Saturday, 5 March 2011

Harian Metro ke Sabah

2011/03/06

AKHBAR Harian Metro edisi Sabah yang pertama mula dipasarkan di lima lokasi tumpuan iaitu di Kota Kinabalu, Sandakan, Labuan, Lahat Datu dan Tawau, mulai hari ini.

Sebelum ini, HM Edisi Sabah dan Sarawak dipasarkan di kedua-dua negeri itu dengan edaran 7,000 naskhah di Sarawak dan 3,000 naskhah di Sabah. Berikutan pelancaran Harian Metro edisi Sabah, sebanyak 10,000 naskhah akhbar itu diedarkan di setiap negeri. Semalam, majlis pra pelancaran Harian Metro edisi Sabah disempurnakan di pejabat Harian Metro di Balai Berita, Kuala Lumpur, manakala pelancaran rasmi dijadual diadakan bulan depan. Turut hadir di majlis itu, Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Zainul Arifin Mohammed Isa; Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad (HM/MA), Datuk Mustapa Omar; Pengarah Pemasaran NSTP; Zuraida Mohamad dan Pengarang Berita HM, Othman Mamat

p/s: Usaha yang baik. tetapi usahakan lah juga masa penghantaran suratkhabar itu nanti, janganlah pula akhbar hari ini sampai waktu petang atau sampai esok hari. siapa lah nak beli dan baca terutama di Sabah ini. kadang kala jadi malas nak beli suratkhabar ni apabila suratkhabar sampai dah pukul 7.00 malam. Baik tengok berita kat TV ja.Nak kata kemudahan pengangkutan tidak ada. Setiap hari kapal terbang lalu kat atas rumah.

No comments:

Post a Comment