Kenapa kita dipilih menjadi guru pendidikan khas .. kerana sudah tertulis dan Allah swt telah merencana hidup kita untuk menjadi guru khas dan seterusnya membantu mereka. Namun sedih rasa hati apabila melihat segelintir sikap guru khas sendiri yang tidak menunjukkan rasa tanggunjawab dan pengorbanan sebagai guru khas.
Pelajar sekarang semakin berubah, mereka boleh bersuara.. dan akhirnya nama kita di sebut sebagai guru itu dan ini.. Mudahnya pelajar melabel kita... sebagai guru bermasalah...
Tunjukkanlah tanggung jawab yang besar dan semangat yang jitu dalam diri anda sebagai guru khas.. Kita diberikan peluang untuk membantu mereka serta membimbing mereka sedaya kita mampu jangan sampai melabel dan membenci kita kerana sikap kita.
Wednesday, 23 October 2013
klinik goal ball dan catur anjuran Jabatan Belia dan Sukan
Minggu lalu bersama dengan seorang rakan guru menghadiri kursus goalball dan catur bertempat di kuching, Sarawak. kami membawa 5 orang pelajar dalam aktiviti tersebut. Berikut adalah gambar aktiviti
klinik permainan catur
klinik dan permainan goal ball
peserta dari negeri Sabah
Terimakasih tak terhingga kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak yang memberi peluan kepada kami untuk menyertai klinik ini dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak layanan anada terhadap kami memang yang terbaik sekali...
klinik permainan catur
klinik dan permainan goal ball
peserta dari negeri Sabah
Terimakasih tak terhingga kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak yang memberi peluan kepada kami untuk menyertai klinik ini dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak layanan anada terhadap kami memang yang terbaik sekali...
Monday, 14 October 2013
selamat hari raya korban
Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
(selamat hari raya korban buat semua keluarga yang berada di tawau...
Mak dan Ayah
Adik Beradik semua
Rakan -rakan
dan anak didik sekalian...
Raya di asrama dengan pelajar-pelajar yang tak dapat pulang kg...
Di sebalik kekurangan ada kelebihan
walaupun autisme, pelajar ini mempunyai kelebihan iaitu melukis seperti pelajar normal. Dari raut wajah nampak tiada masalah, tetapi jika kita mendekatinya, dia merupakan autisme...
p/s kekurangan bukan penghalang
p/s kekurangan bukan penghalang
Friday, 4 October 2013
Pengorbanan anak untuk ibunya
Kuala Lumpur: “Segulung ijazah yang saya terima hari ini (semalam) hadiah istimewa buat emak. Dia adalah sumber inspirasi saya sampai bila-bila,” kata Nurul Natasha Abdullah Sani, 23, ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013, semalam.
Nurul Natasha dari Fakulti Undang-undang menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang Sarjana Muda Undang-undang.
Katanya, sebaik diterima memasuki UM pada 2009, dia membulatkan tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas segala pengorbanan ibunya, Rohaya Hussin, 49, yang membesarkan dia dan abang tanpa suami sejak 23 tahun lalu.
“Ayah meninggal dunia ketika emak sarat mengandungkan saya. Bagi menyara kami dua beradik emak bekerja di kilang dengan gaji RM500.
“Walaupun mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan emak hanya cukup untuk perbelanjaan kami, tetapi emak berjaya memberi pendidikan sempurna kepada kami adik beradik. Itu yang membuatkan saya kagum dengan emak,” katanya yang berasal dari Lubuk Cina, Melaka.
Sementara itu, ibunya Rohaya berkata, dia sentiasa menasihat anak-anak supaya mengutamakan pelajaran kerana itu saja yang boleh mengubah kehidupan mereka.
sumber: berita harian
perginya anak saudara dengan senyuman...
Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, merupakan hari yang paling sebak namun semuanya adalah ketentuan Allah swt dan kami redha dengan apa yang berlaku. semoga adikku dan suaminya tabah menghadapi, hari Jumaat berakhirnya kesengsaraan anak saudaraku muhammad irsyad hamizan bertemu dengan Allah SWT. Aku tidak sempat untuk pulang ke kampung tetapi aku tahu keluarga ku terutamanya adik ku kuat menghadapi segalanya, Selama dua minggu aku menungggu khabar berita semoga aku menerima berita yang gembira kerana aku inggin melihat anak saudara ku berada di sisi kami. Tetapi Allah lebih menyayangi dia ujian demi ujian yang diberikan kepadanya, pada mulanya dia disahkan pendarahan otak, doktor memberikan tambahan darah, kemudian paru-paru berdarah, dan buah pinggang rosak. dah seminggu tidak kencing dan berak. sedih apabila ibu berkata dia di penuhi dengan mesin-mesin penyambung nyawa dan juga wayar-wayar untuk tambah air dan darah di hidung dan mulut. Ya Allah ujian buat hamba mu sama ada kami sabar atau redha. Doktor tidak boleh berbuat apa-apa hanya menunggu genap 14 hari.. dan semalam hari jumaat genaplah dia selama 2 minggu , Allah pinjamkan kami selama itu dan adikku membawa balik ke rumah kerana berlaku pendarahan di mulut dan kadar denyutan jantung semakin lemah dan tekanan darah tidak naik, dalam perjalanan pulang adikku berkata selama seminggu dia bertarung nyawa dia tidak pernah membuka matanya, tetapi apabila ibunya membawa dia pulang matanya terbuka luas dan tersenyum,. subhanallah ya Allah.
setibanya di rumah, keluarga ku mengucup sebagai tanda kami sayang dia selama-lamanya dan di saat terkahir itu dia membuka matanya melihat ahli keluarga ku satu persatu dan selama dua minit dia berada di rumah dia menutupkan mata dan meninggalkan kami selama-lamanya untuk bertemu Allah swt. dan perginya dengan tersenyum. dan selepas solat jumaat bersemadilah dia di tanah perkuburan Islam di Tawau..
p/s Allah lebih sygkn mu,muhammad irsyad hamizan..terima kasih Allah izinkan kmi meminjamnya genap 2 minggu..al-fatihah..redha atas ketentuanMU Ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)