Monday, 6 February 2012

28 pelajar ponteng sekolah di Kota Bharu diarah baca al-Quran

 

KOTA BHARU: Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu, yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini, diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang, berkata kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.
Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun, ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.
- Berita Harian-