Wednesday, 23 January 2013

salam maulidurrasul

                                                               salam maulidurrasul,......

Tuesday, 22 January 2013

Rindu serindunya...

Rinduku pada mereka ini...sebab sudah lama aku tidak pulang ke Tawau...bila lah ada peluang untuk aku balik Tawau...


anak saudaraku dengan adikku paling bongsu  (baju kurung hijau)


anak saudaraku
semoga kakak mendapat keputusan cemerlang dalam SPM seperti dalam PMR...
Bob dan acap agaknya dah besar kamu kan....
tiada dalam gambar si adik (dore) 
senadainya  ada anak saudara lelaki yang besar tentu best  boleh bersembang  dan bermanja.. hehehe...


tApI aku tetap RiNDu dengan mereka sebabnya .......

-- rindu nak menyakat mereka.. hehehe..
-- rindu nak gaduh dengan mereka
-- rindu nak bawa jalan-jalan dengan mereka
-- rindu nak marah sebab kenakalan mereka
-- rindu nak membebel sebab kedegilan mereka hehehe




Bila demam melanda ...

Sudah dua minggu aku berulang alik ke hospital kerana membawa pelajar yang demam...nak kata letih semua itu tanggungjawab aku sebagai warden. sepeti slogan "murid diutamakan"....demam yang melanda pelajar asrama ini berlarutan sehingga ke hari ini... nasihat aku yang sering aku katakan ialah minum banyak air dan jaga kesihatan... ada beberapa kali aku terpaksa menghantar pelajar jam 11 malam. sehingga aku terlena di bangku hospital kerana mengantuk... semua ini adalah kerja. kerja itu satu ibadah yang peru dipikul sebagai amanah..bagi aku biarlah diri penat tetapi aku rasa puas hati kerana dapat membawa pelajar ke hospital dan tidaklah aku risau jika berlaku apa-apa.. Bagi aku soal demam aku tidak perlu risau kerana aku hanya menghantar pelajar yang sakit ke hospital atau klinik yang berdekatan. yang paling akau risau ialah bila ada pelajar yang  kena sampuk atau histeria... bukan apa.. aku belum cukup ilmu di dada untuk mengubat semua itu. apa yang tahu membaca surah yassin...
Berbalik cerita soal sakit tadi ada cerita manis ketika aku menghantar pelajar ku ke asrama.. mungkin aku ni ditakdirkan tidak suka ke hospital akhirnya hari-hari aku ke hospital... sehinggakan staff kat hospital tersebut mengenali diriku... apa tidaknya setiap kali pelajar sakit aku lah berurusan hantar mereka ke hospital...bagi aku asrama dan hospital tidak boleh dipisahkan dalam diriku sebagai warden... semoga pelajar asramaku sentiasa sihat walafiat...

Punca ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama


Laporan tentang Punca  Masalah Ponteng Sekolah
dalam  Kalangan  Pelajar Asrama

1.0   Pendahuluan

Masalah ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Sejak akhir-akhir ini masalah ini semakin menjadi-jadi dan telah sampai ke peringkat yang serius. Media massa juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pihak guru dan ibu bapa berasa sesuatu tindakan tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala ini semakin berleluasa sehingga ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng  didapati semakin meningkat dari semasa ke semasa. Umumnya masalah ponteng ini sering dikaitkan dengan pelajar sekolah yang berulang alik dari rumah sahaja, namun bergitu pada hari ini masalah ponteng ini juga melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di asrama sekolah. Baru-baru ini, saya telah diminta untuk membuat laporan bagi mengenalpasti kesan dan langkah mengatasi masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama. Berikut adalah laporan tersebut.

2.0   Senarai  Ahli Jawatankuasa

Pengerusi:                  Rabiatul Adawiyah Muhamad
Setiausaha:                 Mailin Mopinpin
Bendahari:                  Nifail Nausar
Ahli Jawatankuasa:
1)      Nizam Saimin
2)      Fara Chua Ai Fong

3.0   Punca Masalah Ponteng dalam Kalangan  Pelajar Asrama

3.1   Diri Sendiri

Masalah ponteng sekolah di kalangan pelajar dari aspek diri adalah punca penting yang menentukan kemampuan diri sendiri.  Kebanyakan pelanggaran disiplin pelajar berpunca dari faktor diri sendiri iaitu faktor dalaman. Faktor dalaman seperti sikap, minat, motivasi  dan keyakinan diri pelajar itu sendiri merupakan faktor utama yang menyumbang kepada ponteng sekolah.Sikap negatif pelajar terhadap persekolahan banyak mewujudkan masalah ponteng kerana mereka tidak sedar akan kepentingan pendidikan. Bagi mereka, sekolah itu merupakan satu bebanan kepada mereka. 

3.2   Rakan Sebaya

Pada peringkat remaja, rakan sebaya merupakan satu aspek penting yang dapat mempengaruhi kehidupan. Kecenderungan untuk bercampur gaul dengan rakan sebaya menyebabkan pelajar sekolah tidak berhati-hati dalam membuat pilihan rakan sebaya. Di asrama juga kecenderungan  tidak berhati-hati memilih rakan sebaya mengakibatkan pelajar mudah terikut-ikut dengan corak kehidupan yang negatif. Contohnya jika rakan sebaya sering ponteng sekolah pelajar akan terikut-ikut dengan gaya kehidupan tersebut. Pelbagai alasan yang akan diberikan kepada warden untuk mengelakkan diri dari  hadir ke  sekolah seperti masalah kesihatan, pakaian basah, pakaian sekolah dicuri dan sebagainya.  Umumnya pada peringkat umur remaja  adalah  satu peringkat membentuk identiti  sendiri seperti  tingkah  laku, memilih rakan sebaya, cara berpakaian dan lain-lain. Jika peringkat ini gagal diperoleh, pelajar tersebut akan tertekan dan cenderung untuk melanggar disiplin sekolah seperti ponteng sekolah.  Ada juga rakan sebaya yang mempunyai sikap dan motivasi yang positif terhadap mutu pelajarannya serta menilai salah laku disiplin sebagai negatif dan  dapat membantu anggota rakan yang lain untuk sama- sama berjaya dalam segala lapangan yang diceburi. Justeru itu,  terpulang kepada pelajar asrama itu sendiri untuk memilih rakan sebaya  yang terbaik untuk masa depan mereka sendiri .

3.3   Sikap Ibu Bapa

Punca masalah ponteng sekolah yang seterusnya ialah sikap ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka di asrama. Keadaan ini menyebabkan mereka memberontak dan melakukan masalah disiplin seperti ponteng sekolah. Kebanyakan ibu bapa menghabiskan masa yang banyak mencari kekayaan dan mengejar status sehinggakan tiada masa untuk melawat anak mereka di asrama. Peranan Ibu bapa diserahkan terus kepada warden di asrama. Ini menyebabkan pelajar tersebut merasakan diri mereka terpinggir seperti ayam kehilangan ibu. Kesannya mereka  akan melanggar disiplin seperti ponteng sekolah seolah-olah memberontak dengan sikap ibu bapa mereka yang kurang memberi perhatian terhadap diri mereka.

3.4   Sikap Guru  dan Pengajaran  dalam Kelas

Sikap guru merupakan faktor yang penting dalam masalah ponteng sekolah. Adakalanya guru tidak menghormati peranan pelajar di sekolah. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira had umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati seseorang, maka sudah tentu kita akan dihormati. Ini merupakan proses interkasi sosial yang biasa dalam sesebuah masyarakat. Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri, maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya membalas dendam ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku “devian” dan seterusnya mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Selain itu, pengajaran guru di dalam kelas yang membosankan menyebabkan  pelajar sering ponteng sekolah. Pengajaran guru di dalam kelas perlulah menarik minat pelajar. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menarik  perlu diambil kira untuk menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah.
 .

4.0  Penutup

Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan gejala ponteng sekolah berlaku dalam kalangan pelajar asrama. Dalam hal ini, semua pihak hendaklah berganding bahu untuk membenteras gejala ini sehingga ke akar umbi. Jika tidak gejala ponteng ini akan mencetuskan pelbagai masalah lain yang lebih buruk lagi jika tidak di  bendung. Kerjasama dari pihak sekolah serta pengurusan asrama seperti warden dan penyelia asrama dalam membantu menangani  masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar asrama kerana mereka merupakan generasi muda yang akan menjadi pemimpin pada masa depan.




            Laporan di sediakan oleh,                                                          22 Januari 2013
Mailin mopinpin
………………………………………….
(MALIN MOPINPIN)
Setiausaha Unit Asrama
SMK Badin Tuaran
Sabah

 P/S Akhirnya siap satu contoh karangan berformat untuk pelajar pendidikan khasku. Semoga contoh karangan berformat ini dapat membantu mereka dalam menghadapi ujian pada hari jumaat ini.. 

        

Sunday, 13 January 2013

keletihan yang melampau .....

Hari ini ku lalui hari-hari dengan keletihan.... namun semua yang aku lakukan adalah berbaloi dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya... dari jam 8 pagi aku keluar rumah sehinggalah jam 7.30 malam barulah aku berada di rumah.. persinggahan rehat ku hanya di Masjid untuk melakukan solat.. tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas. hari ini apa yang aku lakukan adalah keikhlasan hati ku sendiri... aku gembira walaupun sebenarnya aku terlalu penat tetapi aku akui biarlah pengorbanan  yang aku lakukan ini adalah untuk kebahagian orang lain... kerana aku akan gembira sekiranya melihat mereka bahagia......

keletihan ku hari ini adalah berbaloi apabila segala urusanku yang  telah aku rancang dari A hingga Z telah dilaksanakan dengan sebaiknya dan Allah SWT memudahkan segala urusan yang aku lakukan... dan setibanya aku di rumah barulah aku sedar hari ini aku bertugas sebagai warden mingguan dan selesai mengerjakan solat Isyak aku bergegas ke dewan makan untuk menjaga pelajar-pelajar asrama untuk prep malam... bilalahh aku nak melelapkan mata untuk berehat seketika... tidak mengapa.... bisik hati... " tugas perlu dilakukan dengan keikhlasan  jangan ada rasa menyesal atau pun mengeluh dalam melakukan apa juga perkara" ... Insyaa Allah...





Friday, 21 December 2012

Tahniah buat anak didikku pelajar pendidikan khas

Tahniah buat anak-anak pendidikan khas cikgu kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Tahniah juga di ucapkan kepada Nordiah Marikan kerana mendapat keputusan 6A.. dan paling aku gembira tahun  ini sekali lagi keputusan matapelajaran geografi yang aku ajar sekali  lagi dalam sepanjang aku mengajar mencapai 100% lulus... Alhmadulillah. Semoga tahun depan pelajar khas ku yang mengambil PMR tahun ini juga akan mendapat kelulusan 100%.. Insya Allah...

Monday, 10 December 2012

terima kasih wahai anak muridku

Terimakasih anak-anak muridku khususnya pelajar pendidikan khas tingkatan 5 dan tingkatan enam... semalam aku di minta untuk datang ke bandar kota kinabalu dan berjumpa dengan mereka di Centre Point.. selepas berjumpa dengan mereka .. mereka mengajak aku ke suatu tempat  dan aku menurut sahaja kemahuan mereka. setibanya di suatu tempat yang dituju tiba-tiba mereka memberitahu mereka dah tempah satu bilik untuk saya di sebuah hotel. aduh terharunya... anak-anak murid memberikan penghargaan yang aku tak akan lupakan seumur hidupku. walaupun hotel ni tidaklah semewah 5 atau 4 bintang tetapi penghargaan mereka amat aku hargai kerana ketulusan mereka... Pada mulanya aku hendk memberikan bilik tersebut kepada pelajar yang lain sahaja namun memikirkan mereka telah memberikan penghargaan untuk ku jadi aku menerimanya seadanya.


TERIMAKASIH HEDZELYN, HARZIAH, SHIDA, DAN MAILIN.. CIKGU TAK AKAN LUPAKAN SEMUANYA...
Terima kasih Mohjd Hafiz kerana menerima pelawaan cikgu untuk tidur di bilik tersebut memandang kan bilik yang ditempah adalah twin bed...


p/s:  Doa cikgu semoga kalian  mencapai keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM...