Friday, 23 November 2012

Kurang sihat ....

Semalaman tidak dapat tidur mungkin kerana terlalu letih menunggu rakan di lapangan terbang semalam sehingga jam 12 Tengah malam dan menghantarnya pulang ke rumah sehingga jam 1... Langsung aku tidak dapat tidur lagi... selepas subuh terasa badan  macam tidak berapa selesa. Ya Allah.. ujian mu untuk menguji ku supaya redha dengan apa yang kau berikan... Aku seperti berada di dalam mimpi... rasa macam langkahku amat berat  untuk aku paksa.. Tetapi aku masih ingat kata ibu ku kalau kita sakit jangan tunjuk rasa sakit kalau tak kita akan rasa sakit sentiasa... aku ingat pesanan ini  ketika aku belajar di Universiti bila aku sakit Al Quran penemanku.. aku akan membaca selepas solat. itulah kekuatan untuk diriku... Semoga sakit yang aku alami hari ini adalah ujian dariMU untuk aku muhasabah diri seketika dari dosa-dosa terdahulu....