Manusia hanya memikirkan darjat dan pangkat.. Dalam dunia pekerjaan pun penuh dengan birokrasi... hari tu aku ke satu Jabatan yang aku tidak mahu sebut namanya... agak lama juga aku dilayan setelah beberapa lama menunggu dan duduk di hadapan.. staff yang ada di sana pun menunjukkan kesibukan yang entah aku pun tak tahu apa yang sibuk sangat sehingga tidak melayan orang... akhirnya aku dilayan dan aku menerangkan tujuan aku datang ke sini dengan pelajarku untuk meminta sokongan dan bila dia bertanya dengan aku di mana tinggal dan berkerja di mana..(perlulah nak tanya soalan macam tu) aku pun terus memberitahu perkara sebenar dan aku juga kakitangan awam sepeti anda...
Akhirnya...nampak sangat baru mereka melayan aku dengan sebaiknya.. banyak benda yang aku tak perlu tahu pun jadi tahu... dan aku rasa macam terlebih mesra pun ada.. dan paling kelakar memohon maaf sebab entah kenapa.. aku pun tak tau mungkin mereka yang terasa disebabkan sikap mereka sendiri..
Sebagai penjawat awam jangan mengamalkan sikap birokrasi dalam kerja kita.. laksanakan kerja dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa amalkan kerja itu adalah satu ibadah...Insya Allah apa yang kita lakukan akan diberkatiNya....