Friday, 25 November 2011

Tuesday, 22 November 2011

Guru tidak perlu kerja 9 jam

PEMANSUHAN projek rintis guru bekerja sembilan di empat negeri menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah golongan pendidik dan bersedia menerima sebarang cadangan untuk menambah baik sistem pendidikan di negara kita. Ketika mengumumkan pemansuhan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar projek rintis berkenaan yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru.
Sebenarnya, tujuan peluasan projek rintis yang melibatkan 5,000 guru di Sarawak, Pahang, Melaka dan Johor adalah untuk mencari satu ketetapan terhadap beberapa dakwaan yang kurang tepat mengenai beban kerja guru serta tanggungjawab yang tidak seimbang antara tugas mengajar dan tanggungjawab pentadbiran.
Hal ini kerana sejak sekian lama telah wujud persepsi bahawa guru terpaksa mengorbankan lebih banyak masa dalam tugas-tugas perkeranian sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ketika ini, mengikut peraturan sedia ada, seseorang guru diwajibkan mengajar sebanyak 30 waktu bagi sekolah rendah dan 24 waktu bagi sekolah menengah setiap minggu.
Dari perspektif jumlah jam bekerja, guru hanya terlibat dalam aktiviti mengajar kira-kira 18 hingga 22 jam 30 minit seminggu berbanding penjawat awam lain yang bekerja 8 jam sehari iaitu 40 jam seminggu.
Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan bahawa tanggungjawab guru itu bukan sekadar di bilik darjah malah meliputi lain-lain aktiviti termasuk kokurikulum, memeriksa projek latihan pelajar atau buku latihan pelajar dan merancang aktiviti P&P.
Oleh sebab itu, melalui projek rintis ini, guru terbabit hendaklah merekodkan jumlah masa yang mereka gunakan untuk aktiviti tersebut bagi mengesahkan kerja-kerja berkenaandilaksanakan sama ada semasa di sekolah selepas waktu mengajar, dibawa balik ke rumah atau ketika hari cuti.
Berdasarkan statistik yang bakal diperoleh akan memudahkan pembuat dasar membuat perancangan untuk memartabatkan profesion perguruan.
Selain itu, tujuan projek rintis itu juga untuk membolehkan ada kewajaran lain diambil termasuk menempatkan lain-lain profesion dalam perkhidmatan pengurusan pendidikan misalnya kalangan penjawat awam yang dilatih khusus dalam bidang kewangan, pentadbiran, pengutipan data dan sebagainya.
Sekiranya kutipan data itu menggambarkan bahawa guru yang menumpukan sepenuh masa dalam P&P telah mampu meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang cemerlang, maka adalah wajar tugas bukan akademik diserahkan kepada orang lain.
Bagaimanapun aspek pedagogi tetap menjadi hak eksklusif para guru kerana mereka memang dilatih dalam bidang itu tetapi bukan dalam aspek pengurusan.
Apa pun pemansuhan projek rintis ini berjaya menghilangkan rasa panik di kalangan guru khususnya yang terlibat secara langsung dan juga guru lain secara keseluruhannya.
Kini, semua guru boleh kembali fokus untuk mendidik anak bangsa demi memenuhi hasrat untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global di samping meningkatkan kebolehpasaran mereka selaras dengan hasrat Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.
Diharap pemansuhan ini akan memberi lebih banyak masa dan ruang untuk guru membentuk kemenjadian anak didiknya.
Peluang ini hendakaklah dimanfaatkan oleh para guru untuk mengutamakan kerja wajib mereka seperti mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan memberi bimbingan akademik.
Seharusnya, ia tidak disalah guna untuk kerja-kerja sampingan lain yang boleh menjejaskan prestasinya tetapi peluang ini wajar digunakan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan supaya mereka terus dihormati dan disanjung tinggi oleh pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat.

nak tulis apa???

Agak lama juga aku tak update entry kat blog aku..Nak dekat cuti pelbagai program yang hendak dilaksanakan dan hendak dikejar... Hari ini baru ada kesempatan untuk membuka blog.. wah kat shout box ramai juga ya... cuti sekolah aku kena jaga exam, maklumlah nak manfaatkan cuti sekolah, baik jaga exam...Tak sabar nak balik kampung... 8hb ni nak balik kampung untuk bertemu dengan family...

Dah terlewat tapi tak mengapalah.. nak wish selamat bercuti semua yang sedang bercuti terutama student pendidikan khasku dan juga pelajar asrama yang dikasihi semua... rakan-rakan guru selamat bercuti. manfaat kan masa cuti dengan aktiviti yang bermanfaat.. hehehe

Wednesday, 26 October 2011

OKU mahu jejantas bergerk

300 berkumpul rayu Kabinet selepas permintaan dipandang sepi


PETALING JAYA: Seramai 300 orang Kurang Upaya (OKU) berkumpul di Taman Tasik Jaya di sini bagi merayu Kabinet menyediakan jejambat penghubung antara terminal dan kapal terbang atau aerobridge (jejantas bergerak) di terminal penerbangan tambang murah baru, KLIA 2 yang sedang giat dibangunkan ketika ini bagi kemudahan golongan berkenaan.

Mereka mendakwa Kementerian Pengangkutan dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak menyediakan kemudahan itu di KLIA 2 yang dijangka siap April tahun depan dan lebih mengecewakan mereka apabila dimaklumkan pihak berkenaan bahawa jejantas itu hanya akan disediakan pada masa depan berdasarkan keperluan.
Golongan OKU itu yang berkerusi roda, bermasalah berjalan, masalah pendengaran, penglihatan terhad, warga tua dan sebagainya berkata, hasrat mereka mendapatkan kemudahan berkenaan dipandang sepi selepas MAHB tidak memberikan sebarang jawapan walaupun beberapa kali permintaan itu dikemukakan.
Danny Tan,44, berkata walaupun mereka OKU, tetapi kerap menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk ke destinasi tempatan atau luar negara bagi pelbagai urusan.

Beliau berkata, tanpa kemudahan aerobridge berkenaan, mereka berdepan banyak masalah di lapangan terbang.

“Memang di lapangan terbang ada kemudahan khidmat pelanggan yang boleh membantu OKU tetapi persoalannya, adakah ia memenuhi keperluan setiap masa dan berapa ramai yang terlatih untuk membantu kami.

“Berdasarkan pengalaman, saya sendiri terpaksa menunggu berjam lamanya untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan khas ke kapal terbang, malah kadangkala perkhidmatan berkenaan tiada kerana perlu ditempah lebih awal.
“Aerobridge bukan saja melancarkan pergerakan individu berkerusi roda, malah warga tua, kanak-kanak, ibu hamil dan sebagainya yang lebih mudah serta selamat. Selaras populasi negara menuju penuaan, aerobridge wajib diwujudkan di lapangan terbang termasuk di lapangan terbang kos murah,” katanya.

Rakannya, Hayden Tan, 35, berkata kementerian dan MAHB patut memikirkan halangan terpaksa ditempuh OKU yang ingin menaiki kapal terbang melalui pejalan kaki yang turut dilalui individu normal lain termasuk apabila keadaan cuaca tidak menentu selain terpaksa mendaki tangga curam.

“Jika OKU bersaiz kecil, mungkin petugas kabin boleh membantu mengangkat mereka tetapi bagaimana bagi mereka yang berbadan besar.

“Lebih membahayakan apabila OKU terpaksa menaiki tangga sebelum masuk dalam kapal terbang yang mungkin keadaannya licin selepas hujan dan boleh menyebabkan kemalangan dan masalah sama turut dihadapi mereka yang lanjut usia, kanak-kanak dan wanita hamil.

“Mengapa masalah ini tidak diambil kira dalam membangunkan sebuah lapangan terbang dan kami memohon tindakan tertentu dilakukan bagi membantu golongan OKU dan mereka yang memerlukan,” katanya.

Pada pertengahan Julai lalu, Pengerusi MAHB, Tan Sri Aris Othman memutuskan untuk tidak membina aerobridge di KLIA 2 bagi menjimatkan sehingga RM104 juta untuk pemasangan 80 jambatan udara di 68 pintu di terminal itu membabitkan kos RM1.3 juta setiap satu, selain permintaan Air Asia yang tidak memerlukannya.
sumber: Berita Online

p/s: semoga rintihan mereka  membuahkan hasil...

Saturday, 15 October 2011




PORT DICKSON – Bayaran bantuan sebanyak RM100 kepada setiap 5.3 juta pelajar di negara ini seperti yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, akan dibuat pada bulan Disember ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kelonggaran supaya pembayaran itu dilakukan sebelum sesi baharu persekolahan bermula.
“Ini bermakna semua pelajar berhak untuk dapat jumlah itu tidak kira daripada kumpulan mana. Oleh kerana bajet ini untuk Januari tetapi Januari sekolah sudah bermula, kita minta ia dibayar pada bulan Disember kerana biasanya ibu bapa berbelanja bagi sesi persekolahan pada bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Paya di sini.
Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lepas, Najib berkata, bantuan persekolahan RM100 diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 di seluruh negara.
Selain itu, Najib turut mengumumkan agihan baucar buku bernilai RM200 kepada semua pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bantuan itu merupakan pemberian kerajaan untuk mengurangkan bebanan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak ramai.

sumber: Kosmo Online

Friday, 14 October 2011

Tidak putus asa petua cemerlang




CYBERJAYA 12 Okt. – Minat yang begitu mendalam pada bidang multimedia dan sifat tidak mudah putus asa menjadi resipi kejayaan pelajar cemerlang Kolej Multimedia (MMC), Asyraf Azmin.
Pelajar jurusan Diploma Multimedia berusia 22 tahun itu berkata, kedua-dua sikap berkenaan amat diperlukan bagi membolehkan dirinya sentiasa bersedia menghadapi cabaran ketika belajar.
“Saya bukanlah merupakan seorang yang dapat menangkap pelajaran dengan cepat, jadi saya perlu tekun dan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu topik.
“Meskipun begitu, saya tidak cepat berputus asa sebaliknya terus bertanya kepada pensyarah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Konvokesyen ke-15 MMC di Dewan Tun Canselor, Universiti Multimedia (MMU), di sini hari ini.
Pelajar berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu adalah antara 954 graduan yang menerima diploma masing-masing dalam majlis konvokesyen tersebut.
Asyraf yang berjaya mendapat purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.95 dalam pengajiannya berkata, kejayaan itu juga disebabkan dorongan daripada kedua-dua ibu bapanya.
“Pada mulanya keluarga saya tidak begitu menggalakkan saya memilih bidang multimedia ini.
“Tetapi setelah melihat kesungguhan saya dalam bidang ini, mereka beralih arah dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berjaya,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi itu.
Pencapaian Asyraf yang seimbang dalam bidang akademik dan kokurikulum telah melayakkan beliau menjadi penerima Anugerah Bestari.
Beliau yang kini bekerja sebagai Pembantu Pengaturcara dengan Telekom Malaysia Berhad bercita-cita menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
sumber: Utusan Online

p/s: Tahniah....