Hari ini dan hari esok merupakan hari yang paling mencabar aku menjaga exam STPM. Biasanya pelajar biasa hanya mengambil masa 3 jam untuk peperiksaan tetapi pelajar khas mempunyai tambahan masa selama 1 jam menjadi 4 jam setiap peperiksaan.. Bermula pada jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari.. dan akan siap setelah aktiviti bungkus membungkus kertas jawapan skurang-kurangnya jam 1 siap dan seterusnya bersambung semula jam 2 petang sehingga 6 petang ( sehingga waktu mahgrib) dan berakhir sehingga 6.30 petang untuk aktiviti bungkus membungkus...
Setiap tahun ramai yang menolak untuk menjadi pengawas peperiksaan STPM untuk pelajar khas. kadang-kdang terdengar di telinga ni bayaran atau claim sama ja tapi nak jaga sehingga 4 jam tak berbaloi. kadang kala aku tersenyum ja... ada niat sebaliknya pulak... Tapi bagi aku setiap tahun sememangnya namaku lah yang naik untuk menjaga peperiksaan STPM mahupun SPM sebab tidak ada yang mahu ...
Soal bayaran tu bukan kayu pengukur tetapi tugas kita sebagai guru pengawas... kalau bukan kita siapa lagi nak lagi pengawas peperiksaan untuk mereka...