Friday, 4 March 2011

kenapa OKU di sabah ni sukar nak bergerak .....?

1. Kemudahan  seperti railing  dan tactile untuk orang buta tiada.macam mana dorang nak kesan kedudukan arah jalan. terbabas ke arah lain kan susah. satu lagi longkang atau parit tidak  bertutup susahlah dorang nak bergerak.

2. Bila dorang berjalan atau bersiar, semua mata  memandang  kehairanan  macam dorang tengok 'alien' yang keluar. Ada yang tersenyum senyum nampak orang guna kerusi roda di pusat membeli belah macam dorang tidak pernah nampak itu kerusi roda walhal di hospital banyak pulak.

3. Lif tiada tanda braille, tiada bersuara, kasihan ni orang buta tekan2 ja dorang nak pergi tingkat 3 terbabas ke tingkat 10. dah lah tu tempat tekan butang punyalah tinggi adui kasihan ini orang yang guna kerusi roda macam mana nak tekan terpaksalah masuk saja tak sampai-sampai.

4. Kereta kat sini punyalah laju, kasihan orang buta yang mahu melintas . dah hulurkan tongkat ndak juga dorang faham maksudnya berhenti bagi dorang jalan lah.. aku rasa kalau dorang lalu juga mati katak lah dorang. kadang kala sampai 1 jam dorang menunggu nak menyeberang jalan tiada yang simpati nak berhenti
bagi laluan.

5. Tiada tempat parking khas,  kalau di pusat membeli belah tiada parking khas untuk dorang. Terpaksalah parking jauh2. nah lagi kasihan guna kerusi roda jalan jauh ke pintu utama. Berpeluh juga tu dorang nak kayuh kerusi roda.  kalau ada pun yang parking orang yang bukan OKU.. entah2 OKU juga sebab tak tau baca simbol.

6. Semua tempat membeli belah dan juga premis perniagaan, pusat pentadbiran tidak mesra OKU, mesra pelanggan apa guna semua guna tangga. kasihan ni orang yang guna kerusi roda mau naik tangga. mau minta tolong orang takut menyusahkan pulak kan. 

7. Tiada  rasa belas kasihan, tempat duduk OKU pun dorang duduk. Macam tidak pandai baca   kerusi khas untuk orang OKU. ndak faham juga... buta huruf kali dorang ini.

9. Ada sesetengah masyarakat  anggap mereka ini minta sedekah, kadang-kadang sambil jalan-jalan bagi duit. kehairanan ni orang buta ini di beri duit. Tak salah membantu tapi yang dorang bagi tu, OKU yang berjaya dan bekerjaya  juga cuma tidak dapat melihat.

10. Ada juga yang sudi menolong 'Memimpin" tapi yang di pimpin tongkat  ja. Di pegang hujung dan mengikut lah orang buta OKU ini macam cerita si apek Ali Baba 40 penyamun cerita P Ramlee.


Kesimpulannya kita semua akan menuju ke arah menjadi OKU apabila kita menjadi tua nanti. Itupun kalau umur kita panjangkan  dan pasti kita juga akan merasainya iaitu menaiki kerusi roda, bertongkat dan sebagainya. Masa itu barulah kita akan menghargai segala kemudahan yang diberikan.

2 comments:

  1. Hah! Betul tu cikgu!
    Saya setuju.
    Komuniti di Sabah ni memang gitu..
    Mcm endak pernah tengok OKU..
    Bila OKU muncul di khalayak ramai,
    mulalah jadi perhatian ramai..
    bukan tu ja, jadi bahan ketawa pun ada..
    dorang akan perhatikan OKU ni sampai ada benda yang boleh ditertawakan..

    Bodoh!
    mudah-mudahan keluarga atau keturunan atau dorang sendiri jadi buta baru dorang tau..

    Kemudahan pula, kat Sabah ni memang kurang..
    Harap pihak berwajib/berkuasa bolehlah membina kemudahan untuk memudahkanOKU kat Sabah..
    Kalau endak pun, cikgu jadi ahli politiklah..
    Dah jadi ahli politik nanti,
    bolehlah cikgu bangunkan infrastruktur and fasiliti untuk OKU.
    hahahaha...
    mcm mana cikgu?

    ReplyDelete
  2. kalau saya jadi ahli politik, saya kan memartabatkan OKU di Sabah ni menjadi mereka yang ke hadapan berbanding sekarang ini. hehehe

    ReplyDelete