Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam (gambar) berkata, pembayaran akan dibuat secara berperingkat-peringkat melalui kaedah yang telah mereka pilih sewaktu membuat permohonan dahulu.
"Bekas anggota atau wakil boleh datang sendiri menuntut di pejabat KDN ataupun memilih bayaran secara pos menggunakan cek," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.
Jelasnya, pembayaran itu akan dibuat kepada bekas anggota pasukan Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxiliary Police (AP), Extra Police Constable (EPC), Border Scout (BS), Jungle Scout/Squad (JS), Police Field Force Reservist (PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC).
Beliau berkata, bagi anggota yang telah meninggal dunia, balu atau duda masing-masing layak memohon sebagai waris pengganti.
-kosmo online..
p/s. menghargai pengorbanan anggota polis.. Bangga dengan ayah saya sendiri kerana tergolong dalam mereka yang terlibat dalam menjaga keamanan pada zaman darurat.. Terimakasih kepada semua anggota polis yang terlibat termasuk ayahanda saya Abd Sani Bin Ajis...
No comments:
Post a Comment