Wednesday 29 February 2012

kajian tindakan - Geografi -

Kajian Tindakan........ tahun ni semua guru kat sekolah saya diwajibkan untuk melaksanakan kajian tindakan... perit juga saya nak memikirkan apakah kajian tindakan yang  hendak saya laksanakan.... memikirkan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dengan melihat perkembangan setiap kemahiran serta sub topik yang diajar. Saya  memilih mata pelajaran geografi sebagai kajian tindakan..Kalau geografi ini memang banyak kajian tindakan yang boleh saya buat. kalau melihat dari sudut pelajar itu sendiri sebagai pelajar pendidikan khas masalah penglihatan khususnya yang totally blind... perkara paling rumit yang saya rasakan ialah tajuk kemahiran geografi 'menafsir peta".
Memang agak rumit bagi mereka yang menhadapi masalah penglihatan khususnya yang totally blind... sebabnya
i. peta yang sedia ada diubah dalam bentuk gambar rajah supaya mereka dapat mengecam menggunakan  sentuhan jari jemari. bayangkanlah sebuah peta topo kalau yang padat kandungannya. gambar rajah tersebut pun akan menjadi padat dan ruang pengecaman mereka agak terbatas kerana terlalu sempit dan akhirnya mereka memberi jawapan yang salah..kalau soalan PMR. saya lebih menekan kan pelajar ini meninggalkan soalan 1- 6 dan jawab terlebih dahulu soalan yang lain. Ini kerana peta topo apabila ditafsirkan oleh mereka boleh mengambil masa yang panjang dan akhirnya soalan yang seterusnya yang lebih mudah akan menyebabkan mereka  rugi kerana tidak menjawab.

ii. satu lagi masalah ialah mengira panjang bagi sungai atau jalan raya yang berliku-liku. Dalam hal ini pendekatan yang saya ambil ialah menjadikan jalan raya tersebut lurus., kalau tidak pun  saya terpaksa mengukur sendiri dan memberikan skala peta contohnya kalau skala 1cm mewakili 2km  jadi panjang sungai ialah 5cm.. so pandailah pelajar ini memikirkannya..

iii. satu lagi masalah yang rumit ialah penggiraan bearing sudut... berpusing-pusing jangka sudut tersebut kalau mereka nak mencari bearing sudut. pendekatan saya ambil ialah membantu mereka menetapkan kedudukan jangka sudut tersebut dan memberikan mereka menjangkakan bearing sudutan berdasarkan sudut sama ada 90, 180, 270 atau 360... dan mereka akan menganggar pada pilihan jawapan yang hampir.

-- Apa pun masalahnya saya sentiasa berusaha membantu pelajar saya ni untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Alhamdullilah, sepanjang saya mengajar subjek ini  setiap tahun pelajar saya mendapat 100% lulus walaupun tidak mendapat A tetapi ada juga yang pernah mendapat B satu pencapaian yang agak baik. Hanya pada tahun 2009 sahaja hanya seorang sahaja yang mendapat E dengan peratus 98.7%. Tahun lalu pelajar saya  juga kesemuanya lulus dengan 100%.. ...

Cikgu ‘kung fu’ guru besar

 GEORGETOWN: Pelajar sebuah kelas di sekolah rendah di Air Itam, di sini, dihidangkan aksi ‘kung fu’ antara guru besar dan guru kelas selepas berlaku perselisihan faham antara dua pendidik itu, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, pergaduhan antara dua guru lelaki terbabit dikatakan berpunca selepas guru besar lalu berhampiran sebuah kelas dan terdengar bunyi bising, sebelum dia membuat teguran kepada guru kelas itu.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka dan guru besar itu seterusnya cuba merakam suasana dalam kelas berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Menurut sumber, melihatkan tindakan guru besar itu, guru kelas terbabit secara tiba-tiba ‘naik angin’ sebelum dia terus menyerang dan memukul guru besar berusia 48 tahun itu.

“Berikutan itu, kedua-dua guru terbabit bergaduh dan kejadian itu diperhatikan murid kelas berkenaan dan murid lain,” katanya.

Menurutnya, suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan kedua-dua guru terbabit.

“Akibat pergaduhan itu, guru besar terbabit cedera di kedua-dua tangan dan juga belakang kepalanya,” katanya.

Sumber itu berkata, guru kelas juga cedera pada mata akibat terkena tikaman pen ketika bergelut dan kedua-duanya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan dua guru berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu proses siasatan,” katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang mengikuti kursus ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.
-- my metro-

Saturday 25 February 2012

Peluang kerja kepada wanita

Peluang kerja kepada wanita













Syarikat Penerbangan Komuniti yang juga anak syarikat penerbangan Malaysia (MAS), Firefly, menganjurkan sesi interaktif bagi mempromosikan peluang pekerjaan dalam penerbangan kepada golongan wanita sempena hari wanita antarabangsa.

Dengan bertemakan ‘Me­nyambungkan gadis, inspirasi masa hadapan’, majlis itu dihadiri pelajar wanita dari Kolej Pengurusan Penerbangan, Bangi dan Kolej Pendidikan Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sesi interaktif itu memperlihatkan kumpulan pekerja wanita Firefly, khususnya juruterbang dan jurutera, menceritakan latar belakang pendidikan bagi mendorong pelajar ke arah kerjaya dalam dunia penerbangan.

Ketua Pegawai Operasi Jarak Dekat MAS dan Firefly, Ignatius Ong berkata, tujuan Firefly menjalankan sesi tersebut bagi mendorong pelajar tempatan terlibat di dalam kerjaya penerbangan.

“Menjadi juruterbang adalah kerjaya paling diminati. Bagaimanapun, objektif utama kami adalah menyedarkan pelajar tentang kerjaya lain dalam industri penerba­ngan.

“Dengan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri ini, kami berharap dapat menggalakkan lebih ramai wanita menceburi bidang penerbangan ini,” katanya, di Kompleks MAS A, Bangunan Penerbangan Simulasi, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang.
-- sinar harian--

Orang Asli menang kereta Mercedes

Menang













 SEREMBAN - Rezeki terpijak. Itu ungkapan yang sesuai diberikan kepada Sapiah Aping, 45, Orang Asli suku kaum Semaling dari Bera, Pahang, apabila memenangi sebuah kereta Mercedes-Benz E200 CGI.
Sapiah yang bekerja sebagai penoreh getah, memenangi hadiah kereta mewah itu, hasil menyimpan sejumlah wang dalam Sijil Simpanan Premium (SSP) yang dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN).
 
Menurutnya, dia tidak menyangka menjadi individu bertuah memenangi hadiah pertama bagi bulan Januari iaitu sebuah kereta mewah yang menjadi idaman ramai.
 
“Buat masa ini saya tidak mempunyai lesen memandu tapi saya akan cuba mendapatkannya dalam masa terdekat kerana sudah mempunyai kereta sendiri.
 
“Saya tidak bercadang menjualnya. Buat sementara waktu, saya akan minta adik lelaki menjadi pemandu,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 di sini, semalam.
 
Sapiah berkata, dia dimaklumkan oleh kakitangan bank berkenaan melalui panggilan telefon mengatakan memenangi hadiah sebuah kereta. 
 
“Namun saya tidak percaya memenangi kereta mewah ini sehinggalah saya dapat melihat sendiri kereta yang berharga RM375,000, yang kini menjadi milik saya,” katanya.
 
-- sinar harian--

SPR Diminta Buka Kaunter Daftar Pengundi Di Kampus

MELAKA: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang memandang berat isu 3.7 juta rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pengundi telah mencadangkan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka kaunter pendaftaran pemilih secara tetap di semua kampus universiti.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, juga meminta SPR menggunakan kenderaan bergerak ke kawasan kilang sebagai kaunter pendaftaran.
"SPR perlu memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus daripada jumlah tersebut didaftarkan sebagai pemilih sebelum pilihan raya umum berlangsung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Perkasa Melaka di sini malam tadi.
Ibrahim berkata, beliau memandang serius masalah berkenaan dan telah mengarahkan semua ketua wira dan wira Perkasa di peringkat negeri dan daerah di seluruh Semenanjung Malaysia mengambil tindakan membantu anak muda yang telah berusia 21 tahun berdaftar sebagai pemilih.
Beliau juga menyarankan rakyat khususnya golongan muda supaya tidak memberikan sokongan kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Masalahnya anak muda ini tidak kenal siapa Anwar sebenarnya dan kebetulan mereka terdedah dengan media baru yang hanya memaparkan kehebatan beliau sehingga terpengaruh dengan lakonan dan sandiwaranya," kata Ibrahim.
--mstar online--

Sikap Panas Baran Pemandu Punca Kemalangan

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia masih lagi mengamalkan sikap panas baran dan memandu secara berbaya di jalan raya.
Bukan itu sahaja, pemandu yang tidak berpuas hati akan menyatakan rasa marah mereka di laman web sosial dan ada antara mereka yang menulisnyadi Twitter dengan tujuan memalukan pemandu yang dianggap ‘tidak berhemah’ ini.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Ketua Unit Faktor Kemanusiaan dan Kos Kemalangan dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),
Karen Goonting, berkata sikap panas baran ketika memandu boleh meningkatkan risiko kemalangan satu hingga dua kali ganda.
Beliau berkata pemanduan secara agresif sangat membimbangkan kerana ia berlaku setiap hari dan hampir ‘semua orang berhadapan dengan masalah yang sama masa tertentu.’ Tambahnya, terdapat perbezaan antara keganasan jalan raya dan pemanduan secara berbaya. Hal ini kerana, keganasan jalan raya menyebabkan kecederaan ke atas pengguna lain atau menyerang seseorang yang mengakibatkan kecederaan pada tubuh badan malah yang paling ditakuti ada yang boleh menyebabkan kematian.
”Keganasan jalan raya lebih membimbangkan dan menakutkan ia tidak sama seperti seperti pemanduan agresif. Ia melibatkan tindakan seperti memandu laju, mengekori, melanggar lampu merah serta melanggar peraturan jalan raya yang lain,” katanya. Statistik polis pada tahun 2010 menunjukkan sikap pemanduan pemandu lelaki lebih agresif berbanding wanita. Sebanyak 203,436 kesalahan melibatkan pemanduan agresif
69,556 kes melibatkan pemandu wanita.
Statistik menunjukkan daripada 1.3 juta kesalahan yang dilakukan, melibatkan 870,472 pemandu lelaki sementara 293,505 pemandu wanita.
Memandu terlalu hampir dicatatkan sebagai punca utama kemalangan pada tahun 2010, dengan 150, 682 kes, diikuti membuat pusingan u berbahaya (65,131), memandu laju (39,526), dan memotong secara berbahaya (22,668).
--mstar online--

Jalan Bolivia paling bahaya di dunia




CHALLA, Bolivia - Sebatang jalan raya sepanjang 400 kilometer yang menghubungkan La Paz dengan Los Yungas dekat sini dianggap antara yang paling berbahaya di dunia.
Jalan raya tersebut amat sempit untuk laluan kenderaan seperti bas kerana ia berliku-liku di lereng bukit.
Paras jalan raya yang paling tinggi di kawasan tersebut ialah 4,000 meter. - AFP


Kenapa kita menguap?

Berdasarkan maklumat yang nizam jumpa, kita menguap kerana kandungan oksigen di daam paru-paru kita berkurang.

Di dalam peparu terdapat satu organ yang dinamakan sebagai alveoli atau dengan nama lain adalah kantung udara.

Alveoli ni berfungsi sebagai pengalir oksigen ke dalam darah dan menyedut karbondioksida untuk dilepaskan ke luar badan. Jika alveoli ini tidak mendapat udara segar, ia akan kempis dan paru-paru akan mengeras.

Pada ketika inilah otak akan mengarahkan mulut untuk menguap dan menarik udara (oksigen) secukupnya untuk diserapkan ke dalam sel-sel darah merah (hemoglobin) di dalam badan dan organ-organ lain yang memerlukan oksigen.

Antara sebab lain adalah disebabkan badan kita atau otak yang terlalu penat, menyebabkan anggota badan kita tidak cukup oksigen untuk menjalankan proses dengan sempurna.

Disebabkan itu lah kita menguap. Tapi kalau dah penat, seeloknya rehatkan diri buat seketika. Tapi pastikan masa rehat kita berkualiti.

Berkualiti disini biarlah tiada gangguan bagi memulihkan anggota badan kita rehat secukupnya untuk beroperasi dan badan kita dapat kumpulkan oksigen secukupnya untuk kita bekerja seperti biasa.

Adab Menguap

Menguap juga mempunyai adab, jangan main menguap je macam nak makan orang. Kalau yang mulut berbau tu lagi la kan. Silap-silap semua member bau wangian asli dari mulut kita kan.

Jadi, bagi menampakkan kita beradab, tutuplah mulut semasa menguap.

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said-Khudri, katanya telah bersabda Rasullah S.A.W yang maksudnya :
Apabila seseorang itu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk melalui mulut yang terbuka.
Kebanyakkan ulama menghukumkan sunat meletakkan tangan dimulut ketika menguap, sama ada didalam sembahyang ataupun diluarnya.

Makruh juga jika mengeluarkan suara ketika menguap Ibnu Asunni telah meriwayatkan daripada Abdullah bin Az-Zubair r.a, katanya telah bersabda Rasullah s.a.w makksudnya :
Sesungguhnya Allah SWT membenci mereka mengangkat suara (mengeluarkan suara) ketika menguap dan bersin. 

anak oh anak

Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi

 Info :( Aisha Zakaria) http://www.facebook.com/shazack

Friday 24 February 2012

1 April cuti umum sempena pertabalan Agong

Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 11 April depan diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
"Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pendapatan isi rumah sehingga RM3,000 layak mohon RMR1M: Najib

ALOR GAJAH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.
Perdana Menteri berkata beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

"Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi 'Industrialised Building System' (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon," katanya ketika melancarkan lapan model baru RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka hari ini.


Najib menarik perhatian bahawa program itu kini dikenali sebagai RMR1M bertujuan membudayakan semangat 1Malaysia dalam kalangan penghuninya.

Najib berkata borang permohonan untuk RMR1M boleh dimuat turun di semua pejabat wakil rakyat melalui sistem 'online' bagi memudahkan pemohon memperoleh borang dan mengetahui status permohonan.

Menurut SPNB, sejak diperkenalkan pada 2002, program perumahan itu menyaksikan pembinaan 20,308 unit rumah.

Ketika ditemui pada majlis itu, Pengerusi SPNB Datuk Idris Haron berkata penggunaan teknologi IBS mampu menghasilkan rumah yang berdaya tahan, ekonomik dan inovatif.

"Ia mampu mempercepatkan jangka masa pembinaan ke 14 hari berbanding 70 hari mengikut kaedah konvensional," katanya.

Pembinaan RMR1M itu berkonsepkan tiga bilik tidur dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi, serta mengikut spesifikasi majlis kerajaan tempatan dan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam Malaysia. - --Bernama--


Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.
Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.
Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?
Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.
Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

p/s- berbaktilah kepada ibu bapa ketika mereka masih hidup....

Thursday 23 February 2012

Pemain deram kudung pukau tetamu majlis kahwin




TELUK INTAN 23 Feb. - Bermain deram mengunakan hanya sebelah tangan bukan satu perkara mudah.
Namun bagi Rosman Zainal, 33, perkara itu bukan luar biasa baginya yang kudung tangan kiri.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia telah bermain deram mengunakan sebelah tangan hampir 10 tahun dan menggangap kebolehannya itu kurniaan Allah.
''Meskipun kudung sebelah tangan, tapi saya ingin membuktikan saya juga mampu menjalani kehidupan seperti manusia biasa.
''Kebolehan ini adalah satu rahmat Allah buat saya dan keluarga. Saya akan terus bermain deram untuk menghiburkan orang ramai," katanya ketika ditemui membuat persembahan pada satu majlis perkahwinan di Padang Tembak di sini semalam.
Kebolehan Rosman bukan sahaja memukau penduduk setempat tetapi pengunjung luar, lebih-lebih lagi deram yang digunakannya tidak melibatkan sebarang pengubahsuaian.
Seorang tetamu, Muhamad Nasa, 39, berkata, dia tidak pernah melihat ataupun bertemu mana-mana kumpulan kugiran unik seperti itu.
Katanya, kebolehan yang dimiliki Rosman amat luar biasa kerana meskipun hanya menggunakan sebelah tangan, pukulannya tidak sumbang dan dia dapat bermain deram dengan baik.
''Bermain deram bukanlah satu perkara mudah. Silap cara bunyinya sumbang dan tak sedap.
''Inikan pula insan sepertinya. Kita yang normal ini pun belum tentu dapat melakukan sepertinya. Kebolehan Rosman benar-benar menakjubkan. Dengan hanya satu tangan dia dapat memukul deram dengan pantas dan bertenaga," katanya.
-UTUSAN-

Sekolah Dalam Hospital dapat sambutan menggalakkan




PUTRAJAYA 23 Feb. - Selepas hampir setahun ditubuhkan, Sekolah Dalam Hospital (SDH) kelolaan Yayasan Nurul Yaqeen terus mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka terus mendapat pendidikan walaupun berada di katil hospital.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman yang juga Penaung Projek Hati Nurani: SDH, berkata, sehubungan itu SDH akan diperluaskan ke beberapa hospital milik kerajaan dalam masa terdekat bagi memastikan setiap permintaan dipenuhi.
Katanya, sehingga kini, SDH telah dilaksanakan di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Ampang dan Hospital Serdang.
"Kerjasama dan sokongan erat Yayasan Nurul Yaqeen, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan membolehkan ramai pelajar mengikuti kelas di bawah program berkenaan.
"Sambutan menggalakkan serta permintaan daripada hospital lain untuk menyediakan SDH di tempat mereka memberi kami semangat untuk memperluaskan program ini ke hospital kerajaan yang lain di seluruh negara," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat SDH, di Dewan Bankuet, Sri Satria di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Datuk Aminar Rashid Salleh, Pengerusi Hati Nurani, Prof. Madya Normah Dali dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sufa'at Tumin.
Pada majlis tersebut, Perodua menyumbang RM300,000 manakala syarikat telekomunikasi tempatan, DiGi Telecommunications (DiGi) menyumbang 15 unit komputer riba dan penerbit majalah Ana Muslim menyumbang bahan bacaan bernilai RM10,000.
Selain itu, syarikat pengendali pendidikan dalam talian, Kenshido International Sdn. Bhd., menaja penggunaan percuma pembelajaran dalam talian kepada pelajar terbabit.
Menurut Noorainee, SDH menggunakan sukatan pelajaran kebangsaan sama seperti di sekolah rendah dan sekolah menengah bagi memberi tumpuan kepada pesakit mengikut peringkat usia serta silibus membabitkan mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
Selain itu katanya, kewujudan projek SDH juga mampu menghilangkan rasa bimbang para ibu bapa terhadap pelajaran anak-anak mereka apabila menerima rawatan di hospital.
"Kebimbangan ini tentunya lebih tinggi jika anak-anak mereka akan menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan atau pun terpaksa berada di hospital dalam tempoh masa yang agak lama," katanya lagi.
- UTUSAN-

Tunggu PM umum- SBPA


PUTRAJAYA: Keputusan yang dijangka adil dan saksama terhadap kepentingan 1.4 juta penjawat awam di negara ini termasuk berkaitan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diumumkan Perdana Menteri dalam waktu terdekat.
Presiden Kesatuan Pekerja dan Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, perkara itu ada dinyatakan sendiri Datuk Seri Najib Razak kepadanya dalam satu pertemuan, semalam.

Menurutnya, beliau dimaklumkan keputusan itu akan diumumkan sebelum satu perhimpunan besar-besaran yang membabitkan 15,000 penjawat awam bersama Perdana Menteri di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 12 Mac depan.
“Pertemuan dan perbincangan itu amat harmoni, dengan satu keputusan bersama dibuat, iaitu Perdana Menteri akan mengumumkan keputusan berkenaan dalam masa terdekat.

“Keputusan itu terserah kepada Perdana Menteri. Cuepacs akan menghormati sebarang keputusan yang diumumkan nanti. Namun, kita percaya keputusan itu adil dan saksama membabitkan kepentingan penjawat awam termasuk SBPA dan isu dibangkitkan Cuepacs,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Pertemuan sembilan pegawai tertinggi Cuepacs bersama Perdana Menteri selama kira-kira 45 minit itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Omar berkata, dalam pertemuan itu pihaknya memaklumkan mengenai maklum balas yang diterima hasil siri jelajah dilakukan Cuepacs di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, ditanya sama ada keputusan yang bakal diumumkan Perdana Menteri nanti akan menggembirakan penjawat awam katanya, melalui gambaran diberi Perdana Menteri keputusan berkenaan satu gambaran yang baik.
“Itu kita tunggu. Ia adalah keputusan kerajaan. Tetapi ini satu rundingan yang baik dan kerajaan akan membuat keputusan itu dalam masa terdekat. “Kalau saya beritahu nanti seolah-olah saya tak hormati Perdana Menteri. Malah, Cuepacs pun belum mengetahui mengenai keputusan itu.

“Tetapi Perdana Menteri memberi gambaran dan kita rasa ia satu gambaran yang baik. Kita harap semua sabar menunggu dalam tempoh terdekat ini untuk mendapatkan penjelasan dan kenyataan,” katanya.

semakan tawaran HLP dan CBBPTB 2012

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2012

 kepada mereka yang ada membuat permohonan dan telah ditemuduga boleh lah klik disini 


p/s: Tahniah kepada rakan guru sekolah saya  kerana telah berjaya mendapat tawaran tersebut dalam bidang PHD.... selamat belajar buat cikgu Norjannah Hassan..

Wednesday 22 February 2012

CUEPACS tuntut kenaikan gaji RM700 - RM2500


PUTRAJAYA 22 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji 1.3 juta penjawat awam dari gred 1 hingga gred 54 antara RM700 hingga RM2,500.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan gaji dibuat melalui skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Tuntutan tersebut membabitkan kenaikan gaji untuk gred 1 hingga gred 16 sebanyak RM700; gred 17 hingga gred 26 (RM1,000); gred 27 hingga gred 40 (RM1,500); gred 21 hingga gred gred 48 (RM1,800) dan gred 52 hingga gred 54 (RM2,500).
Omar berkata, kakitangan awam yang sudah mencapai gaji maksimum atau sudah mati gaji pula perlu dibayar selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan dan perlu dinaikkan gred.
''Sebagai contoh bagi mereka yang sudah lima tahun tidak naik gaji, jika gaji mereka dinaikkan RM100, kerajaan perlu bayar tunggakan RM500 selain kenaikan gred," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat petugas khas bersama Jabatan Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, CUEPACS turut menuntut agar kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam yang sudah lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras 4.
''Ramai yang lulus PTK aras 4 sebelum SBPA diperkenalkan tetapi apabila SSM ditukarkan ke SBPA ramai yang lulus itu tidak mendapat kenaikan gaji, apabila kami berbincang dalam pasukan khas ini dari segi perundangan kerajaan perlu bayar.
''Mereka mana tahu SBPA akan diperkenalkan, tidak adil untuk mereka yang sudah berkorban masa dan tenaga untuk lulus, tapi bila dah lulus tak nak bayar pula," katanya.
Sehubungan itu, CUEPACS meminta mereka yang lulus sehingga 31 Disember 2011 dibayar tunggakan gaji sebelum kajian semakan SBPA diumumkan dan mahu JPA mengeluarkan surat pekeliling mengenainya.
Omar berkata, beliau yakin kerajaan akan bersetuju dengan lima tuntutan yang telah dikemukakan iaitu mengkaji semula pindaan gaji gred 54 ke bawah; mengkaji gaji penjawat awam mencapai gaji maksimum; mengkaji kekananan dalam Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum bertukar kepada SBPA; mengkaji kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak penstrukturan semula semua gred penjawat awam.
''Kalau kerajaan merasakan ia melibatkan tuntutan yang tinggi, CUEPACS cadangkan mereka yang telah menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dan Premier, gaji mereka dipotong untuk diberikan kepada mereka di gred 54 ke bawah.
''Kalau betullah kerajaan mahu rapatkan jurang maka tuntutan itu dirasakan wajar, apa yang kami lakukan ialah menuntut kesaksamaan dan terpulanglah kepada pasukan petugas khas ini untuk menilainya," katanya
-- utusan --

Mohon PTPTN perlu ada akaun SSPN


KUALA LUMPUR: Pelajar yang berhasrat untuk memohon pembiayaan pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi membiayai pengajian mereka di Politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta tahun ini perlu membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PTPTN semalam, pembukaan akaun SSPN melalui bank lain hanya dibenarkan bagi mereka yang berhasrat untuk memohon pembiayaan pendidikan itu selepas 2012.

Kenyataan itu berkata, bagi mereka yang sudah mempunyai akaun SSPN, penambahan deposit boleh dibuat melalui semua saluran sedia ada seperti Maybank, Bank Simpanan Nasional, Agrobank, CIMB Bank Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan kaunter PTPTN.
Bermula 1 Januari lalu, PTPTN mewajibkan pembukaan akaun SSPN sebagai syarat kelayakan bagi individu yang ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.

Sebelum ini, bank terbabit yang menjadi ejen PTPTN diminta menaiktaraf sistem pembukaan akaun SSPN bagi memastikan kelancaran proses pembukaan akaun itu.

Kenyataan itu berkata, sehingga 31 Januari lalu hanya Maybank dan Bank Islam Malaysia Berhad berjaya menaik taraf sistem mereka.
- metro-

TAJUK SOALAN KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012

TUGASAN 1: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN

C a l o n   d i k e h e n d a k i  me n j a l a n k a n   s a t u   k a j i a n   t e n t a n g   e k o s i s t em  h u t a n   t e r g a n g g u di kawasan kajian.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

• Konsep ekosistem hutan
• Kepentingan ekosistem hutan
• Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
• Kesan ekosistem hutan terganggu
• Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian


ATAU

TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT
(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/
PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan
perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja di kawasan tempat tinggal masing-masing.

Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:

• Konsep dan jenis perniagaan runcit
• Kepentingan perniagaan runcit
• Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
• Kesan negatif perniagaan runcit
• Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
• Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Puad Zarkashi: Kerajaan akan tambah pengambilan pelajar OKU di sekolah harian

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelajaran akan meningkatkan pengambilan pelajar orang kurang upaya (OKU) bukan tegar di sekolah harian daripada 7.5 peratus kepada 30 peratus pada masa hadapan.
Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu bagi melibatkan kira-kira 28,000 pelajar OKU bukan tegar iaitu tidak cacat penglihatan dan pendengaran dalam pendidikan inklusif di sekolah harian.
“Matlamat utama kita menggalakkan pelajar OKU ini belajar bersama pelajar normal dan diajar oleh guru biasa, ialah untuk mewujudkan daya saing selain boleh memotivasikan diri mereka sendiri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Motivasi Pengurusan Pembelajaran Strategik Pelajar Tingkatan 5, di sini hari ini.
Beliau berkata guru sekolah harian perlu didedahkan dengan teknik mendidik pelajar OKU bukan tegar ini, termasuk daripada segi mengawal emosi dan tahap motivasi.
Menyentuh perhimpunan ibu bapa yang menyokong Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Dataran Petaling Jaya bulan depan, Mohd Puad berkata kementerian tetap dengan keputusan memansuhkan PPSMI.
Beliau juga berkata kementerian akan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris selaras dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang menggantikan PPSMI.
-- Bernama--

CUEPACS MAHU TARIKH KUAT KUASA SBPA DIKEKALKAN 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN


PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.

"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.

"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.

Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.

Terdahulu beliau bersama anggota Kelab Umno Pesara (Kumpulan Pelaksana) kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) mengunjungi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
-BERNAMA-

TUGAS SEORANG GURU

GAJI GURU NAIK 2012

Respon Orang yang TAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu ni senang... jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time parent amek lambat... cikgu jd BABY SITTER..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..
Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK..
P/S: APA PUN KITA SEBAGAI GURU, TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH AMAT PENTING....

keputusan STPM 2011

Nampaknya belum ada lagi pengumuman mengenai keputusan STPM 2012 bila akan dikeluarkan.. Desas desus menggatakan pada hari esuk juga tepat.. Kemungkinan pada 27 .02.2012 juga masih dalam teka teki. Seandainya masih belum ada juga selepas bulan Februari ini, sudah tentulah keputusan STPM akan diumumkan pada bulan MAC.. sabar ya...
Anda bolehlah menyemak keputusan anda secara online.. bolehlah klik kat sini  untuk melihat keputusan anda nanti.

sukatan Bahasa Melayu Baharu STPM 2012/2013

kepada pelajar SPM 2011 yang berminat untuk mengambil matapelajaran Bahasa Melayu Baharu sistem modular bolehlah  lihat sukatan Bahasa Melayu Baharu STPM 2012/2013   kat sini

STPM Baharu 2012/2013 – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Modular)

STPM Baharu 2012/2013 – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (Modular)

STPM Baharu 2012/2013

1. Dimaklumkan bahawa pada 4 Januari 2012, Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) telah bersetuju meluluskan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM bagi menggantikan sistem pentaksiran STPM sedia ada untuk sesi pengambilan tahun 2012/2013.
2. Pelajar yang berada pada tingkatan enam atas sesi persekolahan tahun 2012 tidak terjejas bagi menduduki peperiksaan STPM sedia ada dan merupakan kohort terakhir yang akan menduduki STPM pada bulan November/Disember 2012 seperti yang termaktub dalam Kalendar Peperiksaan STPM dan MUET 2012 yang terdapat pada portal .MPM
3. Pelajar tingkatan enam bawah tahun 2012 merupakan kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Kalendar Peperiksaan STPM (baharu) bagi sesi 2012/2013 dan Jadual Waktu Peperiksaan STPM (baharu) bagi sesi 2012/2013 untuk penggal 1 akan dimuat naik pada portal MPM
4. Dari aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal, iaitu penggal 1, penggal 2, dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama 11/2 tahun.
5. Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40 minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak mengubah sistem persekolahan sedia ada.
6. Dalam sistem pentaksiran baharu STPM ini juga, pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal.
7. Pelajar juga dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir penggal 1 dan/atau penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan akhir bagi penggal berkenaan pada hujung penggal 3 (hujung tahun). Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir penggal 3 sahaja pada bulan Mac/April tahun berikutnya. Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal.
8. Dari aspek sistem pentaksiran baharu STPM pula, pelajar akan dinilai berdasarkan dua kaedah pentaksiran, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan wajaran 20% hingga 40% dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60% hingga 80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran).
9. Kadar yuran per calon dalam sistem ini (untuk ketiga-tiga penggal) ialah yuran asas sebanyak RM120.00 dan yuran setiap mata pelajaran sebanyak RM90.00. Namun demikian, calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan dikecualikan daripada membayar yuran peperiksaan STPM baharu ini seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2007: Garis Panduan Pengoperasian Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam bertarikh 10 Januari 2007.
10. Arahan dan Panduan Pendaftaran Calon bagi pentaksiran baharu STPM untuk pelajar tingkatan enam bawah sesi persekolahan tahun 2012 yang perlu menduduki peperiksaan penggal 1 pada bulan November 2012 boleh dirujuk pada portal MPM.
11. Dokumen berikut akan diedarkan ke semua sekolah yang mempunyai tingkatan enam dan juga boleh didapati pada portal MPM :
12. Garis Panduan Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi pentaksiran baharu STPM untuk guru dan pelajar akan dimuat naik oleh MPM pada bulan Mac 2012.

biasiswa 2012

Utk lpsan spm & stpm 2011....
Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 2012 - Akan Diumumkan Kelak – Rujukan
Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) - Akan Diumumkan Kelak
Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - Akan Diumumkan Kelak
Biasiswa FELDA, Malaysia - Akan Dimaklumkan Kelak
Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia -Ditutup Buat Masa Ini
Biasiswa Tenaga Nasional Berhad (TNB) – Dibuka Setiap Masa
Biasiswa Yayasan TM (Telekom Malaysia)- Berperingkat
Biasiswa Yayasan Khazanah - 26 Februari 2012
Biasiswa Yayasan UEM - Akan Diberitahu Kelak
Biasiswa Sime Darby - Berperingkat
Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) – Pengajian Perbankan Islam - Dibuka Sepanjang Masa
Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) - Akan diberitahu kelak
Biasiswa Maybank, Malaysia - 18 Februari 2012
Biasiswa Shell, Malaysia - 12 Februari 2012
Biasiswa Tunku Abdul Rahman - 31 Mac 2012
Biasiswa Singapura - Ditutup buat masa ini
Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir - Akan diberitahu kelak
Biasiswa Taylor’s World Class - Berperingkat
Biasiswa Astro – Akan Dibuka Mac 2012
Hong Leong Foundation Scholarship Programme – Akan dibuka kelak
British Council IELTS Scholarship - Ditutup Buat Masa Ini
The Titijaya Scholarship Fund – Sepanjang masa
Curtin Universiti Sarawak Malaysia - Berperingkat
Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP) -Ditutup Buat Masa Ini
The Star Education Fund - Setiap 2 mingguselepas keputusan SPM & STPM dimumkan
The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund 2012 – 10 April 2012
Securities Commission Malaysia Scholarship Award - Sepanjang masa
Program Tajaan Khazanah Global - Akan diberitahu kelak
Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) – Ditutup buat masa ini
Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) – 16 April 2012
ASEAN Scholarships for Malaysia - Ditutup Buat Masa Ini
United World Colleges (UWC) – Malaysia - 17 Februari 2012
Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal (MAIWP) -Sepanjang Masa
Biasiswa / Pinjaman KWSP - Sepanjang Masa

Senarai Biasiswa Negeri 2012 :

Biasiswa Negeri Sabah
Biasiswa Negeri Sembilan
Biasiswa Negeri Pahang
Biasiswa Negeri Johor
Biasiswa Negeri Terengganu
Biasiswa Yayasan Sarawak
Biasiswa Yayasan Perak
Biasiswa Yayasan Kelantan
Biasiswa / Pinjaman TNB

Seperti yang diketahui, untuk mendapat biasiswa dari JPA sangatlah susah. Jadi untuk kemudahan bagi mereka yang ingin memohon biasiswa, masih banyak lagi biasiswa yang boleh dipohon selain daripada JPA.

Ada 5 jenis biasiswa iaitu biasiswa awam, biasiswa swasta, biasiswa bank, biasiswa negeri serta biasiswa diploma. Untuk maklumat lanjut, anda boleh la merujuk dalam KITBIASISWA dimana ada menyediakan informasi 57 tajaan biasiswa, ramalan tarikh permohonan biasiswa dibuka atau ditutup untuk setiap tawaran biasiswa, contoh surat permohonan biasiswa, contoh soalan popular & tip-tip menghadiri temuduga biasiswa.

Tuesday 21 February 2012

Had kemasukan pelajar asing langkah wajar


KUALA LUMPUR 21 Feb. — Mengehadkan kemasukan pelajar asing ke Malaysia dengan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial adalah langkah yang baik serta wajar dilaksana.
Canselor Universiti Kolej Sedaya International (UCSI ), Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad berkata, ini kerana kemasukan pelajar asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan negatif kepada imej Malaysia berikutan peningkatan kadar jenayah membabitkan kes dadah dan pelacuran.
Menurutnya, situasi itu bukan saja menimbulkan kebimbangan di kalangan mahasiswa tempatan tetapi bakal mempengaruhi persepsi masyarakat dunia terhadap kualiti pendidikan negara.
"Saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk mengehadkan kemasukan pelajar asing. Ia adalah satu tindakan bijak dalam usaha memastikan mereka yang memasuki negara ini benar-benar datang untuk melanjutkan pelajaran," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan langkah kementeriannya untuk menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada para penuntut asing ke negara ini bagi membendung penyalahgunaan pas itu.
Abdul Rahman mengakui bilangan pelajar asing yang akan memasuki negara untuk menuntut di negara ini akan menyaksikan pengurangan ekoran pelaksanaan itu.
- utusan-

Jangan salahkan universiti


BERPUSU-PUSU...saban tahun, ribuan graduan pelbagai institusi terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan menyebabkan isu pengangguran tidak habis diselesaikan.
BERPUSU-PUSU...saban tahun, ribuan graduan pelbagai institusi terpaksa bersaing untuk mencari pekerjaan menyebabkan isu pengangguran tidak habis diselesaikan.
SUKAR menafikan, namun hakikatnya ramai mahasiswa terpaksa menjadi penganggur terhormat sebaik menamatkan pengajian.
Walaupun ada yang bertuah memperoleh pekerjaan, ramai terpaksa berpuas hati dengan jawatan ‘biasa’ biarpun mempunyai segulung ijazah.
Malah, institusi pengajian tinggi sudah sehabis daya membantu dengan memperkenalkan pelbagai program serta kemahiran untuk meningkatkan lagi jenama graduan di persada kerjaya, namun masih ada lagi kepincangannya.

Persoalannya, mengapa ini berlaku? Salah graduan atau salah institusi?


Dan, benarkah tanggapan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menjadi penyumbang terbesar terhadap isu itu?

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Abdullah Mohamad Said, berkata meletakkan kesalahan atas bahu institusi atas alasan gagal membantu graduan adalah prejudis.

Beliau berkata, jika ada pihak menganggap isu pengangguran sebagai mekanisme untuk menghentam kredibiliti institusi terutama IPTA, mereka seharusnya berfikir lebih matang dan memperbetulkan tanggapan itu.

“Cubaan pihak tertentu meletak kesalahan itu di bahu institusi tidak adil kerana pengangguran bersifat global. Ia tidak akan habis dan sentiasa membelenggu institusi di seluruh dunia.

“Institusi selalunya menjadi mangsa apabila gagal mencapai standard diberikan pihak tertentu sedangkan dalam konteks ini, mereka perlu akur bukan semua graduan akan menjadi pilihan majikan.

“Meletak kesalahan pada institusi semata-mata adalah silap dan tidak adil. Institusi tidak pernah mengambil sikap sambil lewa malah berusaha keras memastikan mereka diterima industri. Tapi mengapa masih dipersalahkan?” katanya.

Dikategori sebagai isu yang tidak pernah selesai dipertikaikan, pengangguran dijadikan alasan paling mudah dan sinonim untuk menyalahkan institusi hingga menimbulkan reaksi berbeza.

Bukan saja mencalarkan kredibiliti serta nama baik malah dengan mudah dihukum masyarakat dengan tanggapan institusi lepas tangan dan membiarkan graduan terkapai - kapai mencari pekerjaan.

Mengulasnya, beliau berkata jika tanggapan itu dilemparkan tiga dekad lalu, masih boleh diterima namun keadaan kini jauh berubah dengan institusi juga sama mengembleng usaha membantu graduan.

“Sudah banyak usaha dilakukan institusi untuk memastikan graduan dilengkapi kriteria diperlukan industri. Usaha itu bukan saja merangkumi keperluan akademik yang baik malah latihan, kemahiran, pendedahan kerjaya dan sebagainya.

“Justeru, apabila masih ada pihak berterusan menyalahkan institusi, tindakan itu sangat tidak munasabah.

“Bukanlah bermakna institusi sempurna, namun melihat apa dilakukan, rasanya tidak adil meletakkan kesalahan pada satu pihak saja,” katanya yang juga menolak tegas graduan IPTA paling banyak menganggur.

“Itu persepsi salah kerana IPTA bukan penyebab peningkatan pengangguran malah kami antara penyumbang terbesar pasaran sumber manusia.

“Malah, ramai mendominasi pelbagai sektor profesional mahu korporat. Saya tegaskan, taraf institusi tidak memainkan peranan kejayaan graduan sebaliknya diri sendiri,” katanya.

Antara faktor dikenal pasti menjadikan graduan ‘tidak laku’ di pasaran ialah kurang kemahiran diri, komunikasi, pengalaman, keputusan akademik serta program pengkhususan terhad.

Faktor berkenaan, akuinya, banyak menyumbang kepada kegagalan graduan memasarkan diri kerana industri tidak mempunyai keyakinan teguh terhadap kemampuan mereka.

“Ini masalah paling utama kerana industri kurang yakin terhadap kemampuan orang baru yang tiada pengalaman. Mereka takut mengambil risiko.

“Bagi graduan pula, jika gagal menunjukkan kebolehan melebihi orang lain, peluang memperoleh pekerjaan juga sukar kerana majikan memerlukan calon yang tidak setara dengan orang lain.

“Industri tidak gusar kerana pilihannya ramai, justeru graduan bukan saja perlu mempunyai kelayakan tapi mesti ada nilai tambah,” katanya.

Beliau turut tegas menepis dakwaan kononnya IPTA tidak peka terhadap kehendak semasa selain sibuk mengejar taraf kedudukan.

“Dakwaan itu tidak benar kerana IPTA sentiasa komited dan bersedia mengikut serta melaksanakan pelbagai perubahan bagi menyaingi tuntutan dunia pendidikan global.

“Apabila tuntutan mengkehendaki kami melaksanakan pembaharuan, itu yang akan dilakukan,” katanya yang kurang bersetuju apabila segelintir pihak suka membandingkan kemampuan graduan IPTA dengan pengajian tinggi swasta.

“Setiap institusi ada fungsi dan kelebihannya. Jangan buat perbandingan semata-mata mahu memuaskan hati pihak lain.

“Fokus utama harus diselesaikan ialah bagaimana membantu graduan ini memperoleh pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menekankan mesej bahawa graduan perlu bersedia berubah dan jangan sesekali melepaskan peluang diberikan institusi.

“Peluang yang terbentang di kampus perlu direbut dan digunakan sewajarnya demi meningkatkan lagi potensi diri.

“Percayalah, apa yang dikatakan tidak penting atau remeh itulah yang akan menjadi penyelamat graduan sebaik saja tamat pengajian,” katanya.
-- metro--

Monday 20 February 2012

hari Isnin hari yang paling sibuk....

Hari ini adalah merupakan hari yang paling hangat aku rasanya. seawal pukul 7.00 pagi aku dah ke sekolah sebabnya pelajar aku  menhadapi peperiksaan pertengahan semester.. kebetulan seawal pagi kertas aku iaitu Bahasa Melayu kertas 2 tingkatan 5... terpaksa datang awal untuk mengagihkan soalan.. soalan ja bukan jawapan.. aku harap pelajar aku semua lulus cemerlang....sambil menunggu masa tamat aku membuat gambar rajah untuk soalan geografi pulak... alhamdulillah dah siap semuanya dan telah di 'thermoform' oleh orang paling rajin PPM Atong.. trimas.... esuk ada lagi gambar rajah nak thermoform... selepas pukul 10.00 aku terpaksa bergegas ke tapak perhimpunan untuk mengendalikan aktiviti nilam, ramai juga pelajar tidak datang.. Pada masa aku sedang melihat gelagat pelajar membaca. seorang pelajar yang dah berkali-kali aku tegur supaya membaca buku cerita tapi tak diendahkan. bertanya kepada ku "kenapa cikgu diam" geramnya aku rupanya dia nak aku bising pulak.. pantas aku menjawab" kalau saya diam maknanya saya sedang kumpul tenaga nak marah tunggu meletup ja" nak tengok cikgu meletup" diam ja  pelajar tersebut yang bernama safiq... sedang dia berbisik-bisik lagi. aku bersuara...kalau saya diam mau marah ni... akhirnya dia terus membaca buku cerita...selepas   tamat aktiviti  nilam.. aku mulakan  aktiviti translate (pindah tulis jawapan) pelajar jawapan mereka tadi.. adui pening aku dibuatnya bila tulisan braille bertindih dengan kesan dipadam bagi diriku yang celik menggunakan mata untuk membaca braille memang agak susah jika kesan padam dan tulisan braille tu bertindih... dan selama 2 jam aku memindah tulis akhirnya aku berjaya menyiapkannya .. esuk aku nak bagi guru subjek untuk pemarkahan.... esuk bermula lagi episod cerita aku di sekolah..

Sunday 19 February 2012

Jamin BR1M untuk OKU, warga tua


BACHOK – Kerajaan memberi jaminan bahawa orang kelainan upaya (OKU) dan pesakit kronik termasuk yang terlantar di hospital mahupun di rumah tetap akan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) walaupun mereka tidak dapat hadir sendiri ke pusat-pusat agihan yang telah ditetapkan.
Mereka yang tidak dapat tampil ke pusat-pusat berkenaan kerana masalah kesihatan itu juga tidak akan sewenang-wenangnya dianggap menolak pemberian kerajaan tersebut.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, usaha untuk menyampaikan BR1M kepada rakyat yang menghadapi masalah kesihatan sedang diuruskan berdasarkan senarai nama penerima yang layak tetapi masih tidak menuntut wang sumbangan berjumlah RM500 itu.
“Pihak urusetia akan melaksanakan pendekatan mesra rakyat dengan menyampaikan BR1M ke rumah mereka. Bagaimanapun, mereka atau keluarga terdekat mesti melaporkan kepada urusetia di kawasan masing-masing dengan memberi alamat rumah yang tepat,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian BR1M di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Telaga di sini, semalam.
Awang Adek berkata demikian ketika diminta mengulas kesulitan sebahagian penerima khususnya pesakit, OKU dan warga tua yang terpaksa dipapah oleh jiran dan saudara-mara untuk hadir ke pusat-pusat berkenaan bagi menerima bantuan itu.
- kosmo-

Wednesday 15 February 2012

Jangan kurung atau sorok anak OKU


KUCHING 15 Feb. - Ibu bapa yang mempunyai anak atau ahli keluarga dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) diminta supaya tidak mengurung, menyorok atau menyisihkan golongan itu daripada masyarakat.
Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah (gambar) berkata, golongan OKU turut berhak mendapatkan hak sama rata seperti insan normal lain.
Menurutnya, untuk tujuan itu, ibu bapa terbabit perlu mendaftar anak atau ahli keluarga OKU dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri supaya kemudahan bersesuaian dan bertepatan dengan keperluan OKU dapat disediakan.
''Sehingga Disember tahun lalu, seramai 24,310 OKU berdaftar dengan JKM Sarawak bagi kategori OKU pendengaran, penglihatan, pertuturan, fizikal, bermasalah pembelajaran, mental dan sebagainya.
''Seramai 596 OKU pula berjaya didaftarkan sehingga 31 Januari tahun ini bagi membolehkan kerajaan merancang program, aktiviti dan perkhidmatan khusus bagi kumpulan sasaran itu," katanya pada Majlis Sentuhan Kasih Tahun Baru Cina bersama Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini semalam.
Fatimah berkata, antara keperluan yang disediakan oleh JKM golongan tersebut adalah kemudahan pendidikan dan latihan kemahiran vokasional OKU.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan mahu melihat peningkatan jumlah pendaftaran golongan OKU pada tahun ini.
Tambahnya, pendaftaran terbabit membolehkan kerajaan mengetahui bilangan OKU, kategori kurang upaya dan lokasi tempat tinggal mereka.
''Antara langkah yang diambil bagi membela golongan OKU agar tidak ketinggalan adalah dengan menetapkan semua kementerian serta agensi kerajaan untuk mencapai satu peratus peluang pekerjaan yang akan diberikan kepada golongan itu.
''Malah, JKM turut memperkenalkan 'Job Coach' yang melibatkan latihan dan sokongan kepada pekerja OKU yang secara tidak langsung membantu mereka menjalankan tugasan dan diterima oleh komuniti di tempat kerja.
-- utusan--

Haram main Forex Internet




KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.
"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.
-- kosmo--

LPM didakwa salah cetak slip keputusan SPM tujuh pelajar



Lim Xiang Yin ditemani oleh ibunya, Lim Sow Lean (kiri) menunjukkan salinan keputusan peperiksaan SPM yang didakwa terdapat kesilapan percetakan sambil diperhatikan oleh Lim Thoon Leong (dua dari kanan) di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 14 Feb. - Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) didakwa membuat kesilapan dalam mencetak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 hingga menyebabkan tujuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George di sini mendapat keputusan berlainan dalam slip dan sijil asal mereka.
Kesilapan LPM itu didakwa turut menyebabkan impian seorang daripada tujuh pelajar itu, Lim Xiang Yin, 19, untuk menjadi seorang doktor tidak tercapai.
Xiang Yin yang mendapat biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk kursus farmasi di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) berkata, dia mendapat slip keputusan SPM yang tertera 8A+ dan 2A pada Mac 2011.
Katanya, dia menyedari keputusan itu sepatutnya 9A+ dan 1A apabila memperoleh sijil asal SPM pada awal Februari tahun ini.
"Saya mengambil tindakan segera dengan meminta guru memanjangkan perkara ini yang melibatkan keputusan mata pelajaran Pendidikan Muzik dan LPM mengesahkan terdapat kesilapan dalam percetakan dan kini ia sedang disiasat.
"Saya kecewa dengan kesilapan percetakan ini kerana ia membawa kesan besar kepada masa depan saya. Kemungkinan besar saya boleh mendapat biasiswa JPA untuk mencapai impian saya itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MCA negeri, Jalan Pahang, di sini, hari ini.
Turut hadir ibu Xiang Yin, Lim Sow Lean, 52.
Berikutan perkara itu, Xiang Yin berharap JPA boleh meluluskan rayuannya untuk melanjutkan pengajian dalam kursus farmasi di Universiti Monash yang bermula Isnin depan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Biro Perkhidmatan Awam dan Pengaduan MCA, Lim Thoon Leong berkata, beliau akan membantu Xiang Yin membuat rayuan bagi membolehkannya belajar di Universiti Monash.
"Pada masa sama, saya juga akan melaporkan kes Xiang Yin kepada MCA Pusat yang mempunyai tawaran biasiswa kepada pelajar cemerlang sekiranya JPA tidak meluluskan rayuan berkenaan.
"LPM seharusnya memainkan peranan dengan lebih bertanggungjawab kerana perbezaan gred dalam keputusan SPM pasti memberi impak besar kepada masa depan seseorang pelajar," katanya.
- utusan Melayu-

Peratus pelajar ikuti jurusan sains kian menurun

 

PELUANG pekerjaan yang terbuka luas, gaji lumayan dan mudah lulus dikenal pasti antara punca ramai pelajar sekolah memilih aliran sastera sehingga peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun 29 peratus tahun ini.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Zakaria Kasa berkata, ramai pelajar yang beranggapan aliran sains sukar untuk lulus dan selepas menamatkan pengajian belum tentu mereka diterima bekerja kerana kekosongan jawatan yang terhad.
Di UPSI, kami terpaksa melatih semula graduan bidang sains dan matematik untuk mengajar subjek lain disebabkan semakin ramai pelajar memilih aliran sastera sehingga menutup peluang mereka menjadi guru dua subjek itu. - Prof Zakaria Kasa, Naib Canselor Universiti Pendidikan
“Di UPSI, kami terpaksa melatih semula graduan bidang Sains dan Matematik untuk mengajar subjek lain disebabkan semakin ramai pelajar memilih aliran sastera sehingga menutup peluang mereka menjadi guru dua subjek itu,” katanya kepada media bersempena dengan kunjungan rasmi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UPSI di Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor.

Mohamed Khaled sebelum itu dalam amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini dan keadaan itu berterusan ke peringkat universiti.

Beliau berkata, jika keadaan itu berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan program inovasi dan teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju serta berpendapatan tinggi.
Dalam perkembangan lain, Prof Zakaria berkata, sebuah sekolah makmal yang menempatkan prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas akan dibina di tapak seluas 18.4 hektar di Kampus UPSI di Bandar Proton, Tanjung Malim.

Katanya, pembinaan bangunan berkenaan menerusi peruntukan awal RM15 juta masing-masing RM10 daripada dana UPSI dan RM5 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata, sekolah itu memudahkan latihan amali dan eksperimen pelajar UPSI, manakala semua tenaga pengajar, kurikulum dan pengetua sekolah itu dilantik pihak universiti.

“Selain itu, UPSI bakal menubuhkan Makmal Penyelidikan Pendidikan untuk kemudahan pensyarah menjalankan penyelidikan bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara,” katanya.

Mengenai tindakan sekumpulan pelajar mengadakan demonstrasi haram di pekarangan UPSI, baru-baru ini, katanya hanya dua pelajar universiti itu terbabit dan mereka sudah dikenakan tindakan tatatertib.
-- Berita Harian--

sepak junior hingga pengsan


PETALING JAYA: Hanya kerana didakwa tidak menghormati senior, seorang pelajar junior cedera dibelasah sekumpulan pelajar terbabit dengan kayu selain menyepaknya di badan hingga pengsan dalam kejadian di sebuah sekolah asrama di Sungai Buloh, di sini kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 malam itu, mangsa yang berusia 16 tahun berada di bilik asramanya di tingkat tiga sebelum didatangi seorang rakan yang memaklumkan seorang pelajar senior ingin berjumpanya.

Sumber berkata, sebaik tiba di bilik pelajar senior terbabit, mangsa diherdik kerana didakwa tidak menghormati pelajar senior.
Ketika mangsa hendak menerangkan kepada pelajar terbabit, tiba-tiba dia ditendang di dada.

“Sikap mangsa mendiamkan diri itu menyebabkan pelajar terbabit naik angin sebelum rakan sebiliknya datang menyepak mangsa di tepi badan hingga jatuh.

“Tidak cukup dengan itu, seorang lagi pelajar senior menyepak mangsa di badan selain mengugut melanggar ibu bapa mangsa jika dia mengadu kejadian terbabit kepada pihak pengurusan asrama atau sekolah,” katanya.

Menurutnya, mangsa pengsan di biliknya dan jam 11 pagi semalam, mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk menerima rawatan selepas mangsa sesak nafas berterusan.

Mangsa disahkan cedera pada bahagian tisu di beberapa bahagian badan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Meor Hamdan Meor Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.
-- my metro--









 

Tuesday 14 February 2012

Bakti bantu Muzamil capai impian

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Cacat anggota badan dan pernah dilabel sebagai buta huruf kerana lambat bersekolah ekoran kesempitan hidup ternyata bukan alasan untuk Mohammad Muzamil Mohammad Noor hanya layak menganyam tikar seperti yang dikhuatiri oleh bapanya.
Dengan azam yang kuat serta tuah yang menyebelahinya, anak kelahiran Alor Setar, Kedah berusia 39 tahun yang kudung kedua-dua kaki sejak lahir berjaya memperoleh Doktor Falsafah (PhD) dan menjadi antara tenaga pengajar termuda berkelulusan tersebut di Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau yang kini merupakan pensyarah di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM bertuah kerana tamat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) terus ditawarkan menjadi pelajar tajaan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) di USM.
"Saya amat bersyukur kerana pada awalnya tidak yakin dapat meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi terutama mendapat tempat di USM untuk membuat ijazah sarjana muda kerana tidak mahu keluarga terbeban untuk menampung kos pengajian saya.
"Tetapi ternyata rezeki saya dalam bidang akademik memang ada apabila Bakti mengubah hidup saya dan kerana itu saya berjanji untuk memberikan yang terbaik kepada anak muda dengan menjadi pensyarah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Mohammad Muzamil seterusnya berkata, Bakti telah menaja pengajiannya bukan sahaja di peringkat ijazah sarjana muda tetapi juga di peringkat ijazah sarjana dan kerana itu beliau bertekad untuk tidak berhenti setakat itu sebaliknya menyambung pengajian ke peringkat PhD di Universiti Malaya (UM).
"Kini saya bergelar doktor falsafah dan impian untuk menjadi pensyarah sudah dalam genggaman, tetapi saya sedar ilmu itu tidak pernah berhenti daripada dicari, maka saya mengembangkan lagi pencarian ilmu dengan menjadi penyelidik.
"Segala kekurangan yang dimiliki adalah kekuatan untuk saya, tidak semestinya orang cacat perlu mendapat simpati tetapi kami harus bergerak setanding dengan golongan normal," katanya.
Anak bongsu daripada lapan beradik itu satu-satunya anak istimewa dalam keluarganya dan yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti berasa amat puas setelah bergelar pensyarah kerana ia membuktikan orang cacat mampu berjaya.
"Dahulu arwah ayah selalu bimbang saya akan menjadi penganyam tikar atau pembuat sampul surat sahaja. Tetapi hari ini saya bukan sahaja boleh memandu kenderaan, bahkan menjadi insan yang dihormati dalam kalangan penuntut yang amat saya sayangi," katanya.
Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat berkongsi minatnya yang mendalam terhadap dunia penulisan dan memberitahu bakal menerbitkan karya pertamanya iaitu sebuah buku bertajuk Guru Melayu: Nasionalisme dan Politik di Kedah pada April ini.
-- utusan-

Elak dianggap mengemis simpati

HULUR BANTUAN...kehadiran rakan yang bertindak sebagai sukarelawan banyak memudahkan mahasiswa OKU melakukan tugasan.













TATKALA melihat kesungguhan beberapa mahasiswa Orang Kelainan Upaya ( OKU) Universiti Malaya asyik dan bersungguh - sungguh mentelaah pelajaran, mata penulis cukup ralit biarpun hati diamuk pelbagai perasaan.
Sesungguhnya penulis berasa kagum kerana di sebalik kekurangan, mereka tidak menjadikannya sebagai alasan untuk tidak berjaya seperti orang lain biarpun terpaksa menggandakan usaha hanya untuk menggenggam kejayaan.

Walaupun hidup penuh cabaran, mahasiswa OKU UM cukup cekal dan tegar melalui dunia pengajian tinggi yang sering kali dilabelkan sebagai ‘destinasi’ pelbagai tugasan serta peperiksaan yang membebankan.

Bagi mereka, kekurangan itu bukan bermakna untuk berpeluk tubuh atau perlu dikasihani semata-mata sebaliknya menjadi pendorong dan azimat paling berharga dalam menggenggam segulung ijazah.


“Jika kami tidak berusaha, ibarat mengemis simpati orang lain. Ini lebih menjatuhkan maruah golongan OKU keseluruhannya di mata masyarakat.

“Sudahlah tidak sempurna, jika peluang diberikan tidak digunakan sepenuhnya, apalah nanti nasib dan masa depan kami. Biarlah tidak cukup anggota, sekurang-kurangnya ada pelajaran,” kata mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu, Faiq Adnan.

Dia dan rakan senasib tidak pernah menjadikan keadaan serba kekurangan itu sebagai alasan untuk memperoleh terlalu banyak keistimewaan biarpun sebenarnya perlu dibantu dalam beberapa aspek.

Menurut anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini, sama seperti mahasiswa lain dia berjalan kaki ke bilik kuliah, membuat tugasan mahupun mentelaah di perpustakaan atau ruang khas disediakan di kolej.

“Saya tidak mahu kerana kekurangan ini menjadikan saya terlalu dimanjakan atau tidak mampu berdikari. Selagi boleh, saya berusaha melakukannya biarpun dalam keadaan payah.

“Cuma kelebihannya kami ada sukarelawan yang sudi membantu membacakan buku dan menerangkannya dengan lebih terperinci. Jadi mudahlah sikit proses pembelajaran itu.

“Malah UM juga menyediakan kemudahan komputer khas yang membantu kami membuat tugasan. Selebihnya, kami juga seperti mahasiswa biasa yang terpaksa bergelut dengan kekangan waktu, tugasan dan kehidupan kampus,” katanya yang mengalami cacat penglihatan sejak lahir.

Sementara rakannya, Muhamad Nadhir Abdul Nasir, berkata walaupun sukar pada awal kemasukannya untuk menyesuaikan diri, dia bertuah kerana dapat melalui dengan cekal hasil sokongan padu keluarga, rakan dan pensyarah.

Akuinya, situasi kampus tidak sama di sekolah, justeru menggantungkan pengharapan pada orang lain untuk menghulurkan bantuan, tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Di sini (kampus), segala-galanya perlu dilakukan dengan kudrat sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Mulanya memanglah sukar sebab orang seperti kami ini terpaksa melalui proses penyesuaian diri yang rumit.

“Kalau mahasiswa normal juga berdepan masalah, apatah lagi kami yang serba kekurangan ini. Bagaimanapun, saya boleh menyesuaikan diri apatah lagi ramai yang sudi menghulurkan bantuan.

“Mulanya rasa malu juga kerana selalu meminta bantuan dan rasa tersisih, namun syukurlah perasaan itu tidak lama. Rakan dan pensyarah memang banyak membantu meringankan bebanan. Kami perlu tahu membawa diri,” katanya yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi.

Bercerita mengenai cabaran terbesar terpaksa dilalui, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran, Nur Aisyatul Radhiah Alidaniah, berkata antara yang paling sukar adalah ketika pembelajaran di bilik kuliah atau tutorial.

“Bagi yang sempurna, tentulah tidak sukar untuk menyalin nota tapi kami yang tidak nampak ini, ia satu kesukaran mencabar emosi.

“Kami hanya boleh mendengar dan tidak boleh menulis. Apabila sesi pembelajaran tamat, kami bergegas mencari rakan yang boleh membantu dan jika sudi mudahlah tapi kami pun faham, mereka juga ada tanggungjawab perlu dilaksanakan.

“Justeru pandai-pandailah kami untuk ‘memujuk’ atau mencari alternatif lain.
Paling penting, tugasan siap dan kami faham mengenai apa yang diajar,” katanya mengakui kebanyakan OKU sangat sensitif dan sentiasa merasakan diri menjadi bebanan orang lain.

Dia berkata, perasaan itu memang tidak boleh dielakkan kerana perlu mencari dan mengharapkan bantuan hingga ada kalanya terbit rasa malu pada diri sendiri.

“Sebab itu, kami sering berjumpa untuk memotivasikan diri antara satu sama lain supaya tidak terlalu bergantung harap. Apa yang boleh dilakukan, kami buat sehabis daya untuk tidak menyusahkan rakan.

“Jika sudah tidak mampu saja, kami minta bantuan orang lain. Ini juga sebagai satu ‘isyarat’ supaya kami tidak dilabelkan terlalu meminta-minta,” katanya.

Mengakui hubungan mereka amat rapat, dia berkata dalam kalangan mahasiswa OKU saling membantu dan menyokong antara satu sama lain.

“Apabila berjumpa, kami berbincang pelbagai topik semasa mahu pun peribadi. Hubungan erat menjadikan kami seperti adik-beradik.

“Mungkin kerana senasib, kami lebih mudah memahami dan menerima kekurangan masing-masing biarpun rakan tidak pernah menyisihkan kehadiran kami dalam kalangan mereka.

“Di kampus, kebergantungan dan keyakinan terhadap diri sendiri adalah paling utama untuk menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang,” katanya.

Menjadi salah satu institusi pengajian tinggi awam negara yang menyediakan kemudahan lengkap bagi OKU, UM dilihat sebagai antara harapan terbaik golongan berkenaan memperoleh pendidikan tertinggi serta membina masa depan.

Pengetua Kolej Kediaman Ketujuh UM yang menempatkan kolej mahasiswa OKU, Profesor Madya Dr Rohana Jani berkata, tidak perlu gusar atau mempertikaikan kemampuan golongan terbabit untuk berjaya kerana mereka lebih cekal mengharungi dugaan.

Menurutnya, ini terbukti apabila mereka berusaha melaksana atau terbabit dalam aktiviti anjuran kolej selain tidak suka dipinggirkan atas alasan tidak ‘berupaya’.

“Zahirnya memang nampak mereka serba kekurangan dan seperti memerlukan bantuan tapi jika sudah mengenali, pasti terbit rasa kagum. Mereka mahu melakukannya sendiri selain tidak pernah mahu mengasingkan diri.

“Segala aktiviti kolej dan pengurusan keperluan diri dilakukan atas inisiatif sendiri. Biarpun serba kekurangan, semangat berdikari tidak pernah luntur menjadikan mereka insan terpilih yang cukup istimewa.
- metro-

Guru lulus temu duga pasti dapat kenaikan



KERAJAAN amat memahami peranan guru dalam pendidikan negara masa kini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 orang guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan telah ditemu duga untuk kenaikan gred DG41 sejak dua tahun lalu diminta bersabar dan menunggu surat tawaran kenaikan itu daripada Kementerian Pelajaran.
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, masalah tersebut berlaku mungkin disebabkan wujudnya faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan kenaikan gred berkenaan.
"Memang dua tahun itu suatu tempoh yang boleh disifatkan sebagai lama dan tidak berpatutan, namun, ia terpaksa dihadapi oleh guru berkenaan.
"Mungkin kekurangan kekosongan tempat bagi gred berkenaan menjadi antara punca masalah ini timbul dan apa yang boleh mereka lakukan ialah menunggu sahaja surat tawaran itu tiba," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
- kosmo -

Monday 13 February 2012

Program kesan disleksia awal di taska bakal dilaksana

KUALA LUMPUR 13 Feb. — Program pengesanan awal disleksia bakal dilaksanakan di semua taman asuhan kanak-kanak (Taska) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum hujung tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata untuk tujuan itu, kementeriannya bekerjasama dengan Persatuan Disleksia Malaysia menyediakan modul mengenai cara dan kaedah pengesanan awal disleksia di kalangan kanak-kanak.
"Oleh kerana persatuan ini mempunyai kepakaran, mereka akan menjadi rakan kongsi pintar kementerian untuk mewujudkan projek perintis bagi menyediakan kurikulum dan modul cara-cara mengesan disleksia dari awal di semua Taska yang berdaftar dengan JKM.
"Untuk modul tersebut saya harap dalam masa lima bulan akan datang dapat disempurnakan bagi diagihkan kepada Taska untuk diaplikasikan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Program Pendidikan Khas Integrasi (Disleksia) di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri (SKTM) di sini, hari ini.
Shahrizat berkata, disleksia atau gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami kanak-kanak merupakan satu daripada cabang Orang Kelainan Upaya (OKU) yang diberi perhatian oleh kementerian.
JKM mengenal pasti kanak-kanak yang menghadapi masalah berkenaan sebagai golongan yang memerlukan perhatian segera di peringkat awal.

 -- utusan malaysia--

Sunday 12 February 2012

Apabila aku bersuara meminta semula wang aku

Ini cerita aku dengam masalah bank-bank berkaitan.. tak maulah cakap bank apa... hanya  aku namakan bank A dan Bank B sahaja.. Satu hari aku nak pergilah makan dekat sebuah restoran. masa tu tengok wang dalam dompet.. alamak sedikit ja takut pula tak cukup. Nasib baik ada bank B so aku pun bergegas lah macam lipas kudung nak masuk ke bank B.aku menggeluarkan wang mengunakan Meps sebab kas aku merupakan kad Bank A... cucuk dan tekan kat mesin ATM tu.. wah lama juga menunggu nak keluarkan duit... hampir 10 minit aku menunggu... selepas itu keluarlah kad tu. tunggu dan terus menunggu duit pulak tak da. adui tak boleh jadi.. aku masukkan kad semula dan tengok baki..... wah sejumlah wang ..........telah dikeluarkan....
aku tidaklah panik... aku telefon kat   bank A menyatakan masalah aku.. perkhidmatan pelanggan memberikan layanan sebaiknya dan aku memberikan maklumat semuanya pasal kejadian tadi macam polis ja aku ditanya.. janjinya 4 minggu akan selesai. mulanya terkejut juga punyalah lama...tak palah yang penting duit aku dapat dipulangkan...
Setelah menunggu selama beberapa minggu, tiada pulak yang menghubungi aku...sama ada wang aku dapat dikembalikan atau tidak.. sebab janji 4 minggu tapi dah lebih berminggu-minggu. aku telefon semula ke bank A. boleh pulak aku kena suruh buat aduan kat bank B walhal mereka kata hari tu tak payah... kat bank A pun dah cukup buat laporan.. panas betul.. aku pun bergegas ke bank B.. dan memberikan segala maklumat yang di berikan.
Selepas itu aku menunggu lagi pihak bank B telefon dan memberitahu wang akan dipulangkan tapi sedap ja jawapannya tidak tahu bila dipulangkan apa lah punya pekerja bank...aku menunggu lagi dah masuk 7 minggu tak da seorang pun dari pihak bank sama ada bank A atau B telefon...tak boleh jadi ni
So pendekatan aku kali ni hantar emel ke bahagian pengurusan dengan ayat sindiran antara nya " kerja ni agak mudah dan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk diselesaikan sekiranya mereka yang  berkerja dengan baik dan membantu pelanggan  dengan sebaiknya, ini adalah soal tangggunggjawab dalam memenuhi kehendak pelanggan dan menyelesaikan masalah pelanggan" wah ayat aku menyengatkan
Sedang aku memeriksa buku latihan pelajar di bilik guru, berdering telefon wah pihak bank A telefon minta maklumat... selang sejam pihak bank B pun telefon minta maklumat...wah berkesan rupanya emel yang aku hantar. nah baru tau.... dorang ini ingat aku tak pandai komplen kat emel...nah padan muka
Dan esuknya emel berbunyi dari bank B kunun mereka dah pulangkan wang saya ke bank B.. dan esuknya saya tengok kat ATM .. duit yang dinantikan selama dua bulan sudah pun masuk...betul lah pulak
itulah adegan nak minta semula wang aku setelah aku  menghadapi masalah kat mesin ATM.

Sejak dari itu aku tidak mau menggunakan perkhidmatan MEPS....hehehe. penat betul nak minta wang aku semula terlalu banyak prosedur yang perlu dilakukan

OKU Super sambung belajar



KOTA BHARU: Walaupun kudung kedua-dua tangan dan kakinya, seorang lelaki berusia 51 tahun yang kisahnya tersiar di muka depan akhbar ini 16 September tahun lalu, mencipta sejarah tersendiri apabila melanjutkan pengajian ke Universiti Terbuka Malaysia (OUM) Cawangan Kelantan, di sini.
Tuan Man Tuan Wel, dari Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan kaunseling psikologi kerana berhasrat menjadi pakar motivasi suatu hari nanti.

“Saya melihat ramai yang melanjutkan pengajian di OUM, di sini, dan hati saya terdetik mengapa tidak mengambil peluang berkenaan.
“Saya juga mahu membuktikan orang kelainan upaya (OKU) seperti saya juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya, ketika ditemui di OUM, kelmarin. Tuan Man mendaftar di OUM bersama isterinya, Robiah Abdullah, 41, yang turut melanjutkan pengajian dalam jurusan sama dan memulakan kelas pertama, kelmarin. Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, Tuan Man yang cacat sejak lahir layak digelar ‘OKU Super’ berikutan kemampuannya hidup seperti manusia normal termasuk memandu kereta sejauh hampir 100 kilometer setiap hari, malah tiada masalah membawa isteri dan anak makan angin dengan memandu dari Pasir Puteh, Kelantan ke Cameron Highlands.

Dia yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sejak 2002, memandu Perodua Kancil yang diubah suai dengan kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas memperoleh lesen memandu kereta pada 2004.

Hasil perkahwinan dengan Sabariah, Tuan Man yang berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dikurniakan tiga anak, Tuan Nur Qurratu Ainy Mardiah, 15, Tuan Nur Azim Qoyyum, 11 dan Tuan Nur Qasrina Amaniey Mardiah, 6.
-metro-

Hotel Hard Rock paling bergaya di Malaysia




GEORGE TOWN - Hotel Hard Rock Pulau Pinang (Hotel Hard Rock) sekali lagi mencatat kejayaan apabila dipilih buat kali kedua sebagai Hotel Paling Bergaya di Malaysia bagi tahun 2012 oleh laman sesawang pengembaraan global, TripAdvisor Inc. (TripAdvisor).
Pemilihan itu dibuat hasil undian secara maya daripada pengguna laman sesawang tersebut bagi kategori Anugerah Pemilihan Pengembara 2012.
Kriteria kemenangan ini mengambil kira faktor gaya hidup penginapan yang ditawarkan di hotel ini termasuk daripada aspek hiburan, kolam renang, pantai dan kualiti penginapan.
Pengurus Besar Hotel Hard Rock, John Primmer berkata, pemilihan itu cukup mengujakan dan semua pihak termasuk kakitangannya selama ini bersungguh-sungguh menawarkan perkhidmatan berkualiti.
"Sebagai hotel bertemakan muzik, Hotel Hard Rock sentiasa menyajikan hiburan yang terbaik untuk semua pengunjungnya daripada setiap lapisan usia.
"Daripada kumpulan muzik bertaraf antarabangsa, persembahan pentas dan parti hujung minggu, kegembiraan di hotel ini tidak pernah berakhir," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.
Selain anugerah tersebut, Hotel Hard Rock juga berada di tempat ke-18 daripada senarai 25 Hotel Spa dan Santai Terbaik di Malaysia yang turut dipilih daripada undian pengguna TripAdvisor.
-kosmo-