Friday, 20 September 2013
guru resos pendidikan khas masalah penglihatan
Terkilan rasa hati apabila ada yang menganggap kami guru resos pendidikan khas ini kerja mudah tidak seperti guru biasa yang mengajar di kelas..kadang kala terpaksa menelan yang pahit mendengar cakap cakap mereka..
Sebenarnya guru pendidikan khas resos khususnya masalah penglihatan mempunyai tugas dan peranan yang sama cuba bezanya kami mengajar di resos bukan di kelas. Dan tumpuan hanya 4 atau 5 orang pelajar sahaja.
Biarlah saya meluahkan rasa kecewa apabila kami dikatakan lambat membuat kerja kerja atau bahan bahan yang diberikan..
Apabila bahan berbentuk buku dan modul yang dihantar kepada kami untuk diterjemah dalam bentuk braille.. kami tak mampu nak buat dalam sehari.. bukan kami malas tetapi kami terpaksa membraille semula seperti kami menaip semula setiap perkataan dalam buku tersebut. Bayangkanlah buku itu tebalnya sebanyak 200 mukasurat kalau nak menaip semula adakah boleh
mengambil masa satu hari. Mungkin tidak. Begitu juga dengan membraille bila membraille semula mukasurat bertambah mungkin 500 munglin 1000 apatah lagi melibatkan gambar rajah.
Memang ada perisian untuk scanner dan dikenali sebagai open book. Tetapi sejauh mana dia nak scan kalau buku tersebut mempunyai grafik dan gambar rajah. Sudah tentu bahan yang discan tersebut sukar di fahami dan tak boleh dibaca dan kami terpaksa mengedit satu persatu dan memperbetulkan semula.
Penyelesaian yang kami buat terutamanya saya, saya akan menggunakan six key braille supaya lebih cepat dan pantas dan kalau boleh disiapkan buku tersebut dalam masa 2 hingga 3 hari.
Kalau nota selembar atau dua lembar kami tak ada masalah kerja kami buatsangat pantas tetapi menjadi masalah bagi kami ialah buku buku baru.
Kami di resos juga mengajar ada yang mengambil 12 hingga 16 waktu seminggu dan masa free itu kami lakukan untuk membuat buku dan gambar rajah. Belum lagi masuk kalau bab bina gambar rajah yang rumit terutama geografi, matematik dan sains.
Oleh itu, guru guru biasa kalau nak hantar bahan atau buku, saya memohon maaf, saya bukan robocop yang boleh membuat kerja dengan laju. Beri kami masa selewatnya 2 atau 4 hari. Kalau kami bagi pelajar bab antara bab itu bermakna kami dah buat yang terbaik sebab kami tak mahu pelajar khas kami ketinggalan tiada buku.
Cadangan saya, kalau cikgu dah ada perancangan buku apa yang hendak digunakan awal persekolahan hantarlah segera kepada kami untuk kami membuatnya.
Kekangan masa menyebabkan ada kalanya bahan lewat diemboss.kami pun terpaksa melaksanakan pindah tulis bahan latihan dan jawapan pelajar menyebabkan kami kesuntukan masa. Untuk pengetahuan guru biasa kami sentiasa berusaha yang terbaik kadang kala kami membawa balik buku ke rumah dan menyiapkan sehingga lewat malam dan ke pagi.
Semoga luahan ini dapat memahami apa tugas kami sebagai guru resos. Kita semua guru bezanya dari segi peranan kita tetapi tanggungjawab kita sama cuma kita perlu ada toleransi dan sentiasa berkerjasama..