Thursday, 22 November 2012

Aku Hamba mu penuh keinsafan


Di saat yang sepi ini
ku duduk seorang diri
memohon keampunan dari ilahi

bak lautan bergelombang
siang malam pagi juga petang
mengharapkan ketenangan 
dari tuhan yang esa

betapa rimbunnya dosaku
semua terlakar di lembah usiaku
salah dan silap di masa lalu 
kini ku sesali

ku tak layak ke syurgamu
namun tak sanggup ke nerakamu
\ku tunduk sujud merendah diri
kembali padamu 

ku tetap setia
pada mu oh tuhanku
akan ku patuhi segala
suruhanmu

akan ku jauhi
segala laranganmu
itulah tanda cinta 
cinta ilahi

lagu: Keinsafan diri (Fursan)


Ikhlaskan hati ku Ya Allah....

Ya Allah, jadikanlah aku org yg ikhlas dalam membuat sesuatu perkara.. Membuat kebaikan tanpa berharap apa-apa balasan kecuali redhaMu.. Jadikanlah jua aku hambaMu yg sabar.. Sabar dalam menerima apa sahaja pemberianMu.. Jika ia pemberian yg baik, aku mensyukurinya.. Jika ia memberi rasa sakit n pedih padaku, Kau damaikanlah aku dgn segala ketentuanMu.. Amin ya rabb.. Amin ya rabb.


Tuesday, 20 November 2012

Jaga periksa

Hari ini dan hari esok merupakan hari yang paling mencabar aku menjaga exam STPM. Biasanya pelajar biasa hanya mengambil masa 3 jam untuk peperiksaan tetapi pelajar khas mempunyai tambahan masa selama 1 jam menjadi 4 jam setiap peperiksaan.. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.. dan akan siap setelah aktiviti bungkus membungkus kertas jawapan skurang-kurangnya jam 1 siap dan seterusnya bersambung semula jam 2 petang sehingga 6 petang ( sehingga waktu mahgrib) dan berakhir sehingga 6.30 petang untuk aktiviti bungkus membungkus...
Setiap tahun ramai yang menolak untuk menjadi pengawas peperiksaan STPM untuk pelajar khas. kadang-kdang terdengar di telinga ni bayaran atau claim sama ja tapi nak jaga sehingga 4 jam tak berbaloi. kadang kala aku tersenyum ja... ada niat sebaliknya pulak... Tapi bagi aku setiap tahun sememangnya namaku lah yang naik untuk menjaga peperiksaan STPM mahupun SPM sebab tidak ada yang mahu ...
Soal bayaran tu bukan kayu pengukur tetapi tugas kita sebagai guru pengawas... kalau bukan kita siapa lagi nak lagi pengawas peperiksaan untuk mereka...






Sunday, 18 November 2012

Selamat berjuang....

Selamat menghadapi peperiksaan STPM buat anak-anak cikgu tersayang ... Mohd Hafiz, Harziah Khalid, Hedzelyn, Cornell dan Raimah. Moga kejayaan menjadi milik anda... buat terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.. Hanya dengan pelajaran yang vcemerlang menjadikan kita seorang insan yang dihormati oleh masyarakat lain..





Saturday, 17 November 2012

Kerana aku juga kakitangan awam

Manusia  hanya memikirkan darjat dan pangkat.. Dalam dunia pekerjaan pun penuh dengan birokrasi... hari tu aku ke satu Jabatan yang aku tidak mahu sebut namanya... agak lama juga aku dilayan setelah beberapa lama menunggu dan duduk di hadapan.. staff yang ada di sana pun menunjukkan kesibukan yang entah aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat sehingga tidak melayan orang... akhirnya aku dilayan dan aku menerangkan tujuan aku datang ke sini dengan pelajarku untuk meminta sokongan dan bila dia bertanya dengan aku di mana tinggal dan berkerja di mana..(perlulah nak tanya soalan macam tu) aku pun terus memberitahu perkara sebenar dan aku juga kakitangan awam sepeti anda...
Akhirnya...nampak sangat  baru mereka melayan aku dengan sebaiknya.. banyak benda yang aku tak perlu tahu pun jadi tahu... dan aku rasa macam terlebih mesra pun  ada.. dan paling kelakar memohon maaf sebab entah kenapa.. aku pun tak tau mungkin mereka yang terasa disebabkan sikap mereka sendiri..
Sebagai penjawat awam jangan mengamalkan sikap birokrasi dalam kerja kita.. laksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa amalkan kerja itu adalah satu ibadah...Insya Allah apa yang kita lakukan akan diberkatiNya....

kereta impianku satu hari nanti

Semalam jalan-jalan di Suria Sabah dengan anak saudaraku... Terlihat aku kereta impianku lantas ku bertanya kan  tentang kereta tersebut.. seronoknya bukan kepalang kalau aku tukarkan kereta ku sekarang dengan kereta ini... Insya Allah aku ingin memlikinya,, tapi bukan tahun ini.. hehehe..
Jika ada rezeki kereta ini akan aku miliki. tapi aku bersyukur dengan kereta ku sekarang kerananya aku boleh bergerak ke sana sini hehehe


                                                                   kereta ku sekarang



                                                      kereta impianku yang aku ingin miliki

Friday, 16 November 2012

Pelajar asramaku.....



kenangan bersama pelajar asrama Tahun 2012 





              selamat bercuti... Bagi yang mengambil peperiksaan SPM dan STPM.. Semoga maju jaya...