Thursday, 17 February 2011

tegurku bertempat, marahku kerana teladan

hari ini aku nak tulis kat entry tentang peristiwa yang berlaku hari ini. Aku berjaya menyelesaikan salah faham pelajar-pelajar pendidikan khas perempuan yang menghuni di bilik asrama. Pendekkan cerita mereka tidak bersefahaman. cerita berkisar tentang menggunakan bahasa ketiga, umpat mengumpat dan membebel seterusnya membawa kepada pergaduhan kecil yang terpaksa aku cuba leraikan demi kebaikan mereka.Aku menggunakan si A dan si cdefg
aku ceritakan tentang masalah si A
Masalah si A marah sebab dia dikatakan memberitahu segala hal yang berkaitan dengan masalah peribadi mereka kepada guru iaitu aku sendiri dan rakan setugasku.
Si A bertambah marah apabila dia telah di katakan membawa mulut serta menjadi penyampai.
Si A lebih bertambah marah kerana cdefg bercakap bahasa ketiga(bahasa terbalik) seolah-oleh mengumpat dia.
Si A lebih lebih marah apabila percakapannya tidak di layan

sebagai guru aku memanggil si A dan mendengar masalah cdefg
iaitu kata mereka si A degil.
si A tidak pandai faham dan tidak tahu peraturan bilik.
si A melenting tak tentu pasal
Si A memaki hamun.

adui aku yang mendengar bertambah pening.
aku cuba menyelesaikan masalahm pada malam tersebut juga tapi nampak tak selesai selepas si A dan cdefg berbalas kata di hadapan ku. Aku yang bengang terus memarahi mereka dan memberitahu mereka yang mereka akan dipindah ke bilik yang lain.

esoknya...( A dan cdefg) ke sekolah dengan wajah yang murung dan mata sembam. menurut kata Z. mereka menangis semalaman kerana tidak mahu dipindahkan.

Akhirnya aku dan rakanku memanggil mereka semula dan cuba mendamaikan mereka.Akhirnya cdefg mengaku juga mereka marah si A kerana si A m,emberitahu hal mereka dengan kami dan seterusnya bertambah marah kerana si A menuduh mereka yang bukan2.

aku memberikan conclusion kepada mereka untuk sebagai rakan sebilik iaitu:
a) ada rakan yang boleh ditegur dan ada rakan yang tidak mahu ditegur, kalau di tegur sekali tidak dengar biarkan. Pergi jumpa guru mungkin guru boleh membantu menasihati.

b) tegur rakan dengan cara yang baik, kalau di balas dengan tidak baik(membebel) biarkanlah bak kata orang sabar ja.

c) kita lihat dulu keperibadian kita sebelum menegur orang. Ada kah sudah 100% sempurna kerana kita menegur orang untuk kebaikan.

d) kita hidup sebilik mestilah rukun damai dan aman kerana kita bukan ada keluarga semua pun tinggal jauh. kat sini guru jadi ibu bapa.

e) yang paling penting kita adalah pelajar yang kurang upaya. jangan tunjukkan teladan yang tidak baik dengan pelajar normal yang menunjukkan kepribadian kamu yang tidak baik kerana bergaduh

f) satu hari nanti bila berada di luar, bila kita susah rakan-rakan ini lah yang akan membantu kita dan kita rindui selalu

dan akhir sekali aku selitkan kepada mereka, berikan ibu bapa kamu sebuah tangisan kegembiraan kerana kejayaan cemerlang bukan tangisan kecewa kerana kecewa dengan sikap kamu dan tidak ada yang menolong kamu jika kamu tersungkur awal tetapi kamu mampu berdikari jika kamu berjaya dalam pelajaran sehingga peringkat yang lebih tinggi.

dan aku lihat ada wajah2 sedih dan air mata bergenang di kelopak mata.Dan pelajar tadi bermaaf-maafan meminta maaf dan berakhirlah episod duka pada hari ini.

Buat anak didikku ingat selalu apa yang 'ayahanda" kamu katakan ini jika kamu berjaya dalam pelajaran orang akan pandang tinggi dan hormat kamu walaupun kita OKU tapi jika kita kurang berjaya orang hanya pandang kamu sebagai Orang Kurang Usaha dan memandang rendah terhadap kita.Jadilah pelajar istimewa yang teristimewa dan berjaya dengan cemerlang.

No comments:

Post a Comment