KUALA TERENGGANU 21 Jun - Lebih banyak Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) akan diwujudkan bagi memberi peluang golongan kurang upaya (OKU) menimba ilmu serta kemahiran agar diberi tempat dalam pasaran kerja seperti golongan normal.
Terbaru, sebuah SMPKV berkonsepkan teknologi agro akan dibuka di Kuantan, Pahang pada Januari tahun depan dengan sesi pengambilan awal melibatkan 250 pelajar istimewa.
Timbalan Pengarah Cawangan Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, Jalaludin Othman berkata, sekolah tersebut merupakan yang ketiga selepas SMPKV di Indahpura, Johor dan SMPKV Shah Alam, Selangor yang menyediakan pelbagai kemahiran vokasional.
Katanya, sekolah yang pembinaannya sudah 98 peratus siap itu bakal melahirkan usahawan OKU yang mahir khususnya dalam bidang pertanian.
"Sekolah ini akan menempatkan kira-kira 500 pelajar apabila ia beroperasi sepenuhnya kelak. Pada masa ini ia dalam proses untuk membawa masuk kemudahan peralatan penternakan serta pertanian.
"Kita berharap melalui pembukaan sekolah ini dapat membuka mata ramai pihak tentang kesungguhan kerajaan dalam membantu golongan istimewa ini," katanya selepas hadir pada majlis Pentas Istimewa Pendidikan Khas 2011 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
sumber: utusan Online
Sunday, 26 June 2011
Panel eBraille al-Quran
BAGI menyuntik kesedaran tinggi memastikan tidak berlakunya keciciran ilmu al-Quran di kalangan golongan cacat penglihatan, kumpulan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menghasilkan teknologi terkini bagi memudahkan pembacaan, penghayatan dan pengajaran al-Quran Braille.
Kumpulan yang diketuai Dr Mohd Zarhamdy Md Zain ini melakukan transformasi daripada enam jilid al-Quran Braille dihimpunkan kepada sebuah Panel al-Quran Braille Elektronik atau dikenali Panel eBraille al-Quran.
Inovasi berstatus pertama di dunia ini menjadikan senaskhah lengkap al-Quran atau enam jilid al-Quran Braille kepada sebuah panel lengkap.
Penjelmaan titik-titik kod Braille ayat al-Quran dipaparkan melalui sel-sel Braille yang boleh turun dan naik secara automatik dan dikawal pengguna.
Dr Mohd Zarhamdy berkata, teknologi yang dihasilkan bukan saja memudahkan orang buta mempelajari al-Quran, tetapi menjadikan sumber rujukan utama.
Beliau berkata, teknologi yang dihasilkan bersifat mesra pengguna, berkesan kepada golongan sasar sekali gus memudahkan penghayatan tanpa sebarang rintangan.
“Penyelidikan ini berlandaskan tanggungjawab bagi membantu golongan itu selain memudahkan proses pembelajaran ilmu.
“Sebagai sebuah institusi berkepakaran dalam kejuruteraan, UTM berbesar hati memikul tanggungjawab ini.
“Ia sejajar hasrat pelbagai pihak mewujudkan perkongsian ilmu tanpa sempadan sekali gus membuka konsep kesamarataan dalam memperoleh pendidikan,” katanya.
Penyelidikan berteraskan tanggungjawab sosial ini diperuntukkan tempoh selama dua tahun bermula 1 November 2009 dan tamat pada 31 Oktober 2011.
Ia mendapat pembiayaan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
Menerusinya, golongan sasar boleh membawa Panel eBraille al-Quran dengan mudah untuk pembacaan dan pengajaran selain tidak perlu lagi dilakukan menerusi kaedah tradisional.
Ia juga meminimakan beban pengajaran dan pembelajaran bagi golongan bermasalah penglihatan selain membuka era baru keberkesanan pengajaran dan pembelajaran al-Quran.
sumber: My metro
P/s: semoga memberi manfaat kepada golongan OKU cacat penglihatan dan khususnya pelajar pendidikan khas

Tuesday, 21 June 2011
APC 2010
Ucapan Tahniah aku terima semalam... entah kenapa aku menjadi hairan
Rupa-rupanya aku antara penerima Anugerah Perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2010 (APC).. Pengetua menyatakan dalam mesyuarat semalam.. malangnya mesyuarat tersebut aku tidak dapat sertai disebabkan aku merupakan guru bertugas minggu ini dan terpaksa membantu melaksanakan aktiviti perhimpunan harian sekolah sebelum pelajar masuk ke kelas...
Ini adalah kali kedua aku menerima APC.. Sebelum ini aku menerimanya pada masa zaman SSB lagi iaitu kategori melintang dan menegak dan ketika itu aku baru sahaja sah jawatan, dan aku telah dipilih untuk menerima APC untuk kategori melintang...dan setahun selepas itu dimansuhkan sudah kepada SSM..
dan kali ini aku menerima APC bagi kali kedua sepanjang perkhidmatan aku sebagai pendidik... bagi aku semua ini adalah keikhlasan serta niat kita.. sebagai pendidik kita haruslah melakukan tugas dengan amanah, jujur dan bertimbang rasa... satu prinsip yang aku amalkan ialah berikan ajaran sebaik mungkin kepada pelajar dan sentiasa fleksibal dalam melaksanakan tugas sebagai guru..
Namun apakan daya pada majlis anugrah tersebut aku tidak dapat menerimanya di pentas kerana aku mempunyai tanggungjawab iaitu mengiring pelajar pendidikan khas ke Majlis Tilawah Al Quran Pendidikan khas peringkat negeri di Tawau untuk kategori Nasyid.. dan ini lah kali kedua aku tidak berada di pentas kerana APC pertama pun aku tidak menerimanya disebabkan aku mengiring pelajar ke pertandingan Lalu Lintas..
bagi aku tidak mengapa kerana apa yang penting akan terus berusaha sedaya mampu untuk kebaikan pelajar yang aku didik.. Insya Allah..

Wednesday, 15 June 2011
Bapa acu pistol marah cikgu denda anak
KUALA LUMPUR: Seorang guru lelaki sebuah sekolah rendah di ibu negara berusia 31 tahun berdepan detik mencemaskan apabila kepalanya diacukan sepucuk pistol oleh seorang lelaki dipercayai bapa muridnya, kelmarin.
Difahamkan, bapa berusia lewat 30-an itu dikatakan berang apabila guru terbabit mengetuk kepala anak perempuannya berusia 11 tahun dengan pembaris selepas gagal menjawab soalan ketika sesi pembelajaran, Isnin lalu.
Malah, lelaki sama dikatakan pernah menyerang seorang guru lain bersenjatakan pump gun tiga bulan lalu akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar itu sebelum kes itu diselesaikan pentadbiran sekolah berkenaan.
Dalam kejadian terbaru kira-kira jam 9.30 pagi semalam, suspek yang ‘naik hantu’ menceroboh sekolah berkenaan sebelum menyerang guru terbabit yang sedang bersarapan di kantin.
Menurut sumber, sebaik menghampiri mangsa, suspek terus menghamburkan kata-kata kesat kepada guru berkenaan.
sumber: my metro.

Friday, 10 June 2011
Kanak-kanak Buta Bekerja Sebagai Jurubahasa
Seorang budak perempuan buta yang fasih dalam empat bahasa menjadi jurubahasa termuda yang bekerja di Parlimen Eropah. Kanak-kanak itu baru berusia 10
Alexia Sloane, dari Cambridge hilang penglihatannya semasa berusia dua tahun selepas didiagnoskan menghidapi barah otak ketika bercuti di Perancis.
Walaupun cacat, budak perempuan ini cemerlang dalam bahasa. Pada usia 10 tahun dia fasih dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan Mandarin. Kini Sloane sedang mempelajari bahasa Jerman.
Alexia memenuhi impiannya untuk bekerja sebagai jurubahasa selepas Ahli Parlimen Eropah Timur England, Robert Sturdy menjemputnya ke Parlimen Eropah di Brussels.
“Terdapat syarat umur minima untuk memasuki Parlimen Eropah iaitu 14 tahun. Jadi untuk Alexia menterjemah di sana pada usia 10 tahun adalah menakjubkan,” kata Isabelle, ibu kepada Alexia.
Alexia boleh bertutur dalam tiga bahasa sejak lahir kerana ibunya adalah separuh Perancis dan separuh Sepanyol manakala bapanya Richard ialah Inggeris.
“Dia sentiasa sangat bagus dalam bahasa-bahasa dan telah menunjukkan minat dari usia sangat muda,” Isabelle menambah. Ibu berkenaan juga mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun, Melissa.
Alexia pernah mempunyai impian untuk menjadi seorang jurubahasa sejak berusia enam tahun dan telah dipilih untuk ke Parlimen Eropah sebagai hadiah apabila dia memenangi Anugerah Komuniti Tahunan Pencapai Remaja.
Dia bertanya jika dia boleh mengikut jurubahasa. Ahli Parlimen Eropah Robert Sturdy kemudiannya bersetuju untuk membawanya sekali sebagai tetamu.
“Ia sangat hebat dan sekarang saya benar-benar berazam untuk menjadi seorang jurubahasa,” kata Alexia.
“Tiada apa-apa yang boleh menghentikan saya.”
((http://web.orange.co.uk/article/quirkies/Girl_10_works_as_interpreter)
Wednesday, 8 June 2011
Minum Air dan Feadahnya
Percaya atau tidak, pengambilan air dalam masa yang tepat boleh memberikan kesan yang optimum kepada kesihatan badan. Berikut ini adalah masa minum air yang PALING BAGUS seperti yang di syorkan oleh pakar-pakar perubatan.
• Minum dua (02) gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR. Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman
• Minum segelas... (01) air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan
• Minum segelas (01) air masak - SEBELUM MANDI. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah
• Minum segelas (01) air masak - SEBELUM TIDUR. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur
Kesimpulannya, kita sangat digalakkan untuk minum air masak yang secukupnya untuk kesihatan badan kita. Dan masa yang dinyatakan di atas adalah MASA PALING BAIK untuk minum air.
Persoalannya sekarang, berapa gelaskah anda minum air masak dalam sehari? Bila anda minum air masak? Lepas makan? Adakah masa minum itu sesuai?
sumber: http://www.mytawau.com/

Pilih telus, ikut merit
PUTRAJAYA: Pemilihan 35,000 pelajar yang merayu untuk memasuki program matrikulasi sesi 2011/12 dibuat secara telus dan berdasarkan merit bagi memastikan hanya mereka yang layak serta memenuhi syarat saja diterima masuk.
Mereka yang merayu termasuk 113 pelajar diploma tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menolak tawaran dan ingin mengikuti pengajian dalam program matrikulasi.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, jumlah yang merayu adalah besar namun pihaknya tidak mempunyai cukup tempat untuk menampung semua pelajar.
Katanya, isu mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak diterima ke program berkenaan juga tidak timbul kerana pemilihan dibuat berdasarkan merit ditetapkan.
“Ada yang mempertikaikan kenapa ada pelajar yang mendapat 8A diterima masuk, sedangkan pelajar yang mendapat keputusan 10A tidak diterima.
“Sebenarnya, kita melihat kepada empat subjek utama untuk diterima masuk ke program matrikulasi iaitu Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik serta Biologi, jika pelajar 8A mendapat A + dalam empat mata pelajaran berkenaan, sudah pasti dia akan diterima.
“Tetapi jika pelajar yang mendapat 10A hanya mendapat A+, 2A- dan 1A dalam keempat-empat mata pelajaran itu kita tidak terima, dan syarat itu membabitkan semua pelajar sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan taklimat mengenai pengambilan pelajar ke program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Sesi 2011/2012 kepada parti komponen Barisan Nasional di sini, semalam.
Pada majlis berkenaan, beberapa wakil daripada MCA, MIC, Gerakan dan PPP hadir untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung beberapa kekeliruan yang timbul mengenai pengambilan pelajar matrikulasi bagi sesi berkenaan.
Dr Mohd Puad berkata, taklimat berkenaan dibuat selepas mendapat arahan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran supaya semua pihak jelas mengenai pengambilan pelajar matrikulasi terutama bagi bukan Bumiputera.
Menurutnya, selain rayuan, pelajar juga keliru mengenai pengkhususan dalam program berkenaan.
\
Katanya, isu pelajar tidak diberitahu mengenai pengkhususan tidak timbul kerana perkara itu tidak pernah wujud dan ia timbul berikutan kekeliruan pelajar sendiri.
sumber: My Metro

Subscribe to:
Posts (Atom)