Wednesday 27 February 2013

Apabila pelajar bersuara????

Cerita  ketika sedang menyiapkan kerja...
Kadang-kala bila orang mengadu kita sedia mendengar. keluhan mereka memberi kan kita satu kesedaran betapa mereka perlu diberikan peluang untuk berkata-kata. sukar untuk mereka memberikan harapan namun tiada sapa yang mahu mendengar rintihan mereka tatkala orang lain menuding jari menyalahkan si polan-polan. kenapa aku berkata demikian disebabkan adalah seorang hamba ini mengadu  tentang sikap seorang insan bergelar Guru yang adakalanya memberikan mereka satu ketidakpuasan dalam diri mereka sebagai seorang pelajar. pelajar berhak untuk bersuara. Bersuara untuk memberikan pandangan dan pendapat ...
Sikap guru yang melaksanakan sesuatu tugas sambil lewa dan mementingkan diri sendiri adalah satu sikap yang paling tidak digemari oleh pelajar.. apatah lagi sebagai pendidik. menjadi guru  memberi satu cabaran yang paling kuat dalam diri individu namun jika tidak dapat melaksanakannya kerja yang mudah menjadi susah.  kerja adalah ibadah. Apabila tanggungjawab yang dilaksanakan tidak menepati janji dalam senarai bidang tugas sendiri perlulah lihat ke hadapan. lakukan tanggungjawab dengan penuh amanah. jadikan kita guru yang lebih prihatin dan hormat kepada pelajar. Sekiranya guru hormat pelajar kita pun akan dihormat. jangan sesekali nama kita di jaja sebagai guru 'Malas" guru " bermasalah ' kerana pelajar berhak bersuara.

p/s  sentiasa menjadi guru yang terbaik untuk anak didik kerana manah dan tanggungjawab yang diberikan...

Sunday 24 February 2013

Ujian dariNYa untuk hambanya..

Assalamualaikum  wtb..
lamanya tidak menulis di entry ni.. kesibukan masa dan waktu memberikan aku ruang untuk tidak menulis di sini. Minggu ni adalah minggu yang paling diuji oleh diriku sebagai hambaNYA.. aku lebih banyak berada di hospital. Bukan aku yang sakit tetapi ada dua insan yang aku sayangi berada di hospital ketika dan saat ini, bapa mertua ku sedang berhadapan dengan sakit kanser usus.. alhamdulillah setakat ini masih bertahan dan semangat yang amat kuat. dan yang kedua ialah mak saudaraku sendiri yang berada di icu selepas pembedahan di kepala disebabkan pendarahan otak dan menghadapi masalah kanser darah.. aku hanya mampu berdoa semoga mereka berdua  di berikan perlindungan oleh Allah SWT dan  sembuh seperti biasa Amin. Sesungguhnya semua ini adalah ujian dari Allah swt untuk hambanya untuk kita sabar menghadapi apa juga cabaran dan peritnya.

p/s: Betul kata anak saudaraku bahawa Allah swt sentiasa berada di sisi kita  dan menguji kesabaran kita dalam menghadapi apa juga masalah..

Wednesday 20 February 2013

Minum air kencing sendiri

   


Minum air kencing sendiri

CARRIE STEELE, 53, merupakan seorang penghidap kanser yang sanggup berbuat apa sahaja. Menurut rakannya, dia pernah melakukan beberapa perkara pelik sejak dahulu lagi tetapi kali ini gelagatnya sedikit pelik bagi manusia normal kerana bertentangan dengan norma alam.
Wanita pertengahan umur dari Colorado Springs, Amerika Syarikat ini bertindak meminum air kencingnya sendiri sejak empat tahun lalu. Carrie akan meminum sebanyak lima gelas air kencing sendiri setiap hari dan dia menyifatkan perbuatannya itu sebagai menenangkan.
Menurutnya, dia tidak mengalami sebarang alahan apabila pertama kali bertindak meminum air kencingnya. Carrie cuba mencabar diri kerana berasakan dia boleh melakukan perkara itu.
Ibu kepada empat orang anak ini disahkan menghidap kanser melanoma malignan peringkat ketiga lapan tahun lalu. Sejak itu dia berbuat apa sahaja termasuk meminum air kencingnya sendiri dengan harapan ia dapat membantunya melawan hukuman maut itu.
"Pelbagai jenis perasa yang saya dapati apabila meminum air kencing. Semuanya bergantung kepada makanan yang saya ambil. Ia tidak berbau dan rasanya berbeza berbanding empat tahun lalu.
"Kadangkala saya rasa masin dan adakalanya ia rasa seperti air lemon tetapi itu semua bergantung kepada apa yang saya makan. Saya juga dapat merasai pelbagai rasa makanan yang keluar dari badan saya melalui rasa air kencing saya itu.
"Saya gemarkan asparagus tetapi saya tidak akan memakannya lagi kerana ia membuatkan air kencing saya rasa sangat pelik," ujarnya.
Tambahnya, dia bukan sahaja meminum air kencingnya tetapi dia juga menggunakan air kencingnya itu untuk berkumur dan memberus giginya selain menjadikan air kencingnya itu sebagai minyak yang disapukan di seluruh badannya.
"Saya mendedahkan tabiat pelik saya ini bersama rakan, Denise dan dia kelihatan tenang apabila saya memberitahu rahsia itu. Saya minum hampir semua air kencing yang keluar dari badan saya.
"Apabila saya menjemputnya untuk melihat sendiri kebenarannya, Denise mengelak dan dia percaya dengan apa sahaja yang ceritakan tentang tabiat pelik itu tetapi dia tidak berhasrat untuk melihat sendiri saya meminum air kencing saya," jelasnya.
Salah seorang anak perempuannya pula memberitahu, air kencing merupakan bahan buangan daripada badan dan ia bahan yang tidak lagi diingini. Tubuh menyingkirkan segala kotoran tidak sihat kepada badan selain ia pernah digunakan untuk tujuan perubatan oleh manusia pada Tamadun China dan India.
Bagaimanapun, dalam laporan The Independent pada tahun 2006, pakar-pakar perubatan menafikan dakwaan air kencing boleh membantu dalam proses penyembuhan dan tiada bukti yang menyokong dakwaan itu.
Sementara itu, seorang pakar pemakanan di Universiti Southampton, Britain, Dr. Michael Stroud memberitahu, dakwaan sesetengah orang yang menyatakan air kencing dapat menyembuhkan penyakit adalah sebagai mengarut dan tidak boleh dipercayai.
Wakil Persatuan Dietetik Britain, Helen Andrews pula berkata, tiada faedah kesihatan yang diperoleh dengan meminum air kencing sendiri sebaliknya ia boleh mendatangkan mudarat.
"Setiap kali anda meletakkan ia kembali, ia akan keluar lagi dan itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh merosakkan usus," beritahu beliau.
sumber: Kosmo Online..

Wednesday 13 February 2013

sakit kepala....


Lamanya aku tak menulis kat entry ini... nak kata sibuk tak lah juga cuma banyak benda yang aku kena fikirkan kena settlekan... kadang-kadang terlalu banyak berfikir sakit kepala pula sehingga migrain yang aku alami setiap kali sakit kepala .. kadang2 macam nak pecah kepala dibuatnya... hanya satu sahaja yang menjadi ubatnya... aku akan tidur dan minum banyak air...ubat seperti biasa dua biji panadol untuk melegakan sakit kepala..
aku pun tak pasti sejak bila aku menghadapi penyakit ini.. Tapi bagi aku bila datang sakit.. datangnya ujian untuk ku oleh Allah SWT untuk hambanya yang kerdil ini sebagai peringatan bahawa sakit itu boleh jadi tiba-tiba. Hari ini sakit kepala ku menjadi2.. mungkin terlalu memikirkan banyak benda hari ini, mungkin juga aku keletihan.. pernah aku sakit kepala sehingga aku rasa aku pengsan sebab aku terus tidur  tanpa sebarang gangguan sehingga tidak sedar. bila aku sedar dah waktu nak subuh

hari ini aku temankan anak saudaraku ke bank untuk urusan kad ATM... selepas tu aku kembali ke sekolah dan rehatku hanya 10 minit sahaja sebab kelas ku sedang menungguku. aku mengajar dengan penuh semangat walaupun agak letih...selepas tu aku berurusan dengan PK Hem untuk aku mendapatkan tandatangannya untuk satu urusan yang penting juga. setelah selesai aku menulis maklumat yang terkandung dalam borang tersebut.. sedang aku khusyuk  menulis datang seorang kawan bertanya kan tentang sesuatu  berkaitan hari anugerah aku meletakkan semula borang tersebut kerana aku tidak mahu diganggu sebab borang yang aku isi perlu diisi berhati-hati. setelah bercerita, aku menulis semula borang tersebut. aduh ada cebisan gumpalan dakwat mengotori borang tersebut. fikiran ku binggung sebab aku tahu borang ni penting sangat tidak boleh kotor.. cuainya aku, lalainya aku.. sepanjang hari kepala ku berserabut walau anak saudaraku kata tidak mengapa ok saja tu.. tapi aku rasa kerana kecuaian terselit kekotoran pulak. aku lupakan seketika walaupun hati rasa bersalah...

seterusnya aku masuk kelas mengajar subjek geografi tajuk skala. bila aktiviti tajuk tukar skala ada sebahagian pelajar ku yang lemah dalam pengiraan sebab melibatkan matematik tidak faham. aku membimbing dengan cara lebih mudah difahami namun masih kurang difahami. dan disitulah aku berasa kepalaku berdenyut dan macam nak pecah... aku memberikan latihan sambil memberi bimbingan. Oleh kerana masa dah tamat aku berjanji dengan mereka malam esuk aku akan bagi bimbingan semula...

sakit kepala terus menjadi-jadi selesai solat maghrib dan isyak aku rasa nak pecah dah... masih kah aku bertahan.. macam aku rasa nak ke  hospital namun hah teringat pulak aku bahawa aku bertugas di dewan pulak malam ini. tidak mengapalah aku masih bertahan .. bertahan untuk 2 jam di dewan selepas itu aku akan berehat. berehat untuk tidak memikirkan masalah lain.

p/s: Ujian Allah ketika kita sakit. adakah kita boleh bersabar.. bersabar dengan apa yang diberikan kepada nya  kerana semua itu datangnya dari Allah swt..Tabah menghadapinya.....