Monday, 2 December 2013

Disinilah tempat penuh kenangan untukku

Hari ini ada pula yang upload gambar masjid UKM kat facebook teringat pulak aku kenangan yang tak akan lupakan sehingga hari ini yang mana kawan2 lain tak tau..

                                                                       masjid UKM
                                                                  
kenapa aku rindu masjid ni????

1. Masjid inilah tempat aku study masa study week kebanyakan orang lain balik kg, tapi aku seawal pagi  keluar dari rumah sewa dan duduk di sini dan melakukan solat zohor dan asar, selepas solat asar barulah aku balik rumah sewa.. begitulah rutin ku sehingga habis study week 
2. sebelum masuk dewan dectar(dewan peperiksaan), aku lebih suka duduk di sini, menelaah di saat akhir dan berdoa agar apa yang aku belajar akan keluar. alhamdulillah kebanyakan apa yang aku belajar semua keluar dengan izinNYA
3. Jika aku tak da duit nak makan tengah hari, aku suka duduk di sini waktu zohor dan makan roti dan air kosong. sedih kan... tapi inilah  yang aku buat. alhamdulillah aku rasa kenyang aku tau ibu bapa ku susah dan aku berjanji tidak meminta-minta dengan mereka dan biarlah aku .tanggung sendiri kesusahan ku kerana aku tahu satu nanti Allah swt memberikan aku rezeki.
4. kalau tak da kelas hari jumaat, aku tak pernah menumpang rakan lain ke masjid berdekatan rumah sewaku, tetapi aku lebih suka datang ke masjid ini seawal 2 jam sebelum solat jumaat kerana aku tak mau menyusahkan orang lain kerana pendirian ku tidak mahu orang lain susah kerana sikapku apatah lagi ibu bapa ku berpesan agar aku sentiasa ingat aku anak penjual kuih dan pernah menjual kuih membawa bakul ke rumah2,..
5. kalau ada kelas malam, aku tak pulang dan solat maghrib di masjid ini..
6. jika ada masalah aku jarang bercerita dengan orang lain, aku suka datang ke  masjid ini, duduk sambil menelaah pelajaran dan menyiapkan asignment sebab aku rasa tenang di sini..

dan sinilah tempat aku belajar 

                    
                                                           fakulti tempat aku menimba ilmu

Ada orang bertanya bagaimana cara aku belajar di sini  dulu
1. Melangkah awal ke sini  aku pegang janji mak dan ayah aku.. belajar bersungguh2, jangan tinggal solat dan jadi anak yang soleh. berkawan tidak salah tetapi fikirkan kita bukan orang yang senang wahai anakku. itu kata ibuku pada ku..
2. Aku suka belajar sendiri, apabila pensyarah bagi tugasan aku dah mencari bahan dan hari sabtu dan ahad aku manfaatkan untuk menyiapkan sedikit demi sedikit asigmentku, prinsip aku 3 minggu terakhir asignment siap sempurna dan aku mau fikirkan untuk study sahaja
3. Aku suka menghafal dan kebanyakan buku2 yang aku baca aku baca sehinggga 5 kali dan aku hafal setiap muka surat dan nak tau buku Bahasa  Inggeris ada 6 aku terjemahkan menjadi bahasa Melayu.
4. Prinsipku mudah, aku ingin menggubah kehidupan orang tuaku sebab aku datang ke sini untuk belajar bukan untuk mencari pasangan. aku lebih suka bersendirian kerana aku tau kalau ada kawan pun sukar yang faham tentang kita sebab aku bukan orang senang jadi kehidupan aku biasa dan sederhana.aku sedar rumah aku orang miskin, rumah buruk.
5. Aku lebih suka mencari rakan serumah yang bukan satu kursus dengan aku dan kebanyakannya seniorku  yang berlainan kursus sebab aku lebih rasa selesa berbanding tinggal bersama rakan sekelas.Alhamdulilah mereka menerimaku sebagai rakan yang baik.. walaupun aku orang luar 
6. Aku lebih suka mencari peluang sedia ada dengan belajar sebaik2nya pada awal sem Tahun 1 supaya aku mendapat keputusan cemerlang dan jika jatuh pun di akhir2 sem  pointerku tak akan jatuh teruk. alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang baik. 3 tahun 6 semester 4 kali aku mendapat dekan. wah dengan banggganya tapi di akhir  pengajian pointerku jatuh dan jatuh dan aku hanya mendapat PGNK terkumpul 3.59
7. aku tak pernah berfoya-foya, bersembang dengan rakan2 setiap hujung minggu,jarang aku berkunjung ke bilik rakan2 lain, jarang aku keluar bersama kawan perempuan apatah lagi di waktu malam. bagi aku bilik aku sendiri adalah zon selasa dan istimewa kerana masa itu penting bagi ku lebih baik aku mencari bahan asignment.
8. dan aku nak bagitau kalau kita dah cemerlang, kalau kerja kumpulan, kita tak payah cari orang, orang akan cari kita. tapi aku biasanya memilih aku tak suka orang yang  rajin dalam kumpulan sebab mesti mereka cerewet tetapi aku lebih suka orang yang sederhana malas, biarlah kita semua buat yang penting kita puas hati tak kena marah, tak pernah gaduh..dan mereka percaya dengan kerja kita. dan jika kita tolong orang Allah swt mempermudahkan kita dalam menjawab soalan sebab bahan tersbeut kita baca , kita tulis dan kita ingat.

Itu zaman aku belajar, zaman sekarang dah banyak berubah... aku lihat pelajar yang masuk ke IPTA atau di kolej  bukan untuk meningkatkan diri dan  ingin bantu keluarga tetapi untuk kepuasan diri mereka sahaja.Dunia mereka adalah bebas, mereka puas dengan apa yang dapat hari ini tetapi tidak secemerlang pun. awal2 sudah  memcari pasangan dengan tujuan untuk belajar bersama2 dan tiada hala tuju. dah kalau satu kereta dan balik malam sudah tentu fikiran kita pun mesti fikir yang bukan2 apa mereka buat. ...sibuk dengan aktiviti yang kadang kala tidak perlu dilakukan  tetapi kehendak diri memaksa mereka berbuat demikian dan akhirnya gagal dalam pelajaran. Ingatlah tujuan ke sana  untuk belajar dan ingat orang tua anda.tetapi aku suka melihat ada sebahagian pelajar yang datang mengutamakan pelajaran dan tidak memikirkan apa yang menyeronokkan mereka. dan kebanyakan mereka ini tergolong anak2 yang soleh dan solehah yang baik jiwa dan hati mereka.



             Inilah rumah sewa apartment taman tenaga UKM sekarang ni dah menjadi perumahan..
        
p/s: untuk mencapai kejayaan, ini petua aku  setiap kali tidur aku mesti melihat gambar ibu, bapaku dan adik-adikku  yang ku lekatkan di dinding katil sebagai inspirasi hidupku untuk berjaya..terimakasih buat mereka.. 

Wednesday, 23 October 2013

Kita adalah Guru Khas

Kenapa kita dipilih menjadi guru pendidikan khas .. kerana sudah tertulis dan Allah swt telah merencana hidup kita untuk menjadi guru khas dan seterusnya membantu mereka. Namun  sedih rasa hati apabila melihat segelintir sikap guru khas sendiri yang tidak menunjukkan rasa tanggunjawab dan pengorbanan sebagai guru khas.
Pelajar sekarang semakin berubah, mereka boleh bersuara.. dan akhirnya nama kita di sebut sebagai guru itu dan ini.. Mudahnya pelajar melabel kita... sebagai guru bermasalah...
Tunjukkanlah tanggung jawab yang besar dan semangat yang jitu dalam diri anda sebagai guru khas.. Kita diberikan peluang untuk membantu mereka serta membimbing mereka sedaya kita mampu jangan sampai melabel dan membenci kita kerana sikap kita.



klinik goal ball dan catur anjuran Jabatan Belia dan Sukan

Minggu lalu bersama dengan seorang rakan guru menghadiri kursus goalball dan catur bertempat di kuching, Sarawak. kami membawa 5 orang pelajar dalam aktiviti tersebut. Berikut adalah gambar  aktiviti



                                                                  klinik permainan catur


                                                              klinik dan permainan goal ball


                                                        peserta dari negeri Sabah

Terimakasih tak terhingga  kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak yang memberi peluan kepada kami untuk menyertai klinik ini dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak layanan anada terhadap kami memang yang terbaik sekali...













Monday, 14 October 2013

selamat hari raya korban

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
(selamat hari raya korban buat semua keluarga yang berada di tawau... 
Mak dan Ayah 
Adik Beradik semua 
Rakan -rakan 
dan anak didik sekalian...
Raya di asrama dengan pelajar-pelajar yang tak dapat pulang kg...

Di sebalik kekurangan ada kelebihan

walaupun autisme, pelajar ini mempunyai kelebihan iaitu melukis seperti pelajar normal. Dari raut wajah nampak tiada masalah, tetapi jika kita mendekatinya, dia merupakan autisme...




p/s kekurangan bukan penghalang

Friday, 4 October 2013

Pengorbanan anak untuk ibunya

Kuala Lumpur: “Segulung ijazah yang saya terima hari ini (semalam) hadiah istimewa buat emak. Dia adalah sumber inspirasi saya sampai bila-bila,” kata Nurul Natasha Abdullah Sani, 23, ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013, semalam.
Nurul Natasha dari Fakulti Undang-undang menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang Sarjana Muda Undang-undang.

Katanya, sebaik diterima memasuki UM pada 2009, dia membulatkan tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas segala pengorbanan ibunya, Rohaya Hussin, 49, yang membesarkan dia dan abang tanpa suami sejak 23 tahun lalu.
“Ayah meninggal dunia ketika emak sarat mengandungkan saya. Bagi menyara kami dua beradik emak bekerja di kilang dengan gaji RM500.

“Walaupun mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan emak hanya cukup untuk perbelanjaan kami, tetapi emak berjaya memberi pendidikan sempurna kepada kami adik beradik. Itu yang membuatkan saya kagum dengan emak,” katanya yang berasal dari Lubuk Cina, Melaka.



Sementara itu, ibunya Rohaya berkata, dia sentiasa menasihat anak-anak supaya mengutamakan pelajaran kerana itu saja yang boleh mengubah kehidupan mereka.
sumber: berita harian

perginya anak saudara dengan senyuman...

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, merupakan hari yang paling sebak namun semuanya adalah ketentuan Allah swt dan kami redha dengan apa yang berlaku. semoga adikku dan suaminya tabah menghadapi, hari Jumaat berakhirnya kesengsaraan anak saudaraku muhammad irsyad hamizan bertemu dengan Allah SWT. Aku tidak sempat untuk pulang ke kampung tetapi aku tahu keluarga ku terutamanya adik ku kuat menghadapi segalanya, Selama dua minggu aku menungggu khabar berita semoga aku  menerima berita yang gembira kerana aku inggin melihat anak saudara ku berada di sisi kami. Tetapi Allah lebih menyayangi dia ujian demi ujian yang diberikan kepadanya, pada mulanya dia disahkan pendarahan otak, doktor memberikan tambahan darah, kemudian paru-paru berdarah, dan buah pinggang rosak. dah seminggu tidak kencing dan berak. sedih apabila ibu berkata dia di penuhi dengan mesin-mesin penyambung nyawa dan juga wayar-wayar untuk tambah air dan darah di hidung dan mulut. Ya Allah ujian buat hamba mu sama ada kami sabar atau redha. Doktor tidak boleh berbuat apa-apa hanya menunggu genap 14 hari.. dan semalam hari jumaat genaplah dia selama 2 minggu , Allah pinjamkan kami selama itu dan adikku membawa balik ke rumah kerana berlaku pendarahan di mulut dan kadar denyutan jantung semakin lemah dan tekanan darah tidak naik, dalam perjalanan pulang adikku berkata selama seminggu dia bertarung nyawa dia tidak pernah membuka matanya, tetapi apabila ibunya membawa dia pulang matanya terbuka luas dan tersenyum,. subhanallah ya Allah. 
setibanya di rumah, keluarga ku mengucup sebagai tanda kami sayang dia selama-lamanya dan di saat terkahir itu dia membuka matanya melihat ahli keluarga ku satu persatu dan selama dua minit dia berada di rumah dia menutupkan mata dan meninggalkan kami selama-lamanya untuk bertemu Allah swt. dan perginya dengan tersenyum.  dan selepas solat jumaat bersemadilah dia di tanah perkuburan Islam di Tawau..

p/s Allah lebih sygkn mu,muhammad irsyad hamizan..terima kasih Allah izinkan kmi meminjamnya genap 2 minggu..al-fatihah..redha atas ketentuanMU Ya Allah..