Saturday, 5 March 2011

sistem semakan kelayakan syarat program

buat pelajar-pelajar  SPM SERTA STPM  yang hendak membuat semakan mengenai  kelayakan anda mengenai kursus serta program yang sesuai  boleh layari pautan ini.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/index.php?l1=Semak Syarat

semoga menjadi ianya boleh membantu serta memberi panduan semasa membuat permohonan

Iklan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia (KPLSPM) 2011

Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia (KPLSPM) akan diiklankan dalam akhbar utama mulai 6 Mac 2011 (Ahad) hari ini.

Permohonan boleh dibuat secara online di Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 7 Mac  2011 iaitu esuk di http://www.moe.gov.my/

Kepada mereka yang berminat serta bercita-cita untuk menjadi seorang guru inilah peluang yang harus direbut. Semoga berjaya.

Harian Metro ke Sabah

2011/03/06

AKHBAR Harian Metro edisi Sabah yang pertama mula dipasarkan di lima lokasi tumpuan iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan, Lahat Datu dan Tawau, mulai hari ini.

Sebelum ini, HM Edisi Sabah dan Sarawak dipasarkan di kedua-dua negeri itu dengan edaran 7,000 naskhah di Sarawak dan 3,000 naskhah di Sabah. Berikutan pelancaran Harian Metro edisi Sabah, sebanyak 10,000 naskhah akhbar itu diedarkan di setiap negeri. Semalam, majlis pra pelancaran Harian Metro edisi Sabah disempurnakan di pejabat Harian Metro di Balai Berita, Kuala Lumpur, manakala pelancaran rasmi dijadual diadakan bulan depan. Turut hadir di majlis itu, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad (HM/MA), Datuk Mustapa Omar; Pengarah Pemasaran NSTP; Zuraida Mohamad dan Pengarang Berita HM, Othman Mamat

p/s: Usaha yang baik. tetapi usahakan lah juga masa penghantaran suratkhabar itu nanti, janganlah pula akhbar hari ini sampai waktu petang atau sampai esok hari. siapa lah nak beli dan baca terutama di Sabah ini. kadang kala jadi malas nak beli suratkhabar ni apabila suratkhabar sampai dah pukul 7.00 malam. Baik tengok berita kat TV ja.Nak kata kemudahan pengangkutan tidak ada. Setiap hari kapal terbang lalu kat atas rumah.

Friday, 4 March 2011

Trauma ingin ramping

Oleh Bharuddin Sulong 2011/03/05

Guru rugi RM9,500 akibat radang kulit jalani rawatan

JOHOR BAHRU: Hasrat seorang guru memiliki badan ramping akhirnya bertukar trauma selepas rawatan dijalaninya di sebuah pusat kecantikan dekat Taman Johor Jaya sini, menyebabkannya menderita keradangan kulit di beberapa bahagian badan selain kerugian RM9,500.

Kejadian itu turut meninggalkan trauma mendalam terutama hubungannya dengan suami serta rasa malu berdepan khalayak khususnya rakan sejawat dan murid-murid. Berikutan itu, guru berusia 34 tahun yang enggan dikenali dan mengajar di sebuah sekolah dekat Pandan itu, tampil dan meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan promosi pelangsingan badan agar tidak senasib dengannya. Beliau turut memfailkan aduan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) pada 21 Februari lalu serta membuat laporan polis sehari kemudian supaya tindakan sewajarnya dapat diambil kepada pengusaha pusat kecantikan yang cuba menipu pengguna.

Wanita itu berkata, selepas sekian lama berazam menguruskan badan, beliau mengambil keputusan mencuba kaedah rawatan itu kerana tertarik promosi pusat kecantikan berpusat di Taman Johor Jaya itu pada akhir November lalu.

“Selepas berbincang dengan pengurus pusat kecantikan itu mengenai kaedah rawatan terbaik, saya bersetuju membayar RM9,500 bagi kos ubat-ubatan dan 10 sesi rawatan yang diikuti dalam tempoh tertentu.

“Namun hanya selepas tiga kali rawatan disyorkan, beberapa bahagian badan seperti belakang lutut dan lengan mengalami keradangan kulit dengan kesan seakan-akan terbakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Akibat tidak berpuas hati dengan keadaan itu, beliau bersemuka dengan pengurus pusat kecantikan itu dan meminta supaya ubat serta rawatan berkenaan ditukar.

“Malangnya, beliau enggan berbuat demikian atau bertanggungjawab di atas masalah yang saya alami meskipun ia berpunca daripada sesi rawatan dan produk yang digunakan. Wang saya hangus begitu saja.

“Saya mengesyaki pengusaha itu sengaja menipu pelanggan seperti saya berikutan ubat-ubatan yang dibekalkan tidak dibungkus dengan baik dan menyatakan kandungan bahan yang digunakan serta alamat pengilang seperti sepatutnya,” katanya.

kenapa OKU di sabah ni sukar nak bergerak .....?

1. Kemudahan  seperti railing  dan tactile untuk orang buta tiada.macam mana dorang nak kesan kedudukan arah jalan. terbabas ke arah lain kan susah. satu lagi longkang atau parit tidak  bertutup susahlah dorang nak bergerak.

2. Bila dorang berjalan atau bersiar, semua mata  memandang  kehairanan  macam dorang tengok 'alien' yang keluar. Ada yang tersenyum senyum nampak orang guna kerusi roda di pusat membeli belah macam dorang tidak pernah nampak itu kerusi roda walhal di hospital banyak pulak.

3. Lif tiada tanda braille, tiada bersuara, kasihan ni orang buta tekan2 ja dorang nak pergi tingkat 3 terbabas ke tingkat 10. dah lah tu tempat tekan butang punyalah tinggi adui kasihan ini orang yang guna kerusi roda macam mana nak tekan terpaksalah masuk saja tak sampai-sampai.

4. Kereta kat sini punyalah laju, kasihan orang buta yang mahu melintas . dah hulurkan tongkat ndak juga dorang faham maksudnya berhenti bagi dorang jalan lah.. aku rasa kalau dorang lalu juga mati katak lah dorang. kadang kala sampai 1 jam dorang menunggu nak menyeberang jalan tiada yang simpati nak berhenti
bagi laluan.

5. Tiada tempat parking khas,  kalau di pusat membeli belah tiada parking khas untuk dorang. Terpaksalah parking jauh2. nah lagi kasihan guna kerusi roda jalan jauh ke pintu utama. Berpeluh juga tu dorang nak kayuh kerusi roda.  kalau ada pun yang parking orang yang bukan OKU.. entah2 OKU juga sebab tak tau baca simbol.

6. Semua tempat membeli belah dan juga premis perniagaan, pusat pentadbiran tidak mesra OKU, mesra pelanggan apa guna semua guna tangga. kasihan ni orang yang guna kerusi roda mau naik tangga. mau minta tolong orang takut menyusahkan pulak kan. 

7. Tiada  rasa belas kasihan, tempat duduk OKU pun dorang duduk. Macam tidak pandai baca   kerusi khas untuk orang OKU. ndak faham juga... buta huruf kali dorang ini.

9. Ada sesetengah masyarakat  anggap mereka ini minta sedekah, kadang-kadang sambil jalan-jalan bagi duit. kehairanan ni orang buta ini di beri duit. Tak salah membantu tapi yang dorang bagi tu, OKU yang berjaya dan bekerjaya  juga cuma tidak dapat melihat.

10. Ada juga yang sudi menolong 'Memimpin" tapi yang di pimpin tongkat  ja. Di pegang hujung dan mengikut lah orang buta OKU ini macam cerita si apek Ali Baba 40 penyamun cerita P Ramlee.


Kesimpulannya kita semua akan menuju ke arah menjadi OKU apabila kita menjadi tua nanti. Itupun kalau umur kita panjangkan  dan pasti kita juga akan merasainya iaitu menaiki kerusi roda, bertongkat dan sebagainya. Masa itu barulah kita akan menghargai segala kemudahan yang diberikan.

Thursday, 3 March 2011

ibu oh ibu

Kat entry kali ini aku tuliskan  tentang kisah ibu tua dengan dua anaknya yang kurang upaya..

Tadi aku kat hospital sedang menunggu nombor giliran aku di panggil. aku terlihat seorang ibu tua yang boleh dikatakan usia  dalam lingkungan 60-70 tahun agaknya. Di belakang mengekorinya dua orang anaknya yang sudah besar panjang dalam lingkungan 30-40 tahun. Pengamatan aku terpaku melihat keduanya merupakan golongan OKU yang boleh dikategorikan penyakit mental.

Kasihan si ibu, mungkin sepanjang usia muda sehingga lah hari ini membela anak-anaknya kurang upaya. dari mengambil nombor giliran, berurusan di kaunter, berjumpa doktor  dan mengambil ubat, si ibu tadi tidak jemu membawa dua orang anaknya. Kalau dilihat, sepatutnya dalam usia seperti itu, si anak sepatutnya membawa si ibu.. ,namun segalanya berubah kerana  si ibu lah yang mengurus semuanya.

Dan di akhir perjalanan si ibu di hospital tadi, aku melihat wajah senyum si ibu selepas selesai sudah urusan di hospital dan selepas ini mungkin di benak fikirannya ialah mengurus anaknya di rumah pulak.

Bermuhasabah saya seketika, bahawa Allah menguji diri ku melihat mereka supaya berfikir bahawa kita lebih beruntung kerana bersifat sempurna dan juga mempunyai ibu yang kasih kepada anak-anaknya. Dalam kita mengatakan kehidupan orang lain yang susah rupanya ada lagi yang saya rasa begitu susah kerana terpaksa mengurus anak-anak yang kurang upaya bukan seorang tetapi dua orang. Sesungguhnya  kasih ibu sehingga akhir hayat walaupun anak mereka kurang upaya ibu yang mengandung dan melahirkan  mereka  menerima seadanya anak mereka dengan kasih sayang sehingga mereka tua.

Cuma aku berfikir sejenak jika si ibu tadi di jemput awal ke mana anak-anaknya akan mengadu, bertumpang kasih.  Semoga ibu tadi di lanjutkan usia untuk menjaga anak-anaknya yang kurang upaya tadi.

Notis pemberhentian 13,000 guru sandaran dibatalkan

2011/03/03

TONGOD: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini mengumumkan berita gembira untuk 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang menerima surat pemberhentian tahun lalu bahawa notis itu ditarik balik.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meneliti keadaan itu dan membuat keputusan GSTT harus dikekalkan. "Saya minta Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pemberitahuan kepada mereka yang sudah berkhidmat dua, tiga hingga lima tahun, kita beri mereka peluang meneruskan perkhidmatan dan menempatkan mereka di tempat yang sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan dividen ladang Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod dan Geran Komunal Lalampas Tongod di sini. Beliau mengulas masalah 578 GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak dan terdapat pemintaan termasuk daripada Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, agar kontrak mereka ini disambung semula.

Muhyiddin berkata beliau sudah mengeluarkan arahan sejak dua bulan lalu bagi menarik balik surat pemberhentian itu dan mengekalkan khidmat GSTT terbabit.

Katanya, keputusan mengekalkan GSTT adalah bagi memberi mereka peluang menjadi guru yang terlatih.

"Jika mereka hendak diserapkan kepada guru terlatih dan tidak cukup kelayakan, pendekatan yang sesuai diambil adalah memberi mereka peluang mengikuti kursus lanjutan dan kursus dalam cuti," katanya.

Beliau berkata, pendekatan itu membolehkan GSTT meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang mata pelajaran pilihan bukan am seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.

Muhyiddin mengingatkan GSTT supaya bersedia untuk berkhidmat di mana sahaja mereka dihantar bertugas kerana mereka tidak semestinya dihantar bertugas semula di sekolah asal.

"Pengambilan GSTT yang baru jangan diisi dahulu tetapi disemak dahulu dengan Pengarah Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran," katanya. - BERNAMA

--- Syukur alhamdulillah, akhirnya nasib mereka terbela dulu. semoga mereka mendapat mendidik anak bangsa dengan cemerlang. Jangan pertikaikan kewibawaan mereka sebagai GSST kerana tidak ada latihan perguruan. Ada di kalangan mereka menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di sekolah..