Tuesday, 6 August 2013
kenangan di bulan ramadan
Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadat untuk kali ini. Dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dan cabaran yang Allah berikan untuk ku. Tapi aku redha dengan apa yang berlaku. Aku banyak bermuhasabah diri tentang dosa dosa yang aku lakukan, meminta keampunan kerana bulan ramadan ni bulan sejuta rahmat dan keampunan. Dalam bulan ini aku sakit, sakit yang tak terkata-kata sehingga membawa aku ke hospital tetapi aku tetap melaksanakan puasa. Bulan puasa juga aku diuji dengan sikap pelajar asrama yang menguji keimanan dan kesabaranku namun semua itu ujian untuk ku bersabar dan mencari jalan penuh ketenangan. Semoga bulan ini ibadat ku diterima sepenuhnya dan aku berharap aku dapat bertemu dan melaksanakan ibadat puasa dan solat tarawih pada tahun depan.