Sunday, 13 January 2013

keletihan yang melampau .....

Hari ini ku lalui hari-hari dengan keletihan.... namun semua yang aku lakukan adalah berbaloi dan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya... dari jam 8 pagi aku keluar rumah sehinggalah jam 7.30 malam barulah aku berada di rumah.. persinggahan rehat ku hanya di Masjid untuk melakukan solat.. tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas. hari ini apa yang aku lakukan adalah keikhlasan hati ku sendiri... aku gembira walaupun sebenarnya aku terlalu penat tetapi aku akui biarlah pengorbanan  yang aku lakukan ini adalah untuk kebahagian orang lain... kerana aku akan gembira sekiranya melihat mereka bahagia......

keletihan ku hari ini adalah berbaloi apabila segala urusanku yang  telah aku rancang dari A hingga Z telah dilaksanakan dengan sebaiknya dan Allah SWT memudahkan segala urusan yang aku lakukan... dan setibanya aku di rumah barulah aku sedar hari ini aku bertugas sebagai warden mingguan dan selesai mengerjakan solat Isyak aku bergegas ke dewan makan untuk menjaga pelajar-pelajar asrama untuk prep malam... bilalahh aku nak melelapkan mata untuk berehat seketika... tidak mengapa.... bisik hati... " tugas perlu dilakukan dengan keikhlasan  jangan ada rasa menyesal atau pun mengeluh dalam melakukan apa juga perkara" ... Insyaa Allah...





Friday, 21 December 2012

Tahniah buat anak didikku pelajar pendidikan khas

Tahniah buat anak-anak pendidikan khas cikgu kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012. Tahniah juga di ucapkan kepada Nordiah Marikan kerana mendapat keputusan 6A.. dan paling aku gembira tahun  ini sekali lagi keputusan matapelajaran geografi yang aku ajar sekali  lagi dalam sepanjang aku mengajar mencapai 100% lulus... Alhmadulillah. Semoga tahun depan pelajar khas ku yang mengambil PMR tahun ini juga akan mendapat kelulusan 100%.. Insya Allah...

Monday, 10 December 2012

terima kasih wahai anak muridku

Terimakasih anak-anak muridku khususnya pelajar pendidikan khas tingkatan 5 dan tingkatan enam... semalam aku di minta untuk datang ke bandar kota kinabalu dan berjumpa dengan mereka di Centre Point.. selepas berjumpa dengan mereka .. mereka mengajak aku ke suatu tempat  dan aku menurut sahaja kemahuan mereka. setibanya di suatu tempat yang dituju tiba-tiba mereka memberitahu mereka dah tempah satu bilik untuk saya di sebuah hotel. aduh terharunya... anak-anak murid memberikan penghargaan yang aku tak akan lupakan seumur hidupku. walaupun hotel ni tidaklah semewah 5 atau 4 bintang tetapi penghargaan mereka amat aku hargai kerana ketulusan mereka... Pada mulanya aku hendk memberikan bilik tersebut kepada pelajar yang lain sahaja namun memikirkan mereka telah memberikan penghargaan untuk ku jadi aku menerimanya seadanya.


TERIMAKASIH HEDZELYN, HARZIAH, SHIDA, DAN MAILIN.. CIKGU TAK AKAN LUPAKAN SEMUANYA...
Terima kasih Mohjd Hafiz kerana menerima pelawaan cikgu untuk tidur di bilik tersebut memandang kan bilik yang ditempah adalah twin bed...


p/s:  Doa cikgu semoga kalian  mencapai keputusan cemerlang dalam STPM dan SPM...

Saturday, 24 November 2012

Muhasabah diri seketika......

Jika ini yang terbaek buatku berilah aku peluang
Jika ini bukan yang terbaek untuk ku berikanlah aku kekuatan
kerana aku insan yang lemah
aku tidak bisa bersendirian menghadapinya
dugaan dan cabaran
ujian dari mu ya Allah

tabahkan hatiku untuk melalui ujianmu ya Allah
sujudku padaMU hingga ke akhir garisan
ampunilah segala dosaku
lindungilah aku dari segala kejahatan

kau tempatku meminta
kau tempat ku menumpang kebahagian
aku hambamu yang sering alpa
aku hambamu yang lalai dengan duniamu
Ampuni aku ya Allah

Lindungilah aku, keluargaku
dari ancaman kesesatan hidup
dari segala dosa yang menerjah kehidupan
sesungguhnya engkau maha pengampun
maha pengasih dan maha penyayang....


Friday, 23 November 2012

Video Klip paling aku suka tengok.. Hayati bersama


aku suka tengok video ni... kadang-kdang hatiku tersentuh.. pernah aku buat video ini sebagai satu set Induksi dalam  pengajaran bahasa.. aku jadi serba salah sebab pelajar ku dah menitiskan air mata. alamak kasihannya.. tersentuh juga hati mereka... Maafkan cikgu. sekadar untuk muhasabah diri dan renungan untuk diri cikgu dan anda semua...


p/s: Kasih Ibu hingga ke Syurga. terima kasih mak keranamu aku menjadi Insan sempurna.. keranamu aku mengenal erti kepayahan hidup...

Kurang sihat ....

Semalaman tidak dapat tidur mungkin kerana terlalu letih menunggu rakan di lapangan terbang semalam sehingga jam 12 Tengah malam dan menghantarnya pulang ke rumah sehingga jam 1... Langsung aku tidak dapat tidur lagi... selepas subuh terasa badan  macam tidak berapa selesa. Ya Allah.. ujian mu untuk menguji ku supaya redha dengan apa yang kau berikan... Aku seperti berada di dalam mimpi... rasa macam langkahku amat berat  untuk aku paksa.. Tetapi aku masih ingat kata ibu ku kalau kita sakit jangan tunjuk rasa sakit kalau tak kita akan rasa sakit sentiasa... aku ingat pesanan ini  ketika aku belajar di Universiti bila aku sakit Al Quran penemanku.. aku akan membaca selepas solat. itulah kekuatan untuk diriku... Semoga sakit yang aku alami hari ini adalah ujian dariMU untuk aku muhasabah diri seketika dari dosa-dosa terdahulu....






Alhamdullilah... Tahniah

Alhamdulillah.. akhirnya yang dinantikan telah tiba... berkat kesungguhan dan kesabaran akhirnya berjaya juga. Terima kasih ya Allah kerana mendengar doa  dan haraapan kami...

Tahniah di ucap buat anak saudara tersayang sebab mendapat peluang sebegini. semoga inilah jalan yang diredhaNya...

 Doa dan harapan agar terus menjadi kebanggaan keluarga pada satu hari nanti. kejayaan hari ini adalah titik mula untuk melangkah kecemerlangan esuk hari. moga terus berjaya di dunia dan akhirat...

p/s Sesungguhnya Allah merahsiakan masa depan untuk menguji kita agar berprasangka baik,merencana dengan terbaik,berusaha yang terbaik serta bersyukur dan sabar...