Saturday 27 October 2012

Festival Nasyid Pendidikan Khas Kebangsaan 2012 Kali Pertama

Inilah kumpulan nasyid yang telah kami bimbing dan mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan, Alhamdulillah percubaabn pertama ku dalam menulis lirik dan lagu telah membuah hasil dan memikat hati juri untuk dinobatkan sebagai lagu terbaik iaitu lagu pertama yang bertajuk  Satu Ummah Satu Perpaduan.. Terimakasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu...

Thursday 18 October 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum w.t.b...
Lamanya tak menjenguk blog. Kesibukan masa menyebabkan aku kurang menulis di blog ni... Minggu ni adalah merupakan minggu paling manis dalam hidup ku dan rakan-rakan seperjuangan pendidikan khas. Setelah bertungkus lumus berhempas pula memerah otak menghabiskan sisa-sisa kepenatan akhirnya pasukan nasyid yang kami pimpin dan latih telah mendapat Naib Johan peringkat kebangsaan. gembira bukan kepalang..Mengharapkan Johan tapi mendapat naib johan pun syukur alhamdulillah.. Paling manis buat diriku ialah apabila aku di nobatkan sebagai pencipta lagu terbaik. Alhamdulillah rezeki dari Allah. aku tak pernah terfikir untuk menang sekadar menulis dan mengubah lagu melalui ciptaan sendiri tanpa asas muzik... Bagi aku lagu tu hanya sederhana ja berbanding negeri-negeri lain yang ada note muzik lagi, Apalah pada aku sekadar meluahkan muzik melalui bibir dan mulut dan kemudian rakam dan seterusnya meminta pelajar mainkan dengan kompang...Tapi inilah dikatakan keikhlasan dalam bekerja. Bukannya riak tapi bagi ku kerja ini adalah ibadat dan ku lakukan untuk anak-anak muridku sendiri. Kemenangan ini ku hadiahkan bersama buat anak  murid ku Hafiz dan Ajim yang membantuku  dalam mengubah, merakam dan menyanyi lagu ni sehingga menjadi lagu terbaik...