Saturday, 24 September 2011

Bonus ikut kemampuan: Najib

 

 TANJUNG TUALANG: Pemberian bonus dan kenaikan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam masih menjadi teka-teki apabila Datuk Seri Najib Razak, semalam enggan mengesahkan atau menafikan kesediaan kerajaan berbuat demikian dalam Bajet 2012.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata sebarang keputusan pemberian bonus dan kenaikan gaji bergantung kepada kemampuan kerajaan.
Saya punya pendirian, apa-apa yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan lebih awal lagi. Kalau kita mampu (berikan bonus dan kenaikan gaji), kita buat, kalau kita tak mampu kita tak buat, katanya selepas membuat tinjauan mesra dan merasmikan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang di sini, sempena lawatan turun padang sehari ke Perak, semalam.
Hadir sama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli, beberapa Menteri Kabinet serta Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong.

Perdana Menteri ditanya sama ada kerajaan berada dalam kedudukan berkemampuan untuk memberikan bonus dan kenaikan gaji dan elaun seperti diperkatakan beberapa pihak.

Semalam, akhbar ini melaporkan kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Najib dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini.

Ditanya pula sama ada bajet kali ini akan memberi banyak kejutan, Najib berkata: Saya tidak tahu, tunggulah dulu, saya gemar membuat kejutan, katanya.
Perdana Menteri bagaimanapun menegaskan kerajaan melalui bajet berkenaan akan memberi tumpuan mengukuhkan permintaan dalaman berikutan persekitaran luaran yang lemah dan tidak menentu.

Kita perlu bersandar kepada permintaan dalaman, jadi bajet ini mesti merangsangkan pelaburan dan mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus belanja dengan secara berhemah supaya ekonomi domestik atau dalaman kita ini terus berpaksi kepada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan mahupun dari segi penggunaan.

Keduanya, kita telah menetapkan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) untuk memerangi kenaikan harga dan kos hidup rakyat, jadi kita tengah tengok bagaimana kita boleh bantu melindungi rakyat daripada kesan negatif,

sumber: Berita harian Online

p/s: Bersyukur dengan apa yang diperolehi pada hari ini

Satelit AS jatuh ke bumi

mi

GAMBAR UARS yang sempat dirakamkan di ruang udara Belanda pada 18 Jun 2010.


WASHINGTON - Sebuah satelit tamat tempoh seberat enam metrik tan milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkecai semasa memasuki atmosfera bumi pagi semalam dengan serpihan-serpihannya jatuh bertaburan di rantau Lautan Pasifik.
Pusat Operasi Bersama Angkasa Lepas AS dan NASA dalam satu kenyataan memberitahu, serpihan-serpihan satelit sebesar sebuah bas itu tidak semestinya menjunam ke dalam laut tetapi mengesahkan ia jatuh dalam kawasan seluas 800 kilometer persegi di rantau Pasifik.
Setakat berita ini ditulis, pihak berkuasa belum ada mengenal pasti lokasi yang tepat tempat serpihan-serpihan tersebut jatuh.

GAMBAR satelit UARS yang dikeluarkan oleh NASA selepas ia jatuh ke bumi kelmarin. - AFP


Menurut kedua-dua agensi AS itu, satelit sepanjang 11 meter itu jatuh antara pukul 1.23 petang (5.09 petang semalam waktu Malaysia).
Semasa menembusi atmosfera bumi, ia berkecai kepada lebih 100 kepingan tetapi cuma sekitar 26 kepingan logam berat dengan serpihan terbesar seberat 135 kilogram dijangka menjunam ke bumi.
NASA meramalkan kelajuan serpihan satelit itu apabila memasuki ruang udara ialah kira-kira 109 meter sesaat.
NASA sebelum ini meramalkan satelit yang dikenali sebagai Satelit Penyelidikan Atmosfera Amerika Syarikat (UARS) itu jatuh ke bumi seawal Khamis lalu.


sumber:kosmo online


Wednesday, 21 September 2011

Jenayah pelajar sekolah membimbangkan

TEMERLOH — Jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah di negara ini dilihat masih membimbangkan sekalipun berlaku penurunan kes berbanding tahun sebelum ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini sebanyak 741 kes dicatat bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda membabitkan pelajar sekolah.

"Dari Januari hingga Jun 2010, sebanyak 761 kes melibatkan pelajar sekolah dalam jenayah kekerasan dan harta benda dan kes itu menurun 2.6 peratus (741 kes) bagi tempoh yang sama tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, hari ini.
Beliau berkata, bagi kes jenayah kekerasan dan harta benda yang dilakukan remaja yang tidak bersekolah pula ialah sebanyak 1,142 kes dilapor bagi tempoh Januari hingga Jun 2010 dan ia meningkat kepada 1,420 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.

Lam Thye berkata, semua pihak terutama ibu bapa perlu memainkan peranan bersama-sama menangani masalah itu. — Bernama

mindaku mahu menulis

Lamanya aku tak menulis kat entry ni. Agak sibuk juga aku selepas hari raya. Banyak aktiviti yang kena buat. Buka sekolah, selepas hari raya hari keluarga pendidikan khas, pas tu Jamuan hari raya Asrama. selepas tu mesyuarat KSSR buku teks KAIMAL di Kuala Lumpur. punyalah aku sibuk.. sampai pening kepala dibuatnya.
Balik ja dari KL, kerja dah menanti translate jawapan pelajar yang berjela-jela panjangnya.. dah tanggungjawab aku malam aku sampai, malam itu juga aku ke bilik guru ambil jawapan pelajar nak translate dengan sasaran kerja siap dalam tempoh sehari.
Alhamdulillah siap juga akhirnya, belum habis lagi tu datang lagi soalan percubaan SPM sejarah dan BM.. dah lah tu soalan BM nak kena buat serentak esuknya, aku punyalah gelabah nasib baik dah siap emboss dapatalh dijalankan serentak selaras. hari ini kerja aku nak menyiapakan terjemahan jawapan. Macam-macam jawapan yang diberikan. No komen nanti minggu depan kena komen lah pelajar ku ni.. banyak betul kesalahan berulang. Bukan tak pernah di ajar. Mungkin lupa.akhirnya tak sampai 24 jam kerja aku siap esuk nak bagi cikggu Miriani untuk key in markah mereka.


Dalam kesibukan aku minggu ni ada dua perkara penting yang aku buat. perkara paling penting aku seolah2 menggantikan tempat PK pendidikan khas sebab dia tak da pergi mesyuarat Buku Teks. segala-galanya di bahu aku terpikul.Satu bebanan bila aku di minta membuat surat...pening aku dibuatnya mengalahkan urusan rasmi kerajaan, minggu ni juga aku cuba membantu bekas pelajar ku untuk rayuan ke IPTA. kasihan sungguh aku kat dia, mana tidaknya apa silapnya sehingga dia tak dapat berjaya ke IPTA sedangkan dia mendapat keputusan yang baik sedang ada yang mendapat keputusan yang teruk pun boleh berjaya ke IPTA. Mustahilkan jadi aku memberanikan diri untuk meminta bantuan dan sokongan dengan Menteri Pengajian Tinggi melalui Emel.
Alhamdullilah ada rspon daripada Encik Sarfarizal (kalau aku tak silaplah) pegawai dari Pejabat Menteri pengajian Tinggi. Terimakasih banyak ya encik. Semoga pelajar saya ini akan berjaya Insyaa Allah..


Dan minggu ini aku berharap segala tugasan yang aku laksanakan dapat ku lakukan dengan baik.

Tuesday, 6 September 2011

USM tingkat kemudahan OKU

GEORGE TOWN - Universiti Sains Malaysia (USM) membelanjakan lebih RM2 juta sejak lima tahun lepas bagi menambah baik kemudahan untuk pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang menuntut di universiti itu.

Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, semua bangunan baru terutama pusat pengajian di USM telah dilengkapi kemudahan untuk pelajar OKU.

"USM mahu menjadi sebuah universiti yang mesra OKU dan antara kemudahan yang disediakan ialah laluan khas, peralatan khas untuk pembelajaran, bantuan kerusi roda dan kenderaan khas untuk membawa pelajar OKU ke pusat pengajian ,” katanya kepada pada sidang akhbar Sambutan Pelajar Baru USM Sidang Akademik 2011/2012 di sini hari ini.

Katanya, sebanyak 3,883 orang termasuk pelajar antarabangsa dari Indonesia, Bangladesh, Turki, Arab Saudi dan China dijadual mendaftar diri bagi pengajian ijazah pertama di USM tahun ini.

Sementara itu, seorang pelajar cacat penglihatan Mohamad Aziz Abidin, 21, berkata, beliau teruja dapat menjadi pelajar USM selepas seorang rakan senasib dengannya menceritakan universiti itu menyediakan kemudahan untuk golongan seperti mereka.

"Rakan saya yang turut cacat penglihatan menyambung pelajaran di USM sejak tahun lepas dan dia selalu bercerita tentang kemudahan untuk golongan OKU di universiti ini,” katanya.

Mohamad Aziz berkata, sebagai anak sulung, beliau bercita-cita memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dan mendapat pekerjaan yang baik bagi membantu keluarga. - Bernama