Sunday, 6 March 2011

Promosi aktiviti kesihatan mental di sekolah

06/03/2011 1:10pm

KUALA LUMPUR – Pengurusan sekolah perlu mempromosi aktiviti kesihatan mental sebagai langkah menangani isu kesihatan mental di kalangan pelajar, kata Anggota Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata, langkah tersebut perlu bagi mengenal pasti simptom kemurungan dan stres di kalangan pelajar supaya bantuan kaunseling dapat diberikan sebelum mereka terlibat dalam gejala yang lebih buruk.

“Isu kesihatan mental di kalangan pelajar perlu ditangani dengan segera.

“Sekiranya mereka tidak mendapat bantuan, negara akan terbeban dengan generasi yang menghadapi masalah kesihatan mental dalam persekitaran dengan persaingan global yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, antara aktiviti promosi kesihatan mental yang boleh dilaksanakan di sekolah termasuk mengenali kesihatan mental dalam komuniti menerusi ceramah, pameran dan kuiz yang boleh dijalankan sebagai aktiviti gerak kerja luar.

Beliau berkata, sekolah juga perlu mempunyai kaunselor terlatih yang ramai bagi membimbing dan membantu pelajar berhubung cara menguruskan stres. – Bernama

P/s:  Satu usaha yang bagus sebab pelajar kadang kala  ada juga menghadapi tekanan serta stress khususnya yang mengambil peperiksaan penting dan ketika menjelang peperiksaan. Salah satu sebabnya ialah perancangan belajar yang tidak betul dan akhirnya pelajar rasa tidak dapat menerima apa yang dipelajari, bimbang tidak dapat menjawab, harapan yang terlalu tinggi oleh ibu bapa serta guru dan sebagainya. Pada saya, seorang pelajar itu pandai membahagikan masa, merancang waktu serta menjadi pelajaran itu satu keseronokan. Tumpuan di kelas adalah penting dan masa tidur yang cukup supaya si kelas tidak mengantuk dan paling penting ilmu dan iman mesti seiring. Solat itu tiang agama dan berdoa semasa mula nak belajar supaya ilmu yang kita pelajari diberkati oleh- Nya.

No comments:

Post a Comment