P/S; Cikgu pun akan kembali ke asrama esuk selewat-lewatnya jam 2 petang..
Saturday, 30 March 2013
Cuti akan berakhir esuk...
Minggu ini merupakan mingggu terakhir cuti sekolah.. nampak macam singkat betul cuti pada kali ini... aku banyak menghabiskan masa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum buka sekolah. walaupun masih dalam 80% siap namun begitu aku berasa legga kerana sekurang-kurangnya terlaksana juga. bukan mudah nak buat buku yang hendak dibraille... bayangkan buku baru tatabahasa untuk STPM, ada 500 muka surat kalau dibraillekan mesti lebih kurang 1500 m/s. namun begitu aku perlu siapkan supaya pelajar ku yang mengambil STPM tahun ini ada rujukan untuk membuat ulangkaji. apapun selamat kembali ke seskolah buat pelajar asrama ku yan akan kembali ke asrama esuk.. Tanamkan azam dan semangat untuk terus maju.
Friday, 29 March 2013
Tahniah buat anak didikku...
Lamanya tidak menulis di entry ini.. sebelum tu saya nak mengucapkan tahniah buat pelajar pendidikan khas sekolah saya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM... Tahniah buat 3 orang pelajar khas kerana tahun ini 3 orang pelajar telah mendapat A untuk matapelajaran Bahasa Melayu..
Tahniah juga buat Harziah Khalid Yunus kerana mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2012 dengan mendapat PGNK 3.42. Semoga terus cemerlang di menara gading kelak. Selepas ini fikirlah apa haluan dan tujuan anda masing-maing. keputusan di tangan anda.
Friday, 15 March 2013
OKU dan Lesen Motosikal
OKU hanya perlu bayar RM2 untuk lesen motosikal
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD
LUMUT 15 Mac - Berkuat kuasa hari ini, golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan fi memperbaharui lesen motosikal dan bayaran ujian memandu RM10 dihapuskan.
Mereka hanya dikenakan bayaran minimum RM2 manakala pengecualian fi memperbaharui lesen memandu kereta pula akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei ini.
Ketika mengumumkan berita baik itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dianggarkan lebih 230,000 OKU yang memiliki lesen memandu di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada inisiatif program touch point kepada rakyat itu.
Beliau berkata, inisiatif di bawah program touch point itu menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban sara hidup golongan tersebut.
"Sebelum ini, kerajaan telah pun menghapuskan bayaran cukai kenderaan kepada golongan OKU dan mulai hari ini, OKU yang mempunyai lesen memandu motosikal akan dikecualikan daripada membayar fi tetapi mereka cuma perlu membayar RM2 untuk membuat kad.
"Mulai 1 Mei ini pula, golongan OKU yang memperbaharui lesen memandu kereta akan dikecualikan fi dan dikenakan bayaran minimum RM2 sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lesen OKU dan vokasional bentuk baharu di JPJ Cawangan Sri Manjung di sini hari ini.
Selain itu, Cho Ha mengumumkan bahawa mulai hari ini, pemegang lesen memandu kenderaan barang (GDL) dan kenderaan pengangkutan awam (PSV) tidak perlu lagi membayar fi tahunan berasingan, sebaliknya hanya menjelaskan satu bayaran untuk kedua-dua jenis lesen itu.
Katanya, langkah penstrukturan bayaran itu akan memberikan faedah kepada lebih 150,000 individu yang memegang kedua-dua lesen itu.
"Dahulu, pemegang lesen vokasional dikehendaki membayar RM20 untuk setiap jenis lesen dan kalau ada dua lesen, mereka perlu membayar RM40 tetapi sekarang, kita telah selaraskan bayaran lesen vokasional sebanyak RM20 sahaja dalam satu kad," katanya.
Beliau berkata, mulai hari ini, kerajaan juga menyelaraskan tarikh tamat lesen kepada tarikh lahir pemandu bagi pemegang lesen vokasional menggunakan kaedah yang sama dengan pemegang lesen kenderaan biasa yang telah dilaksanakan mulai 21 November 2011.
"Diharap selepas ini, tidak timbul lagi alasan lupa memperbaharui lesen memandu kerana tarikh tamat lesen diselaras ikut tarikh lahir pemegang lesen," katanya.
Mengikut laporan sebelum ini, kerajaan dijangka menanggung kos tambahan RM9 juta atas penstrukturan bayaran lesen-lesen tersebut selain penyelarasan tarikh tamat lesen kepada tarikh lahir pemandu. -
sumber: UTUSAN
keputusan SPM 2012
Keputusan SPM 2012 diumum Khamis ini
Oleh HAFIZHAN RAHMAT
KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.
Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.
Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu.
sumber- UTUSAN
cara hidup sihat yang aku amalkan selama 8 bulan
aku dulu dikatakan seorang yang yang obes .....
Ini dalam tahun 2011
penghujung bulan 12 2012
Nanti aku ceritakan apa yang aku lakukan sehingga aku boleh menjadi seperti sekarang.
Nanti aku ceritakan apa yang aku lakukan sehingga aku boleh menjadi seperti sekarang.
keputusan stpm 2012
Keputusan STPM diumum 18 Mac
KUALA LUMPUR, 12 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 akan diumumkan Isnin depan (18 Mac).
Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehinya melalui pos.
Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT jarak No.Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Keputusan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 12 tengah hari, hari yang sama.
Satu sidang media mengenai analisis keputusan peperiksaan akan diadakan pada pada 12 tengah hari, hari yang sama di Dewan Besar, MPM, Bandar Baru Selayang, Batu Caves, Selangor.
Pada 2012, seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.
Sementara itu, calon yang menduduki peperiksaan Penggal 1 STPM 2013 boleh menyemak keputusan mereka dengan melayari laman web MPM atau menghantar SMS pada 21 Mac ini. - BERNAMA
Thursday, 14 March 2013
Hidap darah tinggi
Lebih 30% rakyat hidap darah tinggi
KUALA LUMPUR - Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas.
"Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari.
"Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita," katanya dalam perutusan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2013.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang.
"Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan.
"Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain," katanya.
Liow juga menyeru orang ramai supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
Katanya pengambilan garam secara berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah dan berkait rapat dengan kejadian penyakit darah tinggi.
"Pengurangan pengambilan garam boleh mengurangkan tekanan darah dan kejadian strok serta penyakit jantung," katanya.
Kempen Minggu Kesedaran Garam Sedunia ke-6 yang akan berlangsung pada 11 hingga 17 Mac, ditujukan khusus kepada industri makanan, katering, pengusaha atau pengendali makanan (chef) dan tukang masak di restoran dengan tema " Less Salt Please" (Kurangkan Garam).
Kata Liow, pihak kementerian sedang berusaha merangka strategi pengurangan garam untuk Malaysia.
"Antaranya sebanyak 16 item makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi iaitu daripada kategori biskut, kicap, mi segera, makanan ringan dan daging beku telah diturunkan kandungan garamnya sebanyak dua hingga 40 peratus daripada tahap asal sejak tahun 2011 hingga 2012," katanya. - Bernama
sumber: Bernama
p/s : Mencegfah itu lebih baik.. sedang melakukan aktiviti senaman 4 kali seminggu dan sentiasa menjaga amalan pemakanan.. lebihkan sayur dalam pemakanan...
Subscribe to:
Posts (Atom)