Monday, 7 March 2011

e-Filing:LHDN

Hantar segera borang cukai melalui e-Filing: LHDN

2011/03/07

KUALA LUMPUR: Semua pembayar cukai diseru supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi individu dan majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac. Perkhidmatan itu boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my. LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya menjelaskan baki cukai pendapatan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang penyata iaitu 30 April bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my. -

Sumber:BERNAMA

p/s:  Tahun ini aku tidak mahu terburu-buru dan juga tidak mahu menunggu saat akhir nak isi borang e-Filling.Moga semasa aku mengisi borang ini berjalan dengan mudah dan lancar tidak seperti sebelum ini.
Terlebih bayar kerana maklumat tidak lengkap walaupun buat potongan gaji dan  masalah kesesakan di laman sesawang pada saat akhir nak isi borang dan terpaksa ambil cuti rehat nak bayar cukai. tahun ini menjadi pengajaran buat diriku.

Sunday, 6 March 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Ada yang bercita-cita mahu menjadi guru dan minat mengajar?.. Sertailah bidang perguruan...
Iklan permohonan KPLSPM ambilan Jun 2011 kini telah di buka

Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 telah dibuka sila klik untuk keterangan lanjut http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1767

untuk maklumat program  boleh klik di sini
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/pengenalan.htm

untuk maklumat senarai bidang yang di tawarkan bolehlah klik di sini
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/bidang.htm

dan untuk membuat permohonan boleh klik di sini
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspm2011/mohon/kplspm_2011/login.cfm

Tarikh tutup : 22 Mac 2011

Semoga berjaya.

Apakah bantuan untuk yang perlu golongan kelainan Upaya atau OKU tahu?

Apakah bantuan untuk yang perlu golongan kelainan Upaya atau  OKU tahu? kat sini saya senaraikan bantuan yang perlu anda tahu.

Bantuan untuk Kanak-kanak istimewa dan Orang Kurang Upaya Selaras dengan Kempen Masyarakat Penyayang, Kerajaan telah menyediakan pelbagai cara dan kaedah untuk membantu golongan istimewa serta kurang upaya ini, dan antaranya adalah;


1.Kemudahan galakan pelepasan cukai : bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya, pelepasan cukai berganda diberikan disertai rebet untuk membeli peralatan khas untuk kegunaan sendiri, anak, dan ibu bapa orang kurang upaya. Orang kurang upaya sendiri juga menikmati pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5000.


2.Kemudahan pengangkutan awam : terdapat insentif potongan harga atau tambang misalnya, bagi Sistem Penerbangan Malaysia (50% potongan penerbangan dalam negeri), KTM (50% konsesi tambang), dan semua perjalanan dengan bas Transnasional diberikan konsesi 50%. PUTRA-LRT juga memberikan konsesi tambang kepada golongan ini.
(Rasanya Mas(Malaysian Airlines system) tidak lagi menyediakan potongan istimewa ini kenapa ya? Kalau dulu mereka yang mengiring OKU pun boleh menerima potongan 30% tetapi sekarang seperti di mansuhkan sudah)

3.Kemudahan perumahan : DBKL menyediakan kemudahan menyewa rumah-rumah pangsa atau kos rendah DBKL pada kadar sewa yang istimewa.
(kalau kat sabah pula bagaimana? Rumah PPRT pula diduduki oleh golongan yang agak mewah. Golongan OKU terpkasa menyewa rumah mereka.Mana silapnya ya?

4.Pengecualian bayaran rawatan perubatan : dikecualikan bayaran di Hospital Kerajaan, tidak termasuk Hospital Universiti dan Institusi, serta tidak termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
(saya masih teringat kenyataan seorang jururawat yang memberitahu saya wad di Hospital ini (sebuah hospital di Sabah) tiada yang istimewa ketika menghantar pelajar khas saya yang admit kat wad tersbut. Ibu bapa doktor pun tidur di wad yang sempit. hello... bukan mereka minta bilik yang bertaktha berlian atau emas pun tetapi keselesaan sedikit. Bayangkanlah sebelah menyebelah mereka yang terlalu uzur. orang yang demam biasa pun jadi teruk. kalau awak pun di beri tempat kurang selesa awak pun mesti minta pindah pun)
5.Pengecualian bayaran dokumen perjalanan : dikecualikan bayaran perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan(Pasport Antarabangsa).

6.Kemudahan peluang pekerjaan : kuota 1% untuk golongan kurang upaya bagi sektor kerajaan dan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya bagi Sektor Swasta.
( Tidak nampak pun kuota ini dilaksanakan. kalau betullah dah ramai golongan OKU yang bekerja dengan selesa bukannya masih duduk menanti peluang kerjaya serta menunggu di rumah saja.. Prihatin lah sikit mereka yang dah berijazah pun nak makan juga, nak bagi mak bapa duit. dahlah PTPTN terus mencari tak peduli orang dah berkerja atau belum. Pada saya berikan mereka peluang kerana kekurangan bukan penghalang. Entah-entah mereka lebih baik bekerja berbanding mereka yang normal.

7.Kemudahan pendidikan : terdapat sekolah pendidikan khas, pengecualian bayaran pendaftaran kemasukan pelajar kurang upaya pendengaran untuk latihan kemahiran di institusi pengajian kelolaan Kementerian Pendidikan, dengan elaun bulanan RM300.
( berikan lah kuota yang lebih untuk pelajar2 memasuki IPTA, mereka pun berusaha untuk berjaya tetapi akhirnya kecewa kerana gagal mendapat tempat.)

8.Kemudahan dalam aktiviti harian : terdapat peruntukan Kod Amalan Awam bagi Orang Kurang Upaya ke Bangunan Awam, supaya mesra orang kurang upaya dengan menyediakan 'ram', 'railing', laluan untuk kerusi roda, lif khas, tempat letak kereta khas, dan tandas khas serta lain-lain.
 ( Ini  lagi satu kalau kat sabah ni kalau adapun tak sampai 10%. kalau ada kat KK ni ja, itupun sedkit. kalau kat Tawau dan sandakan minta maaflah langsung takda, jangan hairanlah kalau OKU di  daerah tersebut  jarang nak keluar jadi bila mereka keluar masyarat kat situ jadi hairan macam tak pernah nampak)
9.Pengecualian 50% Duti Eksais ke atas Kereta/Motosikal Nasional bagi golongan cacat anggota.
( Ini saya tak pasti)

10.Insentif lain seperti daripada Syarikat Telekom Malaysia Berhad, kemudahan memulakan perniagaan kecil dengan bantuan geran RM2700, kemudahan pencen terbitan dan sebagainya.
( Insentif dari Telekom memang ada. Terima kasih Telekom)

Permohonan Program Diploma Tahfiz Al Quran sesi 2011/2014

kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang berminat dan mempunyai kelulusan yang sesuai boleh lah memohon program ini.

download kat sini syarat kemasukan
http://skala.my/v2/index.php?option=com_phocadownload&view=file&id=1&Itemid=142n

kalau nak mohon secara online boleh buat kat sini
http://60.51.223.125/dquran/index.php?data=O2xvZ2luL3BlbW9ob25fZGFmdGFyLnBocA

kalau nak mohon dan download borang boleh buat kat sini
http://skala.my/v2/index.php?option=com_phocadownload&view=file&id=2&Itemid=143


Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

nak jadi guru pendidikan Khas?

Kat entry hari ini aku nak tuliskan buat panduan pelajar-pelajar STPM cikgu  yang berminat nak ambil bidang pendidikan Khas macam Cikgu..
jadi bacalah lah ya semoga betul-betul berminat nak menjadi guru pendidikan khas.

Klik kat sini
 (UPSI)
http://www.upsi.edu.my/index.php/ms/ijazah/fakulti-sains-kognitif-dan-pembangunan-manusia/pendidikan-khas.html

(UKM) (inilah tempat saya bermula menjadi guru pendidikan khas)
http://pkukmweb.ukm.my/v3/images/stories/pdf/Brohure%20program%20aliran%20sastera.pdf

Bagaimana menghilangkan rasa marah?

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.


Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirehatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan dihadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi muali hari ini aku akan membebaskan kamu." Begitulah sopan santunn! ya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali. Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuangkan rasa rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s. w. t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang. Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, Insha Allah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum! dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis. Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api. berbanyak-kanlah beristighfar.. itulah senjata orang2 mukmin.

Sumber: Alam artikel Islam

P/S;  marah jika bersebab untuk kebaikan semua pihak semoga menjadi ingatan dan teladan
Promosi aktiviti kesihatan mental di sekolah

06/03/2011 1:10pm

KUALA LUMPUR – Pengurusan sekolah perlu mempromosi aktiviti kesihatan mental sebagai langkah menangani isu kesihatan mental di kalangan pelajar, kata Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi mengenal pasti simptom kemurungan dan stres di kalangan pelajar supaya bantuan kaunseling dapat diberikan sebelum mereka terlibat dalam gejala yang lebih buruk.

“Isu kesihatan mental di kalangan pelajar perlu ditangani dengan segera.

“Sekiranya mereka tidak mendapat bantuan, negara akan terbeban dengan generasi yang menghadapi masalah kesihatan mental dalam persekitaran dengan persaingan global yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali kesihatan mental dalam komuniti menerusi ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijalankan sebagai aktiviti gerak kerja luar.

Beliau berkata, sekolah juga perlu mempunyai kaunselor terlatih yang ramai bagi membimbing dan membantu pelajar berhubung cara menguruskan stres. – Bernama

P/s:  Satu usaha yang bagus sebab pelajar kadang kala  ada juga menghadapi tekanan serta stress khususnya yang mengambil peperiksaan penting dan ketika menjelang peperiksaan. Salah satu sebabnya ialah perancangan belajar yang tidak betul dan akhirnya pelajar rasa tidak dapat menerima apa yang dipelajari, bimbang tidak dapat menjawab, harapan yang terlalu tinggi oleh ibu bapa serta guru dan sebagainya. Pada saya, seorang pelajar itu pandai membahagikan masa, merancang waktu serta menjadi pelajaran itu satu keseronokan. Tumpuan di kelas adalah penting dan masa tidur yang cukup supaya si kelas tidak mengantuk dan paling penting ilmu dan iman mesti seiring. Solat itu tiang agama dan berdoa semasa mula nak belajar supaya ilmu yang kita pelajari diberkati oleh- Nya.