siap juga. Erm erti kata malas sikit sebab cuti.. malam ni mulalah suasana hiruk pikuk di asrama dengan suasana pelajar asrama yang kecil molek, besar dan dewasa kembali ke asrama.. kadangkala bila sunyi rindu suasana tersebut... apapun selamat kembali ke sekolah esuk moga mood raya tak da esuk dan aku nak mula bertugas seperti biasa.
P/S minggu depan minggu penyeliaan erm tak tau apa nak buat nak cari satu aktiviti yang sesuai sekali untuk pengajaran..
Saturday, 17 August 2013
Friday, 9 August 2013
Perlukah berterus terang???
Adakah manusia berani mengatakan ya dengan kesilapan yang mereka lakukan.. rasanya sukar apatah lagi berhadapan dengan situasi yang mungkin memeranjatkan.Manusia akan cuba mencari helah belah diri untuk mempertahankan dirinya daripada melakukan kesalahan. bila berlaku situasi yang orang lain akan tahu, sukar mengatakan ya kerana kebenaran walaupun kita mendesak sekali pun.Sesungguhnya Allah swt tahu apa yang kita lakukan di mana kita lakukan dan bila kita lakukan kesilapan tersebut. Namun bagi saya jika manusia itu tidak mahu mengaku dan manyatakan kebenaran hanya satu sahaja yang aku pegang kata kata ini ikut kata hati.kalau kata hati dia yang buat kesilapan, memang dialah buat kesilapan, dan perlu fikir lagi. biarlah dia mencari jawapan sebenarnya.
p/s: Berterus terang adalah lebih baik kerana lambat laun kita ketahui juga..
p/s: Berterus terang adalah lebih baik kerana lambat laun kita ketahui juga..
jamuan hari raya
Apabila berkunjung ke rumah sanak saudara, ada benda yang aku mungkin orang lain yang tak suka manis tak suka iaitu air manis yang bergas. Inilah paling ringkas yang dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya. Bukan tak suka tapi kandungan dalam air minuman tersebut mengandungi gula yang banyak. Tak hairanlah jika ada kencingmanis selepas hari raya nanti. Aku memang tak suka minum air bergas kerana kemanisannya yang melampau.. lidah ku dah sebati dengan air kurang manis. Sedangkan teh pun aku lebih suka tanpa gula sebab aku dah biasa. Mungkin itu sebabnya penurunan berat badan ku nampak pada puasa kerana aku memang tak makan benda benda manis. Di rumah pun aku berbelanja sebulan gula hnya sekilo sebulan.
Berbalkk kepada jamuan hari raya, biasanya aku tidak berani nak minum aku bagi kepada anak anak saudara yanb mungkin kehausan. Kalau tuan rumah memanb aku kenal sangat aku minta air putih kalau tak pun aku biarlahkan haus tetapi dalam kereta aku akan minum sebab aku dan bawa bekalan air kosong.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka lebih suka cepat menghidangkan air minuman dengan air bergas. Tidak salah, tapi tengoklah keadaan sekiranya tetamu tu yang sakit ada kencing manis terutama orang orang tua kita sediakan lah minuman kurang manis yang dibuat sendiri.biarlah orang kata tak manis tetapi yang penting sihat dan tetamu kita pun sihat..
P/s lebih suka menghidangkan air mineral untuk tetamu..
Berbalkk kepada jamuan hari raya, biasanya aku tidak berani nak minum aku bagi kepada anak anak saudara yanb mungkin kehausan. Kalau tuan rumah memanb aku kenal sangat aku minta air putih kalau tak pun aku biarlahkan haus tetapi dalam kereta aku akan minum sebab aku dan bawa bekalan air kosong.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka lebih suka cepat menghidangkan air minuman dengan air bergas. Tidak salah, tapi tengoklah keadaan sekiranya tetamu tu yang sakit ada kencing manis terutama orang orang tua kita sediakan lah minuman kurang manis yang dibuat sendiri.biarlah orang kata tak manis tetapi yang penting sihat dan tetamu kita pun sihat..
P/s lebih suka menghidangkan air mineral untuk tetamu..
Tuesday, 6 August 2013
pesanan buat mereka
Kadang kala saya terlalu sedih melihat sikap pelajar yang masih belasan tahun hari ini. Pengalaman mengajar saya betapa didikan ibu bapa mungkin salah satu punca pelajar bermasalah khususnya dalam soal bercinta di usia muda. Banyak pengalaman yang saya lalui akibat masalah percintaan di usia muda ini yang akhirnya tiada kesudahan dan hanya menyeronokkan mereka sahaja. Pernah saya tertangkap telefon bimbit seorang pelajar, kadang kala malu nak baca, sms yang kadang kala seperti suami isteri sudah, ke mana lah iman dan budi pekerti anak anak ini ya. Saya pernah memanggil seorang pelajar perempuan dan bertanya di depan ibunya sendiri sama ada dia suka dengan pelajar lelaki ini. Jawapan yang diberikan ialah suka.terkedu ibu dia sendiri melihat saya tergamam.itu belum lagi yang mengugut nak membunuh diri, nak lari dari rumah, bercakap mencarut selepas hubungan mereka bermasalah..mereka mudah melafazkan kata cinta dan sayang kepada pasangan mereka yang belum ada apa ikatan dan berjanji lagi sehingga akhir hayat.
Pada pandangan saya sikap ini datang dari diri sendiri kerana kesukaan dan keseronokan apabila bercouple malangnya usia masih muda remaja. Ibu bapa masih lagi menanggung beban. Kasihani lah ibu bapa kamu bukan tangisan kerana malu mereka mahu tetapi tangisan kejayaan yang mereka mahu lihat.. berubahlah demi masa depan, percayalah satu hari nanti kamu akan berasa menyesal kerana sikap kamu sendiri dan pengalaman saya sendiri tidak pernah melihat kejayaan cemerlang pada pelajar yang bercouple tetapi tanyalah mereka yang tidak bercouple sentiasa cemerlang kerana mereka tidak pernah memikirkan diri orang lain berbanding diri mereka sendiri untuk berjaya dan tidak pernah membuang masa untuk bergayut, bersms dan berangan angan kosong sehingga melalaikan pelajaran dan pasangan bercouple ini akhirnya hanyut dan kecewa dengan keputusan mereka dan akhirnya menyesal...sejauh mana hebatnya dalam pelajaran kita jika diri dah dibelengguperasaan cinta ketika belajar percayalah akhirnya akan kecundang barulah rasa menyesal..pengalamanyang saya lihat sendiri banyak keburukan berbanding kebaikan walaupun dia sehebat mana pun dalam pelajaran..
P/s sekadar memberi nasihat kerana nasihat tu amat berguna.teringat zaman belajar dahulu, saya lebih suka berkawan dengan sesiapa pun kerana teringat pesanan ibu belajar bersungguh2 kerana dengan pelajaran akan mengubah nasib kita agar satu hari nanti orang akan pandang kamu sebagai anak penjual kuih yang berjaya.
ketabahan hidup membawa kejayaan
Kisah menyayat hati. Sebak rasanya mendengar cerita anak ini yang aku baru aku kenal.. kisahnya mungkin biasa tapi kehidupannya cukup bermakna. Kemiskinan tidak pernah menghalang untuk dia mencapai keputusan cemerlang. Mendapat 8A dalam SPM cukup membanggakan saya. Kemana haluan kata ku. Rupanya baru sebulan mendaftar sebagai guru pelatih di IPGA. Syukur alhamdulillah. Bidang apa? Rupanya pendidikan khas.ada sebab kenapa memilih bidang ini. Sebelum ini belajar di tingkatan enam, apabila mendapat tawaran dari ipga satu kegembiraan buat dirinya apatahlah sebagai anak sulung ingin mengubah nasib diri. Blog ku menjadi medan persediaan untuk dia temuduga. Alhamdulillah berjaya.ayah dan ibu merupakan kurang upaya cacat penglihatan dan hanya mendapat bantuan kebajikan masyarakat dan sebagai tukang urut. Katanya dialah yang membawa ibu bapa ke tempat kerja sebagai tukang urut. Dengan duit tukang urut itu dia membeli buku SPM walaupun tidak mahu meminta kerana bimbang ketiadaan duit membeli makanan untuk adik adiknya.
Bagi ku kalau lah pelajar asramaku ada kesedaran seperti anak ini, sudah tentu mereka semua cemerlang dan mahu mengubah nasib ibu bapa mereka yang miskin
P/s doa ku semoga berjaya dan keluar menjadi guru yang berdedikasi dan dapat mengubah nasib ibu bapa kamu..tahniah dik semangat kamu amat kental.
ucapan hari raya seikhlas hati
Selamat hari raya maaf zahir batin terutama buat ayahanda dan bonda tercinta, adik beradikku,, anak anak saudaraku yang tersayang, sepupu sepapat, rakan rakan sekerja dan tidak lupa buat pelajar pendidikan khasku yang pernah kena marah serta pelajar asrama yang pernah kena rotan di tangan atau di punggung kerana kenakalan.. selamat hari raya dan maaf zahir batin. Selamat hari raya juga buat rakan di blog dan facebook..
kenangan di bulan ramadan
Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadat untuk kali ini. Dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dan cabaran yang Allah berikan untuk ku. Tapi aku redha dengan apa yang berlaku. Aku banyak bermuhasabah diri tentang dosa dosa yang aku lakukan, meminta keampunan kerana bulan ramadan ni bulan sejuta rahmat dan keampunan. Dalam bulan ini aku sakit, sakit yang tak terkata-kata sehingga membawa aku ke hospital tetapi aku tetap melaksanakan puasa. Bulan puasa juga aku diuji dengan sikap pelajar asrama yang menguji keimanan dan kesabaranku namun semua itu ujian untuk ku bersabar dan mencari jalan penuh ketenangan. Semoga bulan ini ibadat ku diterima sepenuhnya dan aku berharap aku dapat bertemu dan melaksanakan ibadat puasa dan solat tarawih pada tahun depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)