Wednesday, 5 February 2014

cara menangani masalah stress di kalangan pelajar

Sebagai guru pendidikan khas, amanah di pikul untuk membantu sebaik mungkin pelajar-pelajar khasku dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Sebagai guru apabila mereka diberikan tugasan terpaksalah juga saya mencari bahan untuk tajuk tersebut. Minggu ini PBS mereka  ucapan tajuknya cara-cara menangani masalah stress.. 

cara-caranya ialah.

1. Sebagai seorang pelajar masalah stress perlu ditangani dengan bijak. Mendekatkan diri dengan Allah swt adalah jalan yang terbaik. Setiap masalah yang  membawa stress akan dapat ditangani jika diri dekat dengan Tuhan. Menghambakan diri dan percaya bahawa masalah yang dihadapi itu adalah ujian daripada Allah untuk umatnya bersabar. Cara paling mudah ialah mengerjakan solat setiap waktu dan sentiasa berasa kerdil di sisi Allah swt. Sesungguhnya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya dan masalah stress dapat dikurangkan.

2. Luahkan segala  masalah  dengan sahabat yang boleh dipercayai. Bercerita dan luahkan masalah yang bersarang di fikiran.. Masalah stress ini sering berlaku kerana pelajar tidak mahu menceritakan masalah mereka dengan orang lain. Apabila kita menceritakan segala masalah kita sudah tentu kita akan berasa tenang kerana ada rakan yang mahu mendengar dan memahami keadaan kita.

3.Bijak membahagikan masa. Di kalangan pelajar menghadapi stress apabila menghadapi sesuatu tugas yang banyak dan perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar perlulah bijak mengurus masa dan dapat melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut masa yan telah ditetapkan. Perancangan jadual sesuatu tuasan perlu dilaksanakan bagi membantu pelajar menyiapkan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.


4. Beriadah merupakan salah satu cara menangani masalah. Beriadah dapat  mebantu kita dalam mengawal stress. Beriadah pada hujung minggu bersama keluarga bukan sahaja dapat memupuk keharmonian antara ibu bapa dan adik beradik  tetapi juga dapat membina badan yang sihat dan otak yan cerdas sekali gus dapat melupakan masalah yang bersarang  di fikiran. 

5.  Pemakanan yangg sihat serta tidur yang secukupnya juga perlu untuk seorang pelajar dalam menangani masalah stress. Makan makanan  yang berkhasiat bukan sahaja membantu dalam perkembangan diri yang sihat tetapi juga dapat tubuh badan yang bertenaga. Begitu juga dengan tidur yang mencukupi akan membantu dalam perkembangan otak yang sihat dan cerdas.

6. sentiasa befikiran positif. Apabila mndapat sesuatu tekananm, pelajar perlu berfikir secara positif dan menganggap suatu masalah itu adalah cabaran dan yakin boleh dilaksanakan. Jika pelajar sentiasa berdikiran positif sudah tentu setiapm kerja yan dilaksanakan akan menjadi mudah dan masalah stress tidak akan wujud.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

selesai sudah esuk bolehlah berbincang dengan pelajar khas ku .. sudah diberikan sedikit isi-isi penting  bolehlah mereka mengembangkan isi penting tersebut..

#taksukakerjalastminutesejakzamansekolahsehinggadahberkerja#




my adik convo 2013 UMS

Lama tak  update blog ni.. dah masuk tahun baru. aduss lupa pula aku ni ada blog. kasihan baru ada masa nak jenguk... hujung tahun  2013 punya cerita  aktiviti yang membuatkan aku sibuk memanjang..

apapun  aku nak update hari paling berbahagia buat adik bongsu ku pada tahun lalu..
konvokesyen adik bongsuku .....


                                                         mak dan ayah dan adik bongsuku



                                                                  congrate adikkk


penat lelah membawa family masa tu.. tapi nampak semua happy. tahniah di ucapkan buat my adik walaupun  dah lambat but tahniah juga dah dapat kerja as guru tadika dan tutor OUM.. so boleh lah belanja kalau dah dapat gaji...



Monday, 2 December 2013

Disinilah tempat penuh kenangan untukku

Hari ini ada pula yang upload gambar masjid UKM kat facebook teringat pulak aku kenangan yang tak akan lupakan sehingga hari ini yang mana kawan2 lain tak tau..

                                                                       masjid UKM
                                                                  
kenapa aku rindu masjid ni????

1. Masjid inilah tempat aku study masa study week kebanyakan orang lain balik kg, tapi aku seawal pagi  keluar dari rumah sewa dan duduk di sini dan melakukan solat zohor dan asar, selepas solat asar barulah aku balik rumah sewa.. begitulah rutin ku sehingga habis study week 
2. sebelum masuk dewan dectar(dewan peperiksaan), aku lebih suka duduk di sini, menelaah di saat akhir dan berdoa agar apa yang aku belajar akan keluar. alhamdulillah kebanyakan apa yang aku belajar semua keluar dengan izinNYA
3. Jika aku tak da duit nak makan tengah hari, aku suka duduk di sini waktu zohor dan makan roti dan air kosong. sedih kan... tapi inilah  yang aku buat. alhamdulillah aku rasa kenyang aku tau ibu bapa ku susah dan aku berjanji tidak meminta-minta dengan mereka dan biarlah aku .tanggung sendiri kesusahan ku kerana aku tahu satu nanti Allah swt memberikan aku rezeki.
4. kalau tak da kelas hari jumaat, aku tak pernah menumpang rakan lain ke masjid berdekatan rumah sewaku, tetapi aku lebih suka datang ke masjid ini seawal 2 jam sebelum solat jumaat kerana aku tak mau menyusahkan orang lain kerana pendirian ku tidak mahu orang lain susah kerana sikapku apatah lagi ibu bapa ku berpesan agar aku sentiasa ingat aku anak penjual kuih dan pernah menjual kuih membawa bakul ke rumah2,..
5. kalau ada kelas malam, aku tak pulang dan solat maghrib di masjid ini..
6. jika ada masalah aku jarang bercerita dengan orang lain, aku suka datang ke  masjid ini, duduk sambil menelaah pelajaran dan menyiapkan asignment sebab aku rasa tenang di sini..

dan sinilah tempat aku belajar 

                    
                                                           fakulti tempat aku menimba ilmu

Ada orang bertanya bagaimana cara aku belajar di sini  dulu
1. Melangkah awal ke sini  aku pegang janji mak dan ayah aku.. belajar bersungguh2, jangan tinggal solat dan jadi anak yang soleh. berkawan tidak salah tetapi fikirkan kita bukan orang yang senang wahai anakku. itu kata ibuku pada ku..
2. Aku suka belajar sendiri, apabila pensyarah bagi tugasan aku dah mencari bahan dan hari sabtu dan ahad aku manfaatkan untuk menyiapkan sedikit demi sedikit asigmentku, prinsip aku 3 minggu terakhir asignment siap sempurna dan aku mau fikirkan untuk study sahaja
3. Aku suka menghafal dan kebanyakan buku2 yang aku baca aku baca sehinggga 5 kali dan aku hafal setiap muka surat dan nak tau buku Bahasa  Inggeris ada 6 aku terjemahkan menjadi bahasa Melayu.
4. Prinsipku mudah, aku ingin menggubah kehidupan orang tuaku sebab aku datang ke sini untuk belajar bukan untuk mencari pasangan. aku lebih suka bersendirian kerana aku tau kalau ada kawan pun sukar yang faham tentang kita sebab aku bukan orang senang jadi kehidupan aku biasa dan sederhana.aku sedar rumah aku orang miskin, rumah buruk.
5. Aku lebih suka mencari rakan serumah yang bukan satu kursus dengan aku dan kebanyakannya seniorku  yang berlainan kursus sebab aku lebih rasa selesa berbanding tinggal bersama rakan sekelas.Alhamdulilah mereka menerimaku sebagai rakan yang baik.. walaupun aku orang luar 
6. Aku lebih suka mencari peluang sedia ada dengan belajar sebaik2nya pada awal sem Tahun 1 supaya aku mendapat keputusan cemerlang dan jika jatuh pun di akhir2 sem  pointerku tak akan jatuh teruk. alhamdulillah, aku mendapat keputusan yang baik. 3 tahun 6 semester 4 kali aku mendapat dekan. wah dengan banggganya tapi di akhir  pengajian pointerku jatuh dan jatuh dan aku hanya mendapat PGNK terkumpul 3.59
7. aku tak pernah berfoya-foya, bersembang dengan rakan2 setiap hujung minggu,jarang aku berkunjung ke bilik rakan2 lain, jarang aku keluar bersama kawan perempuan apatah lagi di waktu malam. bagi aku bilik aku sendiri adalah zon selasa dan istimewa kerana masa itu penting bagi ku lebih baik aku mencari bahan asignment.
8. dan aku nak bagitau kalau kita dah cemerlang, kalau kerja kumpulan, kita tak payah cari orang, orang akan cari kita. tapi aku biasanya memilih aku tak suka orang yang  rajin dalam kumpulan sebab mesti mereka cerewet tetapi aku lebih suka orang yang sederhana malas, biarlah kita semua buat yang penting kita puas hati tak kena marah, tak pernah gaduh..dan mereka percaya dengan kerja kita. dan jika kita tolong orang Allah swt mempermudahkan kita dalam menjawab soalan sebab bahan tersbeut kita baca , kita tulis dan kita ingat.

Itu zaman aku belajar, zaman sekarang dah banyak berubah... aku lihat pelajar yang masuk ke IPTA atau di kolej  bukan untuk meningkatkan diri dan  ingin bantu keluarga tetapi untuk kepuasan diri mereka sahaja.Dunia mereka adalah bebas, mereka puas dengan apa yang dapat hari ini tetapi tidak secemerlang pun. awal2 sudah  memcari pasangan dengan tujuan untuk belajar bersama2 dan tiada hala tuju. dah kalau satu kereta dan balik malam sudah tentu fikiran kita pun mesti fikir yang bukan2 apa mereka buat. ...sibuk dengan aktiviti yang kadang kala tidak perlu dilakukan  tetapi kehendak diri memaksa mereka berbuat demikian dan akhirnya gagal dalam pelajaran. Ingatlah tujuan ke sana  untuk belajar dan ingat orang tua anda.tetapi aku suka melihat ada sebahagian pelajar yang datang mengutamakan pelajaran dan tidak memikirkan apa yang menyeronokkan mereka. dan kebanyakan mereka ini tergolong anak2 yang soleh dan solehah yang baik jiwa dan hati mereka.



             Inilah rumah sewa apartment taman tenaga UKM sekarang ni dah menjadi perumahan..
        
p/s: untuk mencapai kejayaan, ini petua aku  setiap kali tidur aku mesti melihat gambar ibu, bapaku dan adik-adikku  yang ku lekatkan di dinding katil sebagai inspirasi hidupku untuk berjaya..terimakasih buat mereka.. 

Wednesday, 23 October 2013

Kita adalah Guru Khas

Kenapa kita dipilih menjadi guru pendidikan khas .. kerana sudah tertulis dan Allah swt telah merencana hidup kita untuk menjadi guru khas dan seterusnya membantu mereka. Namun  sedih rasa hati apabila melihat segelintir sikap guru khas sendiri yang tidak menunjukkan rasa tanggunjawab dan pengorbanan sebagai guru khas.
Pelajar sekarang semakin berubah, mereka boleh bersuara.. dan akhirnya nama kita di sebut sebagai guru itu dan ini.. Mudahnya pelajar melabel kita... sebagai guru bermasalah...
Tunjukkanlah tanggung jawab yang besar dan semangat yang jitu dalam diri anda sebagai guru khas.. Kita diberikan peluang untuk membantu mereka serta membimbing mereka sedaya kita mampu jangan sampai melabel dan membenci kita kerana sikap kita.



klinik goal ball dan catur anjuran Jabatan Belia dan Sukan

Minggu lalu bersama dengan seorang rakan guru menghadiri kursus goalball dan catur bertempat di kuching, Sarawak. kami membawa 5 orang pelajar dalam aktiviti tersebut. Berikut adalah gambar  aktiviti



                                                                  klinik permainan catur


                                                              klinik dan permainan goal ball


                                                        peserta dari negeri Sabah

Terimakasih tak terhingga  kepada Jabatan Belia dan Sukan Sabah dan Sarawak yang memberi peluan kepada kami untuk menyertai klinik ini dan Jabatan Belia dan Sukan Sarawak layanan anada terhadap kami memang yang terbaik sekali...













Monday, 14 October 2013

selamat hari raya korban

Tolong doakan ye…
Akhir2 ni hampir setiap malam kat depan rumah aku ada orang lalu….
dia tengok2 jer…. bawa pisau, bara api dan ketulan2 daging….
Seram betul. Dia jerit…..
SATE!…. SATE!t.
SELAMAT HARI RAYA KORBAN
(selamat hari raya korban buat semua keluarga yang berada di tawau... 
Mak dan Ayah 
Adik Beradik semua 
Rakan -rakan 
dan anak didik sekalian...
Raya di asrama dengan pelajar-pelajar yang tak dapat pulang kg...

Di sebalik kekurangan ada kelebihan

walaupun autisme, pelajar ini mempunyai kelebihan iaitu melukis seperti pelajar normal. Dari raut wajah nampak tiada masalah, tetapi jika kita mendekatinya, dia merupakan autisme...




p/s kekurangan bukan penghalang

Friday, 4 October 2013

Pengorbanan anak untuk ibunya

Kuala Lumpur: “Segulung ijazah yang saya terima hari ini (semalam) hadiah istimewa buat emak. Dia adalah sumber inspirasi saya sampai bila-bila,” kata Nurul Natasha Abdullah Sani, 23, ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) 2013, semalam.
Nurul Natasha dari Fakulti Undang-undang menamatkan pengajian dengan cemerlang dalam bidang Sarjana Muda Undang-undang.

Katanya, sebaik diterima memasuki UM pada 2009, dia membulatkan tekad belajar bersungguh-sungguh untuk membalas segala pengorbanan ibunya, Rohaya Hussin, 49, yang membesarkan dia dan abang tanpa suami sejak 23 tahun lalu.
“Ayah meninggal dunia ketika emak sarat mengandungkan saya. Bagi menyara kami dua beradik emak bekerja di kilang dengan gaji RM500.

“Walaupun mengalami kesempitan hidup kerana pendapatan emak hanya cukup untuk perbelanjaan kami, tetapi emak berjaya memberi pendidikan sempurna kepada kami adik beradik. Itu yang membuatkan saya kagum dengan emak,” katanya yang berasal dari Lubuk Cina, Melaka.



Sementara itu, ibunya Rohaya berkata, dia sentiasa menasihat anak-anak supaya mengutamakan pelajaran kerana itu saja yang boleh mengubah kehidupan mereka.
sumber: berita harian

perginya anak saudara dengan senyuman...

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, merupakan hari yang paling sebak namun semuanya adalah ketentuan Allah swt dan kami redha dengan apa yang berlaku. semoga adikku dan suaminya tabah menghadapi, hari Jumaat berakhirnya kesengsaraan anak saudaraku muhammad irsyad hamizan bertemu dengan Allah SWT. Aku tidak sempat untuk pulang ke kampung tetapi aku tahu keluarga ku terutamanya adik ku kuat menghadapi segalanya, Selama dua minggu aku menungggu khabar berita semoga aku  menerima berita yang gembira kerana aku inggin melihat anak saudara ku berada di sisi kami. Tetapi Allah lebih menyayangi dia ujian demi ujian yang diberikan kepadanya, pada mulanya dia disahkan pendarahan otak, doktor memberikan tambahan darah, kemudian paru-paru berdarah, dan buah pinggang rosak. dah seminggu tidak kencing dan berak. sedih apabila ibu berkata dia di penuhi dengan mesin-mesin penyambung nyawa dan juga wayar-wayar untuk tambah air dan darah di hidung dan mulut. Ya Allah ujian buat hamba mu sama ada kami sabar atau redha. Doktor tidak boleh berbuat apa-apa hanya menunggu genap 14 hari.. dan semalam hari jumaat genaplah dia selama 2 minggu , Allah pinjamkan kami selama itu dan adikku membawa balik ke rumah kerana berlaku pendarahan di mulut dan kadar denyutan jantung semakin lemah dan tekanan darah tidak naik, dalam perjalanan pulang adikku berkata selama seminggu dia bertarung nyawa dia tidak pernah membuka matanya, tetapi apabila ibunya membawa dia pulang matanya terbuka luas dan tersenyum,. subhanallah ya Allah. 
setibanya di rumah, keluarga ku mengucup sebagai tanda kami sayang dia selama-lamanya dan di saat terkahir itu dia membuka matanya melihat ahli keluarga ku satu persatu dan selama dua minit dia berada di rumah dia menutupkan mata dan meninggalkan kami selama-lamanya untuk bertemu Allah swt. dan perginya dengan tersenyum.  dan selepas solat jumaat bersemadilah dia di tanah perkuburan Islam di Tawau..

p/s Allah lebih sygkn mu,muhammad irsyad hamizan..terima kasih Allah izinkan kmi meminjamnya genap 2 minggu..al-fatihah..redha atas ketentuanMU Ya Allah..

Monday, 30 September 2013

biasiswa tunas potensi yayasan peneraju

Adik adik yang berkelayakan bolehlah mohon...semoga berjaya

temuduga adikku





Hari ini adalah hari yang paling menakutkan buat adik bongsuku yang perempuan kerana menghadiri temuduga..jawatan ini pun saya yang maklumkan setelah saya berhempas pulas mata untuk membantu mencarikan dia jawatan kosong terkini.maklumlah sebagai abang nak juga adiknya berjaya dalam apa jua bidang.moga temuduga tersebut berjalan dgn sukses dan berjya. Insya Allah..amin..

Friday, 20 September 2013

guru resos pendidikan khas masalah penglihatan


Terkilan rasa hati apabila ada yang menganggap kami guru resos pendidikan khas ini kerja mudah tidak seperti guru biasa yang mengajar di kelas..kadang kala terpaksa menelan yang pahit mendengar cakap cakap mereka..
Sebenarnya guru pendidikan khas resos khususnya masalah penglihatan mempunyai tugas dan peranan yang sama cuba bezanya kami mengajar di resos bukan di kelas. Dan tumpuan hanya 4 atau 5 orang pelajar sahaja.
Biarlah saya meluahkan rasa kecewa apabila kami dikatakan lambat membuat kerja kerja atau bahan bahan yang diberikan..
 Apabila bahan berbentuk buku dan modul yang dihantar kepada kami untuk diterjemah dalam bentuk braille.. kami tak mampu nak buat dalam sehari.. bukan kami malas tetapi kami terpaksa membraille semula seperti kami menaip semula setiap perkataan dalam buku tersebut. Bayangkanlah buku itu tebalnya sebanyak 200 mukasurat kalau nak menaip semula adakah boleh
mengambil masa satu hari. Mungkin tidak. Begitu juga dengan membraille bila membraille semula mukasurat bertambah mungkin 500 munglin 1000 apatah lagi melibatkan gambar rajah.
Memang ada perisian untuk scanner dan dikenali sebagai open book. Tetapi sejauh mana dia nak scan kalau buku tersebut mempunyai grafik dan gambar rajah. Sudah tentu bahan yang discan tersebut sukar di fahami dan tak boleh dibaca dan kami terpaksa mengedit satu persatu dan memperbetulkan semula.
Penyelesaian yang kami buat terutamanya saya, saya akan menggunakan six key braille supaya lebih cepat dan pantas dan kalau boleh disiapkan buku tersebut dalam masa 2 hingga 3 hari.
Kalau nota selembar atau dua lembar kami tak ada masalah kerja kami buatsangat pantas tetapi menjadi masalah bagi kami ialah buku buku baru.
Kami di resos juga mengajar ada yang mengambil 12 hingga 16 waktu seminggu dan masa free itu kami lakukan untuk membuat  buku dan gambar rajah. Belum lagi masuk kalau bab bina gambar rajah yang rumit terutama geografi, matematik dan sains.
Oleh itu, guru guru biasa kalau nak hantar bahan atau buku, saya memohon maaf, saya bukan robocop yang boleh membuat kerja dengan laju.  Beri kami masa selewatnya 2 atau 4 hari. Kalau kami bagi pelajar bab antara bab itu bermakna kami dah buat yang terbaik sebab kami tak mahu pelajar khas kami ketinggalan tiada buku.
Cadangan saya, kalau cikgu dah ada perancangan buku apa yang hendak digunakan awal persekolahan hantarlah segera kepada kami untuk kami membuatnya.
Kekangan masa menyebabkan ada kalanya bahan lewat diemboss.kami pun terpaksa melaksanakan pindah tulis bahan latihan dan jawapan pelajar menyebabkan kami kesuntukan masa. Untuk pengetahuan guru biasa kami sentiasa berusaha yang terbaik kadang kala kami membawa balik buku ke rumah dan menyiapkan sehingga lewat malam dan ke pagi.

Semoga luahan ini dapat memahami apa tugas kami sebagai guru resos. Kita semua guru bezanya dari segi peranan kita tetapi tanggungjawab kita sama cuma kita perlu ada toleransi dan sentiasa berkerjasama..



Saturday, 17 August 2013

berakhirnya cuti sekolah selepas raya

Esuk dah bermula persekolahan..mood nak kerja dah nak bermula.. melihat kerja yang masih belum dapat diselesaikan, aduhai takutnya rasa hati..2 minggu cuti banyak benda yang dilalui maklumlah hari raya.. meriahlah katakan balik sarawak balik tawau dan akhirnya kerja yang hendak di ssiapkan sebelum buka sekolah tak siap siap juga. Erm erti kata malas sikit sebab cuti.. malam ni mulalah suasana hiruk pikuk di asrama dengan suasana pelajar asrama yang kecil molek, besar dan dewasa kembali ke asrama.. kadangkala bila sunyi rindu suasana tersebut... apapun selamat kembali ke sekolah esuk moga mood raya tak da esuk dan aku nak mula bertugas seperti biasa.
P/S minggu depan minggu penyeliaan erm tak tau apa nak buat nak cari satu aktiviti yang sesuai sekali untuk pengajaran..

Friday, 9 August 2013

Perlukah berterus terang???

Adakah manusia berani mengatakan ya dengan kesilapan yang mereka lakukan.. rasanya sukar apatah lagi berhadapan dengan situasi yang mungkin memeranjatkan.Manusia akan cuba mencari helah belah diri untuk mempertahankan dirinya daripada melakukan kesalahan. bila berlaku situasi yang orang lain akan tahu, sukar mengatakan ya kerana kebenaran walaupun kita mendesak sekali pun.Sesungguhnya Allah swt tahu apa yang kita lakukan di mana kita lakukan dan bila kita lakukan kesilapan tersebut. Namun bagi saya jika manusia itu tidak mahu mengaku dan manyatakan kebenaran  hanya satu sahaja yang aku pegang kata kata ini ikut kata hati.kalau kata hati dia yang buat kesilapan, memang dialah buat kesilapan, dan perlu fikir lagi. biarlah dia mencari jawapan sebenarnya.
p/s: Berterus terang adalah lebih baik kerana lambat laun kita ketahui juga..

jamuan hari raya

Apabila berkunjung ke rumah sanak saudara, ada benda yang aku mungkin orang lain yang tak suka manis tak suka iaitu air manis yang bergas. Inilah paling ringkas yang dihidangkan kepada tetamu yang datang beraya. Bukan tak suka tapi kandungan dalam air minuman tersebut mengandungi gula yang banyak. Tak hairanlah jika ada kencingmanis selepas hari raya nanti. Aku memang tak suka minum air bergas kerana kemanisannya yang melampau.. lidah ku dah sebati dengan air kurang manis. Sedangkan teh pun aku lebih suka tanpa gula sebab aku dah biasa. Mungkin itu sebabnya penurunan berat badan ku nampak pada puasa kerana aku memang tak makan benda benda manis. Di rumah pun aku berbelanja sebulan gula hnya sekilo sebulan.
Berbalkk kepada jamuan hari raya, biasanya aku tidak berani nak minum aku bagi kepada anak anak saudara yanb mungkin kehausan. Kalau tuan rumah memanb aku kenal sangat aku minta air putih kalau tak pun aku biarlahkan haus tetapi dalam kereta aku akan minum sebab aku dan bawa bekalan air kosong.
Mungkin ramai yang beranggapan bahawa mereka lebih suka cepat menghidangkan air minuman dengan air bergas. Tidak salah, tapi tengoklah keadaan sekiranya tetamu tu yang sakit ada kencing manis terutama orang orang tua kita sediakan lah minuman kurang manis yang dibuat sendiri.biarlah orang kata tak manis tetapi yang penting sihat dan tetamu kita pun sihat..
P/s lebih suka menghidangkan air mineral untuk tetamu..

Tuesday, 6 August 2013

pesanan buat mereka

Kadang kala saya terlalu sedih melihat sikap pelajar yang masih belasan tahun hari ini. Pengalaman mengajar saya betapa didikan ibu bapa mungkin salah satu punca pelajar bermasalah khususnya dalam soal bercinta di usia muda. Banyak pengalaman yang saya lalui akibat masalah percintaan di usia muda ini yang akhirnya tiada kesudahan dan hanya menyeronokkan mereka sahaja. Pernah saya tertangkap telefon bimbit seorang pelajar, kadang kala malu nak baca, sms yang kadang kala seperti suami isteri sudah, ke mana lah iman dan budi pekerti anak anak ini ya. Saya pernah memanggil seorang pelajar perempuan dan bertanya di depan ibunya sendiri sama ada dia suka dengan pelajar lelaki ini. Jawapan yang diberikan ialah suka.terkedu ibu dia sendiri melihat saya tergamam.itu belum lagi yang mengugut nak membunuh diri, nak lari dari rumah, bercakap mencarut selepas hubungan mereka bermasalah..mereka mudah melafazkan kata cinta dan sayang kepada pasangan mereka yang belum ada apa ikatan dan berjanji lagi sehingga akhir hayat.
Pada pandangan saya sikap ini datang dari diri sendiri kerana kesukaan dan keseronokan apabila bercouple  malangnya usia masih muda remaja. Ibu bapa masih lagi menanggung beban. Kasihani lah ibu bapa kamu bukan tangisan kerana malu mereka mahu tetapi tangisan kejayaan yang mereka mahu lihat.. berubahlah demi masa depan, percayalah satu hari nanti kamu akan berasa menyesal kerana sikap kamu sendiri dan pengalaman saya sendiri tidak pernah melihat kejayaan cemerlang pada pelajar yang bercouple tetapi tanyalah mereka yang tidak bercouple sentiasa cemerlang kerana mereka tidak pernah memikirkan diri orang lain berbanding diri mereka sendiri untuk berjaya dan tidak pernah membuang masa untuk bergayut, bersms dan berangan angan kosong sehingga melalaikan pelajaran dan pasangan bercouple ini akhirnya hanyut dan kecewa dengan keputusan mereka dan akhirnya menyesal...sejauh mana hebatnya dalam pelajaran kita jika diri dah dibelengguperasaan  cinta ketika belajar percayalah  akhirnya akan kecundang barulah rasa menyesal..pengalamanyang saya lihat sendiri banyak keburukan berbanding kebaikan walaupun dia sehebat mana pun dalam pelajaran..
P/s sekadar memberi nasihat kerana nasihat tu amat berguna.teringat zaman belajar dahulu, saya lebih suka berkawan dengan sesiapa pun kerana teringat pesanan ibu belajar bersungguh2 kerana dengan pelajaran akan mengubah nasib kita agar satu hari nanti orang  akan pandang kamu sebagai anak  penjual kuih yang berjaya.

ketabahan hidup membawa kejayaan


Kisah menyayat hati. Sebak rasanya mendengar cerita anak ini yang aku baru aku kenal.. kisahnya mungkin biasa tapi kehidupannya cukup bermakna. Kemiskinan tidak pernah menghalang untuk dia mencapai keputusan cemerlang. Mendapat 8A dalam SPM cukup membanggakan saya. Kemana haluan kata ku. Rupanya baru sebulan mendaftar sebagai guru pelatih di IPGA. Syukur alhamdulillah. Bidang apa? Rupanya pendidikan khas.ada sebab kenapa memilih bidang ini. Sebelum ini belajar di tingkatan enam, apabila mendapat tawaran dari ipga satu kegembiraan buat dirinya apatahlah sebagai anak sulung ingin mengubah nasib diri. Blog ku menjadi medan persediaan untuk dia temuduga. Alhamdulillah berjaya.ayah dan ibu merupakan kurang upaya cacat penglihatan dan hanya mendapat bantuan kebajikan masyarakat dan sebagai tukang urut. Katanya dialah yang membawa ibu bapa ke tempat kerja sebagai tukang urut. Dengan duit tukang urut itu dia membeli buku SPM walaupun tidak mahu meminta kerana bimbang ketiadaan duit membeli makanan untuk adik adiknya.
Bagi ku kalau lah pelajar asramaku ada kesedaran seperti anak ini, sudah tentu mereka semua cemerlang dan mahu mengubah nasib ibu bapa mereka yang miskin
P/s doa ku semoga berjaya dan keluar menjadi guru yang berdedikasi dan dapat mengubah nasib ibu bapa kamu..tahniah dik semangat kamu amat kental.

ucapan hari raya seikhlas hati

Selamat hari raya maaf zahir batin terutama buat ayahanda dan bonda tercinta, adik  beradikku,, anak anak saudaraku yang tersayang, sepupu sepapat, rakan rakan sekerja dan tidak lupa buat pelajar pendidikan khasku yang pernah kena marah serta pelajar asrama yang pernah kena rotan di tangan atau di punggung kerana kenakalan.. selamat hari raya dan maaf zahir batin. Selamat hari raya juga buat rakan di blog dan facebook..

kenangan di bulan ramadan

Alhamdulillah aku masih diberikan kesempatan untuk melaksanakan ibadat untuk kali ini. Dalam bulan puasa ni banyak betul dugaan dan cabaran yang Allah berikan untuk ku. Tapi aku redha dengan apa yang berlaku. Aku banyak bermuhasabah diri tentang dosa dosa yang aku lakukan, meminta keampunan kerana bulan ramadan ni bulan sejuta rahmat dan keampunan. Dalam bulan ini aku sakit, sakit yang tak terkata-kata sehingga membawa aku ke hospital tetapi aku tetap melaksanakan puasa. Bulan puasa juga aku diuji dengan sikap pelajar asrama yang menguji keimanan dan  kesabaranku namun semua itu ujian untuk ku bersabar dan mencari jalan penuh ketenangan. Semoga bulan ini ibadat ku diterima sepenuhnya dan aku berharap aku dapat bertemu dan melaksanakan ibadat puasa dan solat tarawih pada tahun depan. 

Sunday, 9 June 2013

salah kah saya???

kadangkala  apa yang kita lakukan mungkin orang pandang sebaliknya... niat kita penuh ikhlas nak membantu tapi nampak sangat di salah ertikan, lebih memilukan di katakan  secara terbuka. kadangkala kata-kata tu menyakitkan hati sangat seolah-olah kita ni seorang yang jahat. Namun apa yang dilakukan adalah ikhlas dan tidak pernah timbul rasa tidak setuju atau tidak.. kenapa pulak saya yang dipersalahkan ..? inilah manusia kan... kita memberikan pandangan seikhlasnya... pandangan sewajarnya lebih kepada pro dan kontra tapi akhirnya kita yang dipersalahkan... pengalaman ini memang pahit. bukan kali pertama ini kali kedua. susahkan sebagai insan biasa memberi pandangan tetapi akhirnya disalahertikan sapalah saya ...
menjadi pengajaran berguna untuk saya berhati-hati dalam berkata-kata. sememangnya pada awalnya saya tidak mahu memberi keputusan apa-apa untuk  sebarang tindakan takut disalahertikan tetapi hati ini rasa bersalah jika tidak ingin membantu memberikan penerangan apa yang saya tahu.. dan akhirnya saya di salahkan di saat saya masih ingin menolong dengan tangan yang terbuka...terimakasih banyak-banyak sebab berkata sedemikian...

p/s: Redha apa yang dikatakan kerana kesilapan saya sendiri...