Assalamualaikum wtb..
lamanya tidak menulis di entry ni.. kesibukan masa dan waktu memberikan aku ruang untuk tidak menulis di sini. Minggu ni adalah minggu yang paling diuji oleh diriku sebagai hambaNYA.. aku lebih banyak berada di hospital. Bukan aku yang sakit tetapi ada dua insan yang aku sayangi berada di hospital ketika dan saat ini, bapa mertua ku sedang berhadapan dengan sakit kanser usus.. alhamdulillah setakat ini masih bertahan dan semangat yang amat kuat. dan yang kedua ialah mak saudaraku sendiri yang berada di icu selepas pembedahan di kepala disebabkan pendarahan otak dan menghadapi masalah kanser darah.. aku hanya mampu berdoa semoga mereka berdua di berikan perlindungan oleh Allah SWT dan sembuh seperti biasa Amin. Sesungguhnya semua ini adalah ujian dari Allah swt untuk hambanya untuk kita sabar menghadapi apa juga cabaran dan peritnya.
p/s: Betul kata anak saudaraku bahawa Allah swt sentiasa berada di sisi kita dan menguji kesabaran kita dalam menghadapi apa juga masalah..
Sunday, 24 February 2013
Wednesday, 20 February 2013
Minum air kencing sendiri
Minum air kencing sendiri
CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.
Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.
Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.
"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.
"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.
"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya.
Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.
"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.
"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya.
Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.
Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.
Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.
"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau.
Wednesday, 13 February 2013
sakit kepala....
Lamanya aku tak menulis kat entry ini... nak kata sibuk tak lah juga cuma banyak benda yang aku kena fikirkan kena settlekan... kadang-kadang terlalu banyak berfikir sakit kepala pula sehingga migrain yang aku alami setiap kali sakit kepala .. kadang2 macam nak pecah kepala dibuatnya... hanya satu sahaja yang menjadi ubatnya... aku akan tidur dan minum banyak air...ubat seperti biasa dua biji panadol untuk melegakan sakit kepala..
aku pun tak pasti sejak bila aku menghadapi penyakit ini.. Tapi bagi aku bila datang sakit.. datangnya ujian untuk ku oleh Allah SWT untuk hambanya yang kerdil ini sebagai peringatan bahawa sakit itu boleh jadi tiba-tiba. Hari ini sakit kepala ku menjadi2.. mungkin terlalu memikirkan banyak benda hari ini, mungkin juga aku keletihan.. pernah aku sakit kepala sehingga aku rasa aku pengsan sebab aku terus tidur tanpa sebarang gangguan sehingga tidak sedar. bila aku sedar dah waktu nak subuh
hari ini aku temankan anak saudaraku ke bank untuk urusan kad ATM... selepas tu aku kembali ke sekolah dan rehatku hanya 10 minit sahaja sebab kelas ku sedang menungguku. aku mengajar dengan penuh semangat walaupun agak letih...selepas tu aku berurusan dengan PK Hem untuk aku mendapatkan tandatangannya untuk satu urusan yang penting juga. setelah selesai aku menulis maklumat yang terkandung dalam borang tersebut.. sedang aku khusyuk menulis datang seorang kawan bertanya kan tentang sesuatu berkaitan hari anugerah aku meletakkan semula borang tersebut kerana aku tidak mahu diganggu sebab borang yang aku isi perlu diisi berhati-hati. setelah bercerita, aku menulis semula borang tersebut. aduh ada cebisan gumpalan dakwat mengotori borang tersebut. fikiran ku binggung sebab aku tahu borang ni penting sangat tidak boleh kotor.. cuainya aku, lalainya aku.. sepanjang hari kepala ku berserabut walau anak saudaraku kata tidak mengapa ok saja tu.. tapi aku rasa kerana kecuaian terselit kekotoran pulak. aku lupakan seketika walaupun hati rasa bersalah...
seterusnya aku masuk kelas mengajar subjek geografi tajuk skala. bila aktiviti tajuk tukar skala ada sebahagian pelajar ku yang lemah dalam pengiraan sebab melibatkan matematik tidak faham. aku membimbing dengan cara lebih mudah difahami namun masih kurang difahami. dan disitulah aku berasa kepalaku berdenyut dan macam nak pecah... aku memberikan latihan sambil memberi bimbingan. Oleh kerana masa dah tamat aku berjanji dengan mereka malam esuk aku akan bagi bimbingan semula...
sakit kepala terus menjadi-jadi selesai solat maghrib dan isyak aku rasa nak pecah dah... masih kah aku bertahan.. macam aku rasa nak ke hospital namun hah teringat pulak aku bahawa aku bertugas di dewan pulak malam ini. tidak mengapalah aku masih bertahan .. bertahan untuk 2 jam di dewan selepas itu aku akan berehat. berehat untuk tidak memikirkan masalah lain.
p/s: Ujian Allah ketika kita sakit. adakah kita boleh bersabar.. bersabar dengan apa yang diberikan kepada nya kerana semua itu datangnya dari Allah swt..Tabah menghadapinya.....
Tuesday, 29 January 2013
Stress di tempat kerja
Tips Mengatasi Stress Di Tempat Kerja
Stress adalah keadaan jiwa yang paling popular di abad ini. Cuba anda ingat
kembali berapa banyak orang yang anda jumpa mengatakan bahawa mereka
sedang mengalami stress atau mungkin anda sendiri sedang mengalaminya?
Stress bukan suatu penyakit, tetapi jika anda tidak dapat mengatasinya dalam
waktu tertentu, anda akan mengalami banyak masalah kesihatan.
Sebuah artikel yang mengatakan bahawa :
Lebih dari 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja
mengatakan bahawa mereka mengalami stress di tempat kerja.
Stress di tempat kerja adalah masalah kedua yang sering terjadi di samping masalah sakit belakang.
Dari hasil survey juga dikatakan bahawa lebih dari ¼ pekerja tidak hadir selama 2 minggu (akumulasi)
dalam setahun kerana masalah kesihatan yang diakibatkan oleh
stress.
Beberapa hal utama yang dapat menyebabkan stress di tempat
kerja :
Keadaan kerja yang selalu berada di bawah tekanan.
Ketidakjelasan tugas yang diberikan.
Permintaan barang yang sangat tinggi.
Kurangnya perencanaan kerja.
Adanya ancaman di kalangan karyawan.
Teriakan dan makian para pelanggan.
Teman kerja yang selalu mengganggu.
Ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya.
Hal-hal ini dapat menimbulkan gangguan kesihatan fizikal dan mental seperti : gelisah, gugup, tidak dapat
fokus untuk waktu yang lama dan keletihan yang berkepanjangan.
Berikut adalah 9 tips mengatasi stress di tempat kerja :
1) Rancang dengan baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab
terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga
jangka
2) Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat-ingat kembali
adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.
3) Ikutlah membangun suasana kerja yang menyenangkan, seperti dengan bersikap terbuka dan
berkomunikasi dengan rakan sekerja.
4) Pastikan anda memahami terhadap tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan ragu untuk bertanya.
5) Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN
MELAKUKAN APAPUN. Ambil nafas dalam-dalam.
6) Miliki sikap toleransi kepada rakan sekerja. Ingatlah bahawa setiap orang memiliki peribadi yang unik,
sebagai contoh : beberapa orang justeru berprestasi lebih baik di bawah tekanan sementara sebagian yang
lain memerlukan waktu lebih banyak untuk menyelesaikan pekerjaannya.
7) Delegasikan sebahagian tanggung jawab anda kepada anak buah anda.
8) Pertahankan semangat berpasukan anda, misalnya dengan melakukan perayaan-perayaan kecil,
berolahraga atau berekreasi bersama.
9) Sediakan lingkungan kerja yang baikn baik aktiviti anda : apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Penting sekali untuk membuat perancangan bukan hanya jangka panjang tapi juga jangka pendek
sumber: http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/tips/stress_ditempat_kerja.pdf
P/s: Buat tatapan anak muridku pendidikan khas.. cikgu dah tolong carikan artikel berkaitan stress di tempat kerja... boleh intai-intai kat sini ya hehehe...
Thursday, 24 January 2013
Entry ponteng sekolah pelajar asrama
Rasa kelakar pun ada. rasa pelik pun ada... apasal pulak entry aku tulis tentang ponteng asrama paling banyak view.....mungkin mereka nak menyelidik kenapa pelajar asrama ponteng sekolah dan kelas. aku saja nak buat entry sebab pelajar pendidikan khas ku seramai 5 orang akan menghadapi ujian karangan berformat iaitu laporan.. Tajuk dia tentang punca pelajar asrama ponteng sekolah.. dah terlanjur laporan penuh tersebut aku buat.. aku post kat blog aku sebagai simpanan dan tatapan sebab ada juga pelajar pendidikan khas ku ini menjadi follower blog aku... nampaknya ramai pulak yang menjenguk...terimakasih banyak-banyak ...aku tidak kisah sangat sebabnya aku lebih suka orang stang menjenguk blog aku ....mungkin sebagai panduan mereka , mungkin sebagai tatapan untuk orang lain baca. bagi aku "sharing is caring"... hehehe. semoga entry tentang ponteng itu menjadi panduan anda semua dalam membuat karangan. Namun begitu entry laporan itu hanya sebagai panduan sahaja dan jika ada kesilapan yang berlaku minta maaf... hehehe
Buat Lagu lagi???????
cikgu arman kena buat lagu..
aduhai bagai nak pengsan aku di buatnya apabila ustazah bagitau minta aku buat lagu
aku ni bukan komposer terkenal nak buat lagu...
nak buat lagu pun aku tak tau..
disebabkan tahun lalu aku dah menang lagu nasyid peringkat kebangsaan
aku di minta untuk cipta atau kompos lagu..
tanggungjawab besar ni.
Tahun lalu aku nak cerita macam mana aku buat lagu sehingga menang..
sedang aku memandu pasanglah lagu nasyid....
sedang online tengoklah youtube lagu nasyid.
aku ambillah perkataan-perkataan yang unik yang Islamik
pas tu aku gubahkan menjadi sebuah lirik..
lagu belum lagi..
banyak kali juga aku buang kertas tulis sana sini, taip kat komputer tak menjadi-jadi...
nak jadikan cerita..
aku tertonton sebuah cerita movie tentang kehidupan manusia..
adalah kata-kata yang menarik kat disitu.. aku pun ambil bukan ciplak tau sebab
aku tukar ayatnya ... hahaha... (ampunkan aku kalau aku bersalah hehehe)
pas tu tetiba jadilah sebuah lirik yang tak seberapa kalau aku tengok...
pas tu aku tak dapat tidur semalaman sebab berfikir macam mana nak buat lagu..
fikir punya fikir aku minta tolong pelajar khas ku hafiz dan ajim untuk nyanyi sama-sama dengan aku..
(terasa macam penyanyi) aku buatlah miming... miming sana sini.. tetiba macam masuk pulak suruh pulak main kompang masuk juga... tapi aku masih tak sedap hati lirik tu macam biasa-biasa ja aku tengok hahaha..
nak jadikan cerita seminggu juga aku jadi komposer..dan akhirnya siap.. aku serahkan kepada pelajar ku mendengar dendangan lagu yang aku kompos secara miming... nah senang pulak dorang ikut... dan akhirnya lagu itu dibawa untuk bertanding...
selepas itu masa pertandingan aku buat tak kisah ja apabila diberitau ada pertandingan lagu dan lirik...
selesai pertandingan aku rasa lega sebab tanggungjawab dah selesai..
malam itu masa kau sedang lena nak dibuai mimpi sebab esuk baru diumumkan pemenang.. aku dikejutkan dengan bunyi telefon. member aku ustaz masa belajar kat UKM..
terus dia ucap tahniah ni denganku sebab menang lagu terbaik.. mau pengsan aku mata yang kuyu terbuka luas pulak.. mimpi kah aku ni. lagu dan lirik "kartun" tu boleh menang
tapi nak dikatakan dah rezeki dan kalau kita ikhlas lakukan sesuatu tentu ada ganjaran disebaliknya... tidak mengharap apa-apa kemenangan pun.. dan aku pun menerima hadiah sijil penghargaan dan trofi kemenangan.. seronok sangat.. hehehe.
gambar aku ambil sijil dan trofi hehehe
kat bawah ini lah aku link kan video lagu pertama yang aku cipta dan menang tahun lalu... lagu pertama tau.. hehehe...
aduhai bagai nak pengsan aku di buatnya apabila ustazah bagitau minta aku buat lagu
aku ni bukan komposer terkenal nak buat lagu...
nak buat lagu pun aku tak tau..
disebabkan tahun lalu aku dah menang lagu nasyid peringkat kebangsaan
aku di minta untuk cipta atau kompos lagu..
tanggungjawab besar ni.
Tahun lalu aku nak cerita macam mana aku buat lagu sehingga menang..
sedang aku memandu pasanglah lagu nasyid....
sedang online tengoklah youtube lagu nasyid.
aku ambillah perkataan-perkataan yang unik yang Islamik
pas tu aku gubahkan menjadi sebuah lirik..
lagu belum lagi..
banyak kali juga aku buang kertas tulis sana sini, taip kat komputer tak menjadi-jadi...
nak jadikan cerita..
aku tertonton sebuah cerita movie tentang kehidupan manusia..
adalah kata-kata yang menarik kat disitu.. aku pun ambil bukan ciplak tau sebab
aku tukar ayatnya ... hahaha... (ampunkan aku kalau aku bersalah hehehe)
pas tu tetiba jadilah sebuah lirik yang tak seberapa kalau aku tengok...
pas tu aku tak dapat tidur semalaman sebab berfikir macam mana nak buat lagu..
fikir punya fikir aku minta tolong pelajar khas ku hafiz dan ajim untuk nyanyi sama-sama dengan aku..
(terasa macam penyanyi) aku buatlah miming... miming sana sini.. tetiba macam masuk pulak suruh pulak main kompang masuk juga... tapi aku masih tak sedap hati lirik tu macam biasa-biasa ja aku tengok hahaha..
nak jadikan cerita seminggu juga aku jadi komposer..dan akhirnya siap.. aku serahkan kepada pelajar ku mendengar dendangan lagu yang aku kompos secara miming... nah senang pulak dorang ikut... dan akhirnya lagu itu dibawa untuk bertanding...
selepas itu masa pertandingan aku buat tak kisah ja apabila diberitau ada pertandingan lagu dan lirik...
selesai pertandingan aku rasa lega sebab tanggungjawab dah selesai..
malam itu masa kau sedang lena nak dibuai mimpi sebab esuk baru diumumkan pemenang.. aku dikejutkan dengan bunyi telefon. member aku ustaz masa belajar kat UKM..
terus dia ucap tahniah ni denganku sebab menang lagu terbaik.. mau pengsan aku mata yang kuyu terbuka luas pulak.. mimpi kah aku ni. lagu dan lirik "kartun" tu boleh menang
tapi nak dikatakan dah rezeki dan kalau kita ikhlas lakukan sesuatu tentu ada ganjaran disebaliknya... tidak mengharap apa-apa kemenangan pun.. dan aku pun menerima hadiah sijil penghargaan dan trofi kemenangan.. seronok sangat.. hehehe.
gambar aku ambil sijil dan trofi hehehe
kat bawah ini lah aku link kan video lagu pertama yang aku cipta dan menang tahun lalu... lagu pertama tau.. hehehe...
Wednesday, 23 January 2013
Punca pelajar asrama suka ponteng kelas dan sekolah
Hari ini ada pelajar ku tanya kat aku kenapa pelajar asrama boleh ponteng kelas atau sekolah walhal tinggal di asrama... tujuan mereka bertanya sebab nak buat karangan berformat pada hari jumaat ni.. bagi aku banyak alasan dan punca kenapa mereka ni boleh ponteng kelas atau malas. sepanjang aku menjadi warden ini lah punca-punca yang aku nampak lagi terang lagi bersuluh
1. sikap malas. malas nak ke sekolah.. mood malas mereka menyebabkan mereka ni malas nak sekolah.
alasan mereka berikan ialah sakit.... demam.... sakit perut.... baju dan seluar basah... kena curi.... kasut hilang dan sebagainya... penyelesaian kami lakukan mesti berjumpa dengan guru kelas atau guru bertugas sebelum balik ke asrama.
2. tidak minat dengan subjek yang di ajar dan tidak minat guru yang mengajar mungkin pengajaran guru bosan, mungkin subjek tu susuah memeningkan kepala mereka .. mungkin juga subjek tu terlalu senang bagi mereka dan guru mengulang-ulang ajar ... zaman aku dulu pun pernah ponteng kelas masa tingkatan 5 sebab aku tak minat dengan seorang guru ni.. subjek tu perdagangan ,,,, boring sangat ... sehingga kan aku dan rakan-rakanku yang lain ponteng masuk ke library kalau dia masuk.tapi entah kenapa mungkin rezeki dari Allah dapat juga A1 perdagangan hahaha...masa STPM pula paling aku tak suka ialah subjek sastera sebab guru yang mengajar ni pengetua punyalah bosan... dah lah ajar macam kena perintah berkurung waktu rehat mesti tak boleh keluar.. berliur tengok rakan kelas sebelah pergi kantin ....paling aku tak akan lupakan bila kita orang pergi mengintai pengetua sama ada dia ada atau tak ada.. kalau tak ada kami satu kelas bersorak gembira., kalau dia ada sunyi sepi kerana boring ...tapi mungkin rezeki dari Allah juga sastera STPM lulus juga ... hehehe (rindu dengan kenangan manis kat sekolah di SMK TawaU )
3. Seterusnya... suka ikut kawan... kalau kawan ponteng dia pun ponteng... kalau kawan sakit dia pun sakit... ni pengaruh rakan sebayalah ni... rakan sebaya ni kalau bawa kebaikan ndak apa juga ni bawa ke jalan yang tidak benar. si kawan ni pun percaya juga akhirnya malas dan ponteng sekolah...jangan percaya dengan kawan 100% pergi tengok tu cerita tv3 sekarang " setia sehingga hujung nyawa" cerita pasal kawan yang baik rupanya jahat juga tu hehehe...
4.punca seterusnya ... mengantuk... jadi tempat nak melepak di asrama sebab ada tilam katil dan bantal. wah sesedap rasa kan nak balik asrama maklumlah dekat sangat... jadi bolehlah balik tidur sekejap.. walhal sehingga ponteng sekolah dan kelas jadinya..dulu aku pun suka mengantuk tapi bila aku minum air mengantuk ku kurang.. agaknya badan kurang air menjadikan kita mengantuk, tapi sebenarnya oksigen kurang berada di otak kita jadi kita akan merasa mengantuk.mungkin.....
5. tak sabar nak pulang jadi mood pulang kampung pun dah membuak-buak di dada.. rindulah katakan dengan kg halaman. jadi pontenglah kelas alasan konon nak kemas barang takut tak sempatlah... macam2 lah alasan.. hehehe dulu masa aku kat universiti kalu nak balik kg.. tak sabar juga nak pulang...sanggup ni tidur di lapangan terbang sebab tak sabar nak pulang walaupun flight keesokan hari nya..nasib baik ramai kawan kawan yang jenis tak sabar nak pulang juga sanggup tidur kat lapangan terbang hehehe... tapi bila dah bosan kat kampung tak sabar pula nak balik universiti.. rindu pula dengan rakan2 kat sana... hahaha
heheheh.inilah punca dan sebab kenapa pelajar asrama suka ponteng kelas dan sekolah. Alhamdulillah setakat ni pelajar asramaku tidak pernah lagi berbuat demikian berbanding sebelum ini. kalau sakit memang mereka sakit...kalau demam memang sah demam...
Subscribe to:
Posts (Atom)

