Kenapa kita dipilih menjadi guru pendidikan khas .. kerana sudah tertulis dan Allah swt telah merencana hidup kita untuk menjadi guru khas dan seterusnya membantu mereka. Namun sedih rasa hati apabila melihat segelintir sikap guru khas sendiri yang tidak menunjukkan rasa tanggunjawab dan pengorbanan sebagai guru khas.
Pelajar sekarang semakin berubah, mereka boleh bersuara.. dan akhirnya nama kita di sebut sebagai guru itu dan ini.. Mudahnya pelajar melabel kita... sebagai guru bermasalah...
Tunjukkanlah tanggung jawab yang besar dan semangat yang jitu dalam diri anda sebagai guru khas.. Kita diberikan peluang untuk membantu mereka serta membimbing mereka sedaya kita mampu jangan sampai melabel dan membenci kita kerana sikap kita.