Friday 23 December 2011

Dua pelajar istimewa cemerlang PMR 2011

Dua pelajar istimewa cemerlang PMR 2011

JOHOR BAHRU 22 Dis. - Meskipun bertubuh kerdil iaitu cuma 124 sentimeter, namun ia bukan penghalang bagi Nurul Najihah Ishak, 15, untuk memperoleh 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 yang diumumkan hari ini.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat itu memberitahu, dia sentiasa mengulang kaji dan latihan secara berterusan bagi memastikan setiap yang dipelajari difahami sepenuhnya.
"Saya gembira dengan pencapaian ini dan tidak pernah menyangka mendapat keputusan cemerlang ini. Ini semua hasil usaha gigih ibu bapa dan guru yang banyak memberi dorongan kepada saya," katanya semasa ditemui di Dewan Jabatan Pelajaran Negeri, di sini hari ini.
Turut cemerlang, Lim Yi Shan, pelajar yang mengalami masalah saraf daripada SMK Tun Mamat, Muar yang berjaya meraih keputusan 6A dan 2B.
Dia mengalami masalah untuk menulis dengan cepat kerana tangannya tidak cukup kuat dan memerlukan masa yang lebih lama berbanding pelajar lain selain pergerakannya terbatas serta memerlukan bantuan untuk ke sesuatu tempat.
"Ini merupakan sesuatu yang sangat menggembirakan dan saya akan terus berusaha pada masa akan datang," katanya.
sumber: utusan online

No comments:

Post a Comment