Sunday, 14 April 2013

semakan Tingkatan ENam 2013

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM SESI 2013/2

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Sumber: KPM Malaysia

Sunday, 7 April 2013

Pesanan untuk semua


Kalau dengan kekasih, punya lembut berbicara.
Kalau bercakap dalam HP tu, punyalah baik hati, lembut sangat.
Kalau depan mata, jalan punya ayu, sopan sangat.
Wanita melayu terakhir.....

"Awak dah makan?"

"Tak sihat ke sayang? Dah makan ubat?"
"Jom keluar petang ni sayang...."
"Awak cantik pakai baju tadi tu.."
"Awaklah kekasih pujaan hati saya.."

Cuba dengan ibubapa,

cakap meninggi suara, melenting.
Sikit kena marah, tarik muka..buat muka masam.
Tutup pintu bilik kuat-kuat.
Suruh tolong sikit, 
"Kejap lagi mak.."
"Ala, mak amiklah sendiri.."

Depan kekasih, baik sangat.

Depan ibu bapa, jahat sangat.
Pandai berpura-pura,
pandai bermain kata.
Inilah kita.

(Haslinda Alias)


P/s Ada benarnya. Hargailah mereka .. sayangilah mereka




Saturday, 30 March 2013

Cuti akan berakhir esuk...

Minggu ini merupakan mingggu terakhir cuti sekolah.. nampak macam singkat betul cuti pada kali ini... aku banyak menghabiskan masa menyiapkan kerja-kerja sekolah yang perlu dibereskan sebelum buka sekolah. walaupun masih dalam 80% siap namun begitu aku berasa legga kerana sekurang-kurangnya terlaksana juga. bukan mudah nak buat buku yang hendak dibraille... bayangkan buku baru tatabahasa untuk STPM, ada 500 muka surat kalau dibraillekan mesti lebih kurang 1500 m/s. namun begitu aku perlu siapkan supaya pelajar ku yang mengambil STPM tahun ini ada rujukan untuk membuat ulangkaji. apapun selamat kembali ke seskolah buat pelajar asrama ku yan akan kembali ke asrama esuk.. Tanamkan azam dan semangat untuk terus maju. 

P/S; Cikgu pun akan kembali ke asrama esuk selewat-lewatnya jam 2 petang.. 

Friday, 29 March 2013

Tahniah buat anak didikku...

Lamanya tidak menulis di entry ini.. sebelum tu saya nak mengucapkan tahniah buat pelajar pendidikan khas sekolah saya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan STPM... Tahniah buat 3 orang pelajar khas  kerana tahun ini 3 orang pelajar telah mendapat A untuk matapelajaran Bahasa Melayu.. 
Tahniah juga buat Harziah Khalid Yunus kerana mendapat keputusan cemerlang dalam STPM 2012 dengan mendapat PGNK 3.42. Semoga terus cemerlang di menara gading kelak. Selepas ini fikirlah apa haluan dan tujuan anda masing-maing. keputusan di tangan anda. 

Friday, 15 March 2013

OKU dan Lesen Motosikal


OKU hanya perlu bayar RM2 untuk lesen motosikal

LUMUT 15 Mac - Berkuat kuasa hari ini, golongan orang kurang upaya (OKU) dikecualikan fi memperbaharui lesen motosikal dan bayaran ujian memandu RM10 dihapuskan.
Mereka hanya dikenakan bayaran minimum RM2 manakala pengecualian fi memperbaharui lesen memandu kereta pula akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei ini.
Ketika mengumumkan berita baik itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dianggarkan lebih 230,000 OKU yang memiliki lesen memandu di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada inisiatif program touch point kepada rakyat itu.
Beliau berkata, inisiatif di bawah program touch point itu menunjukkan keprihatinan kerajaan bagi membantu mengurangkan beban sara hidup golongan tersebut.
"Sebelum ini, kerajaan telah pun menghapuskan bayaran cukai kenderaan kepada golongan OKU dan mulai hari ini, OKU yang mempunyai lesen memandu motosikal akan dikecualikan daripada membayar fi tetapi mereka cuma perlu membayar RM2 untuk membuat kad.
"Mulai 1 Mei ini pula, golongan OKU yang memperbaharui lesen memandu kereta akan dikecualikan fi dan dikenakan bayaran minimum RM2 sahaja," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lesen OKU dan vokasional bentuk baharu di JPJ Cawangan Sri Manjung di sini hari ini.
Selain itu, Cho Ha mengumumkan bahawa mulai hari ini, pemegang lesen memandu kenderaan barang (GDL) dan kenderaan pengangkutan awam (PSV) tidak perlu lagi membayar fi tahunan berasingan, sebaliknya hanya menjelaskan satu bayaran untuk kedua-dua jenis lesen itu.
Katanya, langkah penstrukturan bayaran itu akan memberikan faedah kepada lebih 150,000 individu yang memegang kedua-dua lesen itu.
"Dahulu, pemegang lesen vokasional dikehendaki membayar RM20 untuk setiap jenis lesen dan kalau ada dua lesen, mereka perlu membayar RM40 tetapi sekarang, kita telah selaraskan bayaran lesen vokasional sebanyak RM20 sahaja dalam satu kad," katanya.
Beliau berkata, mulai hari ini, kerajaan juga menyelaraskan tarikh tamat lesen kepada tarikh lahir pemandu bagi pemegang lesen vokasional menggunakan kaedah yang sama dengan pemegang lesen kenderaan biasa yang telah dilaksanakan mulai 21 November 2011.
"Diharap selepas ini, tidak timbul lagi alasan lupa memperbaharui lesen memandu kerana tarikh tamat lesen diselaras ikut tarikh lahir pemegang lesen," katanya.
Mengikut laporan sebelum ini, kerajaan dijangka menanggung kos tambahan RM9 juta atas penstrukturan bayaran lesen-lesen tersebut selain penyelarasan tarikh tamat lesen kepada tarikh lahir pemandu. - 
sumber: UTUSAN


keputusan SPM 2012


Keputusan SPM 2012 diumum Khamis ini

KUALA LUMPUR 15 Mac - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan diumumkan pada 21 Mac ini.
Kementerian Pelajaran dalam kenyataan di sini hari ini berkata, calon-calon SPM boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi pada hari tersebut.
"Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran negeri iaitu tempat mereka mendaftar," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menjelaskan, calon SPM juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan melalui mySMS dengan menaip SPM diikuti nombor kad pengenalan dan nombor angka giliran dengan setiap nombor itu dijarakkan dan dihantar ke 15888.
Jelasnya, perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada hari tersebut dan akan ditamatkan pukul 12 tengah malam 27 Mac ini.
Sebanyak 472,541 calon mendaftar menduduki peperiksaan itu di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun lalu. 
sumber- UTUSAN


cara hidup sihat yang aku amalkan selama 8 bulan

                                           aku dulu dikatakan seorang yang yang obes .....


                                                             Ini dalam tahun 2011


                                                          penghujung bulan 12 2012

             Nanti aku ceritakan apa yang  aku lakukan sehingga aku boleh  menjadi seperti sekarang.