Monday, 14 October 2013

selamat hari raya korban

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
(selamat hari raya korban buat semua keluarga yang berada di tawau... 
Mak dan Ayah 
Adik Beradik semua 
Rakan -rakan 
dan anak didik sekalian...
Raya di asrama dengan pelajar-pelajar yang tak dapat pulang kg...

Di sebalik kekurangan ada kelebihan

walaupun autisme, pelajar ini mempunyai kelebihan iaitu melukis seperti pelajar normal. Dari raut wajah nampak tiada masalah, tetapi jika kita mendekatinya, dia merupakan autisme...




p/s kekurangan bukan penghalang

Friday, 4 October 2013

Pengorbanan anak untuk ibunya

Kuala Lumpur: “Segulung ijazah yang saya terima hari ini (semalam) hadiah istimewa buat emak. Dia adalah sumber inspirasi saya sampai bila-bila,” kata Nurul Natasha Abdullah Sani, 23, ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013, semalam.
Nurul Natasha dari Fakulti Undang-undang menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang Sarjana Muda Undang-undang.

Katanya, sebaik diterima memasuki UM pada 2009, dia membulatkan tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas segala pengorbanan ibunya, Rohaya Hussin, 49, yang membesarkan dia dan abang tanpa suami sejak 23 tahun lalu.
“Ayah meninggal dunia ketika emak sarat mengandungkan saya. Bagi menyara kami dua beradik emak bekerja di kilang dengan gaji RM500.

“Walaupun mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan emak hanya cukup untuk perbelanjaan kami, tetapi emak berjaya memberi pendidikan sempurna kepada kami adik beradik. Itu yang membuatkan saya kagum dengan emak,” katanya yang berasal dari Lubuk Cina, Melaka.



Sementara itu, ibunya Rohaya berkata, dia sentiasa menasihat anak-anak supaya mengutamakan pelajaran kerana itu saja yang boleh mengubah kehidupan mereka.
sumber: berita harian

perginya anak saudara dengan senyuman...

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, merupakan hari yang paling sebak namun semuanya adalah ketentuan Allah swt dan kami redha dengan apa yang berlaku. semoga adikku dan suaminya tabah menghadapi, hari Jumaat berakhirnya kesengsaraan anak saudaraku muhammad irsyad hamizan bertemu dengan Allah SWT. Aku tidak sempat untuk pulang ke kampung tetapi aku tahu keluarga ku terutamanya adik ku kuat menghadapi segalanya, Selama dua minggu aku menungggu khabar berita semoga aku  menerima berita yang gembira kerana aku inggin melihat anak saudara ku berada di sisi kami. Tetapi Allah lebih menyayangi dia ujian demi ujian yang diberikan kepadanya, pada mulanya dia disahkan pendarahan otak, doktor memberikan tambahan darah, kemudian paru-paru berdarah, dan buah pinggang rosak. dah seminggu tidak kencing dan berak. sedih apabila ibu berkata dia di penuhi dengan mesin-mesin penyambung nyawa dan juga wayar-wayar untuk tambah air dan darah di hidung dan mulut. Ya Allah ujian buat hamba mu sama ada kami sabar atau redha. Doktor tidak boleh berbuat apa-apa hanya menunggu genap 14 hari.. dan semalam hari jumaat genaplah dia selama 2 minggu , Allah pinjamkan kami selama itu dan adikku membawa balik ke rumah kerana berlaku pendarahan di mulut dan kadar denyutan jantung semakin lemah dan tekanan darah tidak naik, dalam perjalanan pulang adikku berkata selama seminggu dia bertarung nyawa dia tidak pernah membuka matanya, tetapi apabila ibunya membawa dia pulang matanya terbuka luas dan tersenyum,. subhanallah ya Allah. 
setibanya di rumah, keluarga ku mengucup sebagai tanda kami sayang dia selama-lamanya dan di saat terkahir itu dia membuka matanya melihat ahli keluarga ku satu persatu dan selama dua minit dia berada di rumah dia menutupkan mata dan meninggalkan kami selama-lamanya untuk bertemu Allah swt. dan perginya dengan tersenyum.  dan selepas solat jumaat bersemadilah dia di tanah perkuburan Islam di Tawau..

p/s Allah lebih sygkn mu,muhammad irsyad hamizan..terima kasih Allah izinkan kmi meminjamnya genap 2 minggu..al-fatihah..redha atas ketentuanMU Ya Allah..

Monday, 30 September 2013

biasiswa tunas potensi yayasan peneraju

Adik adik yang berkelayakan bolehlah mohon...semoga berjaya

temuduga adikku





Hari ini adalah hari yang paling menakutkan buat adik bongsuku yang perempuan kerana menghadiri temuduga..jawatan ini pun saya yang maklumkan setelah saya berhempas pulas mata untuk membantu mencarikan dia jawatan kosong terkini.maklumlah sebagai abang nak juga adiknya berjaya dalam apa jua bidang.moga temuduga tersebut berjalan dgn sukses dan berjya. Insya Allah..amin..

Friday, 20 September 2013

guru resos pendidikan khas masalah penglihatan


Terkilan rasa hati apabila ada yang menganggap kami guru resos pendidikan khas ini kerja mudah tidak seperti guru biasa yang mengajar di kelas..kadang kala terpaksa menelan yang pahit mendengar cakap cakap mereka..
Sebenarnya guru pendidikan khas resos khususnya masalah penglihatan mempunyai tugas dan peranan yang sama cuba bezanya kami mengajar di resos bukan di kelas. Dan tumpuan hanya 4 atau 5 orang pelajar sahaja.
Biarlah saya meluahkan rasa kecewa apabila kami dikatakan lambat membuat kerja kerja atau bahan bahan yang diberikan..
 Apabila bahan berbentuk buku dan modul yang dihantar kepada kami untuk diterjemah dalam bentuk braille.. kami tak mampu nak buat dalam sehari.. bukan kami malas tetapi kami terpaksa membraille semula seperti kami menaip semula setiap perkataan dalam buku tersebut. Bayangkanlah buku itu tebalnya sebanyak 200 mukasurat kalau nak menaip semula adakah boleh
mengambil masa satu hari. Mungkin tidak. Begitu juga dengan membraille bila membraille semula mukasurat bertambah mungkin 500 munglin 1000 apatah lagi melibatkan gambar rajah.
Memang ada perisian untuk scanner dan dikenali sebagai open book. Tetapi sejauh mana dia nak scan kalau buku tersebut mempunyai grafik dan gambar rajah. Sudah tentu bahan yang discan tersebut sukar di fahami dan tak boleh dibaca dan kami terpaksa mengedit satu persatu dan memperbetulkan semula.
Penyelesaian yang kami buat terutamanya saya, saya akan menggunakan six key braille supaya lebih cepat dan pantas dan kalau boleh disiapkan buku tersebut dalam masa 2 hingga 3 hari.
Kalau nota selembar atau dua lembar kami tak ada masalah kerja kami buatsangat pantas tetapi menjadi masalah bagi kami ialah buku buku baru.
Kami di resos juga mengajar ada yang mengambil 12 hingga 16 waktu seminggu dan masa free itu kami lakukan untuk membuat  buku dan gambar rajah. Belum lagi masuk kalau bab bina gambar rajah yang rumit terutama geografi, matematik dan sains.
Oleh itu, guru guru biasa kalau nak hantar bahan atau buku, saya memohon maaf, saya bukan robocop yang boleh membuat kerja dengan laju.  Beri kami masa selewatnya 2 atau 4 hari. Kalau kami bagi pelajar bab antara bab itu bermakna kami dah buat yang terbaik sebab kami tak mahu pelajar khas kami ketinggalan tiada buku.
Cadangan saya, kalau cikgu dah ada perancangan buku apa yang hendak digunakan awal persekolahan hantarlah segera kepada kami untuk kami membuatnya.
Kekangan masa menyebabkan ada kalanya bahan lewat diemboss.kami pun terpaksa melaksanakan pindah tulis bahan latihan dan jawapan pelajar menyebabkan kami kesuntukan masa. Untuk pengetahuan guru biasa kami sentiasa berusaha yang terbaik kadang kala kami membawa balik buku ke rumah dan menyiapkan sehingga lewat malam dan ke pagi.

Semoga luahan ini dapat memahami apa tugas kami sebagai guru resos. Kita semua guru bezanya dari segi peranan kita tetapi tanggungjawab kita sama cuma kita perlu ada toleransi dan sentiasa berkerjasama..