Tuesday, 17 July 2012
Tahniah buat pelajar Pendidikan Khas
Tahniah di ucapkan buat satu-satunya pelajar STPM pendidikan khas tahun lalu yang berjaya mendapat di IPTA iaitu di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains sukan. Teruskan perjuangan anda di UMS kelak dan semoga berjaya. Buktikan kekurangan anda bukan penghalang...
Tahniah Abner...
guru lulusan program pensiswazahan guru
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi
berkata, urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program
pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Penangguhan selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu
daripada sebab ramai guru yang tidak mahu mengikuti program
pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan agar perkara ini
diselesaikan secepat mungkin.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Saturday, 23 June 2012
Naik taraf gred
7,975 guru lepasan diploma naik taraf ke gred DG41
BATU PAHAT 23 Jun - Seramai 7,975 guru perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPLD) yang telah melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah akan dinaik taraf sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPS) gred DG41 tahun ini.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan perjawatan baru itu kepada guru-guru tersebut pada Mei lalu.
Beliau menjelaskan, golongan itu merupakan sebahagian daripada guru-guru PPLD yang diberi peluang melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dengan kerjasama Universiti Terbuka Malaysia (OUM) menerusi program pensiswazahan guru.
"Baru-baru ini, timbul isu guru-guru yang telah disiswazahkan belum disahkan perjawatan ke gred DG41 terutama bagi kohort dua, tiga, empat dan lima.
"Kita dan universiti melahirkan guru, tetapi hendak melantik perlukan kelulusan Perbendaharaan (treasury) sebab 'dia' akan bayar gaji dan luluskan perjawatan. Jadi, ini menyebabkan guru yang telah disiswazahkan ini kena menunggu untuk dinaikkan daripada PPLD kepada PPS," katanya.
sumber: Utusan Online
Tidak perlu bayar balik pinjaman
Pelajar ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik
JOHOR BAHRU – Seramai 4,430 pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.
Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang, di sini, hari ini.
Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.
"Sebanyak 4,430 pelajar itu merupakan mereka yang diluluskan pinjaman pendidikan PTPTN selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2010 melibatkan pembiayaan RM116.2 juta,” katanya.
Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, peluasan dasar pinjaman boleh ubah itu dibuat selepas kerajaan berpendapat bahawa pelajar cemerlang wajar diberi pengiktirafan selain menggalakkan pelajar terus berusaha mendapatkan keputusan cemerlang. – BERNAMA
Pejawat awam cuti tanpa rekod tunai umrah
CUEPACS cadang cuti tanpa rekod untuk penjawat awam tunai umrah
LANGKAWI 23 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod bagi penjawat awam menunaikan umrah.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS akan membuat usul rasmi kepada kerajaan berhubung perkara tersebut dalam masa terdekat.
"Bermula Januari 2009, cuti rehat penjawat awam dikurangkan dari 30 hari hingga 35 hari setahun kepada 17 hingga 25 hari. Penjawat awam hanya dibenar mengambil cuti tanpa rekod untuk aktiviti-aktiviti melibatkan negara atau negeri sahaja dan perlu mengambil cuti rehat atau tanpa gaji untuk menunaikan umrah.
"Ramai penjawat awam yang menunaikan umrah terpaksa menggunakan cuti rehat atau mengambil cuti tanpa gaji. Jadi kita minta kerajaan pertimbangkan semula penggunaan cuti tanpa rekod untuk tujuan itu," katanya. - BERNAMA
P/S: kalau diluluskan alhamdulillah.. boleh lah ambil pakej bukan cuti sekolah...
Usah abai nasib OKU
Usah abai nasib OKU
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) digesa bertindak lebih proaktif dan relevan bagi memastikan nasib golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini lebih terjamin.“Ini termasuk mewujudkan dasar pendidikan khas kepada mereka menerusi Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) dan pusat latihan vokasional.
“Namun kita kesal dengan SPA kerana apabila golongan ini (orang buta) membuat permohonan, mereka tidak menerima jawapan positif agensi berkenaan,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan penubuhan Sekretariat Istimewa di Pejabat Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno di Solaris Dutamas di sini, semalam. Menurut Muhd Khairun, kegagalan SPA berbuat demikian menyumbang kepada masalah mendapatkan pekerjaan bagi orang buta hingga merempat dan meminta-minta.
“Kerajaan sebelum ini pernah mengumumkan pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU, namun sasaran kecil masih gagal dicapai.
“Begitu juga dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 menetapkan mandatori bagi setiap pembangunan dilaksanakan adalah mesra OKU, namun kita kecewa kerana mereka seolah-olah mengambil tanggungjawab secara selektif.
“Kita boleh lihat wujud pelaksanaan dasar terpilih apabila hanya kawasan tertentu seperti Brickfields dilengkapi longkang bertutup sedangkan banyak tempat lain tidak ada, sekali gus mendedahkan golongan ini kepada kemalangan,” katanya.
Atas sebab itu, Muhd Khairun berkata, beliau menggesa KPKT melaksanakan polisi akta secara menyeluruh dan holistik bagi menjamin keselamatan dan keselesaan OKU.
sumber: my metro
Saturday, 9 June 2012
kembali ke sekolah
Esuk dah hari Ahad. lusa hari Isnin... bermula lah kehidupan sebagai guru semula untuk semester kedua. Semester kedua ini paling sibuk ialah memastikan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan melalui nya dengan tenang dan dapat mencapai keputusan cemerlang dan sebagai guru kena berusaha lebih memastikan anak-anak didik mencapai keputusan cemerlang. Banyaklah aktiviti, program, kelas, kelas tambahan akan berlaku di semester ini dan akan kelihatan muka pelajar dan guru menjadi layu, penat dan penuh tanda tanya hahaha... Yang penting folio bagi pendidikan khas siap dan dihantar untuk semakan...
Cuti sekolah kali ini... aku tak ke mana-mana. .. duduk di rumah menghabiskan masa menonton rancangan TV dan menyiapkan bahan, buku pelajar yang hendak di edit dan di emboss apabila buka sekolah kelak dapat diberikan kepada pelajar. apa pun selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.. Buat diri ku selamat bertugas... hehehe

Subscribe to:
Posts (Atom)