Kat entry kali ini aku tuliskan tentang kisah ibu tua dengan dua anaknya yang kurang upaya..
Tadi aku kat hospital sedang menunggu nombor giliran aku di panggil. aku terlihat seorang ibu tua yang boleh dikatakan usia dalam lingkungan 60-70 tahun agaknya. Di belakang mengekorinya dua orang anaknya yang sudah besar panjang dalam lingkungan 30-40 tahun. Pengamatan aku terpaku melihat keduanya merupakan golongan OKU yang boleh dikategorikan penyakit mental.
Kasihan si ibu, mungkin sepanjang usia muda sehingga lah hari ini membela anak-anaknya kurang upaya. dari mengambil nombor giliran, berurusan di kaunter, berjumpa doktor dan mengambil ubat, si ibu tadi tidak jemu membawa dua orang anaknya. Kalau dilihat, sepatutnya dalam usia seperti itu, si anak sepatutnya membawa si ibu.. ,namun segalanya berubah kerana si ibu lah yang mengurus semuanya.
Dan di akhir perjalanan si ibu di hospital tadi, aku melihat wajah senyum si ibu selepas selesai sudah urusan di hospital dan selepas ini mungkin di benak fikirannya ialah mengurus anaknya di rumah pulak.
Bermuhasabah saya seketika, bahawa Allah menguji diri ku melihat mereka supaya berfikir bahawa kita lebih beruntung kerana bersifat sempurna dan juga mempunyai ibu yang kasih kepada anak-anaknya. Dalam kita mengatakan kehidupan orang lain yang susah rupanya ada lagi yang saya rasa begitu susah kerana terpaksa mengurus anak-anak yang kurang upaya bukan seorang tetapi dua orang. Sesungguhnya kasih ibu sehingga akhir hayat walaupun anak mereka kurang upaya ibu yang mengandung dan melahirkan mereka menerima seadanya anak mereka dengan kasih sayang sehingga mereka tua.
Cuma aku berfikir sejenak jika si ibu tadi di jemput awal ke mana anak-anaknya akan mengadu, bertumpang kasih. Semoga ibu tadi di lanjutkan usia untuk menjaga anak-anaknya yang kurang upaya tadi.
No comments:
Post a Comment