Inilah kumpulan nasyid yang telah kami bimbing dan mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan, Alhamdulillah percubaabn pertama ku dalam menulis lirik dan lagu telah membuah hasil dan memikat hati juri untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik iaitu lagu pertama yang bertajuk Satu Ummah Satu Perpaduan.. Terimakasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu...
Saturday, 27 October 2012
Thursday, 18 October 2012
Alhamdulillah
Assalamualaikum w.t.b...
Lamanya tak menjenguk blog. Kesibukan masa menyebabkan aku kurang menulis di blog ni... Minggu ni adalah merupakan minggu paling manis dalam hidup ku dan rakan-rakan seperjuangan pendidikan khas. Setelah bertungkus lumus berhempas pula memerah otak menghabiskan sisa-sisa kepenatan akhirnya pasukan nasyid yang kami pimpin dan latih telah mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan. gembira bukan kepalang..Mengharapkan Johan tapi mendapat naib johan pun syukur alhamdulillah.. Paling manis buat diriku ialah apabila aku di nobatkan sebagai pencipta lagu terbaik. Alhamdulillah rezeki dari Allah. aku tak pernah terfikir untuk menang sekadar menulis dan mengubah lagu melalui ciptaan sendiri tanpa asas muzik... Bagi aku lagu tu hanya sederhana ja berbanding negeri-negeri lain yang ada note muzik lagi, Apalah pada aku sekadar meluahkan muzik melalui bibir dan mulut dan kemudian rakam dan seterusnya meminta pelajar mainkan dengan kompang...Tapi inilah dikatakan keikhlasan dalam bekerja. Bukannya riak tapi bagi ku kerja ini adalah ibadat dan ku lakukan untuk anak-anak muridku sendiri. Kemenangan ini ku hadiahkan bersama buat anak murid ku Hafiz dan Ajim yang membantuku dalam mengubah, merakam dan menyanyi lagu ni sehingga menjadi lagu terbaik...

Wednesday, 5 September 2012
Nak tulis apa????
Lamanya tak menulis dalam blog ni.. Rasa simpati pulak dengan blog yang aku dah lama tak update. Alasan sibuk mestilah ada. Sibuk dengan pelbagai aktiviti tugas dan sebagainya. Minggu ni aku berada kat Hotel De Palma Ampang untuk mesyuarat pemantapan Buku Teks... Lamanya kat sini dari 3hb sehingga 8hb. Kali ni tak nak tukar tiket nak jadi orang yang baik-baik dan akan berada sehingga habis mesyuarat mengikut surat panggilan. Rakan yang lain pun sedemikian juga.Semoga mesyuarat kali ni berjalan dengan baik dan lancar..Semalam aku berasa gembira kerana anak muridku yang suka menyanyi mendapat tempat pertama dalam pertandingan nyanyian peringkat negeri untuk pelajar pendidikan khas. Tahniah aku ucapkan.. nanti aku update gambarnya sekembalinya aku ke sekolah nanti. Suaranya memang merdu dan siapa mendengarnya mesti meremang bulu di buat nya. hehehe...Terimakasih kepada cg Jarinah kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar ini...Sesungguhnya kelebihan yang ada pada pelajar pendidikan khas ini tidak boleh dipendam begitu sahaja, perlu ada cara untuk menonjolkan diri mereka semua pihak di luar memandang mereka sebagai satu kelebihan di sebalik kekurangan yang ada..Semoga selepas ini lebih banyak anak muridku berjaya bukan sahaja dalam akademik tetapi juga penglibatan luar yang membanggakan diri mereka.
Tuesday, 17 July 2012
Bawa telefon,ipad ke sekolah
PUTRAJAYA 16 Julai - Kementerian Pelajaran
sedang merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang
akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon
bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya
bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat
komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran
dan pembelajaran di kelas.
Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.
''Sebelum ini, para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, ini bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Menangani Gelaja Displin Murid di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ka Siong berkata, kebenaran penggunaan iPad adalah selari dengan kaedah pembelajaran secara dalam talian yang semakin popular di negara ini.
''Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan cara pembelajaran dalam talian iaitu 1BestariNet mulai tahun depan, kaedah pembelajaran ini akan semakin berleluasa di negara ini.
''iPad juga mempunyai fungsi perbualan, alat komunikasi seperti Samsung Galaxy Note adalah sukar dikategorikan sebagai telefon bimbit atau komputer riba," katanya.
Ka Siong bagaimanapun menegaskan keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah tidak bermaksud Kementerian Pelajaran menggalakkan pembelian produk berteknologi tinggi dalam kalangan pelajar.
Menurutnya, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 kini berada di peringkat akhir penyediaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk diluluskan.
''Dalam tempoh ini, Kementerian Pelajaran mengalu-alukan pendangan daripada semua pihak," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ka Siong berkata, Draf Peraturan Pendidikan (Displin Murid) 2012 juga akan menetapkan peraturan untuk menangani perihal jenayah siber.
''Ini antaranya bertujuan mengelakkan pelajar menyalahgunakan alat komunikasi untuk tujuan yang tidak baik termasuk memfitnah guru di Internet," katanya.

sumber: Utusan
Lihat anak bulan Khamis
KUALA LUMPUR: Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 30 tempat di seluruh negara ditetapkan bagi tujuan itu.
Antara tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.
Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab. - Bernama
-- My Metro
Tahniah buat pelajar Pendidikan Khas
Tahniah di ucapkan buat satu-satunya pelajar STPM pendidikan khas tahun lalu yang berjaya mendapat di IPTA iaitu di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains sukan. Teruskan perjuangan anda di UMS kelak dan semoga berjaya. Buktikan kekurangan anda bukan penghalang...
Tahniah Abner...
guru lulusan program pensiswazahan guru
BUKIT MERTAJAM: Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi
berkata, urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program
pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Penangguhan selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu
daripada sebab ramai guru yang tidak mahu mengikuti program
pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan agar perkara ini
diselesaikan secepat mungkin.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Beliau berkata, pada 23 Mei lalu Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.
"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Mohd Puad berkata, kerajaan menjangkakan pada 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.
Beliau berkata, kementerian menyasarkan seramai 22,102 orang guru akan mengikuti program pensiswazahan bagi pengambilan kedua pada September.
"Bagaimanapun sehingga semalam (16 Julai) hanya 3,528 orang yang membuat permohonan. Diharap ramai lagi guru-guru yang akan memohon," katanya.
Katanya, kerajaan memperuntuk sebanyak RM1.4 bilion bagi menjayakan program pensiswazahan guru ini.
Guru-guru berkenaan akan mengikuti pengajian jarak jauh di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari tiga tahun setengah atau empat tahun. - BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)