Saturday 9 June 2012

kembali ke sekolah

Esuk dah hari Ahad. lusa hari Isnin... bermula lah kehidupan sebagai guru semula untuk semester kedua. Semester kedua ini paling sibuk ialah memastikan pelajar-pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan melalui nya dengan tenang dan dapat mencapai keputusan cemerlang dan sebagai guru kena berusaha lebih memastikan anak-anak didik mencapai keputusan cemerlang. Banyaklah aktiviti, program, kelas, kelas tambahan akan berlaku di semester ini dan akan kelihatan muka pelajar dan guru menjadi layu, penat dan penuh tanda tanya hahaha... Yang penting folio bagi pendidikan khas siap dan dihantar untuk semakan...
Cuti sekolah kali ini... aku  tak ke mana-mana. .. duduk di rumah menghabiskan masa menonton rancangan TV dan menyiapkan bahan, buku pelajar yang hendak di edit dan di emboss apabila buka sekolah kelak dapat diberikan kepada pelajar. apa pun selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar.. Buat diri ku selamat bertugas... hehehe