Tahun ini sudah hampir 4 tahun aku menjadi warden di sekolah ini... tetapi kalau di kira-kira berdasarkan aku menjadi warden di sekolah lama mau juga hampir 6-7 tahun aku bergelar cikgu@warden..bila menjadi warden tanggungjawab punyalah berat.... menjaga pelajar macam menjaga anak sendiri... tidur pun tidak mencukupi. tapi semua itu sudah tugas yang perlu dibebani... sepanjang aku menjadi warden pelbagai cabaran yang aku lalui antaranya apabila pelajar kena "rasuk". aku ni manalah tahu kalau kena rasuk macam ni. Kadang kala mahu juga aku buat kajian tindakan kenapa pelajar boleh dirasuk sama ada dibuat buat atau memang terjadi. Allah Maha Mengetahui.. Cara yang aku lakukan ialah membaca surah-surah pilihan dan membaca surah yassin.. Jika belum sembuh terpaksalah panggil ustaz...
Cabaran seterusnya bila asrama tidak ada air paip. Sengsara betul. sehinggakan kerana terlalu kasihan tangki kat belakang rumah terpaksa dibuka untuk menampung segala bagai keperluan harian pelajar jika ketiadaan air. Namun tahun ini Alhamdulillah ketiadaan air bukan sudah menjadi masalah yang besar..pelajar mandi dengan puasnya dan air melimpah-limpah...
Aku juga pernah berdepan dengan ibu bapa yang tidak faham dengan tugas warden., Ada yang menganggap warden ini berkerja sepenuh masa menjaga anak mereka. Tidak mengapalah jika itu andaian mereka. Ini kerana pernah berlaku apabila anak mereka sakit demam dan selaku warden dan guru yang mempunyaim komitmen sebagai pendidik di sekolah tidak sempat menghantar pelajar tersebut ke Hospital walhal tahap kesakitan pelajar tersebut bolehlah dikatakan ringan sahaja. Namun ibu bapa tidak faham dan terus marah kerana andaian mereka kami warden ini tidak menjaga anak mereka.
Dalam kes seperti bukan kecemasan seperti demam ringan inisitaif yang aku lakukan ialah lebih suka menghantar pelajar pada sebelah malam ke unit kecemasan.. Ini kerana bimbang jika keluar menghantar pelajar pengajaran ku akan terganggu dan terpaksa diganti.tetapi jika berlaku kecemasan seperti pengsan, demam keterlaluan dan selaku warden memang tidak akan membiarkan pelajar ni terus berada di bilik, paling cepat terus ke hospital dan menghubungi ibu bapa mereka dan tidak hairanlah staff kat hospital tersebut sudah kenal dengan diriku dan ada yang mesra kerana sering melihat aku membawa pelajar ke hospital.
Semua itu adalah cabaran sebagai warden.. Tugas ku sebagai warden di sekolah ini menjaga tiga kelompok yang berbeza iaitu pelajar pendidikan khas bermasalah penglihatan, pelajar biasa dan juga pelajar pendidikan khas masalah pembelajaran yang menjadi penghuni di asrama ini tetapi mereka masih boleh menguruskan diri masing-masing. Tanggungjawab sebagai warden ini memang berat kadang kala bila aku berada di luar kawasan asrama, fikiran ku terbayang-bayang pelajar asrama ku sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini dan ini menyebabkan aku jarang keluar untuk waktu yang terlalu lama kerana perasaan bimbang masih ada dalam diriku terutama terhadap pelajar pendidikan khas itu sendiri.
Inilah sebahagian anak-anak asramaku pada tahun ini. semoga menjadi pelajar yang baik dan berdisiplin dan mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan...semoga aku diberikan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka ini supaya menjadi pelajar yang cemerlang. Amin..