Apabila berkunjung ke rumah sanak saudara, ada benda yang aku mungkin orang lain yang tak suka manis tak suka iaitu air manis yang bergas. Inilah paling ringkas yang dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya. Bukan tak suka tapi kandungan dalam air minuman tersebut mengandungi gula yang banyak. Tak hairanlah jika ada kencingmanis selepas hari raya nanti. Aku memang tak suka minum air bergas kerana kemanisannya yang melampau.. lidah ku dah sebati dengan air kurang manis. Sedangkan teh pun aku lebih suka tanpa gula sebab aku dah biasa. Mungkin itu sebabnya penurunan berat badan ku nampak pada puasa kerana aku memang tak makan benda benda manis. Di rumah pun aku berbelanja sebulan gula hnya sekilo sebulan.
Berbalkk kepada jamuan hari raya, biasanya aku tidak berani nak minum aku bagi kepada anak anak saudara yanb mungkin kehausan. Kalau tuan rumah memanb aku kenal sangat aku minta air putih kalau tak pun aku biarlahkan haus tetapi dalam kereta aku akan minum sebab aku dan bawa bekalan air kosong.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka lebih suka cepat menghidangkan air minuman dengan air bergas. Tidak salah, tapi tengoklah keadaan sekiranya tetamu tu yang sakit ada kencing manis terutama orang orang tua kita sediakan lah minuman kurang manis yang dibuat sendiri.biarlah orang kata tak manis tetapi yang penting sihat dan tetamu kita pun sihat..
P/s lebih suka menghidangkan air mineral untuk tetamu..
Friday, 9 August 2013
Tuesday, 6 August 2013
pesanan buat mereka
Kadang kala saya terlalu sedih melihat sikap pelajar yang masih belasan tahun hari ini. Pengalaman mengajar saya betapa didikan ibu bapa mungkin salah satu punca pelajar bermasalah khususnya dalam soal bercinta di usia muda. Banyak pengalaman yang saya lalui akibat masalah percintaan di usia muda ini yang akhirnya tiada kesudahan dan hanya menyeronokkan mereka sahaja. Pernah saya tertangkap telefon bimbit seorang pelajar, kadang kala malu nak baca, sms yang kadang kala seperti suami isteri sudah, ke mana lah iman dan budi pekerti anak anak ini ya. Saya pernah memanggil seorang pelajar perempuan dan bertanya di depan ibunya sendiri sama ada dia suka dengan pelajar lelaki ini. Jawapan yang diberikan ialah suka.terkedu ibu dia sendiri melihat saya tergamam.itu belum lagi yang mengugut nak membunuh diri, nak lari dari rumah, bercakap mencarut selepas hubungan mereka bermasalah..mereka mudah melafazkan kata cinta dan sayang kepada pasangan mereka yang belum ada apa ikatan dan berjanji lagi sehingga akhir hayat.
Pada pandangan saya sikap ini datang dari diri sendiri kerana kesukaan dan keseronokan apabila bercouple malangnya usia masih muda remaja. Ibu bapa masih lagi menanggung beban. Kasihani lah ibu bapa kamu bukan tangisan kerana malu mereka mahu tetapi tangisan kejayaan yang mereka mahu lihat.. berubahlah demi masa depan, percayalah satu hari nanti kamu akan berasa menyesal kerana sikap kamu sendiri dan pengalaman saya sendiri tidak pernah melihat kejayaan cemerlang pada pelajar yang bercouple tetapi tanyalah mereka yang tidak bercouple sentiasa cemerlang kerana mereka tidak pernah memikirkan diri orang lain berbanding diri mereka sendiri untuk berjaya dan tidak pernah membuang masa untuk bergayut, bersms dan berangan angan kosong sehingga melalaikan pelajaran dan pasangan bercouple ini akhirnya hanyut dan kecewa dengan keputusan mereka dan akhirnya menyesal...sejauh mana hebatnya dalam pelajaran kita jika diri dah dibelengguperasaan cinta ketika belajar percayalah akhirnya akan kecundang barulah rasa menyesal..pengalamanyang saya lihat sendiri banyak keburukan berbanding kebaikan walaupun dia sehebat mana pun dalam pelajaran..
P/s sekadar memberi nasihat kerana nasihat tu amat berguna.teringat zaman belajar dahulu, saya lebih suka berkawan dengan sesiapa pun kerana teringat pesanan ibu belajar bersungguh2 kerana dengan pelajaran akan mengubah nasib kita agar satu hari nanti orang akan pandang kamu sebagai anak penjual kuih yang berjaya.
ketabahan hidup membawa kejayaan
Kisah menyayat hati. Sebak rasanya mendengar cerita anak ini yang aku baru aku kenal.. kisahnya mungkin biasa tapi kehidupannya cukup bermakna. Kemiskinan tidak pernah menghalang untuk dia mencapai keputusan cemerlang. Mendapat 8A dalam SPM cukup membanggakan saya. Kemana haluan kata ku. Rupanya baru sebulan mendaftar sebagai guru pelatih di IPGA. Syukur alhamdulillah. Bidang apa? Rupanya pendidikan khas.ada sebab kenapa memilih bidang ini. Sebelum ini belajar di tingkatan enam, apabila mendapat tawaran dari ipga satu kegembiraan buat dirinya apatahlah sebagai anak sulung ingin mengubah nasib diri. Blog ku menjadi medan persediaan untuk dia temuduga. Alhamdulillah berjaya.ayah dan ibu merupakan kurang upaya cacat penglihatan dan hanya mendapat bantuan kebajikan masyarakat dan sebagai tukang urut. Katanya dialah yang membawa ibu bapa ke tempat kerja sebagai tukang urut. Dengan duit tukang urut itu dia membeli buku SPM walaupun tidak mahu meminta kerana bimbang ketiadaan duit membeli makanan untuk adik adiknya.
Bagi ku kalau lah pelajar asramaku ada kesedaran seperti anak ini, sudah tentu mereka semua cemerlang dan mahu mengubah nasib ibu bapa mereka yang miskin
P/s doa ku semoga berjaya dan keluar menjadi guru yang berdedikasi dan dapat mengubah nasib ibu bapa kamu..tahniah dik semangat kamu amat kental.
ucapan hari raya seikhlas hati
Selamat hari raya maaf zahir batin terutama buat ayahanda dan bonda tercinta, adik beradikku,, anak anak saudaraku yang tersayang, sepupu sepapat, rakan rakan sekerja dan tidak lupa buat pelajar pendidikan khasku yang pernah kena marah serta pelajar asrama yang pernah kena rotan di tangan atau di punggung kerana kenakalan.. selamat hari raya dan maaf zahir batin. Selamat hari raya juga buat rakan di blog dan facebook..
kenangan di bulan ramadan
Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadat untuk kali ini. Dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dan cabaran yang Allah berikan untuk ku. Tapi aku redha dengan apa yang berlaku. Aku banyak bermuhasabah diri tentang dosa dosa yang aku lakukan, meminta keampunan kerana bulan ramadan ni bulan sejuta rahmat dan keampunan. Dalam bulan ini aku sakit, sakit yang tak terkata-kata sehingga membawa aku ke hospital tetapi aku tetap melaksanakan puasa. Bulan puasa juga aku diuji dengan sikap pelajar asrama yang menguji keimanan dan kesabaranku namun semua itu ujian untuk ku bersabar dan mencari jalan penuh ketenangan. Semoga bulan ini ibadat ku diterima sepenuhnya dan aku berharap aku dapat bertemu dan melaksanakan ibadat puasa dan solat tarawih pada tahun depan.
Sunday, 9 June 2013
salah kah saya???
kadangkala apa yang kita lakukan mungkin orang pandang sebaliknya... niat kita penuh ikhlas nak membantu tapi nampak sangat di salah ertikan, lebih memilukan di katakan secara terbuka. kadangkala kata-kata tu menyakitkan hati sangat seolah-olah kita ni seorang yang jahat. Namun apa yang dilakukan adalah ikhlas dan tidak pernah timbul rasa tidak setuju atau tidak.. kenapa pulak saya yang dipersalahkan ..? inilah manusia kan... kita memberikan pandangan seikhlasnya... pandangan sewajarnya lebih kepada pro dan kontra tapi akhirnya kita yang dipersalahkan... pengalaman ini memang pahit. bukan kali pertama ini kali kedua. susahkan sebagai insan biasa memberi pandangan tetapi akhirnya disalahertikan sapalah saya ...
menjadi pengajaran berguna untuk saya berhati-hati dalam berkata-kata. sememangnya pada awalnya saya tidak mahu memberi keputusan apa-apa untuk sebarang tindakan takut disalahertikan tetapi hati ini rasa bersalah jika tidak ingin membantu memberikan penerangan apa yang saya tahu.. dan akhirnya saya di salahkan di saat saya masih ingin menolong dengan tangan yang terbuka...terimakasih banyak-banyak sebab berkata sedemikian...
p/s: Redha apa yang dikatakan kerana kesilapan saya sendiri...

Monday, 20 May 2013
pengalaman sebagai Ketua Pusat Mengundi
Apa yang aku nak coretkan kat entry ni... agak malas juga aku nak tulis kat entry ini. bulan ni memang aku agak sibuk.. sibuk dengan pilihanraya. bukan sebagai calon hehehe.. tetapi sebagai seorang yang telah dilantik sebaggai salah seorang petugas dalam melaksanakan perjalanan pilihnaraya... kali pertama aku di lantik sebagai Ketua Tempat Mengundi (KTM). Allah SWT sahaja tahu apabila aku menerima arahan tugas ini pada tahun lalu dan hatiku berdebar-debar "bolehkah aku melakukan semua ini kerana aku tidak pernah melakukannya.. " kenapa aku yang di lantik". Namun aku berfikir secara positif. Mungkin aku telah terpilih antara mereka yang nak sangat nak jadi KTM ni... dan aku telah dilantik sebagai KTM saluran 1. terperanjat juga aku apabila diberitahu yang saluran 1 ini adalah saluran warga emas... alamak macam mana aku nak handle makcik-makcik serta pakcik-pakcik yang menggunakan bahasa ibunda, tak tahu menulis dan sebagainya. namun peraturan telah ditetapkan dan telah dijelaskan semasa kursus..hehehe
Pada hari kejadian iaitu pada hari pilihanraya. aku rasakan bukan macam pilihanraya, aku rasakan macam nak sambut hari raya seawal jam 6 pagi di saluran menggundi aku dan rakan-rakan yang lain kami hiaskan dengan poster bukan langsir baru, meja ku susun rapi kuhidangkan petak undi dan peti undi bukan kuih muih. sebelum jam 8 aku berikan kerani-kerani benda-benda yangg sepatutnya..seronoknya mereka termasuk dakwat kekal..seawal jam 8 rumahku di buka hehe. lajunya akak ni berlari 100 meter menuju saluranku. mudanya hehehe. terfikir aku ni saluran warga emas. kenapa akak ni muda sangat... pada fikiranku mungkin awet muda... apabila aku melihat kad pengenalan. hei silap" akak tempat ni saluran warga emas, akak punya saluran saluran 2... akak semak semula ya.. kata ku..dengan mesra alam sangat.... hehehe
Selepas tu masuklah warga emas yang aku lihat macam ibu dan baap ku sendiri. seronoknya mereka semangat mereka begitu jitu untuk memilih pemimpin walaupun berkerusi roda, bertongkat dan perlu dipimpin mereka sanggup datang seawal pagi... tabik spring pakcik makcik ni,
Pukul 8.30 aku melihat keluar mak oi ramainya penggunjung saluranku ni mau hampir 40 orang walaupun mereka diberikan kerusi untuk duduk aku mengambil keputusan untuk mempercepatkan pengundian dan meminta kerani kedua melaksanakan kerja seperti kerani satu dan kerani satu membuat calitan seperti kerani dua.. risau betul aku. aku tak mahu diperkatakan lambat sehingga mereka penat berdiri. satu demi satu masuk dan satu demi satu keluar dan aku ucapkan terimakasih sebagai budi bahasaku..
Alhamdulillah lebih kurang jam 9.45.... kehadiran mereka semakin kurang dan semakin kurang dan aktiviti pengundian berjalan lancar sehinggalah bilik pengundian di tutup. selepas itu berlakulah pengiraan undi sehingga jam 9 malam... yang disaksikan oleh wakil-wakil calon itu sendiri. tak payahlah saya cerita tentang pengiraan undi tersebut sebab aku lebih seronok merasai perjalanan proses pengundian sebab aku suka lihat gelagat warga emas mereka cukup berhemah, bersopan dan barbudi bahasa... berbanding saluran orang muda kadang kala aku dengar bunyi bising dan marah.. tabik springlah pakcik makcik.tak sia-sia aku berdiri di pintu mengucapkan selamat datang dan terimaksih kepada mereka. senyuman mereka membuatkan aku tidak berasa penat untuk membantu mereka masuk ke dalam. .....PENGALAMAN YANG AKU TAK AKAN LUPA KAN SEUMUR HIDUPKU ...best sangat-sangat....heheheh...
p/s: sedih kerana tidak semana-mana aku teringatkan mak dan abah aku ketika seorang makcik menangis kerana dia gembira dapat mengundi tahun ni kerana katanya dia tak tau lagi jika akan datang dia masih ada di muka bumi ini dan diberi kesempatan.. sedih nya. air mata ini tertumpah...begitu juga wakil pemerhati dan ejen calon... serta kerani....air mata bertitisan...

Subscribe to:
Posts (Atom)